Posted in DAPster

Hasutan: Hukuman penjara Guan Eng kes terdahulu, siasatan polis Hannah sekarang

Bersambung dari posting kelmarin, ‘Hannah Yeoh disiasat polis atas dakwaan memfitnah‘.

Apabila sesebuah laporan polis dibuat oleh awam, terserahlah kepada pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan atas apa undang-undang yang difikirkan mereka sebagai wajar dipakai apabila si tertuduh disoal di balai.

Pokoknya, adakah Hannah Yeoh telah disoal polis atas Akta Hasutan mahupun dakwaan terhadap Adun DAP Subang Jaya itu bersabit memfitnah (criminal defamation)?

Sebenarnya ada persamaan kes Hannah dengan kes gadis Melaka membabitkan Lim Guan Eng dulu (baca butir-butir di SINI). Sekiranya Guan Eng betul-betul berniat menjaga maruah gadis itu, dia pasti akan menuntut supaya 13 orang lelaki lain yang turut didakwa meniduri remaja tersebut dihukum juga. Hakikatnya dia didapati bersalah oleh mahkamah kerana tidak berjaya membuktikan tuduhannya terhadap Rahim Thamby Chik.

Guan Eng telah menyerang (politically assassinate) Rahim waima Umno menjadi sasarannya. Hannah pula menyerang Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, kerana DAP jelas sekali mahu menghancurkan MCA.

Bagi penyokong pembangkang, Guan Eng bukan bekas banduan tetapi seorang wira mulia yang “mempertahankan maruah seorang remaja Melayu”. Begitu juga Hannah tidak dipandang DAPsters sebagai politikus populis murahan yang cuba menghasut tetapi sebaliknya seorang wirawati Bersih suci.

Berikut ialah huraian oleh penganalisa politik Joceline Tan tentang gaya politik DAP dan para pengikut mereka. Beliau menulis di ruangan pojoknya di akhbar The Star hari ini:

“People here [in Kedah] talk about politics but not in the obsessed way of Klang Valley folk and definitely minus all the vitriol and hate found on the Internet. Kedah politics is not as ugly or confrontational as that in Penang or Perak namely because the racial element is not as stark.”

“Unlike his counterpart in Penang, he [Menteri Besar Azizan Abdul Razak] does not spend his days and nights attacking Umno and blaming it for everything; likewise, Umno does not attack him unnecessarily.

Intipatinya, Joceline Tan mengamati bahawa Guan Eng “menyerang Umno siang malam serta menyalahkan Umno atas segala apa keburukan yang berlaku.”

Biar kita kaji juga peranan dan pengaruh Hannah ke atas tingkah laku DAPster dan amalan politik benci DAP.

Hannah membayangkan dalam blognya bahawa MCA telah berusaha “membeli undi”.

Berkenaan tindakan polis ke atas Hannah, berikut ialah satu persepsi yang diluahkan di alam maya di perbincangan forum Lowyat:

“Umno is recruiting Bangladeshis and Indonesians as phantom voters while MCA is recruiting PRC prostitutes for the same purpose. Great, just great!”

Manakala di sudut pembaca Malaysiakini, apabila mendengar berita Hannah itu, seorang pelanggan portal (subscriber) yang menggelar dirinyaJedi_Who’ mengomen:

“When MCA fellows found out that Umno is giving citizenship for votes to Indonesians, MCA demanded a double favor ‘China girls’ for sex and votes.”

Lee Chee Leong – yang dikatakan difitnah oleh Hannah – menjelaskan bahawa beliau telah membantu dua orang yang berumur 60 tahun-lebih untuk mendapatkan hak kerakyatan pada tarikh yang disebut risalah.

Timbalan Menteri dalam Kementerian Dalam Negeri itu berkata: “Kelulusan permohonan untuk menjadi warga tertakluk kepada perkara-perkara Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesiapa boleh diberikan kerakyatan (dengan sewenang-wenangnya) kecuali syarat-syarat dipatuhi”.

Orang MCA membuat laporan polis mungkin kerana mereka menganggap Hannah Yeoh sudah melampaui batas. Kita pun bukannya tak pernah melihat dengan biji mata sendiri bagaimana DAPster suka menabur fitnah.

Di bawah ialah cekupan beberapa komen pembaca Malaysiakini di rencana semalam berjudul, ‘Subang Jaya rep under probe for “slander’‘.

Bandingkan dengan perangai puak pengikut Guan Eng serta serangan bertalu-talu (“siang malam”, kata Joceline) bekas banduan dan bekas tahanan ISA tersebut ke atas Umno untuk kita dapat memahami politik benci yang dipraktikkan oleh DAP.

Petikan-petikan di bawah memberikan gambaran siapakah peminat tegar Hannah serta apa perasaan mereka terhadap MCA (dan sekutu BNnya Umno).

Anonymous #04694322 “Our Lady Hannah of subang we all love you and with you. You have done nothing wrong. This PDRM are dog of BN.”

kheng “All Malaysians seeking to undone the injustices, corruption, croynism, etc. are solidly behind you Hannah. You can do all things thru our Lord!”

AF McLaren “Dato Lee, please stand against Hannah in Subang Jaya so that all the voters get a chance to slander you.”

jeremy Ng “MCA must be completely wipe out this coming election.”

anonymousA “Blady Lee, you are the nonsensical !!! So isnt it true what Hannah said, MCA issued citizenship to the people ??? What slander when it is all factual ??? The Chinese will bury MCA alive comes this GE 13th, so that Chinese can no longer be fooled and MCA politicians will go back to their own profession respectively instead of under the pretext of helping the people but actually these MCA goons are digging gold from joining BN, never mind polish and carry UMNO balls so long as they have big fat bank accounts, that matters to MCA goons…

HUMAN BEING “Hey good for nothing Lee Chee Leong ….. just sue Hannah for defamation if you think she had slandered you. No need to use the police for your dirty work. We all know you and MCA (and its past presidents) sold the rights of Chinese away.”

Onmu-itna “MCA running dogs get lost! Go fly kites! No place for you bastards to represent Malaysian Chinese! MCA is DOOMED!”

Jambu Batu “There you see. It is high time to send the bloody MCA and MIC to the grave.”

Hannah dengan DAPster mengimbas kepada emak (bapa) borek anak rintik.

Kata Hannah dalam kenyataan akhbarnya:

“how is it possible that MCA can be defamed? In my opinion, one can only defame MCA if MCA has a good reputation to start with. MCA today is not worthy to be defamed.”

Peminat Hannah memberi komen di Malaysiakini (yang liputannya ketara pro-Hannah dan wartawannya ramai yang mesra bermain Twitter dengan Adun itu):

Nambekei 7 “What is there to slander MCA…a bunch of porn stars & rich bastards…”

Hannah Yeoh menuduh BN menyalahgunakan jentera kerajaan. Apakah tweetnya yang melambak-lambak dalam Media Selangorku tidak menyalahgunakan jentera kerajaan Selangor? http://twitter.com/#!/mediaselangorku

Tweet Hannah  terbaru hari ini berbentuk, “I can’t wait for Bersih 3.0!”

Namun Yeopies (Yeoh’s groupies) tidak mengendahkan gejala periuk mengata cerek hitam ini. Malah salah seorang daripada mereka memuji:

Opah “Well done Hannah Yeoh! You have now earned the status of ‘one to be feared by Umno and its lapdogs’.”

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Hasutan: Hukuman penjara Guan Eng kes terdahulu, siasatan polis Hannah sekarang

  1. apalah orang-orang DAPster ni. kalau nak melepaskan geram silakan. tapi dengan menggunakan kata-kata kesat seumpama ni, dah jelas rupa bentuk peribadian mereka ni.

  2. this is whatt dap is for
    creating issues when there are none for creating hate for votes purpose

  3. Helen,

    Well said. That is actually the “forte” of DAP; slander UMNO for standing on its way for “lim Dynasty Malaysia” . Slander MCA for showing that there is no need for Chinese to wage war against Malays simply to get the voices heard.

    This “hatred war” drmmed by DAP will EVENTUALLY bring Malay and Chinese on collision course, I am afraid.

  4. Tindak tanduk MCA ini telah menghancurkan MCA secara menyeluruh.
    Pekerja indon saya telah mendapat kerakyatan melalui mykad minggu lepas dengan nama barunya.

    1. Encik Ahmad Nasir perlu buat laporan polis. Kita tidak mahu penderhaka negara merosakkan kesejahteraan kita. Lepas buat laporan sila beritahu nombor report disini supaya rakan-rakan yang berkelapangan masa dapat buat “follow-up”.

  5. You are right about the Dear Leader. He was only interested about Rahim and not the girl’s welfare. I was told by one of my relatives in Melaka that he did not help the girl at all and in fact the girl did not want to pursue the matter. But he wanted to politicised the whole thing and destroyed the girl’s life. In fact the girl ended up in a welfare home and eventually ruined her life going in a wrong way. If he wanted to help her, he could have take care of her and assisted her to get educated and then find proper employment.

  6. Ahmad Nasir,

    I give you the benefit of doubt. They say the “proof of pudding is in the eating…”

    Meaning can you prove what you said?

Comments are closed.