Posted in BIAWAK

Kenapa CEO Lynas nak jumpa Guan Eng pula?

Apa gerangan si om putih Australia ni?

Untuk pengetahuan Nick Curtis – iaitu ketua pengarah eksekutif Lynas Corporation – kami di Malaysia ada mempunyai sebuah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, tahu. Menterinya ialah Dr Maximus Johnity Ongkili.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ialah Douglas Uggah Embas.

Menteri Kesihatan ialah Liow Tiong Lai.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ialah Mustapha Mohamed.

Ketua pengarah AELB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom) Malaysia ialah Raja Abdul Aziz Raja Adnan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota ialah Azan Ismail. (Loji memproses nadir bumi Lynas terletak di kawasan perindustrian Gebeng yang letaknya dalam kawasan parlimen Indera Mahkota.)

Lim Guan Eng ialah Ahli Parlimen Bagan, iaitu sebuah daerah yang lebih kurang 450km jauhnya dari loji Lynas.

Sementelah itu, Guan Eng ialah Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Harus CEO Lynas itu dimaklumkan bahawa loji syarikatnya terletak di negeri Pahang (different state lor) yang mana Menteri Besarnya ialah Adnan Yaakob.

Loji Lynas begitu besar dan hampir sedia untuk memulakan operasi

Jadi kenapa pula Nick Curtis boleh terfikir untuk mempelawa Guan Eng supaya diadakan perjumpaan rasmi?

Adakah ia sebab Nick Curtis telah dimaklumkan bahawa Guan Eng orang yang bertanggungjawab mengglembeng begitu ramai peserta Cina untuk membantah operasi Lynas pada tempoh hari?

Adakah demo anti-Lynas tersebut berciri aktivisme perlindungan alam sekitar atau ia sebenarnya aktivisme politik?

Lynas bukan sahaja ditentang oleh orang Pakatan. Sebenarnya demo tersebut mampu mendapat sokongan bipartisan kerana orang pro-kerajaan pun pasti juga mengambil berat faktor memelihara kesihatan.

Akan tetapi DAP tampaknya lebih berminat memecah-belahkan masyarakat setempat yang merupakan pihak berkepentingan (stakeholders) daripada cuba memupuk semangat bekerjasama merentasi garisan politik. [How sad that they remain political animals through and through …]

Mungkin Nick Curtis pernah mendengar khabar bahawa pada satu ketika dahulu ada pemaju hartanah menghadapi kemelut apabila hendak membuat projek pembinaan di Kampung Buah Pala namun Guan Eng tolong kow tim.

Pelik Nick Curtis tidak cuba menghubungi orang yang berkaitan tetapi mahu jumpa Guan Eng. Adakah beliau menaruh harapan Guan Eng akan mampu berjaya kow tim Lynas bagaimana dia mampu menangani isu Kg Buah Pala sebelum ini?

Penduduk Kg Buah Pala diambil tanah mereka sejurus selepas Pakatan berkuasa di P. Pinang

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Kenapa CEO Lynas nak jumpa Guan Eng pula?

  1. Pelik juga melihat penulis seolah-olah membenci pula terhadap penubuhan Lynas. Dari tulisannya beliau nampaknya tak puas hati Curtis mengutamakan Guan Eng dan mengetepikan BN dalam usahanya meneruskan operasi Lynas. Bacaan saya pula sebaliknya. Curtis dah dapat memanipulasi BN, tapi belum berjaya menipu Guan Eng dan kami yang membantah Lynas. Nyata sekali niatnya untuk mengubah pendirian Guan Eng,

    Persetujuan BN terhadap penubuhan Lynas susah dipertikai. Mereka meluluskan penubuhannya. Mereka yang bersungguh-sungguh mengatakan Lynas tidak merbahaya. Mereka yang mengeluarkan kebenaran buat Lynas memulakan operasi. Mereka juga yang sekarang menggelabah tak tau dimana nah melupus sisa operasi yang akan menggunung begitu pantas apabila kilang mula beropersi. Bahkan, merekalah juga yang bermati-matian menentang usaha kami menghentikan Lynas dari mula beroperasi. Malahan, dari penglihatan saya di Perhimpunan Hijau di KL, tak berapa kerat pun Melayu yang turut beserta melahirkan perasaan benci terhadap Lynas. Itu kah caranya UMNO memikirkan kepentingan ramai ?

  2. guan Beng tu bengai. kalau tak spell it out for him, nanti dia ingat lynas tu kilang perabot.
    entah 2x guan beng perasan kot. org tu cakap lain, si bengai tu dengar lain.
    ini perkara biasa bagi pakatan.

  3. Seorang pemimpin yg waras perlu ada kesabaran utk dengar dan mencari kebenaran utk membat keputusan. Ketua Menteri Puau pinang tdk berani hadapi curtis menunjukan sikap beliau yg sangat tertutup dan hana mahuan berpolitik dan bukan mencari solusi enyelesaian!

  4. Helen,

    This is my take.

    Lynas knows all these charade and circus over the plant is pure political BS.They also know that for all the song and dance that Prof Fuziah is doing, the real opposition for Lynas comes from your typical Ah Beng / Ah Lian from the DAP Fanboys & Fangals club. As you pointed out before a vast majority of the crowd during the demo was of Chinese.

    They also know that our Cheap Minister Lim Ah Beng is a a businessman first and foremost and street-fighter politician second (this is especially proven post-GE 12). So they think they can work out a deal with LGE to potong stim the whole “Stop Lynas and Save Malaysia” circus. They reckon that if they remove the Ah Bengs and Ah Lians of DAP, then the movement will die leaving Prof Fuziah left standing alone like a fool.

    Two things will happen. First DAP and Stop Lynas leaders (sans the Prof of Physics Fuziah) will be given a special briefing (plus perhaps all expense paid visit to Australia) on how safe the plant is. We can expect suddenly these rabid opponents come to their senses and declare their love for LAMP.

    Secondly, we will be seeing soon some announcement soon to the effect that Lynas will be investing several hundred millions in a new plant in Penang. The news will include a photo shot of a smiling Ah Beng shaking hands with the CEO to close the deal.

Comments are closed.