Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengeluarkan Amanat 2.0 pada hari Selasa (Mac 6) bertajuk ‘Hubungan PAS dan masyarakat majmuk‘.
Hadi menulis:
- “Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah.” [Komen blogger ini: Jauh sekali dari DAP punyalah ‘Malaysian First’ dan ‘Malaysian Malaysia’.]
. - “Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan Umno yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme.” [Komen blogger ini: PAS seolah-olah berkata Umno memegang kepada konsep Malaysian First.]
. - “Umno tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan Melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.” [Komen blogger ini: Eh, bukankan tindakan ini membayangkan Umno beraksi Malaysian First?]
Baca rencana penuh Hadi (klik dua kali pada screenshot bawah)
[Juga dirembat] ulasan seorang blogger Terengganu:
“Seperti yang saya selalu tulis, cara PAS dari dulu hingga sekarang adalah menggunakan pendekatan politik menghukum. Senang jer kerja mereka ….. kritik saja apa yang kerajaan Umno buat dan HUKUM sesuka hati. Itu Haram, ini Haram, itu Tak Boleh, ini Tak Boleh …. tanpa sekalipun mereka mahu bersusah payah menerangkan dengan terperinci bagaimana pula cara PAS yang Boleh dan Halal itu.
“Begitu mudah cara mereka berpolitik dulu. Target market mereka pula hanya terhad kepada orang Melayu Islam. Jadi mereka memainkan sentimen agama perkauman yang amat merbahaya, haram mengundi orang kafir, orang kafir haram menjadi pemimpin bla bla bla …. tapi bila mereka sudah mula bertapak, dan mula memasang angan-angan yang lebih besar, para pemimpin PAS menyedari yang mereka terpaksa keluar dari pasaran terhad Melayu Islam ….. dan mereka mula berbaik-baik dengan parti kafir yang dulu mereka begitu hebat haramkan sebarang percampuran.
“Maka keluarlah hukum hakam yang baru pula bagi menghalalkan apa yang mereka haramkan keatas pemimpin Melayu Umno sebelum itu. Begitu mudah agama diperlakukan oleh PAS.”
(Baca seterusnya di blog Din Turtle,
‘Dapatkan Gambaran Sebenar PAS!’)
Seperti biasa, diucapkan terima kasih kepada Pak Din atas ehsannya.
Hai Helen,
Pada tahun 1981 dikafirkan Umno, sekarang pusing cakap, bila Pas dah sekular juga, Umno dikatanya tak konsisten (tak berani tuduh kafir lagi). Ayat Al Quran dan hadis sahih yang digunapakai dari dulu sampai sekarang tak berubah, tapi dia ubah ijtihad bila menguntungkan puaknya. Dia gunakan Islam untuk kepentingan diri dan parti.
Istilah orang yang pusing cakap dan berbohong adalah munafik. Dia gadai Islam di Selangor, walaupun Pakatan yang memerintah, PKR yang pegang portfolio agama Islam, penasihatnya orang yang kena tangkap khalwat di Kuantan. Dia diam isu ni walaupun terang mukanya diludah oleh “sekutu”.
Khalid Samad pertahankan gereja, dia pun tutup mulut juga. Nik Aziz dan Dewan Ulamak Pas kena ludah dengan Anwar sebab isu Israel, dia diam lagi. Jangan bercakaplah Tok Guru, makin bercakap makin nampak hodoh.
Salaam
Ya Allah peliharalah kami dari kejahatan mereka yang zalim
Interesting and revealing comments. I see 4 key themes.
1. PAS is full committed to forming a fundamentalist Islamic state ala Taliban.
2. PAS basis of cooperation is a monoreligious nation where there are no place for nationalism and multi-culture/religion.
3. PAS working with DAP for political expediency. They would not accept DAP as equal partners or allow them to contest at Muslim majority seats.
4. UMNO should be rejected because it does not subscribe to a fundamentalist version of Islam (ala Taliban) and allows minorities to have more representation in the parliament and the state assemblies.
I wonder if LGE and LKS have to say about these views.
Janganla kutuk pimpinan dan stail PAS teruk sangat.
Orang PAS pun nak cari makan….
cari makan cara jual agama? halal ke
WAL HALALKU, WARHARAM MU… ingat baik2 ayat ni…