Posted in Evangelis

Belajar menghormati Buddhisme, Hinduisme dahulu sebelum cuba mencampurtangani Islam

Bersambung daripada ‘Erykah’s Allah tattoo and China bull in Muslim shop‘.

Hua Yong, seorang pembaca yang kerap mengomen di blog ini, semalam telah menegur, “I don’t know how this incident [akhbar menyiarkan gambar penyanyi ber’tatu’ perkataan Allah] have to do with DAP, moreover The Star is owned by MCA”.

Menyingkap posting kelmarin tentang Erykah Badu, saya telah menyebut DAP dalam konteks berikut:

(I) “Since the DAP success of 2008, there’s been an attitude shift amongst the Chinese.”

(II) “the state-funded Selangor Times which comes under the advisement of the menteri besar’s office has an all-Chinese editorial staff. Selangor Times continued with its disregard of the many BN and Malay-majority constituencies while making Subang Jaya and DAP favoured politicians the centre of the state paper’s universe.”

(III) “With the frequency of Hannah Yeoh’s appearance [in Selangor Times], you can well imagine that the copious space devoted to the tudung-wearing, religion-spouting DAP mascot has jolly well edged out any meaningful coverage of the Selangor opposition (i.e. Umno).”

Membincangkan dengan lebih lanjut huraian saya sebelum ini yang mengaitkan DAP (dan dipertikaikan oleh Hua Yong):

(I) Gelagat Cina DAP selepas kejayaan 2008 

Adakah kaum Cina lebih lantang dan naik minyak sejak kemenangan DAP pada PRU12? Adakah sesetengah orang Cina yang berfahaman Malaysian First sudah mahu mengajar orang Melayu bagaimana mengamalkan Islam?

(II) Cina DAP lagi pandai Islam berbanding Melayu

Di Selangor Times, semua wartawannya (termasuk pengarang serta penyunting) adalah Cina kecuali seorang. Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sisipan akhbar Star Two (Hiburan) yang dua orang pengarang Cinanya digantung kerja kerana kekalutan kes Erykah Badu.

Kemusykilan: Orang Cina mendabik dada kononnya sudah begitu mesra Islam tetapi orang kanan media tidak pula mampu mengenali perkataan ‘Allah’.

'Selangor Times' hari ini / harus ditukar nama menjadi 'Warta Hannah'

(III) S’gor Times — agen publisiti Hannah Yeoh

Gambaran kegiatan-kegiatan di masjid mengetengahkan Adun DAP menggayakan tudung.

Mingguan Selangor Times yang diterbitkan setiap hari Jumaat diedarkan di masjid-masjid selepas sembahyang jemaah.

Hannah Yeoh yang selalu membolot ruang di Selangor Times masih hattrick. Edisi hari ini (Mac 2, Jilid 63) menceritakan lagi al-kisah Ratu Twitter (screenshot atas) walaupun Selangor Times hanya ada 17 halaman bercetak (+ 2 iklan mukasurat penuh + 2 iklan separuh mukasurat = 20 halaman kesemuanya).

Politikus-politikus lain – 20 Adun BN & 2 Adun bebas – janganlah harap boleh mendapat liputan dalam Selangor Times kecuali kalau ia berita memburukkan BN, umpamanya tajuk ini, ‘Barisan MP gets six years for graft‘ (2 Mac 2012).

Ezra (anak Zaid Ibrahim) mewawancara Erykah Badu

Butir-butir mengenai kontroversi

  • Gambar yang digunakan Star pada hari Isnin diambil dari Universal Music, syarikat rakaman muzik yang menaungi penyanyi tersebut.
  • Penganjur konsert, iaitu Pineapple Concerts yang pengarah urusannya seorang Melayu, telah mem’photoshop’ poster promo supaya kalimah Allah yang tertera sebagai body art dipadamkan. Maksudnya Pineapple Concerts sudah menjangka ada umat Islam yang mungkin sensitif.

(Tidak payah saya terangkan istilah ‘Photoshop’, bukan? Pasti kalian faham apa yang diertikan apabila sesebuah gambar dikata telah buat photoshop.)

  • Laman sesawang http://www.erykahbadu.com digam – oleh kerajaan kita agaknya – sejak hari Selasa.
  • Erykah akan tampil di Java Jazz Festival di Jakarta malam ini. Seorang lagi penyanyi Amerika, iaitu Stevie Wonder, dijadualkan memberi persembahan pada hari Ahad.

Rakan blogger ‘A Voice’ telah mengulas:

“Gawd … shouldn’t The Star be more responsible as the newspaper mouthpiece of a member in the ruling party Barisan Nasional coalition to not unnecessarily slant things racially and add more fuel to the already tense political rivalry?

“It is so DAP!” (Baca di blog ‘Another Brick in the Wall‘)

A Voice juga berpendapat Star “It is not that many do not realise that The Star is filled with DAP sympathisers and MCA politicians are like lallang in handling The Star. All it takes is to see the frontpages of Sarawak version of The Star during the Sarawak state general election.”

Saya bersetuju dengan pandangan A Voice bahawa Star sesekalanya nampak macam konco media DAP juga.

Ramai di kalangan kakitangannya yang penyokong DAP sebenarnya bersikap endah tak endah terhadap nasib malang tuan milik akhbar itu. Sebab itulah mereka membiarkan sahaja MCA dibelasah teruk ketika peristiwa angpow putih tanpa berusaha mempertahankan majikannya.

Kenali tulisan ‘Ohm’

Ada baiknya juga jika kita mengenali tulisan ‘om’ (Hindi) supaya tidak jahil seperti pengarang Star dan Selangor ‘Rocket’ Times.

Perkataan suci orang Hindu ‘om’ (lihat huruf, kanan) nampak cantik sekali dan tulisan Tamil tidak kurang juga. Lakaran di atas menunjukkan huruf (warna merah) yang disebut ‘nya’  serta gambar seorang pendita/alim. Orang alim disebut sebagai ‘nya-ni’ dalam bahasa Tamil.

Di sebelahnya ialah huruf ‘ai’ (warna merah) dan gambar menunjukkan seorang Brahmin yang disebut sebagai ‘ai-yer’.

Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai sifat abjad-abjad Tamil uyirmey yang berbentuk gabungan jasad dan jiwa, SINI.

Yang saya nampak, para politikus evangelis DAP yang beriya-iya berlagak Islam sebenarnya kurang menghormati agama Buddha dan Hindu yang dianuti penyokong lama mereka.

Daripada cuba menunjuk pandai dalam hal-hal Islam, tetapi sebaliknya memalukan diri dengan sebutan dan tafsiran yang salah, baik tunjuk sedikit hormat kepada orang Cina dan India yang bukan-Kristian yang sering disisih oleh politikus “high class” evangelis.

Berkaitan:

Haris the prophet of Bangsa M’sia speaks from the mountain

Apa kurangnya BM?

Amanat Hadi dan sembahyang dua imam

Evangelis: Hosanna, hosanna di China

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Belajar menghormati Buddhisme, Hinduisme dahulu sebelum cuba mencampurtangani Islam

  1. Helen, sometimes saya fikir awak lebih melayu dari org melayu itu sendiri… Lebih berbudi bahasa dari majoriti org melayu PKR yg kononnya membantah ppsmi

  2. The DAP/ PKR like to patronize people.

    pa·tron·ize (Verb)
    Verb: Treat with an apparent kindness that betrays a feeling of superiority. To adopt an air of condescension toward : treat haughtily or coolly

    See, I am patronizing you by giving you the definition.

  3. Saudara Helan,

    Sejak lama saya memang amat hairan kenapa segelintir kecil non Muslim rajin sangat memberi komen mengenai Islam mengikut cita rasa logik mereka. Pada hal mereka tidak tahu apa apa pun!

    Oleh yang demikian banyak di antara komen mereka sama ada disengaja atau tidak menyinggung perasaan orang Islam. Jangan lupa perkara agama dan bangsa, orang sanggup mati mempertahankannya.

    Kenapa tidak ikut ( ini pendapat saya ) cara orang Islam yang tidak pernah/jarang memberi pandangan mengenai agama dan adat istiadat bangsa lain.

    Sebagai orang Islam saya kadang-kadang terasa lucu mengenai ibadat atau budaya orang lain. Tapi saya ‘keep it to myself’ Saya berpegang teguh kepada pegangan saya ‘who am I to comment about other people’s religion, as long as the believer belive it, let it be!”

    Semua ajaran dan ibadat agama Islam ada sebab dan alasan yang logik boleh diberikan sekiranya mereka mengetahuinya. Mungkin orang bukan Islam mengatakan Muslim bodoh kerana berpuasa, sengaja melaparkan diri. Tapi ternyata ibadat ini memberi manfaat dari aspek kesihatan.

    Cuma dalam Rukun Iman sahaja kita mesti mempercayainya berdasarkan kekuatan Iman bukan berdasarkan bukti yang boleh dilahat dengan mata dan didengar dengan telinga!

  4. The Star editors deserved it. If your excuse was we totally did not notice the tattoo. I am sure it is an accident. But your excuse was it was in arab so we dont know what it means. You are an editor and if you see something you not sure of you find someone to refer to. You don’t. That’s mean you are so incompetence or ignorance, iether one not good for an editor. Some more sensitivity is at all time high.

    1. Sharing my thoughts for reflection: Earlier I was most adamant & insisted that Ibrahim Ali must surely know that angpow has to be red b’cos this factor is so visible — in TV ads, shopping mall decorations, etc.

      In the same vein, should the Chinese editors be aware that the Arabic script is ‘Allah’?

      Let’s take the Halal logo which also has Arabic script. Can non-Muslims recognise it or at least have a rough impression as we see it everywhere?

      I’ve seen the Allah word in Arabic (meaning have had exposure to it) enough times to recognise it.

      Have the whole Star editorial chain – all non-Malays apparently – involved in the production & approval of that page (more personnel than just the two editors suspended) never seen the Allah word before or never registered it in their mind? If this is so, then we must ask why?

      I see a great hypocrisy in papers like Star & portals like Insider that loudly beat the unity drums (i.e. they love to promote homily stories, Yasmin Ahmad & other feel-good, sounds-good stuff) but when it comes in the form of a subtle but real test like Erykah Badu’s tattoo, they fail.

      They like to pat themselves on the back that they’re leading the charge of Malaysian First but it’s been words, words, words. Action, mana ada?!

      1. Of course the chinese editors should be observant enough to know the Allah word. They live in Malaysia don’t they?

        As for me, I have been able to notice the aum symbol that hindus use and the swastika sign that some buddhists use.

        You’re an newspaper person. I am sure there are supposed to be reviews and checks before the article or picture goes to print. There must have been many eyes that gazed upon those pics before the machines ran. Plus it was not a ‘breaking news’ item that happened the day/night before and could have been rushed through.

        As for the possibility that it was an intentional racial microagression, I can see how one editor could have taken the pic directly to the printer and bypassed the review/check process.

        It doesn’t take a conspiracy for offensive things to appear on newspapers.

        This is just the same of any organization. If the head has a bias and wants to direct his/her views against another group, he/she can allow some things to be published while others to be demoted/redacted/deleted.

        I have already informed how my posts on Din Merican were deleted and comments related to my posts were redacted.

        Helen, too, can exercise her right to delete my comments. I think she has been kind and gracious to allow my ‘devil’s advocate’ views on most subjects.

        I am trying to expose that there is hidden racism, euphemistically called ‘chauvinism’, among the chinese that is at the core of DAP’s behavior. Attack that, then DAP is officially exposed. However, Helen herself is chinese so she can’t do that. I see that.

        If an indian reader were to attack issues related to caste in order to explain the marginalisation of his community, then I would agree to further that discussion. However, how many indians would talk without reservation about problems related to caste?

        If a Malay / Bumi were to discuss the topics related to the Islamic religion and how it impedes many types of progress, I too would be willing to address that issue . But of course, I have to do it on the condition of anonymity.

        In Malaysian politics, we need to go and address the core issues.

        At least in the states, some political pundits on the left are willing to point out that the Republican platform is there to maintain White Anglosaxon Protestant dominance in the country. While the right wing pundits would try to expose the left wingers who support sex education as a way to promote a liberal lifestyle.

Comments are closed.