Janji Soi Lek harus diikat kepada kayu pengukur

February 27, 2012 at 8:58 pm 19 comments

MCA yang dibentuk pada 27 Feb 1949 menyambut ulangtahun ke-63nya hari ini.

Dalam ucapan sempena upacara meraikan ‘harijadi’ parti, presidennya Dr Chua Soi Lek berkata:

“The party has decided that it would not take up any government positions after the next general election if it did not perform well.”

Ini langkah yang betul dan wajar untuk menebus maruah MCA.

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Lantaran itu, demi mendorong Dr Chua mengotakan kata-katanya nanti, ukuran prestasi MCA – andaikata “not performed well” – perlu dikenalpasti terdahulu.

Pada PRU12 tahun 2008, MCA menang 15 kerusi parlimen.

Ianya berupa susutan sebanyak 50 peratus, iaitu pemerosotan daripada 31 kerusi yang dimenangi pada PRU11 tahun 2004.

MCA kini menghadapi dugaan agar tidak kehilangan separuh lagi kerusi yang ada di tangan sekarang.

Justeru itu, apa kata kalau kita mengesyorkan supaya MCA tidak menerima apa-apa jawatan kerajaan sekiranya ia tidak mampu memperolehi lebih daripada 7 kerusi dalam PRU akan datang? KEMASKINI: lebih daripada 15 kerusi, sebagaimana pernah diputuskan dalam satu resolusi oleh perhimpunan agung parti.

Rasanya lebih baik kita lakarkan satu garis pencapaian minima (15 kerusi) sebagai sasaran untuk diatasi dalam PRU akan datang.

Dalam persidangan ‘Malaysian Chinese at the Political Crossroads’ pada Feb 18, Dr Chua telah mengupas gejala suasana politik semasa yang kian rapuh.

Kata beliau, keadaan ini berpunca daripada sifat Pakatan Rakyat yang ghairah makan, minum dan mimpi politik setiap detik waktu. Hatta mengejar imbuhan politik, pihak pembangkang asyik merekayasa dan menyalurkan propaganda sepanjang masa.

“Thanks to PR we have a very politically charged environment today.”

Tambahnya lagi:

“The party [DAP] has become so racially charged to the point of being arrogant. It sometimes forgets that the continued prosperity of the Chinese community in this country is due very much to this social contract of mutual cooperation among the major races of this country.”

Bercakap dengan pemberita, beliau mengingatkan orangramai agar jangan memandang enteng MCA hanya kerana prestasi cemerlang DAP dalam pilihanraya lepas.

“Dr Chua pointed out that MCA had never dismissed DAP despite its performance prior to the political tsunami of 2008, and asked that voters not write off the ruling party so readily.

‘MCA used to have nearly 30 MPs but we never passed comment that DAP was done for,’ he said.”

Jelas MCA tidak seangkuh DAP. Dan dengan itu MCA selaku parti pemerintah tidak pernah memperlekehkan kewibawaan DAP walaupun sewaktu parti pembangkang tersebut hanya menduduki 12 kerusi parlimen.

Namun DAP yang cukup riak boleh mengambil mudah MCA, yang direndah-rendahkannya sebagai irrelevant walaupun parti komponen BN itu masih lagi memegang 15 kerusi.

Dari tingkah laku mereka terserlah perwatakan kedua-dua parti itu.

Dr Chua juga mengingatkan khalayak umum supaya tidak terpedaya dengan “dishonest rhetoric” DAP — yang manis di bibir dan diluahkan untuk menyedapkan telinga sahaja.

Selain itu, beliau menggambarkan setiausaha agung DAP sebagai “behaving like a true street fighter”.

Saya tidak mempertikaikan Dr Chua dalam pengamatannya ini tetapi ingin menyisip secebis pemerhatian peribadi, yakni Lim Guan Eng bukan sahaja seorang lawan yang sering menggunakan penumbuk tetapi dia juga amat licik sekali.

Dalam keluhan Lim Sue Goan tentang perangai sekerat masyarakat Cina di alam maya, timbalan ketua pengarang akhbar Harian Sin Chew itu berkata:

“Abusive language is used and curses are made whenever they are not happy with something, without caring about Chinese etiquette which has been practiced for 5,000 years.”

Bagaimana kuihnya begitulah acuan; pengikut mirip kepada pemimpin.

Peradaban Cina yang diwarisi kami daripada tamadun berusia 5,000 tahun diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh Cina celupar yang berkiblatkan DAP.

Atas sebab inilah saya menyokong keputusan Dr Chua untuk MCA menarik diri daripada kerajaan sekiranya tidak diberi sokongan mantap oleh orang Cina. It’s the only honorable thing to do.

Mengambil keputusan berat untuk berundur adalah satu-satunya cara untuk menjaga kehormatan kaum Cina sekiranya DAPlah yang diberi kepercayaan awam. 

Tindakan ini membawa maksud tersirat bahawa golongan yang kelak menolak DAP di peti undi, termasuk saya, tidak merestui pendekatan dan halatuju parti komponen Pakatan tersebut meskipun DAP mungkin mewakili majoriti orang Cina Malaysia pasca-PRU13.

Mahu tak mahu, terpaksalah ikhlas mengisyarakatkan prinsip ‘no participation without representation’.

Entry filed under: Pilihanraya. Tags: , , , , .

Guan Eng mendakwa pergaduhan di protes Lynas berciri perkauman Hindraf views on the coming general election

19 Comments Add your own

  • 1. penyokongketuanan  |  February 27, 2012 at 9:51 pm

    Kenapa orang Cina yang moderate seperti CSL tidak diterima oleh masyarakatnya? Pandangan dan prinsip yang dipegang telah terbukti memakmurkan semua golongan masyarakat. Biarpun ada yang sakau lebih bukan secara hak, di mana-mana masyarakat juga pasti ada yang korup. Yang pentingnya semua golongan masyarakat masih dapat lagi merasa kek kemakmuran negara. Kenapa memusuhi beliau dengan memberi gelaran zina chua?
    Bukan maksud saya untuk menyakiti hati mana-mana pihak, tapi kenapa tunjukkan kejahilan? Orang Islam tidak menganggap mereka yang bukan Islam berzina, kerana adat dan upacara pernikahan juga tidak mengikut kaedah syariah. Islam hanya menerima pakai anggapan masyarakat bukan Islam yang pasangan itu sudah berkahwin. Begitu juga hal minum arak, berjudi, bersosial dan banyak perkara lain, tidak dianggap salah sekiranya pelakunya bukan Islam, kecuali bila bersangkut hal jinayah. Sekali lagi saya memohon maaf, sekiranya kenyataan saya menyakiti mana-mana pihak .
    Saya menyanjung tinggi pendirian CSL dan MCA dalam penerimaan jawatan kabinet. Mereka orang orang yang berprinsip tinggi pada kacamata saya, walaupun peribadinya diserang hebat oleh Dap.

    Salaam.

    Ya Allah peliharalah keharmonian kaum di negara kami.
    ______________________________________________________________________________

    Pada hemat saya, Cina M’sia hanya mahu meneguk air jampi LGE sahaja. Terpukau. — Helen

    Reply
    • 2. OverseasBumi  |  February 27, 2012 at 11:02 pm

      I think our friend here doesn’t know any liberal Malays. Those people follow a moral code similar to that of DAP.

      The liberal Malays also ‘drink the same Kool-Aid’. That’s in reference to the jonestown massacre, by the way.

      Reply
    • 3. THE LAZY DRAGON  |  February 29, 2012 at 10:59 am

      LGE promise victory, that why they follow . Just like ‘The Pipe Piper of Hamlyn’ story he lead them to`Malaysia’s social and racial destruction.

      Reply
  • 4. Naj  |  February 27, 2012 at 11:14 pm

    I remembered when Guan Eng claimed the Penang government did really well in reducing debt and criticized the federal government for the large federal debt when the supposed ‘debt reduction’ was actually due to the water facilities deal. I translated that as someone helping you clean up your house and then you go and say the person’s (helping you) house is dirty, which is very, very rude and tak mengenang budi. I’ve taught many Chinese students and I don’t think the DAP superstar’s behavior reflects that of a Chinese per se. It’s just typical DAP politics; typical below the belt kind of blow with supposed wisdom and smart remarks. I hope the nation won’t turn into a “I’m Chinese and so I must support DAP” and in return “you’re Chinese so for sure you’ll behave like DAP”

    Naj

    Reply
  • 5. bzz  |  February 28, 2012 at 12:45 am

    Sangat setuju… sangat sangat setuju…
    PR ternampak sangat angkuh dan cakap tak berlapis. Hilang budaya ketimuran. Salah satu sebab kenapa saya tidak akan vote mereka lagi.

    Masih teringat, lebih dari 10tahun dulu, bagaimana cikgu tadika Islam mengajar kanak2 kecil untuk membenci dan menghina pemimpin. Tak suka tak apalah. Tapi apa salah anak2 kecil? Kalau saya jumpa cikgu ni, memang dah makan penampar!

    Reply
  • 6. Darlyn Azlinda  |  February 28, 2012 at 9:41 am

    Pernah pergi ceramah pas? 10 minit pertama majlis dibuka dengan puji-pujian, doa, hadis dan sebagainya..Masuk minit kesebelas sampailah jam ke-3, ayat makian, samseng dan fitnah kutuk mengutuk akan bermula. Pas cakap UMNO samseng, so sekarang, pakatan yang sama, DAP pula cakap MCA macam tu. DAP’s MPs ikut acuan PAS. Boleh cakap orang hitam metalik, then mintak maaf, pastu boleh cakap wartawan mainstream pelacur, then mintak maaf, mengutuk anak2 pemimpin kerajaan macam2 ckp kahwin dengan anak mafia, tapi kena kat anak dia cakap anak dia naive, innocent. Apa ni? Tak faham dengan motif Pakatan.

    Tapi satu saja, Pakatan ni sangat bertuah. Pemimpin pakatan buat apa pun, mesti untuk kebaikan kesejahteraan rakyat, untuk dapat keredhaan dunia akhirat. bla bla bla. Penyokong pakatan akan berduyun2 komen di blog2 pro-kerajaan untuk back up PR. Akan ada pelbagai alasan diberikan untuk tutup kesalahan PR. Cth; apa kaitan konspirasi UMNO membeli WSJ untuk putar belit kenyataan Anwar? Apa kaitan ustaz kena tangkap khalwat pukul 3pg dengan UMNO? Apa salah UMNO bila amanat haji hadi isytihar jihad dan syahid memerangi UMNO? apa salah UMNO bila Pas sendiri isytihar UMNO kafir?

    Whatever pun, I blame PAS and PKR for this kind of behaviour. Mereka ini dah tidak ada etika dalam percakapan. Dulu mana ada DAP bercakap bodoh2, keluar fakta bodoh2 mcm PAS and PKR? Ada kita dengar DAP fitnah2 dulu? No lah. Atau sebenarnya mungkin salah PKR sebab ada Anwar yg mulut lidah bercabang. Disebabkan mahu merebut kuasa dan menang PRU13, semua orang sudah hilang sifat menghormati, bercakap macam bau longkang, sudah pandai tabur janji palsu, mulut manis.

    Kata bidalan Melayu;

    Siakap sinohong,
    Gelama ikan duri,
    Bercakap bohong,
    Lama-lama mencuri.

    Memang tepat ke muka PR.
    _________________________________________________________________________________

    Ketua publisiti pilihanraya DAP tersebut ‘meminta maaf’ kepada wartawan dengan berkata, “I apologise for causing controversy by telling the truth”. Apa jenis apology ni? Sebab tulah I rasa DAP dah melampau. — Helen

    Reply
  • 7. calvinsankaran  |  February 28, 2012 at 10:04 am

    The difference between MCA’s and DAP’s philosophies can be summarised as “defending” and “attacking”. MCA, first and foremost accepts the principles of jus soli and the role of Chinese as minorities. As such, MCA is primarily a defender who protects the Chinese interests as far as language, school, culture, etc. MCA is willing to lose some (bumi special rights, economic power, etc) in order to preserve what they perceive as critical for the Chinese on the longer term.

    DAP on the other hand, completely rejects the concept of jus soli and do not accept the give and take policy. DAP is primarily is attacker who wants to forcibly grab all that they think should belong to the Chinese as their right , irrespective of the medium and long term impact to the nation.

    The last time the DAP’s “attacker” mindset prevailed among the Chinese, it culminated in 13th May.

    I think many Chinese in Malaysia are completely delusional, aided by the dangerous sense of confidence propagated by DAP and their propaganda arms in Mkini, MChronicle, MInsider, etc. There are a number of urban seats that are Chinese-majority. But with rapid urbanization and declining Chinese population, these seats will eventually become Malay majority. When this happens, DAP will lose all their leverage even within Pakatan. It will be more difficult for DAP as PKR is also claiming to be multi-racial.

    Within BN, UMNO has consistently played fair by allowing MCA and MIC to stand in mixed or Malay majority seats to give the non Malays a fair representation.

    But that won’t happen in Pakatan with each party wanting to be the top dog. DAP is strong within PR because the Malay support is with UMNO with PAS and PKR having to split the balance. So the weakness of PKR and PAS has given DAP the strength.

    Reply
    • 8. Emmanuel Joseph  |  February 28, 2012 at 10:26 am

      Do you even understand what jus soli is? Because if you do, you’d realize what you wrote does not make sense.

      Reply
      • 9. OverseasBumi  |  February 28, 2012 at 5:19 pm

        Since you seem to be the expert, can you please tell us? From my research, Malaysia doesn’t recognize ‘jus soli’.

        Have you heard of jus sanguinis ? China accepted ethnic chinese from Vietnam after the outbreak of the Sino-Vietnam war because the Chinese government recognised the ‘blood relations’ of those chinese immigrants.

        So helen could probably rely on jus sanguinis

        Reply
      • 10. HuaYong  |  February 28, 2012 at 6:34 pm

        I think Emmanuel assertion is a valid one. And i also think it is difficult to classify the concept of jus soli and sanguinis onto any one country, most actually apply both depend on situation. In fact Malaysia and China have many similarity.

        Reply
      • 11. Calvin Sankaran  |  February 28, 2012 at 6:54 pm

        Apologies, since I am no law expert. I think the correct term should be “social contract”.

        Reply
  • 12. Penang Mali  |  February 28, 2012 at 11:03 am

    Pada saya CSL mengambil pendirian yg sama seperti MCA 1969 utk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika prestasi MCA teruk….Tunku tak menerima pendirian MCA pada waktu itu dan memujuk supaya MCA menerima jawatan dalam kerajaan walaupun prestasi teruk atas semangat setiakawan dalam BN dan utk kestabilan politik Malaysia

    dari segi moral bagi saya CSL tak layak pimpin MCA dan diangkat jadi menteri…sapa sapa pon pemimpin yg mempunyai skandal seks harus ditolak tak kira la samada dia Islam atau tak..kalau tgk cerita cina dulu-dulu pon ditekankan org cina ni org timur yg menjaga adab ketimuran hehe

    pada saya perangai DAP ni dari dulu sampai sekarang sama saja…DAP tak pernah terikut2 dengan style mana mana parti lain pon samada PKR atau PAS

    tuan2 dan puan2 bacalah report MAGERAN…apa yg DAP buat sekarang ni sama macam apa yg dia penah buat dulu

    Reply
    • 13. Helen Ang  |  February 28, 2012 at 11:44 am

      Saya sokong CSL menerajui MCA atas alasan pragmatik. Seperti yang sedia dimaklumi, LGE seorang ‘streetfighter’ yang begitu licik serta ditaati tahap gila oleh masyarakat Cina.

      Maka untuk memberi tentangan kepada LGE, perlu ada seorang pemimpin Cina (konsep semak & imbang dalaman, misalnya dalam masyarakat Melayu, dikehendaki PAS menyemak & mengimbangi Umno dan sebaliknya) yang berkemampuan. Bukannya pemimpin Cina BN yang lembik seperti Koh Tsu Koon yang sudah habis dibaham LGE & di’usir’nya (perkataan kiasan dan bukan bermaksud usir secara fizikal) keluar dari P.Pinang.

      Perihal skandal seks CSL, kalau tengok cerita-cerita Cina dulu-dulu, sang maharaja ada yang mempunyai beribu orang gundik. Naluri hendak merejam CSL itu mencerminkan pandangan duniawi evangelis DAP pasca-2008 dan bukannya adat tradisi Cina. Ia adab Kristian – misalnya agama Katholik tidak membenarkan cerai pun – dan bukannya adab ketimuran.

      Di Malaysia, lelaki Cina boleh beristeri dua (atau tiga …) sehinggalah tahun 1982 apabila undang-undang sivil, iaitu Akta Perkahwinan dan Penceraian dipinda untuk mengharamkan kahwin bermadu di kalangan bukan Muslim. Sebelum itu, upacara perkahwinan mengikut istiadat Cina (tea ceremony) dianggap ikatan sah tetapi selepas Akta berkuatkuasa, semua perkahwinan Cina hendaklah bersifat monogami dan perlu didaftar.

      Anak dan isteri CSL tak bising pun malah Chua Tee Yong telah mengambil alih bertanding di kerusi parlimen yang sebelum itu didukuki bapanya.

      Reply
      • 14. Penang Mali  |  February 28, 2012 at 12:26 pm

        saya pernah baca ulasan Helen sblm ni pasal moyang Helen kot kalau tak silap saya kawin lebih dari satu..saya paham part tu (takkan saya nak berdebat dgn Helen hal2 adat org cina hehe) cuma dalam kes CSL adakah perempuan dalam video CSL tu isteri/atau gundik sah CSL…. kalau tgk gaya pakaian perempuan tu macam bukan isteri/gundik pon….nampak macam servis berbayar saja hehe…..tapi kalau betul isteri/gundik yg sah siapalah kita nak pertikaikan, mungkin jugak perempuan tu gundik dia yg sah hehe

        bila dah jadi pemimpin ni tak semestinya anak dan isteri tak bising maknanya dia tak bersalah dan masih boleh memimpin…walauapapon ahli parti MCA dan pilih dia jadi presiden..itu hak ahli parti MCA…tapi bagi saya utk dia pegang jawatan dalam kerajaan sy tak berapa nak boleh setuju lah
        ___________________________________________________________________________________

        LOL.

        Saya tak tengok gaya pakaian perempuan tu sebab diorang tak masukkan DVD ke dalam peti surat saya (khabarnya hanya diedarkan di Johor).

        & thanks, I get the message that Malays do not approve of CSL in govt.

        Helen

        Reply
      • 15. Anon  |  February 28, 2012 at 5:43 pm

        Helen,

        Saya ingin bertanya sama ada praktikal kah dan sanggup kah dan mengapa tidak MCA menggunakan sistem cadre yang PAP dan DAP guna sejak 50 tahun lalu – rekrut mereka yang minat dan giat dalam politik, yang ada salesmanship dan personal powers of persuasion, latihkan mereka, gajikan mereka dengan lumayan, keluar ke seluruh pelusuk negara, ke Kg Baru Cina, ke pinggir pinggir bandar, ke pusat pusat bandaraya, meberi penerangan, melawan hujah hujah Pembangkang, memujuk mereka yang bukan hardcore DAP members or supporters, meminta sokongan dan undi mereka di PRU13, yang mungkin ada masa hingga setahun lagi.

        Ma’af panjang betul ayat saya kali ini tapi got to go now.
        ___________________________________________________________________________

        Seems like it’s near impossible to get thru to the Chinese. They’ve all drunk the DAP Kool-Aid. — Helen

        Reply
      • 16. Anon  |  February 29, 2012 at 11:01 am

        Helen,

        I differ in opinion. Though looking at it only from the outside, I seriously doubt if “it’s near impossible to get thru to the Chinese.” I think it’s a matter of will power and where MCA politics are heading to, whether towards DAP’s or along their original tracks. And I’m more concerned now than before. Because DAP politics are not quite Constitution-based in many respects.

        And I wonder what “DAP Kool-Aid” there can be. To my mind, DAP, by the very nature of their membership, and conduct of their politics, can never be “cool”.

        It appears to me that MCA is aping the DAP in the quest for Chinese votes. The Bahasa Malaysia issue, the vernacular schools, places in IPTA, biasiswa despite the Chinese being the richest community and having a system of helping the less fortunate thru their clan associations and business guilds. It does appear to me that many of the DAP shouts are also those of the MCA. I don’t mind being proven wrong on these; I do hope I’m wrong, for I see MCA’s role since independence as one which can bring the Chinese community to the Malaysian whole.

        No doubt, MCA lost so many seats during PRU12 that so much has been said of them taking a “free ride” (while DAP fellas have been shouting about “free lunches”), and MCA has become desperate. I wonder if the Ong Tee Kiat kind would have done better. But MCA has also embraced money politics, according to OTK and I believe him.

        I wonder if, considering MCA threats since PRN Sarawak, not being voted much would lead to the Chinese not being represented in the Government, the Chinese being fully exploited by the DAP and another May 13 occurs, God forbid.

        Just like UMNO must gather enough will power to tackle the corruption bulls by the horn, both in the party and in the Government, so must MCA show the will power to really get Chinese votes by the cadre system I mentioned earlier. True, easier said than done, as DAP and PR are also corrupt; but serious attempts must be made in the interest of logical development towards maturity in nationhood.
        _____________________________________________________________________________________

        A grounded reading of the situation by you, Anon. Sorry that I used American slang. Drinking Kool-Aid: “the phrase suggests that one has mindlessly adopted the dogma of a group or leader without fully understanding the ramifications or implications @ the Jonestown massacre involving Rev. Jim Jones’ followers”.– Helen

        Reply
    • 17. Nani PJ  |  February 28, 2012 at 4:17 pm

      Tuan Penang Mali,

      Setelah membaca Wiki –
      http://en.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razak

      dan juga wiki –
      http://en.wikipedia.org/wiki/Rosmah_Mansor

      dan blog (tajuk dan isi tak sama) – http://shalattas.blogspot.com/2009/12/26-kuyah-lawan-mike-tyson-1993.html

      tentu kita akan andaikan DSNTR juga tak layak jadi pemimpin.

      ALLAH KNOWS BEST

      Reply
      • 18. Penang Mali  |  February 29, 2012 at 12:33 am

        Cik Nani PJ

        suspen jugak sy tgk reply cik ni..igtkan ada apa…pasal hal perkahwinan DS N dgn DS R tu mmg saya tau…tau pon sbb kecoh masa Fazli kawin dulu saja…kalau kahwin dah jadi halal utk org Islam…hal bercerai berai tu hal rumahtangga dia hehe…tapi kalau ada bukti sahih DS N berzina saya tetap dgn pendirian saya dia tak patut diangkat jadi pemimpin…cuma pasal mutaah saja yg saya x penah dgr lagi…rock-rock amy search pon kalau nak kat org dia kawin beb hehehehe

        Reply
  • 19. Rabbit  |  February 28, 2012 at 9:31 pm

    Alangkah bagusnya jika Tok Jib mengumumkan ‘kabinet bayangan’ sebelum PRU13 nanti. Bagitau rakyat, jika mereka tak suka calon menteri tu, jangan undi dia. Kalau dah kalah jangan pula calon tu buat muka kerang busuk kat pejabat PM, minta itu ini.

    Nota kepada Shahrizat: jangan sewakan flat murah kat Kota Singa tu dulu….

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


FOREVER record: World’s oldest PM

Countdown to Mahathir’s 100th birthdayJuly 10th, 2025
5.3 years to go.

Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

RSS Ismaweb

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Archives

Pengunjung

  • 8,639,834 hits

Kalender

February 2012
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

%d bloggers like this: