‘Religion and the Communist Party: Render unto Caesar‘ dalam The Economist hari ini menceritakan betapa pemerintah China mencurigai serta tidak menyukai gejala agama yang telah berjaya menyelinap masuk.
Petikan temuramah majalah tersebut dengan Devon Chang:
“A fellow convert’s university lecturer suggested that if all Communist Party members found Jesus, then Christianity could rule China. ‘So it’s a good thing for me to become a Christian,’ Mr Chang reasoned.”
(The Economist, 11 Feb 2012)
Bagi Devon Chang, 26, tindakan beliau memeluk Kristian “adalah perkara yang baik” atas landasan natijah semua ahli parti pemerintah komunis sudah berpaut kepada Yesu/Nabi Isa maka agama mereka, ibarat ‘musuh dalam selimut’, akan dapat menguasai China kelak.
Dianggarkan bahawa di China terdapat kira-kira 50-100 juta penganut Kristian. Angka tepat sukar diperolehi kerana mereka mengadakan sembahyang di ‘rumah gereja’, yakni di kediaman peribadi dan bukannya di rumah ibadah (bangunan awam).
Dianggarkan juga parti komunis mempunyai seramai 2 juta (daripada jumlah 80 juta orang) ahlinya yang beragama Kristian.
Mengikut The Economist, China tidak mengharamkan agama di kalangan warganya. Kepercayaan-kepercayaan yang direstui negeri ialah Buddhisme, Daoisme, Islam dan Kristian (Katolik dan Protestant) di samping agama amalan-amalan tradisi Cina.
Namun kegiatan-kegiatan gereja Katolik ‘bawah tanah’ serta rumah gereja Protestant yang bersikap “konfrontatif” masih dikawal ketat.
Devon Chang yang kini bertugas di salah satu kementerian kerajaan tidak mengamalkan agama Kristiannya secara terbuka apabila bersama rakan-rakan sejawat. (Lebih kurang macam seorang ‘Khalifah Umar‘ Cina yang enggan berterus-terang?)
Dakwah: ‘Holier and trendier than thou’
Dalam sebuah rencana lebih awal ‘Christianity in China: Sons of heaven‘, The Economist memetik Centre for the Study of Global Christianity sebagai menganggarkan China mempunyai kira-kira 70 juta penganut Kristian.
Sebenarnya, mungkin lebih ramai orang Kristian yang aktif di China berbanding mana-mana negara lain di dunia (contohnya China juga mempunyai lebih ramai orang Islam, iaitu 22 juta, berbanding Malaysia).
The Economist menggambarkan jemaah di rumah-rumah gereja baru di China sebagai mereka yang bersemangat cergas mendakwah — “have the zeal of converts: many members bring their families and co-workers”.
“Heads turn towards the display and sing along: ‘Glory, Glory Glory; Holy, Holy, Holy; God is near to each one of us.’ It is Sunday morning, and worship is beginning in one of thousands of house churches across China.
(The Economist, 2 Okt 2008)

Nota:
‘Hosanna’ ialah sepatah kata seru (an exclamation) yang membawa maksud “originally an appeal to God for deliverance, used in praise of God or Christ”. Sumber: Dictionary.com
Butir yang agak menarik — seorang wartawan The Rocket, iaitu penerbitan lidah parti DAP, adalah bernama Chung Hosanna.
Baca posting di SINI serta juga Komen #8 oleh Leman Pulut yang mencadangkan nama-nama menarik yang lain seperti Samaritan Soong dan Yeshua Yong bagi para evangelis DAP kita.
__________________________________________________________________________________________________
Anda juga mungkin meminati:
Cik Helen Ang,
Sesungguh nya dari zaman dahulu kala lagi setiap pemerintahan Emperor China akan mengekang pengaruh dan penalukan dari kuasa luar. Maka terbinalah the Great Wall .
‘Emperor China’ masakini menghadapi cabaran yang pelbagai yang boleh menggugat a very non democratic form of governing the nation of many states or provinces.
Kalau lah roboh pelbagai ‘Great Wall’ bentuk baru yang dibina adakah akan terbit nanti a fragmented states of China?
Mungkin dalam dua atau tiga generasi akan datang, Mao Tse Tung akan menghadapi nasib saperti Hang Tuah,a myth arising from the ashes of facts.
untung gak islam di bawa oleh pedagang arab. kalau lah dibawa oleh pedagang barat, pastinya islam di pandang ‘trojan horse’ gak. dan nak jadi kan cerita, keagungan arab telah lesap sekarang. agaknya tu la sebab org pandang islam terrorist kot. dah tak de duit.
-pandangan peribadi saya-
only 2 comments for this post, in comparison, KFC post related gained 70-80 comments.
Readers da tak suka kamu ke Akak Helen?
Saya fikir hal bahawa PRC pusing 360′ di bidang ekonomi – dari state enterprise kapada free enterprise – tidak semestinya bermakna mereka akan buat demkian di bidang agama.
Masalah mereka amat besar mengawal 1.2 billion rakyat yang homogeneous dari segi kerakyatan tetapi tidak semestinya dari segi pemikiran dan kecenderongan politik. Semangat bersatu di antara mereka masih lagi ada tanda so’al. 1-2 tahun lalu bila Beijing perkuatkan perlaksanaan penggunaan Mandarin kapada rakyat di selatan China, ada demonstratsi di beberapa tempat, termasuk di Canton dan Hong Kong.
Mungkin agama yang membawa unsur unsur liberalisme yang boleh meresap di seluruh pelusuk negara dengan cepat tidak di galakkan. Tapi saya tidak ada hujah hujah, alasan atau asas yang kukuh bagi jangkaan saya itu.
Dalam pada itu, Helen, saya ingin menanya dengan ikhlas, untuk pengtahuan sahaja, beberapa so’alan yang pernah saya tanya kawan kawan di masa lalu, tetapi belom mendapat jawapan yang cukup. Contohnya:
1. Apa kah faktor faktor yang menarik orang Cina kapada agama Kristian dan meninggalkan agama mereka. (Orang Islam, umpamanya, ada – walau pun tidak ramai – yang memeluk agama lain kerana cinta, berkahwin dengan penganut agama lain. Sejak zaman tentera British di Malaya/Singapura dulu).
2. Saya di fahamkan bahawa kebanyakan orang Cina di Malaysia mempraktikkan agama yang ada unsur unsur tiga agama – Confucianism, Daoism dan Buddhism. Benar kah begitu? Jika benar, adakah bermakna mereka lebih liberal dan “open-minded”, sanggup menerima unsur unsur tiga agama. Ada kah ini satu daripada sebab orang Cina di Malaysia sanggup dan lebih senang menerima agama Kristian?.
3. Saya fikir kebanyakan mereka yang menukar agama kapada Kristian sejak 1-2 dekad yang lalu terdiri dari muda mudi, ramai yang lepasan Sekolah Cina. Jika benar, ada kah pengajaran agama Kristian, atau kelab Kristian, di sekolah Cina.
Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak ada tujuan atau masksud lain menanya, selain dari ingin tahu keadaan di sekeliling kita semua di negara ini. Sefahaman selalu di sebut di sana sini..
(1) Sekadar pandangan peribadi sahaja: Evangelis agresif mendakwah, aktiviti keagamaan Kristian lebih kerap, tersusun & sosial (ada peluang bercampur-gaul, bermuzik-menyanyi, menghias pokok Xmas, menerima hadiah dalam sarung kaki Xmas), ‘mualaf’ termakan pujuk bahawa sistem monotheisme (tauhid?) lebih tinggi nilainya, pemujaan patung diperlekehkan, nampak lebih trendy, misalnya dalam siri drama TV Kantonis pun ditunjukkan hero & heroine melangsungkan upacara perkahwinan gereja.
(2) I think so. Dari segi open-minded, saya tengok yang masih asyik memerli CSL, walaupun sudah 5 tahun dia ditangkap basah, adalah puak Kristian.
Orang Cina boleh meninggalkan agama asal tanpa dihindar kerana tidak perlu ‘sijil pelepasan’, tiada hukuman murtad, tidak ada jabatan agama ‘Cina’ menghukum atau untuk memulih akidah, serta tidak ada tekanan (peer pressure) berlainan dengan reaksi orang Islam.
(3) Mudi-mudi itu pula berdakwah kepada ibubapa mereka. Masalahnya, kelab kebudayaan dan bahasa Cina tidak digalakkan ditubuh atau ia disekat di sekolah (ada dengar laporan mengatakan kes-kes demikian). Penganut Buddha kurang lantang serta tidak bersikap confrontational. Juga less organized. Misalnya, saya menjangka ramai pembaca blog ini yang tidak kenal nama seorang pemimpin pun agama Buddha manakala para pemimpin agama Kristian sering di dada suratkhabar — Bishop Paul Tan, Archbishop Murphy Pakiam, Rev. Thomas Philips, Rev. Eu Hong Seng, ‘Rev.’ Thomas Lee, Dr Ng Kam Weng, dsb manakala pressure group & media savvy orang Kristian amat berkesan (contoh, kes Convent Bukit Nanas).
Terima kasih. Jawapan yang sungguh meluaskan pandangan dan ada yang menguatkan lagi apa yang telah di katakan oleh kawan kawan dahulu.
Ada 1-2 so’alan lagi. Akan menulis lagi bila ada masa lapang.
We have to bear part of the blame for the spread of this form of Christianity by not adequately educating ourselves and our children about Buddhism and Taoism.
It’s not enough to just go through the rituals and ceremonies, we have to understand the principles underlying the practices. But most families don’t do this because the parents themselves are not so well versed and sad to say, also don’t make the effort to learn more.
The evangelists capitalise on this by presenting our traditions as being superstitious and outdated. So both sides are at fault here.
This article beats me. China treat religion with same manner, officially they recognist the 5 main religion, and CCP member are suppose to be atheist, the moment any religion become too organise and permeates with element of politicking, the CCP government will interject and perhaps take harsh action, this apply equally for instance Buddhism (Tibet), Islam (Xinjiang), and Falun Gung. I can’t figure out what all this have to do with DAP or evangelis knowing that Malaysia is a country that is pretty open to all religions.
Butiran menarik. Helen of Troy terkenal kerana kejelitaan beliau.Hmm..
Ms H. These fellows can do anything they like as long as they do not spread chaos and disorder amongst the populace and observe the Laws.
Ms H. The DAP is already a Singaporean Trojan Horse since 1966. But if that guy from UMNO can attract these bongo bongo voodoo choral and dancing troupes to PKR, Oh! what fantastic wayang-wayang ! If that guy is smart, its realpolitik !
Ms H. These folks look like Chinese BUT THEY ARE NOT CHINESE IN SPIRIT OR CUSTOM. This is the result of urbanization and the NEP which affected them subconciously. The de-tribalization process like what happened to the African tribes makes these folks very difficult to handle except by their handlers/”pastor” who are actually self-licenced by disappearing into the United States for a while. What they do there no one realy knows ! These folks behave and believe in everything which their handlers want them to do Vide. The mass suicides of these folks in British Guiana. etc.It is the negligence by the authorities that they have gone so far. No other country in the World permits these political capers which affect their Constitutions. The Chinese authorities keep a firm hand on them. See how they popped up after 1997 in Hong Kong. Singapore keeps a tight rein on them to catch the mistakes. Vide City Harvest. Generally, these folks are in a trance or seance as depicted by your favourite one and the sleep walking folks. Once they are captured, their handlers keep on going for their brainwashed brains like LKY and his brainwashing machine which spewed forth in all sorts of directions. It is very very interesting to see the end results of how all these bongo bongo voodoo choral song and dance end up in our beloved Malaysia. I am thinking of writing the 1st Chapter of this interesting book. ‘ Of a new Christian Phenomenon in Islamic Malaysia.’
Hell of a Looyah!
Hellabooyah!!!
Satu lagi artikel menarik.
http://www.businessspectator.com.au/article/2014/4/3/china/jesus-and-chinese-economic-miracle