Posted in Pakatan

S’gor kunci kepada hayat Pakatan / Penang terus angkuh (2)

Analisa saya di FMT hari ini, ‘Pakatan’s shaky hold on Selangor‘.

Akan bersambung …

S’gor kunci kepada hayat Pakatan / Penang terus angkuh (1)

Rejim Selangorku yang boros dan menyampah!

Ke mana halatuju dengan perangai ditunjukkan orang Penang?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “S’gor kunci kepada hayat Pakatan / Penang terus angkuh (2)

  1. Helen Ang,
    Saya ingin menarik perhatian kamu keatas posting yang ditulis pada 4 Feb 2012 bertajuk Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun. Kamu telah mengaitkan saya dengan klip video yang dipamerkan melalui youtube yang kamu pautkan di dalam tulisan kamu sebagai bahan rujukan. Orang yang tertera di dalam video tersebut dengan terang dan nyata adalah Haji Abdul Manan bin Kasmuri tetapi kamu telah mencatitkan saya Abdul Manaf bin Kasmuri sebagai orang tersebut. Seterusnya, kamu telah mendedahkan hal peribadi dan latarbelakang saya secara terperinci kepada umum tanpa meniliti kesahihan tulisan kamu tersebut. Saya dapati beberapa laman web yang berpautan dengan blog kamu telah mencedok dan mempaparkan di laman-laman web mereka akan tulisan tersebut. Perbuatan ini telah menyebarluas butir-butir peribadi saya apatah lagi tulisan kamu telah mengandaikan saya sebagai militan Islam yang masih aktif walaupun sudah ditahan di bawah ISA. Tanpa mengira ia sebagai kesilapan, saya dapati kamu mempunyai niat jahat terhadap saya dan juga bekas-bekas tahanan ISA. Kamu juga telah menjatuhkan imej dan mencemarkan nama baik saya dan keluarga. Disini saya menuntut agar kamu memohon maaf secara terbuka, menarik balik tulisan tersebut dan seterusnya membuat pembetulan keatas fakta yang berkaitan. Jika kamu gagal melakukannya dalam tempoh 7 hari dari tarikh posting ini, 14 Mac 2012, saya akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang demi membersihkan nama saya. Untuk pengetahuan, saya telah membuat laporan kepada SKMM dan Polis kerana saya rasa ada unsur-unsur fitnah dan hasutan di dalam tulisan kamau itu.
    Sekian.

    Lt Kol (B) Abdul Manaf bin Kasmuri

  2. Ruj: Bekas tahanan ISA atas tuduhan militan Islam membantah dikaitkan dengan seorang lelaki yang membuat laporan polis terhadap Hindraf atas dakwaan Hindraf mengganggu ketenteraman awam di Jalan Kebun, iaitu kawasan di mana forum ABU diadakan dan Mat Rempit menimbulkan kekecohan

    Mengenai tuntutan-tuntutan kamu:

    (1) “menarik balik tulisan tersebut” — posting tersebut diturunkan pada Mac 8 seperti yang telah dimaklumkan kepada Saudara Ali Shah Rashid di posting (lain) ‘Kenapa Uthaya menolak ABU‘.

    (2) “pembetulan ke atas fakta yang berkaitan” — ianya dibuat dalam kemaskini pada Mac 9 serta dimaklumkan kepada laman-laman lain yang membuat pautan pada Mac 12.

    (3) “memohon maaf secara terbuka” — pada Mac 9 juga, saya telah memuatkan pengumuman Ralat beserta kenyataan “Kesilapan identiti adalah dikesali”.

Comments are closed.