Posted in HIPOKRIT

Zairil dilantik CEO / Iklan S’gorku di media pilihan

Zairil Khir Johari, iaitu setiausaha politik Lim Guan Eng, baru-baru ini dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) Penang Institute. Pada tahun lepas Zairil telah dilantik sebagai seorang ahli lembaga pengarah institut tersebut.

Pengarah eksekutif Penang Institute ialah Liew Chin Tong, pencatur strategi piliharaya DAP dan orang kanan Lim Guan Eng (ketua menteri Pulau Pinang itu juga pengerusi institut).

Berbaloi betul jika mentaati Sang Khalifah. Tapi tak adalah Pakatan yang bersih suci boleh dikatakan mengamalkan kronisme. Hanya BN yang kotor sahaja bersekongkol dengan ramai kroni-kroni.

Nampaknya satu persatu badan kerajaan negeri diletakkan di tangan DAP manakala portfolio-portfolio yang dipegang sendiri Guan Eng ialah exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, dan Pembangunan Keusahawanan, Penerangan & Warisan, dan Hal-ehwal Agama-agama Bukan Islam.

Butiran jawatan-jawatan lain Guan Eng, SINI.

Perunding media kerajaan Pulau Pinang ialah evengelis Thomas Lee, yang kontraknya tamat bulan ini. Thomas telah membayangkan wartawan media arus perdana sebagai pelacur dalam rancananya ‘Of press prostitutes and cowed media‘ di blog Lim Kit Siang.

Pelik juga kerana memandangkan tulisan Thomas senantiasa mempertahankan DAP.

Kalau wartawan makan gaji dengan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan, mereka boleh bergelar ‘pejuang kebebasan’ yang hanya mahu berusaha melepaskan rakyat tertindas daripada belenggu rejim BN yang zalim.

Sementara itu, media arus perdana diperlekehkan sebagai tunduk kepada ‘tuan politik’ mereka, yakni parti-parti BN.

Seterusnya, media yang menerima bayaran bagi iklan Selangorku juga ‘pejuang kebebasan’ yang isi kandungan rencana mereka pasti tidak dipengaruhi oleh mana-mana ‘tuan politik’.

Iklan 'Selangorku' sempena ulangtahun tsunami politik Mac 8

Yang tidak mendapat tempahan iklan ‘Selangorku’ ialah Free Malaysia Today.

Itulah FMT … kenapa pula kamu memuatkan rencana-rencana tentang pandangan dan pendirian parti komponen BN?

Umpamanya yang ini hari ini,  ‘M’sians becoming victims of their own lies’ memetik M. Kayveas, presiden People’s Progressive Party (PPP), sebagai berkata:

“Kayveas singled out Pakatan Rakyat, claiming the alliance had triggered the culture of slander in Malaysia …”

Kempen ‘Selangorku’ diberikan dana RM300 juta; antara peruntukannya ialah perbelanjaan atas perkakas seperti portal multimedia ‘Selangorku’ (screenshot bawah).

Pengamal media yang bertugas dengan agensi-agensi Pakatan mestilah wartawan malaikat di kacamata penyokong pembangkang tegar.

http://www.selangorku.com

Anda mungkin juga meminati:

Hannah Yeoh 56, Umno 0

Siapa bagi dana dan berapa mereka dapat?

Penulis Aliran tak beza dengan Papagoma, Parpukari

Blogger pro Umno, wartawan pro DAP masing-masing mencari pengaruh


Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on “Zairil dilantik CEO / Iklan S’gorku di media pilihan

    1. Perhaps you have just recently been given by God the ability to see (or read Bahasa Melayu). In no way at all has Ms Ang mentioned any issues of race in the above article (or maybe perhaps the mention of Chinese, Malay and Indian names; Lim Guan Eng, Zairil and Kayveas respectively, constitutes as being racist, then by God I am racist and proud of it). Yes, she has mentioned races in other articles but not this one. So if you plan to be critical please do so at least after you’ve read what she has expressed.

      Or maybe the mere mention of DAP, BN, PPP is racist too? Irresponsible? Kata dulang paku serpih.

      1. Right on… totally agree with u Zuzu.

        It’s ok for their geng to condemn other races because they think its their rights under freedom of speech but for other people to mention race is ‘racist’ already…

        Hypocrits…

Comments are closed.