Posted in BIAWAK

Rejim Selangorku yang boros dan menyampah!

Itu untuk tahun 2011. Tahun ini Khalid kasi berapa?

Pelantikan Edward Ling setpol Hannah Yeoh menjadi kaunsilor Majlis Perbandaran Subang Jaya (tamat jawatan tahun lepas) dan Rajiv Rishyakaran pembantu khas Hannah Yeoh yang masih lagi memegang jawatan juga sebagai ahli majlis MPSJ adalah ciri amalan kronisme.

Dengan dikira sekali segala elaun, seseorang kaunsilor Selangor sudah boleh mendapat imbuhan RM5,000 sebulan.

***  ***  ***

Lidah negeri Selangor Times hari ini mendakwa ‘Cleaning services improving after initial hiccups‘.

[Korang ni tipulah …]  Mana ada pembaikan?

Pada Mac 11 saya memblog “sudah lebih seminggu sampah di kawasan perumahan saya tidak dikutip”.

Hari ini, Mac 16, beg sampah molek ayu yang duduk bersimpuh tersenyum sipu di rumah saya masih lagi menunggu-nunggu saat pertemuan yang dijanjikannya dengan trak sampah yang tampan itu.

Dana RM300 juta untuk program Selangorku

Adakah benar-benar muncul “era baru lebih cerah untuk rakyat Selangor” (lihat iklan atas) semenjak Pakatan mengambil alih kuasa? Bagi saya seorang anak negeri, rasanya sama sahajalah zaman BN dengan sekarang.

Yang menikmati perbezaan ialah politikus Pakatan dan kroni-kroni mereka.

Selain dana istimewa RM300 juta Selangorku – ganjaran lain daripada yang lain berbanding negeri-negeri yang tidak sekaya Selangor – orang Pakatan khususnya yang mendapat imbuhan dan bukan rakyat marhaen. [kemaskini] Belanjawan Selangor untuk 2012 ialah RM1.6 bilion, mak oi! / Peruntukan berjuta-juta bagi Adun, majlis perbandaran S’gor tapi … 1.50pm, Mac 17

Elaun tetap Adun di seluruh negara ialah RM4,112 sebulan tetapi elaun Adun Pakatan Selangor dinaikkan kepada RM6,000.

Elaun ahli majlis RM500 (di bawah BN dulu) dinaikkan kepada RM1,500 tahun ini oleh pentadbiran Khalid Ibrahim.

Ada hampir 300 orang kaunsilor Selangor, antaranya yang pernah dilantik menjadi kaunsilor ialah Edward Ling (setpol Hannah Yeoh) dan Rajiv Rishyakaran (pembantu khas Hannah Yeoh) untuk Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Elaun hadir mesyuarat RM50 (di bawah BN) bagi kaunsilor dinaikkan kepada RM150 oleh Pakatan Selangor. (Enam mesyuarat sebulan, kata MCA)

Dan ada sesetengah ahli majlis diberi elaun sebanyak RM2,500 untuk melantik pembantu

Yalah Tan Sri Khalid, ada “era baru lebih cerah” bagi orang kesayangan di Selangormu.

Jika dibandingkan, BN pun tidak pernah menghabiskan duit sebanyak ini untuk mempromo personality cult (Hannah Yeoh 56, Umno 0) dan poster girls, contohnya kalendar Selangorku dengan Elizabeth Wong sebagai pragawati.

Tahun ini Pakatan telah perkenalkan SATU LAGI! media propaganda iaitu laman sesawang ‘Media Selangorku’ walaupun sudah ada Selangor Times dan Selangorkini.

Negeri mana lagi di Malaysia yang menyediakan peruntukan berpuluh juta untuk kerja kejar glamer kerana politikusnya terlalu gila publisiti? (Yang saya dapat fikir mungkin Pulau Pinang sahaja yang mampu menyaingi Selangor dalam hal ini.)

Screenshot (bawah) satu halaman (12 Mac 2012) di portal Selangorku.

Dalam tempoh dua minggu yang lepas, sampah di tempat saya tinggal ini hanya dipungut sekali sahaja.

Itupun tidak pasti ianya dipungut oleh kontraktor ataupun oleh majlis punya “back-up contractors to deal with areas that operators had missed”, yakni kawasan yang “experienced irregular garbage collection schedules in the last two weeks” dan yang mangalami “cases of missed garbage collection”.

Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran  Selayang – ketiga-tiga ialah kawasan Pakatan di mana para kaunsilornya diberikan elaun tinggi berbanding dengan negeri lain – mengaku menerima banyak aduan tentang sampah yang tidak dikutip.

Kalau diikutkan jadual mereka, perkhidmatan punggahan sampah Selangor boleh kata sekadar dua kali sebulan.

Ada peminat setia Adun Subang Jaya – antara kawasan di mana longgokan sampah menjadi daya penarik Visit Selangor Year kepada pelancong spesi lalat – yang membayangkan gambar Hannah Yeoh wajib diterbitkan tiap-tiap minggu dalam Selangor Times kerana politikus DAP itu “cantik”.

Untuk pengetahuan kalian, edisi majalah kecantikan Selangor Times minggu ini mempaparkan dua keping gambar Hannah Yeoh.

Dari segi memastikan kekerapan, mungkin ada baiknya juga kalau sidang pengarang Selangor Times digaji sebagai perunding bebas – dengan upah mahal-mahal oleh Tan Sri Khalid – untuk menjalankan QC (kawalan kualiti) faktor kekerapan.

Gambar Hannah Yeoh boleh dipastikan keluar dua kali seminggu dalam media jentera negeri. Sampah pula dikutip dua kali sebulan di Selangor. Kontraktor sampah Selangor patut diberi tunjuk ajar tentang konsep ‘frekuensi’ oleh consultant dari Selangor Times, neh?

Oh darul al-sampah masih melonggok … Selangorku.

Dikemaskini 1.45pm

Anda mungkin juga meminati:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

12 thoughts on “Rejim Selangorku yang boros dan menyampah!

  1. Helen,

    Khalid patut belajar dari Azizan. Mungkin ada caranya. Sebab beberape tahun lepas, Kedah pun alami keadaan yg sama. Cuma… Mungkin di kedah, orgnya kurang glamer.

  2. Did you notice something interesting in our media ? While the mainstream media and the ordinary people are talking about the rampant sand theft, Kedah MB crisis, Selangor rubbish mismangement, RPK’s revelations and messy Selangor’s councillors’ selection, Mkini and MInsider are happily and completely ignored these issues and keep churning out one moronic allegation after another that PKR and DAP are so fond of making.

    It is almost surreal to see such vast different in coverage as though we are talking about 2 different countries. It wasn’t long ago when reading the MSM can be so insulting but these days even the NST have better credibility than MK and MI. These portals are practically replicate what the Rocket, Harakah and Suara Keadilan say. And SelangorKini is now has become Warta Hannah.
    __________________________________________________________________________________

    Another thing I’ve noticed is that opposition supporters like to call mainstream journos “prostitutes”. The reporters who makan gaji at Warta Hannah are angels tho & the political ownership of the S’gor papers (x3 as listed above) is never questioned. — Helen

    1. Saya fikir Selangor Times dan sepertinya di baca kebanyakannya oleh ahli ahli dan penyokong kuat PR saja. Tiada sesiapa rugi sebab itu semua jenis “incorrigible, hardcore, and will not be persuaded to hear any other views except the Opposition”. Yang lain lain itu bila di beri (di jual kah?) tengok saja, tak membaca dengan minat, kemudian kertas itu di buat bungkus kacang putih saja (kalau masih ada yang tak pakai plastik sekarang).

      Tapi, Helen, saya akan berterima kasih kalau Sdri boleh beri tahu siapa punya dan apa jenis sidang pengarang blog blog berikut (atau berikan link untuk maklumat baginya):

      Malaysiakini
      Malaysian Insider
      Free Malaysia To Day
      Sabahkini

      Pengarang MI, contohnya, bekas pekerja Reuters, pernah di saman oleh bekas Pengerusi MAS Tan Sri Tajuddin Ramli, minta ma’af secara public apology berkali kali. Malaysiakini pernah di beri amaran oleh Menteri Dalam Negeri DS Hishamuddin kerana melapurkan apa yang dia kata dengan tidak tepat, tapi saya tidak tahu siapa Pengarangnya, ada yang kata expatriat pun ada di situ, dan MK amat ligat mengkritik Pemerintah. Saya ingin tahu.

      1. Mewujudkan 3 media negeri, iaitu S’gor Times, S’gorkini & Media Selangorku, sebagai alat mempromosi personality cult Adun Pakatan serta sengaja meminggirkan Adun BN secara menyeluruh adalah tindakan melampau. Ia membayangkan rejim Pakatan bersikap keterlaluan juga dalam lain-lain hal pentadbiran.

        Sabahkini, saya tak tahu kerana tidak mengikuti perkembangan di seberang Laut China Selatan.

        MK sebati dengan perjuangan politik Steven Gan-Premesh Chandran & bahagian bahasa Cinanya pro-DAP sakan. Dana awal mereka diperolehi dari badan asing, baca sini.

        Desas-desus MK mendapat funding dari Pakatan-DAP. Baca juga sini

        MI – sini & ia dikaitkan dengan Fox media, sini.

    2. Chill, Helen, you are too consumed with envy and hatred for Hannah and it’s showing through with your many articles just about this lady.
      ______________________________________________________________________________________________

      Wrong posting Sally. You should comment at the one on the DAPster diversionary tactics. Here I’m pointing out that Hannah’s personal assistants being appointed MPSJ councillors is blatant cronyism and you’re diverting the issue.

      Rather than fan-atically tagging my blog, you should consider setting up a Yeopie fan site instead to cheer up your idol. She looks rather glum after the KL Pos expose.

      1. SELCAT = Selangor Cronies And Thieves club, led by the present government. Jom Ubah? Sure, let’s start with Selangor…
        ________________________________________________________________________________________________________________________________________________

        FYI: Hannah Yeoh has been appointed to Selcat stepping into Edward Lee’s shoes who passed away. — Helen

  3. Kan aku dah kata ‘Selangor Darul Sampah’
    ________________________________________________________________________________________

    Yes you did :)

  4. Strange that they are now buying and supplying compactors to their new contractors consequent to their “save money” theme.

    Will the simple collection of garbage cost will end up very much higher than during BN’s time? Will they be transparent on the details of suppliers and middleman of the compactors?

    Why change for the sake of changing?. A lot of people and companies suffered. The woe has not ended.
    As for the appointment of new contractors was enough due diligence carried out, if at all? How come nobody foresee that compactors are required?

    http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/3/17/central/10927300&sec=central

    http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/3/17/central/10909576&sec=central

    menang sorak, kampung tergadai…

  5. helen …

    nasib baik Syabas tak nak dijual ke kerajaan selangor ..kalau tak jadi mcm masalah sampah …habis selangor takde air …patut kerajaan PR selangor tukar moto …” apa pun tak boleh “

  6. Masalahnya kalau Selangor habis air, kami di KL pun terbabit sama.. hampeh..
    Eh.. terlupa pulak majoriti wakil parlimen KL adalah PR.. kira double hampeh.. :-P

Comments are closed.