Posted in Lidah bercabang

DAP lebih sayang Palestin berbanding Umno

Israel: Bantahan esok solidariti rakyat Malaysia

“Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendokong dasar satu bantahan aman anjuran Jingga 13 dengan dokongan AMK, Pemuda PAS dan Kesatuan Pekerja North Port berikutan kemasukan kapal ZIM Europa kepunyaan Israel dan menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berhimpun di hadapan pagar Westport, Pelabuhan Klang pada 22 Februari (esok), jam 5.00 petang.”

Sumber: Harakah (Feb 21)

PAS tegas dengan pendiriannya bahawa Israel adalah sebuah entiti haram.

Naib presiden PAS Mahfuz Omar hari ini menuntut supaya kerajaan BN meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh rakyat Palestin kerana tindakan yang dikatanya mengiktiraf negara haram Israel.

Anwar telah berjumpa Tok Guru Nik Aziz hari ini juga untuk meleraikan kekusutan yang timbul kerana kononnya wujud sedikit percanggahan pendapat di antara PKR dan PAS mengenai perkara ini.

Pendirian PAS sudah digarap dalam beberapa rencana bertajuk ‘Kapal Israel: Kerajaan BN lukakan hati umat Islam‘, ‘Kapal Israel dedah wajah sebenar Umno’ dan ‘Nik Aziz reaffirms stand on Israel’s illegality, flays hypocrites‘ dalam lidah parti, Harakah.

Memandangkan Pakatan sebulat suara dengan ‘kerangka dasar bersama’ serta kitab Buku Jingga mereka, maka dalam pada ini DAP harus menyatakan apakah dasar yang dipersetujui ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Sebelum ini pun DAP tampak begitu menjaga hati umat Islam dalam hal Palestin. Tidaklah seperti “kerajaan BN yang melukakan hati umat Islam”.

Insiden dulu kapal Mavi Marmara (yang belayar ke Gaza bersama flotilla) telah “mendedahkan wajah sebenar” DAP yang amat sayangkan Palestin.

Dan bukan sahaja Nik Aziz yang menyelar “hipokrit-hipokrit Umno” bahkan orang DAP juga pernah menyelar Umno berkaitan isu Palestin ini.

Ng Wei Aik (setpol Lim Guan Eng) telah menggelar Najib Razak seorang “hipokrit” kerana mesej Twitter perdana menteri dikatakannya sebagai mengambarkan PM kita kurang prihatin terhadap nasib rakyat Palestin.

Screenshot di bawah merujuk kepada rencana ‘Anti-Israel spirit visits Penangites‘ (Malaysiakini, 3 Jun 2010).

DAP menunjukkan gaya bahawa parti mereka lebih mengambil berat tentang nasib orang Palestin berbanding Umno.

Nampak sudah pendirian DAP yang tidak berbelah bahagi atas Palestin. Jadi sekarang kita hanya menunggu DAP mengesahkan pendirian mereka bahawa Israel ialah negara haram.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “DAP lebih sayang Palestin berbanding Umno

    1. lol,

      Cuma kalihkan isu anugerah tuhan dah campakkan babi atas jalan. Bau dah busuk, satu dunia Islam dah marahkan dia. Mana ada orang Cina yang tak suka dengan perdagangan.

      Salam,

      Ya Allah, selamatkan kami dari kejahatan mereka yang zalim

  1. I heard somewhere that the ships was registered in Liberia. And oh, should we boycott everything Israel now? Facebook, Colgate, KFC, McD and everything? This is totally funny. At least Malaysia do not have any diplomatic relationship with Israel. This is a total twist to save Anwar’s dirty closet. I dont know. Yada yada yada..

    1. Terima kasih Tooyid kerana memberikan pautan kepada rencana nukilan Tan Sri Zainuddin Maidin. Pengamatan Zam amat tajam dan berilmu.

      Saya salin-tampal perenggan-perenggan yang berkenaan, dengan disusuli komen saya dalam kurungan & huruf condong.

      (1) Zam telah menulis:

      “Singapura melaksanakan dasar Bahasa Inggeris sebagai pengantar utama semua sekolah dengan tegas, berani dan tanpa tolak ansur terutama terhadap kaum Cina sendiri (lihat buku Lee Kuan Yew : My Life Long Challenge : Singapore Bilingual Journey).”

      “Di Malaysia Sekolah Kebangsaan (Pengantar Melayu) tidak mencapai matlamat seperti sekolah aliran kebangsaan di Singapura (aliran Inggeris) kerana pendekatan dalam pelaksanaan dasar Bahasa Kebangsaan bermula dengan pendekatan jingoism atau fahaman perkauman Melayu yang sempit yang tidak menampakkan pendekatan liberal dan berdiplomasi supaya diterima selesa oleh bukan Melayu sebagai bahasa mereka.”

      “Pendekatan ini lebih hendak menonjolkan kebanggaan bahasa Melayu adalah hak kepunyaan orang Melayu sekalipun hasrat utama adalah untuk menjadikannya bahasa nasional atau bahasa bagi semua kaum.” [Saya rasa perlu kita tanya kepada Malaysian First pendirian mereka atas dasar BM.]

      (2) Zam: “Ketidakterbukaan sikap ini juga mempengaruhi corak pendekatan pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan sehingga anak anak bukan Melayu merasa terasing dan menjadi antara salah satu fakta menyebabkan orang Cina tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan. Sesetengah sekolah ini pula agak keugamaan kerana sikap pengetua atau guru.” [Benar]

      (3) “LKY dengan berani, tegas dan menggunakan tangan besinya memerangi pejuang-pejuang pendidikan Cina dan menutup sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Melayu dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama yang akhirnya menjadi alat paling berkesan bagi kecairan perkauman Cina. Dalam 1987, Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal sekolah Singapura.” [Fakta yang tepat]

      (4) “Mengenai penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa bersama rakyat Singapura, LKY berkata “Selepas 1965, kami terpaksa membuat keputusan mengenai bahasa bersama. Jika kami menjadikan Cina sebagai bahasa bersama, maka kebudayaan Cina menjadi dominan dan akan membawa kepada perpecahan masyarakat. (Ibid hlm 613)”

      [Betul juga. Maka mengikut lojik yang sejajar, dalam kes M’sia, kebudayaan Melayu menjadi dominan. Di S’pura, BI adalah neutral & tidak berpihak kepada majoriti Cina atau Melayu/India.]

      (5) “LKY berjaya melahirkan rakyat Cina yang berfikiran Singapura atau Singapura yang tidak kecinaan berbanding dengan aliran pemikiran Cina Malaysia yang mengwujudkan suasana yang memaksa kepimpinan politik Cina untuk mencari populariti menerusi isu perkauman Cina.” [Benar]

      (6) “Kesilapan LKY adalah hendak menjual eksperimen kejayaan politik kosmopolitannya di Singapura ke Malaysia (Malaysian Malaysia) tanpa mempedulikan sensitiviti majoriti masyarakat tradisi Melayu. Beliau mahu melakukan apa yang dilakukannya terhadap majoriti rakyat Cina Singapura.” [Bagus penelitian ini oleh Zam]

      (7) “Menafikan sesuatu bahasa membibitkan perasaan kenegaraan adalah menafikan proses pembentukan kejatian diri sesuatu bangsa. Dalam hal ini Singapura mencapai kejayaan dalam masa singkat dan boleh dijadikan contoh.” [Saya rasa ini benar juga. Jiran kita telah berjaya memupuk satu Bangsa Singapura.]

      (8) “Dalam masa tiga dekad (1960-1980), Sekolah Rendah dan Menengah pengantar Bahasa Cina tidak wujud lagi di Singapura. Dalam 1980, Nanyang Universiti dipaksa bergabung dengan Universiti of Singapura untuk menjadi National Universiti of Singapore (Lihat Men in White hlm 612). [Fakta]

      (9) “Mereka tidak mahu diserapkan dalam suatu acuan bangsa seperti yang berlaku kepada orang Cina di Indonesia atau di Thailand yang menjalankan dasar asimilasi terhadap pendatang. Dalam kata-kata lain, kewujudan masyarakat bukan Melayu yang mahukan kebebasan untuk terus kekal dengan identiti bangsa pendatang dan tidak mahu berada dalam aliran perdana sewajarnya dibiarkan.” [… mahukan kebebasan untuk terus kekal dengan identiti etnik sendiri]

      “…tidak mahu menerima guru bahasa dari orang Melayu dan menolak sekolah wawasan. Ini berbanding dengan keturunan India yang bersekolah kebangsaan dari peringkat rendah. Mereka bercakap Melayu seperti orang Melayu.” [Betulkah enggan menerima guru bahasa dari orang Melayu? Tetapi memang betul orang India kebanyakannya lebih pandai cakap Melayu.]

      (10) Zam: “Golongan ‘pemencilan diri sukarela’ ini juga akan dikenali dengan identiti pemikiran yang terasing dari aliran perdana. Semakin jauh kejayaan Sistem Pelajaran Kebangsaan dengan pengantar Bahasa Melayu dan kemantapan Bahasa Inggeris (Pasti akan berlaku) akan semakin nyata mereka terpisah dari aliran perdana dan akan semakin mudah mereka dikenali sebagai bangsa asing. [So true …] Ini bukanlah kehendak kita tetapi pengasingan diri mereka secara sukarela.”

    2. “Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) sendiri diawal kemerdekaan negaranya telah melihat ancaman perkauman Cina dari sekolah-sekolah Cina kepada perkembangan keharmonian kaum dan kestabilan Singapura.”

      -LKY action is politically motivated, those that oppose him is leftist which are mostly Chinese educated, but his timing is right when English was the commanding language of that era, he closed down (merge or whatever) Nanyang by force and lift up the status of English in every field, the demand for Chinese education naturally halt. Thus “keharmonian kaum dan kestabilan Singapura” should be “keharmonian dan kestabilan PAP”

      -Back to Malaysia, we failed because BM didn’t achieve a similar status of English, and our economy that heavily dependent upon foreign investment didn’t help to promote our Bahasa, instead, most people realize that the moment you start your working life, and whether you like it or not, English is the language that determine your career path.

      “maka kebudayaan Cina menjadi dominan dan akan membawa kepada perpecahan masyarakat”

      -Please define “perpecahan”, are more than 40% votes that flow to opposition not a sign of perpecahan masyarakat?

      “Hal ini tidak mungkin akan dilakukan oleh LKY jika beliau tidak melihat mereka yang bersekolah Cina akan terbentuk dengan pemikiran perkauman Cina dan keperluan penggunaan satu bahasa untuk pembinaan perasaan kenegaraan atau kesetiaan kepada Singapura.”

      -LKY chose English as satu bahasa untuk pembinaan, what if he chose Chinese, then kesetiaan kepada Singapura is no more a issue? Don’t forget Chinese is more than 80% of Singapore population

      LKY think that PAP is Singapore and Singapore is PAP, sound familiar right?

    3. “Menurut Joceline golongan berpendidikan Cina menganggap orang Cina seperti Soi Lek dan Guan Eng sebagai pisang, kuning di luar tetapi Barat di dalam kerana mereka tidak berpendidikan Sekolah Cina tetapi hanya bersekolah Kebangsaan dan Sekolah Inggeris.”

      What if the debate is between LGE vs OKT/OTK (MCA president before CSL which is both Chinese educated), thus in the eyes of the commenters here, siapa lebih taat (or subservient)? See the problem to draw everything into black and white, and conflate apple with orange?

  2. Minta maaf Helen. Palestine tidak pernah sedikit pun ada dalam hati pemimpin DAP. Perjuangan mereka hanyalah mengenai Malaysian Malaysia. Jadi bagaimana pula puan boleh tergamak membuat tajuk yang DAP lebih menyayangi Palestine dari UMNO. Adakah sekadar dengan mengeluarkan kenyataan2 yang umum mengenai isu APCO sudah mencukupi? Jika puan menimbulkan tajuk polemik bahawa PAS lebih menyanyangi UMNO ia lebih logik, munasabah dan boleh diterima akal.

    DAP dan Palestine adalah seperti bumi dan langit atau minyak dan air. Tidak ada persamaan lansung antara kedua2nya. But Palestine is close to the hearts of UMNO and PAS and there are tons of proof. Maknanya puan sendiri tidak menghayati isu sebenar Palestine. Sebab kalau puan menghayatinya tidak mungkin puan akan menggunakan tajuk tersebut.

    1. Manggis, saya fikir Helen hanya cakap berlapik…Read the article once again.

      And Ng sepatutnya tahu PM bukan kena ngadap twitter 24 hours hanya nak bagitau segalanya. Chill la. Itu pun nak dipolitikkan. Waktu Anwar dikatakan hilang daripada twitter beberapa jam kerana kes video seks tu tau pulak cari alasan cover. And Apco tu hanya kebenaran 1 cm daripada tuduhan. I better have 1 Malaysia logo rather than Malaysian First slogan. That picture really shows how hipocrite and muka dia mcm terpaksa sahaja buat demo. NO PR next GE!

Comments are closed.