Posted in BIAWAK

‘Do you really hate MCA that much?’ / sikap Cina PenangMali

Soalan “Adakah anda begitu benci terhadap MCA?” diajukan kepada seorang individu (tidak diketahui identitinya) yang telah mem’photoshop‘ kepala Dr Chua Soi Lek ke atas tubuh lelaki bogel memegang sebilah pisau.

Soalan tersebut ditanya oleh Frankie Gan, timbalan ketua Pasukan Petugas Khas 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan, dalam sidang akhbar kelmarin.

Beliau mendedahkan gambar photoshop yang sedang panas tersebar melalui Facebook yang memaparkan kata-kata dalam bahasa Cina: “Jika Lynas beracun, saya akan potong” pada kemaluan lelaki yang dalam keadaan telanjang bulat. (Ungkapan “akan potong” membayangkan bahawa jaminan yang diberikan MCA tentang keselamatan loji memproses nadir bumi itu adalah sukar dipercayai)

Do they really hate MCA that much?

Di bawah ialah screenshot (salin-tampal tidak mengikut urutan masa) respons pembaca Malaysiakini kepada rencana berkenaan serta soalan Frankie untuk kita meninjau sentimen kelompok yang bencikan MCA.

Seperti lazimnya MCA digambarkan sebagai anjing suruhan Umno, misalan komen oleh ‘anonymousA’ yang menyindir: “woof woof woof, that is what MCA good at !!!”.

Lihat juga komen paling bawah oleh ‘Chin Tu Lan’ (bahasa kesat dalam Hokkien membawa maksud ‘marah tak terhingga’). MCA diberikannya jolokan Malaysian Chow Kau Association (terjemahan: Persatuan Anjing Busuk / running dog).

Pun baru-baru ini sahaja Dr Chua bercakap tentang “politik benci” yang katanya dipraktikkan oleh pembangkang semenjak Mac 2008.

Mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah meramal “hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN” dalam PRU13.

Adakah ini bermaksud 80 peratus undi masyarakat Cina akan berpihak kepada Pakatan, khususnya DAP?

Perasan marah dan benci adalah mendalam terutamanya di kalangan orang Cina Pulau Pinang di mana suasana sosiopolitik masyarakat Cina sesama sendiri mengimbas kepada gejala sembahyang dua imam (dalam hal benci, puak Kristian Wahabbi DAP secocok dengan golongan mullah PAS).

Screenshot di bawah ialah suatu laporan di laman Parti Sosialis Malaysia yang ditulis oleh Choo Chon Kai, pengerusi PSM Bayan Baru, Pulau Pinang.

Firsters hilang pertimbangan

Perkataan ‘Anwaristas’ dikatakan telah dicipta oleh Raja Petra Kamarudin untuk merujuk kepada mazhab al-Anwar tetapi belum ada perkataan popular untuk merujuk kepada penyokong taat tahap gila kepada Khalifah Umar Lim (lihat gambar bawah pemuda Cina yang membentuk ‘rantai manusia’ untuk melindungi Guan Eng di demo anti-Lynas).

Penduduk Kg Buah Pala dikhianati

Cina Pulau Pinang yang mendewa-dewakan ketua menteri dan partinya DAP memang tidak boleh lagi diajak berbincang. Kesedaran ini ketara ketika krisis Kampung Buah Pala di mana orang Cina tidak bersimpati sedikitpun dengan nasib gembala lembu kampung itu tetapi sebaliknya memaki-hamun orang India.

Selain India miskin, penduduk Melayu kampung pun memprotes tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang, misalnya di Kampung Pokok Assam, Kampung Binjai dan Kampung Genting.

Kontraktor utama untuk projek pembangunan Kg Buah Pala ialah Wabina Construction & Engineering yang dimiliki Datuk Loh Geok Beng, timbalan presiden Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang.

Seperti diketahui umum, Guan Eng begitu akrab dengan presiden dewan peniagaan, iaitu Tan Sri Tan Kok Ping.

Datuk Loh yang disebut di atas ialah seorang pengarah Han Chiang College manakala Tan Sri Tan ialah pengerusi lembaga kolej.

Pernah Menteri Penerangan Rais Yatim menyuarakan rasa tidak puas hati kerana majlis yang dihadirinya di kolej tersebut telah dilangsungkan dalam bahasa Cina. Posting di blog Tok Jen menggambarkan reaksi penuntut ketika acara berlangsung (cekupan di bawah).

PETIKAN (Tok Jen):

  • Sesi ucapan dimulakan dengan Tan Sri Tan Kok Ping dan ikuti selepas itu ucapan Lim Guan Eng dan terakhirnya ialah [ucaptama] oleh DS Utama Dr Rais Yatim selaku wakil Perdana Menteri dan kerajaan pusat.
    .
  • Apa yang menarik semasa pengumuman ucapan oleh Lim Guan Eng, pihak
 penganjur telah menayangkan slide multimedia
 (multimedia presentation) khas untuk memperkenalkan Lim 
Guan Eng serta latarbelakangnya.
    .
  • Bagi setiap slide yang ditayangkan ianya mendapat tepukan, sorakan yang bingit serta jeritan gemuruh daripada para hadirin termasuk para pelajar yang hadir …
    .
  • Dalam pada itu, ketika Lim Guan Eng berucap pula senarionya juga 
sama. Semasa manyampaikan ucapannya, Lim Guan Eng telah menselang-selikan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan sedikit Bahasa Melayu. Ketika ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu, sambutan serta respon adalah sederhana sahaja.
    .
  • Bagaimanapun ucapannya dalam Mandarin mendapat sambutan serta respon yang amat baik sekali dengan tepukan gemuruh serta sorakan dan pekikan membingitkan daripada para hadirin termasuk kalangan pelajar.
    .
  • Apabila DS Utama Dr Rais Yatim dijemput berucap pula,
 respon serta sambutan para hadirin hanya biasa-biasa 
sahaja. Tepukan tangan pun tidak bermaya dan ada di antara yang hadir tidak ambil peduli pun. Lebih menarik lagi, ketika DS Utama Dr Rais Yatim berucap, suasana dalam
 stadium tertutup itu mula bertukar menjadi suasana sepertimana di pasar-pasar awam. Diperhatikan sebilangan besar hadirin yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina bercakap-cakap sesama mereka dan tidak ambil peduli langsung apa amanat yang dibawanya atau pesanan Perdana Menteri kepada kaum Cina di Pulau Pinang khususnya golongan pelajar CIna.
Sumber: Tok Jen

Rumusan Tok Jen harus kita selami. Beliau berpendapat:

“Tidak
 keterlaluan jika dikatakan, berdasarkan doktrin sentimen 
keCinaan yang menebal disemai berterusan di kalangan
 pelajar kolej berkenaan, produk yang akan dihasilkan adalah generasi muda Cina yang anti kerajaan pusat”.

Anti-kerajaan itu seperkara.

Perkara lain ialah ada orang Cina – katakan umpamanya blogger dan operatif politik pro DAP – yang (kalau tak duduk di pulau pun) asal dari Penang boleh begitu taksub kepada Guan Eng. Sampailah mereka sanggup memfitnah dan menikam kawan yang tidak menyokong DAP.

Ke manakah ABU (‘Aku bencikan Umno/BN’) ini akan membawa negara kesudahannya?

Anda mungkin juga meminati:

Penang developers “big financiers of certain political parties”?

Butir-butir $PICE: Developer dapat begitu banyak kelebihan

Haris the prophet of Bangsa M’sia speaks from the mountain

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “‘Do you really hate MCA that much?’ / sikap Cina PenangMali

  1. Bumiputera ada dalam 70% di Malaysia (Melayu 55%). Chinese kurang dari 30% (statistik 2010). Chinese rights? Mcm pelik sahaja. Bukankah sepatutnya other races’ rights also? Ekonomi, Chinese yg pegang, byk tycoon Chinese. Hak orang Cina adalah sama seperti hak kaum2 bukan bumiputera. Serius ckp, orang2 Cina sudah lupa sejarah. Sampaikan kesultanan Melayu pun dah dipersoalkan, kepimpinan orang melayu pun dah dipersoalkan.

    http://www.malaysiakini.com/news/191013

    memang kewujudan tanah melayu ni atas usaha orang melayu walaupun bukan usaha sultan2 melayu pun.

    ke ramai orang Cina sudah lupa social contract dalam perlembagaan? Saya rasa MCA tidak menjadi orang suruhan. dalam BN tiada parti suruhan la..dalam PR mungkin ye. PAS pun ikut jer..PKR pun ikut je..MCA tidak mahu hudud dalam Malaysia. parti itu bersuara. Lepas tu UMNO ditduh takut dgn MCA pulak. sekurang-kurangnya tidak hipokrit sperti DAP. kenapa perlu menjadi orang lain? menjadi Khalifah Umar impostor? jadi diri beliau sudah. DAP sebenarnya menyuburkan perasaan benci terhadap orang Melayu, lebih2 lagi Melayu UMNO. Melayu Pas, PKR tak takut sgt, konon hormat sebab Melayu PAS ngn PKR ni otak sempit.buta2 je sokong pemimpin. sebab tu senang diguna2 kan.. see penduduk buah pala? Hindraf??

    semua janji2 DAP tu ibarat cek tendang, tak bole pakai satu sen pun. kalau janji dan maaf PM Najib adalah cek kosng kerana ia adalah cek yang mana rakyat boleh letak harga untuk berapa syer mereka mahukan dari kerajaan, berapa syer mereka mahukan utk rakyat. at least ada guna. cek tendang? ditendang2 la.
    ______________________________________________________________________________________

    Masalahnya taikun-taikun Cina yang sudi menjadi BFF kepada yang berkuasa (misalnya seorang KM) sebenarnya tidak pandang kepada orang kebanyakan. Jadi kalau mereka kaya-raya Top 10 pun tak ada kena-mengena dengan kami Cina yang rakyat marhaen. — Helen

    1. Peratus penduduk itu perlu di pantau dengan teliti. Jika UPE, Jabatan Perdana Menteri gunakan angka Melayu sebagai 58% lama sebelom banci 2010, Cina di ketahui dan dihebohkan di media massa sebagai berkurangan sebab kerendahan peratus lahir dan penghijrahan ke luar negara sejak banyak tahun di Penang dll, maka sepatutnya peratus Melayu naik dan dan peratus Cina turun dari 23% yang di gunakan dahulu.

      Anehnya Jabatan Perangkaan tidak asingkan angka Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak- Bumiputera dahulu dikatakan 11%. Tambahan pula metodologi Jabatan Perangkaan nampaknya suspek. Kalau saya tak silap, tidak ada nombor kad pengenalan atau suratan perjalanan di catit bila membanci.

      Perlu pastikan asas yang benar bila mengira peratus. Sama ada dari jumlah warga negara atau jumlah penduduk. Jumlah penduduk memang lah termasuk 2-3 juta pekerja asing (tak pasti sama ada yang tanpa izin, atau PATI, pun di kira), penduduk tetap, pelancong (yang tulen dan yang tak balik bila tamat tempoh yang dibenarkan).

    2. Helen , kalau begitu, belum pasti lagi LGE akan berkongsi kekayaan dengan orang Cina yg lain. So apa beza dengan MCA kalau mereka memberi alasan yang sama. and see FC told us how they even accused UMNO who taught MCA to be evil, that is such as DAP and PKR teach PAS to be evil. I second FC statement, dont be so innocent lah as if DAP is holly and pure. Parti demokratik? Betul, parti demo (suka berdemo) dan autokratik (suka gag orders), which applies to all other People, eh, Crony Alliance.

  2. Hai Helen,

    Mca macam dah tak nak menang pilihanraya. Dibiarkan sahaja apa pun yang Dap buat. Mereka berpakat agaknya. Umum mengetahui semangat kekitaan dan cintakan bangsa sangat tebal di kalangan masyarakat Cina, dan itu saya hormati. Barangkali jika senario semua wakil Mca kalah di kawasan majoriti Cina, dan Cina hanya ada seorang dua wakil berpangkat menteri dalam kerajaan, apa nak jadi? Telahan saya akan ramai wakil Dap yang melompat parti untuk memastikan kuota menteri Cina dipenuhi. Mungkin faktor inilah yang membuatkan Mca tutup mulut, walau apa pun asakan Dap. Tetapi kena ingat juga, kalau berlaku sebegini, Melayu tidak akan mudah memaafkan kaum Cina. Sudah terlalu banyak insiden-insiden anti Melayu dan kerajaan (baca Melayu) yang dimainkan oleh Dap untuk meraih sokongan masyarakat Cina, dan kalau orang Cina terbukti majoritinya menyokong Dap dan menguburkan Mca, masyarakat Melayu akan bersorak gembira ke? Apa pun justifikasi yang mereka berikan tak penting, persepsi masyarakat Melayu tidak akan memihak kepada mereka, dan kalau Dato’ Najib mahu kekal lama sebagai presiden, dia akan dengar apa pandangan masyarakat Melayu marhaen (memetik kata Helen).

    Salaam, senyumlah sikit, jangan serius sangat

    Ya Allah peliharalah negara kami dari kejahatan mereka yang zalim
    ___________________________________________________________________________________

    Hahaha, senyum. Saya membesar di P.Pinang dan arwah ibubapa/atuk-nenek pun orang Penang. Tapi sungguh, terasa payah bersemuka dengan orang Cina yang duduk pulau: Mungkin diorang 90% peminat DAP (Tun Daim kata penyokong MCA Cina tinggal luar bandar) terutama sekali kalau perbualan ada menyentuh politik. — Helen

  3. i’m not comfortable with this insinuation that MCA is ‘evil’ because UMNO teaches them to be ‘evil’. as if MCA is some kind of innocent and virgin lady who was so pure that it’s road to corruption is because UMNO led it to it. PKFZ scandal is mostly MCA if not all of it. was it the malays who introduce Triad culture to chinese. don’t act so innocence lah is what i’m saying.
    ___________________________________________________________________________________

    Part of the Kristian Wahhabi thing. Their side is whiter than white. Everyone they’re opposed to is evil.– Helen

  4. SDRA HELEN ANG,
    1.saperti mana biasa yang lalu,ulasan anda sangat realpolitik dan berasas dengan hujjah yang datangnya dari pendekatan harian serta rumusan yang betul.
    2.adakah ahli politik membaca sentimen 2 perkauman,
    kita sedang mengalami sejak 2004,kehakisisan perhubungan antara kaum, dan semenjak 2008, kebencian makin meluap luap tanpa di bendung olih undang,atau ketua perlembaagan atau mahkamah2,atau kumpulan ngo dan berasas kaum.
    3.Masing masing buat dan “like begets like”,dan makin kuat ketegangan. Kaum juga berlindung di belakang agama minority yang bermula suara kan perasaan reactionary.
    4.Rasa nya tiada kesudahan,sebab semua sudah “retreat” dan buat dinding dan tembok yang membesar.
    5.Tiada siapa ahli politik yang menyuara kan REDA REDA REDA,malah ramai yang mengapikan sentimen “our rights and our rights and our rights” melaui akhbar vernakular dan kumpulan bahasa ibunda.
    6.saya rasa masa depan namapak makin teruk,dan makin banyak perkera asas ,saperti ekonomi,welfare,education,pelaburan,pekerjaan ,peluang pekerjaan sudah terlepas pandang ,sebab tiada siapa yang ambil berat lagi.
    tq Helen Ang,
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    1. Sangat bersetuju dengan pandangan Arjuna Waspada – iaitu merasakan suasana hari ini dan masa depan nampak makin teruk dan makin banyak perkara asas saperti ekonomi, welfare, education, pelaburan, pekerjaan dan peluang pekerjaan sudah terlepas pandang, sebab tiada siapa yang ambil berat lagi…!

      Jadi, apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya keadaan sudah menjadi semakin sempit, susah dan sesak, juga acapkali terdesak..? Masih belum mahu berubah dan masih mahu berlapang dada dengan apa yang berlaku di depan kita…?

      Wahai rakyat Negara Malayasia bumi yang bertuah ini, semua jenis warna berada di tangan kita..! Kitalah yang mencorakkannya. Lakar dan corakkanlah berdasarkan ilmu yang berada di dada kamu, demi untuk kebaikan hidup bersama. Dapatkan maklumat sebanyaknya, kemudian selidikilah akan kebenarannya. Berwaspadalah dengan orang yang fasik kerana kemungkaran dan sifat kekufuran itu telah menjadi saudara kepada mereka.

      Para pemimpin mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang akan memekatkan lagi keegoan mereka. Di cafe Parlimen, mereka berdekah-dekah, bertepuk-tampar sambil menikmati hidangan. Di depan pengikutnya, mereka mengadu-domba untuk mendapatkan pengaruh dan laba dari apa yang mereka perjuangkan…!

      Sebagai pencerahan minda diperturunkan hikayat di bawah ini untuk kita nikmati dan renungkan bersama…!

      Membaca ayat yang ditulis oleh hakim berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya.., “Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan,”

      Agaknya maksud ayat itu membawa erti kalau aku membunuh isteri Mohd Zaki Md Yasin maka motif pembunuhan tidak penting, yang dinilai perbuatan membunuh saja. Yang dihukum hanya orang yang diupah tapi yang mengupah(memberi arahan) bebas…?

      Dengan tercatitnya penghakiman seperti ini akan memberi ruang orang tertentu khasnya ahli politik melakukan pembunuhan terhadap musuh politiknya melalui pembunuh upahan seperti Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar lakukan. Orang yang kena tangkap dan dihukum hanya pembunuh upahan saja sedangkan orang yang mengupah membunuh lepas bebas….!

      Dalam keadaan BN tiada majoriti 2/3 diparlimen, hakim di mahkamah dengan mudah diubah menjadi keldai mencipta(mentafsir) undang-undang yang membolehkan seseorang yang bertaraf elit mengarah orang membunuh orang yang dibenci kerana hakim tidak akan menyentuh secara langsung mengenai motif pembunuhan.

      Dan pembunuh pula diberi kebenaran memakai topeng zorro agar tidak dikenali dan mudah keluar bebas melalui pintu belakang penjara. Lihat kembali kes kematian Teoh Beng Hock, apa yang diputarbelitkan dengan ayat seperti, “punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh…”

      Menurut Azmil Mustapha Abas, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima. Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri….”

      Apa pandangan kalian dalam kes yang dihikayatkan ini..? Apakah kita buta atau kita rela dibutakan…? Mengambil tahu perihal yang seperti ini menjadikan dada kita semakin sempit dan sesak nafas…., itupun sekiranya kalian termasuk dalam golongan manusia yang berakal…!

      Sejahtera ke atas kamu Helen dan sekelian pembaca.

  5. How much these people hate MCA is the same as how much some PAS malay hate UMNO. But to the surprise, most of these malay, if student they are under some government scholarship, or many who study oversea under government scholarship with bumiputra quota. The latest fiasco is this Nizar (i believe he hates UMNO to the core) and yet sending his kid to MRSM Taiping, an UMNO product.

    Same like these Chinese. If they are ok, they hate MCA to the core. But when they are in trouble, they will seek biro kemasyarakatan MCA.

    Human is known as very ungrateful being. This is life.

    1. Grandmarquis,

      Sudah tentu mereka jawab biasiswa itu semua taxpayer’s money..Bukan duit BN. Atau itu semua memang tanggungjawab kerajaan, orang bagi kita ambik.

  6. Yang aku tak faham Helen, hak Cina apa yang Malaysia tidak beri kepada orang Cina?
    Kamu inginkan sekolah khas untuk pengajaran dalam bahasa Mandarin dibenarkan dan sekarang dibiayai oleh kerajaan..
    Kamu ingin mengamalkan budaya/agama kamu sebebas-bebasnya, tiada masalah..
    Kamu boleh mengundi..
    Sekarang boleh berbicara (didlm mana-mana bahasa pun) semahu kamu sehingga menghiris hati bangsa lain dan yang terutama Melayu..
    Apa-apa berlaku nanti kami kebanyakkan orang Melayu akan menyimpan dendam dan dendam kami nanti adalah dendam kesumat..

    1. Sokong pandangan Sdr Khairul, dah habis dah semua hati kena yang di hiris dan di perah darah sapai kering.

      Ada fenomena yang selari walaupun berlaku di asingkan kaum.
      yaani 1.Mengapa MCA di benci habis habissan (nampak macam di baham hidup macam rimau terkam rusa) ?
      2.Mengapa UMNO di benci habis habisan (nampak macam nak di makan hidup hidup dan mamak semua nya,tulang pun habis di lahap)?
      tetapi 1.Tiada kebencian tahap sama terhadap DAP
      2.Tiada kebencian tahap sama terhadap PAS ?
      Tapi ada juga manusia yang benci sangat terhadap MAS dan MAHB walau pun DIA mendapat bermacam keistimewaan dar pemerintah ?

      Bolih siapa buat satu teori antropoloji ?
      sejahtera kpd semua dan tq Sdri Helen.
      arjuna waspada
      changkat lobak.

Comments are closed.