Terpinga-pinga saya. Hairan bagaimana Parti Langkah Mayat boleh tiba-tiba pusing belakang depan untuk memendam bantahan mereka terhadap hudud.
Perkara ini dibayangkan Lim Guan Eng ketika menangkis dakwaan Chua Soi Lek dalam perbahasan mereka dua hari lepas. Soi Lek telah mendakwa bahawa DAP sanggup mengorak langkah bagi PAS melaksanakan hudud.
Pelik bin ajaib kerana DAP sekarang ini seolah-olah sudah berjaya dididik untuk menyegani hudud. Mengapa ini boleh terjadi dan ada udang di sebalik batu?
Saya rasa dalam penerimaan mereka terhadap hudud mungkin puak evangelis yang menerajui DAP akan menggunakan modus operandi (kaedah) yang sama seperti mereka pernah gunakan dalam isu Allah.
Malaysia ada seorang menteri kabinet untuk hal-ehwal Islam, ada Pusat Islam, Jakim, Ikim, jemaah mufti, majlis fatwa, persatuan ulama, MAIS, JAIS dan lain-lain jabatan agama negeri serta begitu banyak NGO-NGO Islam termasuk Yadim dan Perkim yang dipengerusikan mantan perdana menteri.
Yang DiPertuan Agong adalah ketua Islam negara dan raja-raja Melayu adalah ketua Islam negeri. Muslim ialah kelompok majoriti dan agama Islam agama persekutuan. Badan-badan penguatkuasa undang-undang Islam ada juga sering menghantar pegawai-pegawainya memantau di sana sini.
Kesemua faktor-faktor tersebut seharusnya meletakkan Islam di satu tempat selamat serta terlindung daripada diganggu-gugat.
Namun apa peduli mereka; orang Kristian masih tak gentar hendak mengebas Allah.
Setiap perkataan ada makna khususnya. Misal kata, seekor kucing ialah haiwan yang mempunyai empat kaki. Kucing tidak mempunyai lapan kaki. Andainya makhluk itu berkaki lapan, ia bukan kucing.
Akan tetapi puak evangelis boleh berani mengusik dan cuba mengalih-ubah sifat-sifat azali Allah untuk mengikut kerangka Kristian mereka.
Orang Kristian yang mahu menegakkan ‘hak’ ke atas istilah Allah sebenarnya menyembah tuhan 3-dalam-1.
Tuhan mereka (Father in Heaven) mempunyai seorang anak lelaki bergelar Yesu.
Yesu – anak Tuhan (Son of God) – mempunyai seorang ibu bernama Maryam (Mary, Mother of God).
Maka jika diikutkan logik Kristian, apa agaknya hubungan kekeluargaan di antara emak Yesu dan bapa Yesu? Pernah saya ditanya seorang Melayu sama ada Kristian mempercayai Tuhan mereka beristeri.
Enggan mengakui merekalah yang mencelarukan istilah Allah, sebaliknya kumpulan Kristian ini menuduh umat Islam pula yang sendiri mudah terkeliru.
Hujah mereka kononnya orang Melayu begitu rapuh iman sehingga takut akan terpesong akidah hanya kerana golongan Kristian mahu berkongsi Allah.
Kemelut ini timbul kerana orang Kristian mendefinisikan Allah mengikut fahaman Triniti mereka.
Orang Islam berpegang kepada ajaran tauhid. Orang Kristian nekad untuk menghak-milikkan (reverse takeover) istilah Allah dan sekaligus dalam proses ini sudah memesongkan pengertian Allah.
Barangkali orang Kristian DAP juga berharap mereka akan diberi cukup kelonggaran untuk melunturkan konsep hudud umpama mereka dulu mengambil kesempatan mentakrif Allah mengikut selera mereka.
Agak-agaknya sebab itulah mereka boleh menerima pemakaian hudud (untuk tujuan memotong tangan “pencuri-pencuri Umno” — ide yang paling digemari mereka) sama seperti mereka tampaknya begitu beriya-iya mahukan ‘Allah’ sebelum ini.
Anda mungkin juga meminati:
What had happened to Kapal Singh? Had the Kapal Sunk or transformed into Kapal Selam? Wonder if the Lims, the Hossanahs and the Hannahs would ever allow the Singh to sing the Langkah Mayat song ever again. That Sing’s in the Sunset…hoo doot dood dood dood…
Entry yang menarik. Saya dah link blog anda pada blog saya selepas membaca entry ini. Tidak saya sangka anda punyai semangat setiakawan yang cukup tinggi dalam membantu negara untuk terus aman. Kredit to anda.
_________________________________________________________________________
TQ.– Helen