Posted in Pakatan

S’gor kunci kepada hayat Pakatan / Penang terus angkuh

Sudah lebih seminggu sampah di kawasan perumahan saya tidak dikutip.

Melambak-lambak beg plastik mengandungi bahan buangan dan sisa-sisa dapur di tepi jalan. Tong-tong di taman permainan kanak-kanak kelihatan melimpah dengan sampah. Perkhidmatan yang asas macam ini pun tidak mampu diurus dengan teratur oleh negeri di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim.

Dr Jacob George, presiden Cassa (Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam) telah membuat laporan polis mendakwa ada elemen rasuah dalam pemberian kontrak kepada pemungut sampah.

Pasti Dr Jacob diserang tuduhan beliau seorang “agen BN” walhal para penghuni di Subang dan Shah Alam sepatutnya bertanyakan perkara ini kepada Adun mereka.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia (SAM) mempersoalkan proses mewujudkan projek prasarana di pulau mutiara tersebut.

Projek mega terowong dan lebuhraya diperkenalkan oleh pentadbiran Lim Guan Eng di negerinya tanpa maklumat lengkap disalurkan kepada penduduk. CAP dan SAM menuntut supaya diberi penjelasan tentang butiran pertukaran tanah serta kesan projek kepada alam sekitar dan kehidupan harian.

Nota: Menjual tanah negeri dan kegiatan tebusguna tanah adalah dua isu paling sengit membabitkan kerajaan Pakatan Pulau Pinang. Satu-satunya badan yang menjalankan penebusgunaan tanah di Pulau Pinang ialah Penang Development Corporation. PDC dipengerusikan oleh Lim Guan Eng yang juga memegang portfolio tanah exco negeri.

Setiausaha politik Guan Eng, iaitu Zairil Khir Johari, membidas NGO-NGO dengan berkata “kenyataan Presiden CAP yang mempersoalkan dasar keterbukaan dan ketelusan kerajaan negeri adalah tidak tepat dan amat dikesali”.

Baca juga ‘Zairil dilantik CEO’

Seorang penganalisa politik Khoo Kay Peng memberi respons kepada setpol Guan Eng itu dengan berkata, “Zairil  should take note that two consultation sessions with NGO representatives do not constitute a comprehensive public consultation”.

Kay Peng juga menegur, “It is easy to build and fund highways by pawning away our land banks. But it takes good governance, technical know-how and policy mastery to come out with a viable and sustainable Transportation Master Plan”.

Tambahnya lagi:

“State political secretaries, assistants, think tankers and staff should refrain from any act(s) aiming at suppressing legitimate and fair criticism by claiming that its the work of pro-BN protagonists trying to sabotage the state government. In short, do not hide behind the Devil’s cloak.”

Akan bersambung …

Rejim Selangorku yang boros dan menyampah!

Ke mana halatuju dengan perangai ditunjukkan orang Penang?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

7 thoughts on “S’gor kunci kepada hayat Pakatan / Penang terus angkuh

  1. Di bawah kerajaan PR, Selangor dengan secara tak rasminya kini dikenali sebagai Selangor Darul Sampah.

    1. LOL *tergolek2*!

      maaf, saya tahu isu pengutipan sampah adalah isu serius, tapi tidak dapat menahan geli hati bila membaca masukan Rabbit ini.

      terima kasih atas bahan ketawa petang minggu! :)

  2. It is a bigger wolf, in sheep clothing all these while

    These are just tips of iceberg

  3. How much BN offered?
    __________________________________________________________________________________

    Err, to me? 100 million, and that’s dollars not ringgit. Btw, I also asked them to throw in a small, private island in the Mediterranean. You, however, are not invited to my yacht party. — Helen

  4. Hi Helen,

    After last election, I don’t know how Malays in kampungs will vote. Khir Toyo made a mess of Selangor with his “broom gift” to a government official in public. A lot of kampung voters were angry at the way he handled some land issues, and I’m not talking about the bungalow lot case. They were happy with Mike Tyson who knew how to rule, and kept the Malay heartland happy with his projects that the rakyat knew would help their economy.
    But now, Pas handed Bn a cannon ball with the sacking of HA. I think that a lot of Pkr votes came from Pas supporters, who is now disillusioned with their leaders, the way they handled the DUMC incident. Add to that the porn video, they’re climbing uphill now. Bn bloggers have been attacking with this sampah and sand mining issue. Even non partisan will get angry if their garbage is not regularly collected. Still I think that Chinese votes will go for Dap.
    PKFZ is still fresh in their minds.
    I might be proven wrong, but I think Bn will win back Selangor by a thin majority.

    Ya Allah peliharalah keharmonian kaum di negara kami ini.

  5. Ronnie Liu proudly proclaimed that Selangor has saved RM100million by terminating the contract of Alam Flora. What he meant by savings is actually the mountains of rubbish uncollected through out the state.

Comments are closed.