Posted in BIAWAK

Blogger pro Umno, wartawan pro DAP masing-masing mencari pengaruh

Rakan blogger Taipingmali telah memblog hari ini:

“Selepas kekalahan BN pada 5 negeri menyebabkan satu semangat baru muncul. Tun Mahathir lah pendorong kepada kebangkitan blogger. Blogger pro BN tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan mereka bernaung di bawah BPN atau Blogger Pembela Negara yang diketuai oleh Panglima Perang Cyber. Abang Tuah sebagai Timbalan. Parpu kari, Taipingmali dan ramai lagi bernaung dibawah BPN sebelum munculnya UMB di bawah Tun Faisal dan Pemuda Umno Malaysia,

“Kini PapaGomo, Parpu, Gap, Pisau, Panglima Perang Cyber, MIM, MIK dan ramai lagi masih mendominasi carta blogger berpengaruh di media maya.”

Taipingmali, yang berkecimpung dalam blogosfera mulai Mei 2009, adalah seorang ‘blogger jutawan (hits)‘, dengan blog beliau memperolehi 2.1 juta capaian.

Saya pernah menelah bahawa padang politik negara sedang dicorak ke arah Umno lawan DAP (bentuk sistem dua parti gaya kita), dan seterusnya kepada sistem politik dua bangsa.

Dalam konteks ini, pandangan-pandangan yang diutarakan para alpha blogger Umno dan pro-Umno menarik untuk dibandingkan dengan sudut pandangan penulis-penulis DAP dan pro DAP. Di portal berita, iaitu jelapang yang dikuasai pro-pembangkang, tulisan mereka umpamanya Jackson Ng, Douglas Tan dan Thomas Lee muncul merata-rata.

Saksi-saksi yang dikehendaki polis berhubung dengan gangguan terhadap demo anti-Lynas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Taipingmali “yakin bahawa isu Lynas ialah isu perkauman”. Adam Chew ialah pemberita Kwong Wah Jit Poh yang cedera ketika berlaku pergeseran di antara pendemo anti-Lynas dengan orang Perkasa dan Pemuda Umno (Gambar atas: saksi yang dikehendaki memberi keterangan kepada polis).

Guan Eng prihatin

Adam kelihatan memakai kemeja-T berwarna hijau (warna anti-Lynas). Ada sesetengah pihak juga mempersoalkan sama ada beliau sedang menjalankan tugas sebagai wartawan pada tatkala itu ataupun hadir untuk tujuan menyertai protes.

Seseorang pengamal media tidak semestinya sehaluan dengan falsafah majikannya. Pengamal media pun mempunyai hak peribadi bersimpati dengan sesiapa atau parti mana mengikut citarasa sendiri.

Di dalam postingnya semalam bertajuk ‘Parasite dalam akhbar milik MCA‘, Taipingmali memblog:

“Dari dua editor The Star yang digantung tugas, sebenarnya bukan ahli atau pro MCA. Isteri Lim Cheng Hoe (the suspended editor) adalah pengikut Twitter follower of Hannah Yeoh. Daryl Goh penyokong DAP.”

Isteri Lim Cheng Hoe juga seorang pengarang di Star. Fakta yang diketengahkan Taipingmali tentang beliau adalah seorang “pengikut Twitter follower of Hannah Yeoh” memang betul.

Namun pengarang itu juga pengikut Twitter Lim Guan Eng, Zaid Ibrahim, Chua Soi Lek, Lim Kit Siang, Mohd Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim.

Dilihat personaliti Twitter yang diikuti beliau termasuk juga perdana menteri dan bos (presiden MCA) organisasi beritanya. Apa petanda Hannah Yeoh termasuk senarai, sekali dengan LGE, ZI, CSL, LKS, NTR dan DSAI? Waaah, kalau boleh berdiri sama tinggi diletakkan sebaris dengan VVIP, maka si Hannah ini berpangkat tinggi lah — MB Selangor, kot. (MB = Mem Besar)

Wartawan Cina yang lain pun condong kepada pembangkang.

Satu contoh (screenshots di bawah): Penulis yang dengan terang-terang menyeru pembaca supaya mengundi Pakatan.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/25/wake-up-vote-pakatan/
http://www.freemalaysiatoday.com/2012/03/03/nearing-the-end-umno-behaves-strangely/

Selena Tay juga mendakwa:

“There is a Chinese saying that a person who is near death exhibits weird behaviour. Perhaps this is happening to Umno now as it senses its demise in the coming 13th general election. And this must be the reason why Umno has gone berserk. Their irrational behaviour has cemented them as the baddie of the Malaysian political scenario.”

Bagi saya yang lebih menarik ialah respons-respons yang diberi kepada rencana Selena mendakwa Umno dekat tamat hayat (lihat screenshot bawah). Dan cuba bandingkan dengan reaksi yang diberi oleh Jackson Ng kepada sepucuk Surat kepada Pengarang nukilan Wong Mun Chee (screenshot yang kedua).

Kepada rencana ‘Nearing the end, Umno behaves strangely’, Jackson Ng membalas, “Superb points and well said” manakala kepada surat ‘PR is more politically racist than Umno‘ Jackson Ng menyerang peribadi dengan tuduhan “Another BN garbage bootlicker writer”.

Lagi menarik, Jackson mengaku dirinya seorang “retired journalist” (bekas pengarang yang amat meminati Lim Guan Eng). Rakan-rakan sebidang dan sewaktu Jackson juga berjawatan di Selangor Times agaknya.

Pada hakikat, DAP dan pejabat Menteri Besar Pulau Pinanglah yang rajin membelai wartawan Cina. Padahal sebilangan besar pengamal media sebenarnya bukan ahli atau pro MCA pun.

Berkaitan:

Memang Melayu hilang di S’gor Times

Yeopie No.1 buat S’gor Times macam datuk dia punya

Pakatan begitu obses dengan pelacur

Huraian pengarang-pengarang Sinchew tentang sentimen Cina

Author:

I have no Faceook or Twitter.

3 thoughts on “Blogger pro Umno, wartawan pro DAP masing-masing mencari pengaruh

  1. Inilah yang merisaukan…. Salam hujung minggu semua… Apabila ada dua keadaan terlampau… perlu ada satu keadaan pengimbang… Pak Ard tak mahu ketaksuban melulu mempengaruhi rakyat negara tercinta…

    Dunia maya memungkinkan kita meluah pandangan dan didengari oleh lebih ramai khalayak, tanpa sempadan….

    Setelah terlihat keberkesannya semasa PRU yang lalu… ianya diperguna sehebat mungkin kali ini… lalu lahir pemain-pemain profesional yang dibayar…. bertukar penaja adalah perkara biasa… dan sedang berlaku…

    PRU sebelum ini menyaksikan rakyat yang belum celik dunia cyber terpedaya…tak sedikit yang memetik berita dari ruang cyber sebagai sumber fakta yang kemudiannya didapati palsu dan fitnah…

    Menyedari peranannya tidak boleh dikesampingkan, setiap parti politik kali ini mengerakkan jentera perang cyber mereka…. sampai ada yang dah kucar-kacir dan berantakan… (merujuk cyber pro-players BPN dan UMB)… memalukan satu hal, merugikan yang perlu PM tengok-tengokkan… jangan sampai kena mintak maaf terlalu banyak kali, orang tak larat nak layan…

    Laman berbahasa Melayu selalunya bertembung sesama sendiri berkisar antara PAS Keadilan dan UMNO…yang berbahasa inggeris pula dipelopori pembangkang, dimana pemerintah dibaca sebagai umno dan Melayu, manakala pembangkang dibaca sebagai Pakatan dan non-bumi…

    Sedikit Melayu elit ada di laman berbahasa inggeris dan sedikit anak Malaysia Cina, India dan lain-lain yang agak fasih dan berminat hadir dilaman berbahasa Melayu… lalu menjadi kebiasaan… mereka yang sedikit ini dibelasah… lalu Dik Helen membuat telahan bahawa kita menuju kearah pertembungan sistem dua parti dua bangsa…

    Ya, Pak Ard setuju, semua isu-isu ditunggangi kearah perkauman, siapa yang membawa kesitu dan siapa yang bersifat meyerang dan siapa terpaksa bertahan? Berlebih-lebih dan terlampau adalah cara yang digemari, yang bertahan gagal berhujah dengan cerdik, lalu berkali-kali terjerumus ke lurah perkauman…ada ke patut sesiapa bertwiter, berfacebook atau ke blog tertentu dituduh menjadi peyokong?… dan lamannya dilawati 2.1 capaian.
    Maaf untuk meluah rasa…..penguatkuasaan kita terhadap alam cyber ini begitu LEMAH, sampaikan pihak yang berkuasa menjaga dan mendaulatkan perundanganya dihina masih tiada tindakan ..( baca diatas apabila PDRM dituduh membantu BN mengujud suasana huru-hara….), maafkan saya, mungkin ada tindakan tetapi tidak dihebahkan, kenapa tidak, hukuman sepatutnya menjadi pengajaran bukan hanya kepada pelaku kesalahan tetapi juga orang lain supaya tidak melakukan yang sama berulang. Tidak mengambil tindakan boleh ditafsirkan sebagai memperakui tuduhan…nanti apabila sesuatu yang lebih buruk berlaku apabila rakyat melihat pelindung gagal melindungi lalu mengambil langkah tindakbalas sendiri, siapa pula akan memohon maaf…..

    Menarik di laman ini… ada tamu yang menulis dalam bahasa Melayu mendapat ulasan balas dalam bahasa inggeris dan juga sebaliknya… ia sihat dimata Pak Ard… cuma tulis lah molek-molek supaya kita sama-sama dapat belajar kedua-dua bahasa disamping berbahas dan bertekak menegakkan benang reput…

    Cuma sekadar bertanya,…laman yang Pak Ard ziarahi ini mana duduknya? …berbayar ke atau ditaja… tetapi tidak lah penting sangat kerana kita semua tahu apa matlamat kita…
    _____________________________________________________________________________________

    Pak Ard,

    Tak sesiapa membayar tetapi mana-mana yang sudi bolehlah belanja minum teh tarik atas menghargai tungkus-lumus dan usaha saya di sini.

    Saya sebenarnya amat terkilan melihat halatuju DAP dan gelagat prima donna-prima donna setahun jagung parti itu. Lebih kurang sepertinya orang PAS merasai diri mereka dikhianati.

    Bayangkan parti ada nama Islam, ada perlembagaan tetapi hanya kerana PRU13, boleh timbul cadangan orang bukan-Islam dibenarkan menjadi timbalan presiden. Kalau PAS Islam, DAP sosialis (sayap pemuda DAPSY = Democratic Action Party Socialsit Youth) tetapi sekarang ke mana pergi sosialisme dan demokrasinya?

    Perasan tak, PAS dan DAP dewasa ini asyik keluarkan perintah tutup mulut, baru-baru ini di Kedah.

    Helen

    1. PAS memang parti yang sesat sesesatnya. DAP pula sebuah parti yang serupa dengan Nazi dalam tindak tanduk dan prinsipnya. Jika kaum Yahudi menjadi mangsa apabila Nazi berkuasa di Germany, cuba teka kaum mana yang akan menjadi mangsa apabila DAP berkuasa?
      Kaum Melayu dan Bumiputra lah, thanks to the Melayu bodoh di kalangan PKR dan PAS.

  2. Saudari,

    Mungkin ramai tidak tahu satu butir mengenai Jackson Ng Kee Seng. Ya, beliau “retired journalist”. Tahu kah anda beliau bekerja di NST sebagai salah seorang pengarang berita tidak berapa lama dahulu?

    Walaupun tidak lama, dua tahun dahulu, kalau saya tidak silap, beliau MAKAN GAJI NST….

    So, Kee Seng, very terror anti-BN now, aaah? Very good. But, it’s on record you were working, makan gaji with NST.

Comments are closed.