Posted in DAP

CSL lwn LGE topik ‘Adakah sistem dwi-parti akan menjadi sistem 2 kaum?’

Di Amerika Syarikat, sistem dwi-partinya ialah satu pihak Republican, dan satu lagi Democrat. Kalau nak betul-betul sistem dwi-parti, maka PAS+DAP+PKR mestilah digabungkan menjadi satu parti ala Democrat atau Republican dan di bawah satu kepimpinan sahaja.

Masing-masing guna satu lambang — baru itu boleh dikatakan persaingan satu parti menentang satu parti dalam sistem dwi-parti. Sesebuah parti itu, sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang, seharusnya mengikut satu haluan (bukannya satu berkiblatkan Mekah, satu menjeling ke Pyongyang).

Apapun, tajuk perbahasan di antara Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng memang bertepatan menjelang PRU yang dijangka meletakkan kaum Cina di persimpangan.

Seperti lazim, DAP telah memukul gendang irama ‘Malaysia’nya bertalu-talu tentang ciri kemajmukan parti mereka berbanding dengan MCA yang kononnya hanya prihatin kepada keperluan-keperluan kaum Cina sahaja.

Tidak ketinggalan, Aliran – iaitu sebuah NGO mesra Pakatan di Pulau Pinang – juga mengeluarkan kenyataan akhbar (Feb 9) menuduh Chua Soi Lek sebagai “spinning the age-old record of old-fashioned ethnic politics” serta menggesa pemimpin parti Cina tersebut supaya “berhenti daripada menangani isu berdasarkan perkauman” (“stop ethnicising issues”). 

Francis Loh – presiden baru Aliran menggantikan P. Ramakrishnan – juga sempat menasihatkan presiden MCA itu supaya tidak menggunakan “hujah-hujah etnik” umpama Ibrahim Ali.

Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan akhbar semalam (Feb 11) bersangkut perbahasan yang dijadualkan pada Feb 18 dengan mendakwa:

“DAP menawarkan idea, ideal dan dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebagai contoh yang boleh diteladani untuk memupuk rasa kekitaan, kesetiakawanan dan rasa pemilikan di kalangan rakyat Malaysia.”

Seterusnya, Guan Eng menyeru:

“Hanya dengan menghormati hak politik, keadilan sosio-ekonomi dan martabat insan boleh kita benar-benar menjadi rakyat Malaysia yang tulen tanpa mengira latar belakang sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban atau Kadazan.”

Blogger ‘Tauke Ikan’ mengulas perkembangan ini:

“Terbaru Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan debat itu bukanlah untuk membahas isu kaum Cina. Penjelasan Lim Guan Eng lagi kerana DAP bukanlah parti berasaskan kaum. Memang bodohlah sesiapa yang percaya cakap Lim Guan Eng ini.

“Jika debat ini tidak membahaskan isu kaum Cina, tidak perlulah MCA yang menghantar wakil. Lebih baik Umno, Gerakan dan MIC turut serta dalam debat berkenaan.” (Baca seterusnya di sini)

Seperkara lagi, perbahasan Soi Lek dengan Guan Eng diatur dalam bahasa Cina.

Maka Melayu, India, Orang Asli, Iban dan Kadazan yang tak reti Mandarin pasti terkilan kerana tidak dapat mengetahui dengan lebih lanjut akan “idea, ideal dan dasar-dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebagai contoh yang boleh diteladani” untuk masa depan negara.

Bagaimana boleh wujud “rasa kekitaan dan kesetiakawanan” yang diuar-uarkan Guan Eng jika kaum-kaum lain (yang bukan etnik Cina) tidak mampu pun mengikuti siaran debat yang akan dibawa secara langsung oleh saluran Astro AEC nanti?

Posting-posting berkaitan:

Apa kandungan ucapan bahasa Cina Lim Guan Eng di Han Chiang?

Anak lelaki Guan Eng, anak perempuan Najib

The bishop’s back, siap dengan sidekick sekali

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “CSL lwn LGE topik ‘Adakah sistem dwi-parti akan menjadi sistem 2 kaum?’

  1. Perbahatahan di rancangkan di dalam bahasa Cina – ada kah DAP dan MCA mahu asingkan masyarakt Cina di negara ini? Tidak kah mereka sedar bahawa rakyat lain pun mahu tahu apa yang di bahath mereka? Apa kah mereka tidak pedulikan bahawa Bahasa Malaysia tertera di Perlembagaan di negara ini dan ini debat di khalayak ramai sepatutnya di lakukan di dalam bahasa yang semua rakyat sepatutnya fasih dan faham?

  2. Sebut nama LGE, orang cina akan berasa megah..
    sebur nama CSL , orang cina akan berasa hampa….
    betul tak? Tak betul?
    Jangan jadi katak melalak dalam telaga….

  3. HI Helen, boleh kupas lagi isu debat CSL dan LGE i.e. apakah yang dibincangkan, isu2 utama? Yeah, saya tak tahu bahasa cina. And do tell the pro and cons from each sides. In your opinion, who did the best? And do they reach the the objectives? Love to hear it. Tq.

  4. Becareful ,bahasa cina is “Tonal” jadi apa yang diorang cakap banyak banyak maksud , jadi kena tanya maksud yang mana yang you nak dengar? atau yang Helen nak bagi tahu????,
    yang benar, atau “sanitised version”.
    lagi pon helen kena paki ” cotton bud” lebin sikit. ada yang nak sponsor??

    Betul Tak? Helen dear
    __________________________________________________________________________________

    Tonal language inflections:

    one phonetic sound ‘ma’ (source Wiki):

    (1) mā = mom
    (2) má = hemp
    (3) mǎ = horse
    (4) mà = scold
    (5) ma = an interrogative particle

    In how many tones can you (Malays) voice the single syllable ‘ma’ and for each inflection to carry a different meaning? — Helen

    1. i recall one commenter (OB?) complain that some Chinese laugh at him on his Chinese usage, i agree this is wrong, however, my daughter often laugh at me because of my tone, the wrong tune could alter the meaning or cause the whole expression incomprehensible. That is the weakness of Hanyu, and that is why the effort to romanise Hanzi (Chinese characteristic) failed.

  5. I agree with Tauke Ikan. Why is DAP, a supposedly multi racial party so concerned about something that affects the future of the Chinese community exclusively? If Lim Guan Eng can label Hindraf as being ‘communal’ for focusing on the future of Indians, how different then is DAP from Hindraf in this context?

Comments are closed.