Pada lewat tahun 1997, PAS telah mencetak dan mengedarkan 100,000 keping poster dengan gambar Nor Aishah Bokhari yang menggesa wanita Melayu berumur 26 tahun itu supaya pulang ke pangkuan Islam.
Nor Aishah, seorang kerani bank, telah meninggalkan Islam setelah bertunang dengan Joseph Arnold Lee, 28, seorang Kristian yang bertugas sebagai penolong pengurus di bank yang sama.
Kristianisasi ialah kegiatan mendakwah agama Kristian. Sekiranya Muslim berjaya diKristiankan, maka beliau akan menjadi seorang murtad.
Hukuman murtad, undang-undang digubal PAS
Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dalam Bahagian 1 Fasal 23 menyebut tentang irtidad atau riddah.
Enakmen hudud Kelantan menetapkan sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad, sekiranya dia enggan bertaubat, boleh dijatuhkan hukuman bunuh.
Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 pula menetapkan dalam Bahagian VII Seksyen 26 bahawa seseorang boleh dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya sekiranya dia enggan bertaubat dalam tempoh tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah.
Itu undang-undang yang dirangka PAS di negeri-negeri yang diperintah parti tersebut. Tidak mengambil mudah hal murtad.
Tapi itu PAS sebelum kejayaan PRU12 tahun 2008. Hari ini lain.
Undang-undang mengawal dakwah Kristian
Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:
“Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pula mengatakan dalam Bahagian II Seksyen 5 bahawa:
“Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”
Maka mengikut undang-undang Wilayah Persekutuan, seorang mubaligh Kristian boleh dipenjarakan dua tahun sekiranya mendakwah kepada Muslim.
Negeri-negeri lain juga mempunyai undang-undang yang lebih kurang serupa.
Ketika kemelut DUMC (Geraja Methodist Damansara Utama) dulu, Sultan Selangor telah bertitah:
“Baginda arif bahawa Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 dipayungi oleh Fasal (1) dan (4) Perkara 11 perlembagaan persekutuan tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam.”
Perbuatan menggugat keharmonian
Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tak puas hati, prejudis berdasarkan agama boleh disabitkan dengan hukuman penjara di antara dua hingga lima tahun.
Undang-undang Akta 574 tersebut berkenaan bab Agama juga melarang perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha untuk memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warga negara atau sekumpulan warga negara.
Bishop Paul Tan menyergah Najib
Bishop Paul Tan Chee Ing mempertikaikan keikhlasan perdana menteri berdialog dengan para pemimpin gereja demi usaha mencari persefahaman.
Biskop itu dipetik sebagai berkata:
“Those were delusive occasions giving rise to pious platitudes to the value of inter-religious harmony because every time a religious issue sparked in the national arena, the people who should show the most leadership turned out to be the most craven in a crisis.”
Menyalahkan politikus sebagai berniat jahat, Biskop Paul bertanya:
“Why should it be so difficult for those who mean well to say to those who mean ill that the latter are out of order?”
“I’m glad the MCCBCHST has decided to tell the prime minister that the image he wants to foster as an exponent of moderation is under threat from his apparent passivity in the face of those who plainly mean ill.”
“It’s hypocrisy for the PM to run with the hares while at the same time allowing religious hounds to hunt at will.”
(Sumber: ‘Bishop lauds call to PM to end ‘deafening silence’, sini)
Biskop Paul menyalahkan Najib Razak atas isu Kristianisasi telah dipolitikkan serta menuduh beliau hipokrit.
Politikus evangelis DAP masuk masjid
Anwar Ibrahim pula menyalahkan Umno yang didakwanya sebagai mengamalkan politik “jijik”.
Setpol Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari juga mengecam Umno kerana menuduh DAP memurtadkan Muslim serta memasukkan mereka ke dalam agama Kristian, sini.
“Fitnah Umno terhadap Ketua Menteri [Pulau Pinang] ini boleh dikaitkan dengan seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor atas “ancaman Kristianisasi” kepada orang Islam.”
Apa pendirian sebenarnya PKR dan PAS sekarang tentang isu murtad?
NGO-NGO Islam telah berkata, “If you look at Buddhists, Indians, they are not aggressive, not like Christians.” Golongan evangelis terutamanya bersikap agresif, tambah NGO-NGO tersebut.
DAP hari ini dipenuhi dengan ahli-ahli politikus Kristian evangelis yang begitu agresif. (Baca ‘Bishop Paul Tan tertawakan Hasan Ali‘).
Adakah PAS tidak memandang politikus Kristian DAP yang selalu bermuka-muka di masjid sebagai hipokrit juga?.
Adakah PAS mahu menjaga akidah umat Islam atau akan senyap sahaja gara-gara DAP yang paling agresif?

Anda mungkin juga meminati:
Dear Miss Helen,
Thank you for this article.
You had successfully exposed the hypocrisy of DAP, PKR and PAS.
I am wondering why is it none of the DAP/PKR/PAS members of Parliament have ever table a motion or propose a new legislation to repeal or replace the stated laws either at Parlimentary level or State level?
Worst still PAS as members of the PR coalation even have punishable by death laws proposed both in Kelantan and Terengganu. What say DAP/PKR and Bishop Tan on this?
Are they fanning a religious/race division of secratarian war towards anarchy level more severe than May 13th 1969? When all hell break loose, blame it on the Malays led government for incompetencies; while the instigators are smiling with the scheming of inviting foreign powers to interfere?
If ever the Malay led government makes a pre-emptive action by invoking ISA on these instigators, they are also going to be blamed for being repressive.
Miss Helen Ang, what say you; Let these instigators continue instigating until our nation re-visit the May 13th 1969 incident which will be much worse coming due to religion issue is in place rather then pure racial previously? or ISA preventive actions are needed now?
______________________________________________________________________________________________________________________________
Dear Man Jebat,
Preventive detention IS repressive. The PM is aware of public sentiments on ISA, hence his announcement that it is to be abolished.
Agree with your appraisal that the next outbreak, if it comes, will not only be racial like May 13 but religion triggered.
As to the Pakatan legislators being hypocritical by laying on the rhetoric but ignoring any action in law, I’ve posted previously here and here.
Salam
Helen,
Bukanlah saya pakar dalam hubungan sosial antara agama. Beberapa rakan taulan yang beragama Kristian bukanlah orang yang jahat. Mereka orang yang baik, sangat berbudi bahasa, lembut dan sensitif kepada kesusahan orang lain. Dan mereka bukanlah dilahirkan dalam agama Kristian. Penganut dan pemimpin agama Kristian biasanya sangat menghormati amalan agama Islam, sebagai contoh, saya pernah terbaca kisah seorang penulis yang menghadiri majlis makan di bulan puasa di gereja, semua tidak makan dan minum hinggalah azan Maghrib berkumandang, dan penulis tadi makan sekali bersama-sama.
Banyak nilai-nilai murni yang menjadi asas Kristianiti sememangnya diamalkan oleh para penganut mereka, hinggakan ada umat Islam yang tertarik oleh budi yang diberikan. Apabila asas kepercayaan tidak kukuh, maka mereka condong dan mudah patah.
Perkara yang mendapat penentangan dari Fundamentalis Islam adalah apabila mubaligh Kristian secara aktif merekrut bangsa Melayu dan digunakan untuk menarik lebih ramai untuk menganut Kristian. Bila sudah ramai maka akan menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat Islam. Agama adalah perkara terpenting dalam kehidupan masyarakat Muslim, dan kalau dimainkan sentimen ini, banyak perkara buruk yang boleh terjadi. Contoh, dengan memainkan sentimen jihad, berapa ramai orang Islam yang sanggup meletupkan diri dan membunuh jiwa lain yang tak berdosa, dan ini bukan sahaja berlaku di luar.
Hold Back. That’s what we’re asking. Muslims from both sides of the fence will unite on this.
Semoga keamanan negara dapat berkekalan hingga ke akhir zaman
____________________________________________________________________________________________________________________
Sepertimana DAP berdegil enggan ‘hold back’, mubaligh dan evangelis juga tidak akan berbuat demikian. Boleh dilihat pada sejarah kolonialisme Barat ke atas tanah-tanah jajahan mereka. — Helen
I beg to differ… They don’t have to ‘hold back’ because da’wah is part of Christianity just the same way it is part of Islam. However, they have to stop deceiving people, disguising da’wah with charity. That is what makes people angry. Kalau nak da’wah, explain what the message is. But of course, we only have to look at conversion demographics to understand why this doesn’t happen. Christian evangelists will only go after the weak-minded who are vulnerable from poverty and haven’t got a clue about Islam, they will never approach educated Muslims who study their religion. On the other hand, it is not unusual to find former priests, divinity scholars and bible doctorates who convert willingly to Islam under no duress whatsoever. What gives, right? Reminder to myself to help pass the message to my fellow brothers and sisters in humankind instead of blaming others for our own weaknesses, or worse still use this issue for personal, political gain. Tengok diri sendiri dulu…
Caption under anwar pic should read, ” i love it when they are suprised by my silent approch , and they react by ‘kemut keliling’ fuuh syiok la “
syabas kepada noraishah sebab telah berjaya memeluk kistian