Posted in Evangelis

Isu demo anti Lynas di masjid mengingatkan kepada seminar Johor

Laporan The Malaysian Insider (April 8): ‘Kumpulan anti Lynas akan berdemo di masjid serata negara

ia menjadi pemanas badan untuk perhimpunan [Bersih 3.0]” — Haris Ibrahim, pengasas gerakan ABU

“institusi agama sedang disalahgunakan untuk matlamat politik” — ketua Wira Perkasa, Fahmi Ideris (TMI, ‘Protes anti Lynas di masjid akan cetuskan protes Muslim’)

Tempat beribadah hendak dijadikan tapak protes jalanan?

Itulah yang dirancang Himpunan Hijau – kumpulan DAPster berkemeja-T warna hijau – yang memprotes Lynas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dan juga di Kuantan.

Ahli-ahli Himpunan Hijau (anti-Lynas) di sidang akhbar Bersih 3.0
Bersih 2.0: Tengok siapa yang duduk di sebelah Ambiga
Bersih 3.0: Muka siapa pada papan iklan di samping Ambiga
Tokoh-tokoh DAP yang mengilhamkan Himpunan Hijau
Para aktivis Himpunan Hijau
Adakah anti-Lynas memperjuangkan isu alam sekitar atau matlamat tumbangkan kerajaan?

Gambar ‘regime change’ bertopengkan anti-Lynas di atas diambil dari ‘Diary of the Himpunan Hijau 2.0’.

Kenapa hendak protes di masjid?

Orang Kristian melenting tempoh hari kerana seminar guru di Johor mahu membincangkan “ancaman Kristianisasi terhadap umat Islam“.

Lagi dari TMI (April 7): ‘Islamic fundamentalists, Christian threats and Freudian slips’

Penulisnya yang bernama Alwyn Lau berkata:

Petikan

“After a public outcry, this was ‘resolved’ by a simple title change. Now, it seems, Christianisation no longer threatens Islam, at least not in the title. Of course, not everyone is happy.”

“could it be that fundamentalist Muslims in the various Islamic organisations involved and the Johor Education Department require a constant element of fear as an integral part of that which constitutes its own faith?”

“… the kind of faith fundamentalists have. True belief, it has been said, casts out fear. A pure faith also rejects an obsessive concern with policing other faiths …”

“In contrast, hate and prejudice usually reign in the minds of those who are afraid that their personal and spiritual insecurities will come into the public light. Yet paradoxically, like Oedipus, the more they want to run away from their own fears (by accusing others of being the source of these fears), the more they actualise what they fear …”

Alwyn Lau juga menyebut nama saya dalam rencananya (screenshot bawah).

Saya telah meragui tuduhan sesetengah Kristian dan DAPster bahawa pejabat Mufti Johor telah diarah oleh Umno untuk menganjurkan seminar tersebut atas niat jahat politik.

Saya tahu bahawa Jabatan Agama Johor adalah sebuah badan yang berwibawa serta negeri tersebut terkenal dengan sukatan pelajaran agamanya yang tersusun dan bermutu tinggi bagi mendidik kanak-kanak Muslim dari peringkat sekolah rendah sampailah ke peringkat ijazah.

Namun saya diperli oleh DAPsters kerana saya menghormati institusi agama Islam Johor sebagai bebas dan berdikari dalam hal menjaga akidah.

Adakah mereka-mereka – seperti Alwyn Lau di TMI – yang menyindir bahawa seminar “ancaman Kristianisasi” mungkin didalangi Umno pernah ada pendedahan kepada fakta-fakta yang saya kemukakan?

Kristian evangelis pro-pembangkang sememangnya gemar menggambarkan diri mereka sebagai mangsa lemah yang ditindas pihak berkuasa.

Namun dalam kes ini (protes anti-Lynas mahu diadakan di masjid-masjid), bukankah mereka sendiri yang keluar mengusik?

***  ***  ***

TAMBAH SIKIT:

Posting Sakmongkol ‘Bohong dan Menipu adalah keperangaian kedua (second nature) Umno’ (di blognya sendiri), juga di The Malaysian Insider, di Malaysia Today, di Detik Daily dan di banyak pautan-pautan yang lain.

Soalan saya: Errr, berapa tahun agaknya Datuk Sak duduk dalam Umno yang bohong dan tipu itu? — 6.23pm, mutakhir

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “Isu demo anti Lynas di masjid mengingatkan kepada seminar Johor

  1. Dap, you want to do it, do it in your own backyard, you have Ambiga’s temples, Tony Puah churches and the Lim Dynasty temples. Don’t you ever think for one second that you want to be near our mosque.

    We will make sure that you don’t even get close within 1km radius of our masjid. Jangan dok cuba menjolok sarang tebuan b’cos we rakyat Malaysia don’t want another May 13 to recur and stop your distasteful provocation,

    Don’t ever think we don’t know your objective is. Let this be a final warning to you Dap, if you intrude into this 1km radius of our majid, we have no choice but to take the appropriate action as deem fit for you dirty trouble makers. Our people will be on standby from now on to prevent these **** from coming near to our masjid.
    AllahhuAkbar.

  2. Kotaysunat

    sabar , bro awat panas, biar orang meluat dengan mereka. kita tengok aja .

    mereka ni tak tahu orang tengah meluat dengan perangai mereka, hari ini dua pro PR kat office kita dah mula sedar, ramai sekaarng yang mula sedar.

    tak payah buat apa-apa, mereka kantoi sendiri……………

    P.s helen please erase the ealier answer to K-sunat

  3. Helen,

    sampai bila mereka ini akan memutarbelitkan isu Lynas ni saya pun tak tahu. Selepas diberikan fakta saintifik mengenai kilang nadir bumi ini, mereka tetap akan memutarbelitkan fakta dan alasan. Terbaru, mereka mengatakan bahawa masyarakat sekitar yg tinggal dari pelabuhan Kuantan hingga ke Gebeng tidak selamat dan akan mati cepat kerana tanah tersebut akan di angkut melalui kawasan mereka ini akan mencemarkan kawasan mereka.

    Tempohari mereka mengatakan bahawa hartanah di kuantan akan terjejas. Ingin saya kongsikan disini bahawa setiapkali saya ingin meluluskan permohonan pembelian hartanah di sini, saya akan mengambil kira sekurang kurangya 3 pandangan jurunilai professional dan setakat ini tiada apa perbezaan yg nyata. Majikan saya masih lagi meluluskan permohonan tanpa pengurangan apa apa “margin of advance” terhadap hartanah di kuantan. Pemohonan “sub sales” terus mendatang dan projek perumahan baru masih rancak dijalankan.

    Kuantan hanya mempunyai lebih kurang 600,000 penduduk dan komuniti pusat bandar kami boleh la dikatakan mengenali antara satu sama lain lebih lebih lagi bagi yg boleh di anggap ” public figure”. Muka muka ini akan minum di kemaman kopitiam dan window shopping di East Cast Mall saban minggu.
    Jadi, pada hemat saya, Himpunan hijau di Padang Kumunting tempohari di kuasai oleh “outsider” dan ahli ahli politik yg inginkan perhatian dan berlagak sebagai hero penyelamat manusia. Sekilas pandang hari itu, ianya dipenuhi oleh muka muka asing yang tidak pernah saya nampak sebelum ini di kuantan. Jika ada masyarakat kuantan yg menbantah, saya hampir pasti akan siapa mereka mereka itu dan siapa dibelakang mereka.

    Pendek kata, amat jelas isu Lynas ini diputarbelitkan menjadi isu politik dan bukan isu alam sekitar..

    P/s: Apabila melihat A. Samad Said, saya teringat yang saya akan terserempak dengan beliau setiap pagi berjalan kaki di Medan Pasar menghala Pasar Seni di awal 90an. Perasaan kasihan terhadapnya makin bertambah apabila melihat beliau dipergunakan seperti ini..

    1. Pak Samad, seorang editor dan novelis unggul yang amat saya sanjungi, is now a pathetic opposition figure. Entah kenapa beliau berjaya diperalat dan diperbodohkan oleh puak yang sesat agama, puak racis dan chauvinis dan puak tidak bermoral. Sedarlah wahai Pak Samad bahawa anda sedang mengkhianati perjuangan Datuk Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Left. Adnan Saidi, P. Ramlee, Tun Razak, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Zaaba, Aminuddin Baki, Ungku Omar…sekadar beberapa nama agung yang tertinta sebagai pejuang tulen kesinambungan bangsa .

  4. Lynas is no longer discussed in scientific terms. The last pseudo-scientific article I read on this was an opinion piece on TMI by Zurairi AR .

    http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/stop-lynas-save-malaysia…-but-from-what

    To his credit, he does mention that the radioactivity of the lynas by-product is negligible, but he continues to cast doubt on the ability of Lynas to construct the plant to safe standards and insinuates that the design was done in the name of cost cutting.

    I doubt Zurairi is an engineer. And, if he is an engineer, he’s probably a poorly skilled one.

    So far, the leaked info on ‘cost-cutting’ has been part of the narrative from the NY times. Their articles use a lot of jargon but fail to give the full picture.

    NYtimes have been incessantly targetting Lynas. Their sources are anonymous engineers who claim to fear retribution yet want to do the right thing by exposing leaked info on subjective yet arcane engineering issues to an international paper. I get the feeling it’s a global grudge that Lynas is facing. DAP and PR are hitching a ride to gain political mileage.

    Helen’s (and probably many of PR’s) mistrust stems from their inherent mistrust for the government’s capability to manage and regulate the Rare Earth and related nuclear industry. This belief is common among the minority, especially the chinese, who generally mistrust anything related to government management, oversight and regulation.

    Further more, the chinese minority do participate in these industries as engineering materials suppliers and contractors, and they know that some of them do ‘cut corners’ in the name of profit. So, there is some logic in their mistrust.

    I find it analogous to how some chinese i know complain about the police corruption but are the first to offer bribes to police when they disobey traffic laws .

    Another problem is most of the commenters and doubters are industry outsiders who use the logic ‘it’s better safe than sorry’. This logic is flawed as it means anything with inherent radioactive risk should be avoided. This includes radioactive medicine, cancer treatments, radioactive diagnostic equipment etc, which have been used without much fanfare and brouhaha.

    I have had interactions with radioactive equipment. There are plenty of procedures in place. Checks and safeguards are implemented by many independent parties. hazards are identified, and their risks quantified using complex stochastic probability techniques and even re-checked and brainstormed for potential operational weaknesses.

    The more onerous or stringent the requirement (such as added cladding, coatings, concrete, or special resins) may not necessarily improve the safety to a appreciable degree. In engineering, there is a diminishing rate of return on how much one can make a plant or process ‘safe’ before it becomes unnecessarily cost prohibitive.

    Therefore, it’s very obvious to engineers the main issue of Lynas is the inherent mistrust of government. That’s all.

  5. Gambar 5 orang tu ada cap SelangorKu. Bayar dengan geran SelangorKu ke? Katanya geran tu untuk pembangunan selangor, tapi buat bilboard tu kira pembangunan ke?

Comments are closed.