Hannah Yeoh 56, Umno 0

March 10, 2012 at 12:24 am 6 comments

Akhbar negeri Selangor Times kelmarin melaporkan saranan ‘People Come First‘ oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sempena sambutan ulangtahun ke-4 tertubuhnya kerajaan Pakatan di bawah pentadbirannya. Apa yang benar-benar dimaksudkan Khalid ialah yang ‘come first’ itu Pakatan people — Orang Pakatan didahulukan, orang BN dipinggirkan.

Di Selangor Times, iaitu akhbar negeri yang diselia oleh pejabat menteri besar itu sendiri, Adun-Adun BN langsung tidak diberikan ruang (rujuk jadual bawah).

Angka-angka dalam kolum kanan sekali ialah perincian daripada carian Google atas Adun-adun terpilih khusus di laman Selangor Times.

Liputan meluas yang diberikan akhbar tersebut kepada Khalid (139 rencana) mungkin masuk akal kerana beliau adalah ketua kerajaan negeri.

Namun munculnya Hannah Yeoh dalam (anggaran) 56 rencana Selangor Times adalah luarbiasa kerana Adun DAP itu bukan pun seorang ahli exco seperti contohnya Ronnie Liu (71).

Kekerapan gambar Hannah disiarkan di Selangor Times serta namanya sering disebut-sebut dalam akhbar tersebut telah mengundang baginya jolokan ‘MB Selangor’ (‘MB’ = Mem Besar).

Hannah dipaparkan di Selangor Times selama 9 minggu berturut-turut tahun ini dengan gambarnya muncul 8 kali — sekali di muka depan dan sekali dipetik dalam cerita tajuk utama halaman satu.

Mengikut carian Google, Hannah muncul dalam 56 rencana Selangor Times yang dicetak 63 edisi setakat ini (data dikutip pada Mac 8). Hanya lebih kurang 7 edisi akhbar itu sahaja yang tidak mengandungi gambar dan cerita tentang Hannah Yeoh.

Sudah tidak syak lagi media kerajaan negeri sedang giat memupuk personality cult Hannah Yeoh dengan mempromosi peribadinya.

Selangor Times walaupun dibiayai oleh kerajaan negeri namun berfungsi macam lidah parti Roket ekoran teramat berat sebelah dan ketara condongnya kepada DAP dan Cina.

Adun-adun DAP (Teresa Kok, 44) dan Cina Kristian (Elizabeth Wong, 53) diberi publisiti meluas oleh Selangor Times.

Yang terkecuali dari pupukan populariti oleh sidang pengarang ialah Teng Chang Kim yang disebut dalam hanya 26 rencana walaupun beliau speaker dewan dan pengerusi Selcat. Ini kerana beliau berada dalam puak lain/tersingkir (outsider) parti. [Insider ialah kem Lim Guan Eng.]

Mohamad Satim Diman selaku ketua pembangkang negeri pula dilaporkan dua kali sahaja dalam Selangor Times manakala pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman (5) dan ahli exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Ahmad Yunus Hairi (6).

Bekas ketua menteri Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendapat perhatian lebih berbanding rakan-rakan Umno seangkatannya. Akan tetapi tumpuan yang diberikan kepada Khir ialah negatif, iaitu tentang kes rasuahnya di mahkamah.

Seramai lapan orang Adun Umno tidak pernah disebut langsung oleh Selangor Times sementara enam orang lagi disebut sekali sahaja. Bandingkan dengan Hannah Yeoh 56 kali dan kawasannya Subang Jaya beratus kali.

Yang sekali dua Adun Umno dan MCA disebut pun hanya sekadar laporan yang bersangkut dengan prosiding DUN di mana Adun-Adun Umno/MCA tersebut telah menimbulkan soalan ketika dewan bersidang. Kegiatan-kegiatan mereka tidak diberi liputan dan terbayang seolah-olah mereka ini tidak membuat kerja; bukan seperti Hannah Yeoh yang digambarkan begitu rajin sekali ke hulu ke hilir.

Intipatinya Adun-adun BN sengaja disisihkan dan para penyokong mereka tidak ada ruang atau peluang untuk bersuara di Selangor Times. Terbukti Pakatan Selangor cakap tak serupa bikin apabila menjanjikan kebebasan media. Nyata pembangkang (BN) tidak memperolehi akses kepada media milik negeri.

Adun-Adun Umno yang tidak mendapat tempat di Selangor Times mewakili pemilih Melayu luar bandar. Gejala ini pasti meyakinkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung bahawa pentadbiran Khalid tidak prihatin kepada kepentingan dan nasib mereka.

Di Selangor Times jarang sekali nampak kelibat mereka yang menghuni di Dusun Tua, Paya Jaras atau Hulu Bernam … asyik ambil peduli Subang Jaya, Subang Jaya, Subang Jaya sahaja walaupun akhbar tersebut ialah sebuah jentera kerajaan negeri dan bukannya Warta Hannah.

Jenis berita yang menarik minat pasukan editorial Selangor ‘Roket’ Times – yang semuanya Cina kecuali seorang ibarat pendekatan ala Chinatown.

Malah kakitangan auxiliari pun Cina belaka. Eksekutif-eksekutif pemasaran akhbar tersebut ialah Timothy Loh, Ivan Looi, Tony Kee, Samantha Sim, Benny Yap dan Kenneth Koh.

Jelas sekali rejim Khalid membiarkan satu kaum sahaja terserlah dan tidak mampu berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat di negeri yang dipimpinnya. Dari segi mendokong ‘freedom of information’ (FOI), prestasi Khalid amat mengecewakan.

Kalau Umno sebagai sebuah parti kebangsaan yang kuat boleh diperlakukan dengan endah tak endah oleh pihak yang berkuasa di negeri paling kaya, cuba bayangkan cara Pakatan melayan kaum India yang kecil bilangannya dan lemah ekonomi mereka.

Penduduk Kg Buah Pala mendemo

Nota kaki: Perangkaan diambil dari versi ‘Selangor Times’ online dan adalah tidak diketahui sama ada terdapat apa-apa perbezaan kecil dengan versi cetak.

Berkaitan:

Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com

Gara-gara DAP takbur, BN menang S’gor

Yeopie No.1 buat S’gor Times macam datuk dia punya

Memang Melayu hilang di S’gor Times

Advertisements

Entry filed under: HIPOKRIT. Tags: , , , .

Bukankah DAP sebenarnya lebih secocok dengan Umno? Zairil dilantik CEO / Iklan S’gorku di media pilihan

6 Comments Add your own

  • 1. Eddie Young  |  March 10, 2012 at 4:22 am

    Dia cantik, sebab tu byk keluar…

    Reply
    • 2. IkanTongkol  |  March 10, 2012 at 12:46 pm

      dengar dan lihat tu helen ……… you rasa you cantik tak helen?

      don’t hate. embrace the change helen.

      Reply
    • 3. Joe  |  March 10, 2012 at 6:41 pm

      He3… Cantik?

      Ohhh… Selangor Times ni majalah kecantikan ker?

      He3…

      Reply
    • 4. salhas  |  March 10, 2012 at 7:34 pm

      Cantik? Boleh pinjamkan kamus kamu?

      Reply
  • 5. Darlyn Azlinda  |  March 12, 2012 at 10:17 am

    It’s Hannahkah. Biasalah..hehehe..

    Reply
  • 6. paul  |  March 13, 2012 at 3:58 pm

    Helen Ang pembodek umnobn.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

RSS TKO — Tranungkite

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Ismaweb

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Kalender

March 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pengunjung

  • 7,630,655 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: