Posted in DAPster

Bersih 3.0: Nampak retak dalam reaksi Guan Eng kepada Tunku Aziz

Mutakhir:

Bersih 3.0 — updates on open thread (April 28)

Bersih 3.0 Raja Monyet (April 29)

Pendirian yang bercanggah Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan bos partinya Lim Guan Eng membayangkan perbezaan pendekatan seorang Melayu dengan seorang Cina.

Berbanding saf kepimpinan tertinggi Cina DAP, naib pengerusi DAP Melayu itu lebih bersimpati kepada tuntutan tugas pihak penguatkuasa undang-undang.

Seperti juga ramai orang Melayu yang mempunyai keluarga dan saudara mara dalam polis dan tentera, ayah Tunku Aziz pun pernah menjadi anggota polis, iaitu OCPD Alor Setar.

Kata Tunku Aziz dalam sepucuk surat kepada pengarang NST (7 Sept 2011):

“I come from a police family and am proud of the vital contributions of the police, then and now, to the peace and security of our nation.”

Tunku Aziz, seorang senator, menggemparkan sesi tengahari sidang Dewan Negara kelmarin apabila mengemukakan bantahannya terhadap Bersih 3.0 wajib di Dataran Merdeka tatkala berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Laporan-laporan dalam Utusan Malaysia and The New Straits Times ada menyebut beberapa butir penting yang ditinggalkan oleh berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider (mungkin dengan sengaja).

Kita boleh buat perbandingan.

Rencana Utusan, ‘Tunku Abdul Aziz bantah Bersih 3.0‘ memetik naib pengerusi DAP itu sebagai berkata beliau tidak bersetuju dengan desakan Bersih mesti diadakan di Dataran Merdeka berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

Tunku Aziz dilaporkan sebagai berkata:

“Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya.”

[dihuruf tebalkan oleh blogger ini]

Manakala di NST semalam, ‘I oppose rally, says DAP’s Tunku Aziz‘, beliau dipetik sebagai berkata:

While living abroad, I witnessed demonstrations organised by so many organisations and realised that although they start peacefully, demonstrations will always end up in violence.”

Menurut NST, naib pengerusi DAP itu telah merujuk kepada protes oleh mahasiswa di London pada tahun lepas yang mengakibatkan kerugian kepada peniaga dan kerosakan harta benda.

“When London was besieged with the demonstrators, the country was in a chaotic state and I do not want Bersih 3.0 to have the same impact in the country.”

Tanpa diberi maklumat penjelasan Tunku Aziz tentang apa yang disaksikannya sendiri di negara-negara asing, puak pro-pembangkang tidak memahami pola pemikirannya serta dorongan mengapa beliau menongkah arus.

Contoh segelintir komen pembaca Malaysiakini, http://malaysiakini.com/news/196115

Laporan MalaysiakiniDAP senator says ‘no’ to Bersih rally at Dataran‘ tidak menyebut perkara-perkara yang diperkatakan dalam Utusan dan NST.

Begitu juga laporan The Malaysian Insider, ‘DAP’s Tunku Abdul Aziz says against Bersih 3.0’ tidak memaklumkan kepada pembaca perihal keterangan Tunku Aziz, yakni beliau mengamati bahawa demo lazimnya akan berakhir dengan keganasan berdasarkan pemerhatiannya di seberang laut.

Butir-butir pengalaman Tunku Aziz di luar negara ditenggelamkan oleh kedua-dua Malaysiakini dan TMI. (Klik screenshot di bahagian bawah halaman 2x untuk baca).

Maka pelayar media baru di alam maya yang tidak mengetahui cerita penuh mendakwa Tunku Aziz seorang ‘Trojan horse Umno‘ serta sudah dibeli Umno.

Walhal beliau sebenarnya hanya menimba pengalaman luasnya sebagai seorang expat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Bank Dunia dan badan-badan antarabangsa yang lain. 

MUTAKHIR: ‘DAP rebukes Tunku Aziz for rejecting Bersih 3.0(dikemaskini 5.58pm)

Jauh berbeza sekali ialah setiausaha agung DAP yang terperuk bertahun-tahun di penjara (jenayah bersabit fitnah dan Akta Hasutan) dan di kem tahanan (kesalahan ISA).

Lim Guan Eng – seorang bekas banduan – memang cetek akal berbanding Tunku Aziz serta memiliki prasangka buruk yang amat menebal terhadap polis. Malah kenyataan-kenyataan yang dibuatnya selama ini tentang PDRM ada yang berbaur benci dan hasad dengki.

Lantaran itu, reaksi serta-merta Guan Eng terhadap bantahan Tunku Aziz ialah untuk mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk ‘Malaysians should mobilise in full force for the sit-in Bersih protest on 2pm 28 April At Dataran Merdeka to press for Clean, Free, Fair and Independent Elections’.

Guan Eng menyatakan bahawa “DAP menyokong penuh dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih” serta menyeru agar awam menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di serata negara, khususnya di Dataran Merdeka.

Seterusnya Guan Eng menggambarkan tindakan dan amaran oleh kerajaan sebagai “menakut-nakutkan orang”.

Katanya:

“Penggunaan taktik ketakutan ini hanya mendedahkan watak sebenar kerajaan BN yang kuku besi dan bersifat zalim.”

Ekoran daripada kerahan ini oleh Guan Eng, Tunku Aziz terpaksalah segera mengeluarkan satu kenyataan bertulis pada lewat petang semalam. Beliau berkata pendiriannya adalah sekadar pandangan peribadi serta mendakwa sudah memberitahu tentang pegangannya itu kepada Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Guan Eng nampaknya berdendam kesumat

Tunku Aziz ialah anak polis.

Sementara Guan Eng pula pernah terperuk bertahun-tahun di penjara.

Sepanjang masa dia merengkok dalam sel lokap, mungkin dalam hari gelap bersilih ganti itu, terperaplah perasaan dengki dalam hatinya terhadap pihak berkuasa. Malah baru semalam Guan Eng mengibaratkan kerajaan sebagai “kuku besi dan bersifat zalim”.

Barangkali pengalaman pahit Guan Eng di tangan polis berupa pemangkin yang menjadikannya seorang “streetfighter” yang selalu dicengkam rasa benci dan buas terhadap cabang pertahanan negara.

Bapa borek anak rintik.

Sebab itulah kita lihat DAPster-DAPster memaki-hamun serta menggelar Tunku Aziz “orang tua nyanyuk” (sama macam layanan yang diberikan S.M. Mohd Idris presiden CAP) hanya kerana beliau tidak sealiran dengan partinya.

Ketara tampak DAP tidak dapat menerima pendapat yang bertentangan.

Berkaitan:

Disyorkan:

Author:

I have no Faceook or Twitter.

28 thoughts on “Bersih 3.0: Nampak retak dalam reaksi Guan Eng kepada Tunku Aziz

  1. so it is proof and show that in dap or pakatan haram there is no Competency, accountability and transparency why i said so, give any pakatan leader make a comment today the next few days their beloved pemimpin anugerah tuhan like lge or anwar or nik aziz make a statement automatically all the previous comment by any leader will be categorized as “personal comment” even at the time “that” leader was talking in capacity as the pakatan haram YB.

    but this is weird in pkr zuraida actually fired the guy that codemn anwar in pas hassan ali was kicked out because he is actually fighting for the cause of islam(what pas said they as supposed to do) but in dap there is no action?????well maybe it is considered internal party problem do not need to tell huh…

  2. dear Helen, please ask Guan Eng & all the DAPster to read a book written by Lim Kit Siang. its titled ‘A RIGHT TO DIFFER’.. I wonder what is Kit Siang opinion when right now his deputy chairman choose to differ with his party stand..

    1. the right to differ ? maybe you should say ‘the right to differ (context). when it suits them, then it is a right. but when it does not suit them, it is not a right. typical DAPspeak.

  3. Dear Helen,

    Please ask all the DAPster and Lim Guan Eng to read a book written by his father, Lim Kit Siang.

    The book titled ‘A RIGHT TO DIFFER’.

    What an ironic!

  4. First time Bersih, still okay lagi. Second time Bersih, still okay lagi. Third time Bersih, can backfire on the organisers. Just imagine, You put your representatives in the PSC for election reform, and these same guys are going to wear the yellow t-shirts demanding for reforms? What sense is that? Why never mention about your people in the PSC when you planned for the Bersih demo? Who put them there? Who selected them? The answer is obvious. YOUR OWN PAKATAN LEADERS. And if they thought their reps were not doing a good job, then blame yourself. Take to the streets to cover your flaws? And the same people from Bersih 1 and 2 coming again? No new faces? And the worst part, those protesters may be the ones who didn’t even take the trouble to register for voting. You may have a number for the demo, but you will not have the number for the election.

    1. tengok pesta buku kat PWTC esok lagi bagus dari tengok pesta Bersih. buang masa je. orang dah jelak dgn ambiga dan para pelakon dia. lepas ni buat Bersih 4.0 pula. masuk bertanding je, ambiga, tengok orang india sokong awak tak. jangan nak bertanding tapi di kawasan majoriti cina. baru awak tau tinggi rendah awak kat mana.

      1. Dia punya pawns/askar upahan pergi kejalanraya buat kacau banyak banyak untuk dapat publisiti murahan di overseas.
        Sungguh senang di bohong dan di cucuk. Lagipun mesti dapat transport/makan free dan mungkin juga pocket money. Mungkin kalau dari jauh dapat juga jalan jalan ke KL cara percuma

        Tuan tuan Mastermind semua duduk rumah diam diam saja tunggu hasil, supaya dia dapat naik takhta dan bolot semua ….

        Appadah !

      2. Mereka takkan buat bersih 4.0 kerana cina fobia no 4. Majoriti penyokong bersih adalah kaum cina.
        _______________________________________________________________________________________________________________________________
        LOL!!

      3. Ambiga mana berani nak masuk bertanding ? tapi, kalau dia masuk bertanding, saya cadangkan supaya dia bertanding kat kawasan orang India. lepas tu kita tengok apa orang India akan buat pada dia.

  5. And they call themselves Democratic ACTion Party.

    Where got democratic in its action and also its internal election
    Perhaps they are only fully of ACTs. Empty of democracy.

    1. DAP = Dynastic Anglophile Party. Just look at the top brass. The Lim Family, Karpal and Sons. You name them, you got them.

    1. Dia orang, LBGT, tak larat nak jalanlah. Dia orang cuma nak duduk dengan erection. Itu sebab dia orang nak delay elections.

  6. It would be interesting to see what happens at Penang tomorrow as the event here is being organized by Aliran with the Dear Leader as the guest of honor.Kind of ironic since DAP itself does not practise clean and democratic electoral process within the party. I might drop by to see this circus from far and update you guys. Thinking of wearing Hindraf’s Orange T-shirt with “Save KBP” wordings…LOL !
    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Sounds good! — Helen

    1. As I’ve said, the DAP stands for Dynastic Anglophile Party. So you should not expect cleanliness and democracy within that Party. It’s Dynastic after all.

  7. Helen..It could be that the senator realised that DAP is actually a racist party and all the Malaysian First rhetorics are just hollow slogans. He could be planning to leave the party soon.This is because in DAP, you can’t be going against the Dear Leader and survive.

  8. Calvin Sankaran,

    DAP is controlled by Lim dynasty for as far as I can remember. Or rather as far as anybody can think.

    All material decisions revolve around Kit Siang Sdn Beranak. Of course Karpal is there to give some semblance of multiracial aspect but everybody knows who calls the shot.

    DAP’ time tested response when criticized is to label anyone who dare to criticize as a tool for UMNO. This has been brainwashed into DAP members until they behave like zombies., incapable of accepting reality that Guan eng and his father , just like other 7 billion people are mere mortals and do not have monopoly of wisdom like they behave they have.

    The thing about BERSIH is that it tests patience to the limit. People may tolerate BERSIH for one time or twice But BERSIH 3 is a case one illegal demonstration too many.

    Which explain why it receives lukewarm response so far. It has lost its appeal so to speak.

    As for DAP, contrary to its cry for transparency and freedom of press among other, it does not want any of that. Which explain why Tunku Aziz was ridiculed for simply arguing against the assembly. And who could forget how Guan eng bans Utusan from his media press.

    In this case, I believe azizan, MB for Kedah is much wiser than Guan eng. azizan does not wage war against UMNO and not known for ridiculing UMNO. Azizan also is friendly with Kedah civil service unlike Guan eng who wasted goodwill by slandering a Federal officer just because of petty issue, a chair for him at an official function.

    Guan Eng brushed aside a genuine concern by Muslim about Bayan Mutiara Mosque site, effectively making UMNO’s claim that DAP is hostile to Malays is true.

    And yet, Guan eng is unable to fathom the simplest idea why Malay support for PR is waning .

    1. I firmly believe that lge needs to see pakar sakit jiwa so that he can be cured of his obsession to get power, to control, bully and punish others…and his deep and latent hatred of the Malays.

  9. Hussin rahman,

    The scary part about power crazy Guan Eng is the magnitude of destruction should they assume power. Already the preview is for all to see. Guan Eng as Chief Minister is a manifestation of suffering especially Malays will encounter should the Malays, in their stupidity tolerates his nonsense.

    The Malay “nasib” will be exactly like Arabs after betraying the Otoman Empire. shielded by Ottoman Empire for centuries from reality of harsh treatment Muslims would have to endure if they are not in power, Muslim leaders were taken by empty promises by British.

    We are on the same predicament. Should UMNO falls, the party that will take over does not have sympathy for “umat Nabi Muhammad SAW”.

    That is something those morons at Dataran Merdeka BERSIH 3 is incapable of thinking

    1. funny you should say that. UMNO is not the chosen one by the British? There were no other nationalist movement before that? Go and read your sejarah not the British version.

  10. The attacks on Tunku Aziz are the equivalents of scoring own goals. The DAPsters may think they are scoring goals but they don’t realize that they are scoring goals in their own half.

  11. Adam,

    DAP does not tolerate different viewpoint. Meaning any views by DAP must be in line with the vision to perpetuate Lim Dynasty interest.

  12. That Bersih is led by the Chinese is nothing to be amazed at. But we must make a distinction between the Anglophile Chinese puppetmasters of Bersih and those Chinese who participate in the Bersih rally.

    Ini pendapat saya tentang taktik yang digunakan oleh DAP untuk meraih undi masyarakat Cina. First they provoke the Chinese community. How ? Mereka kata “BN dah lama berkuasa, percayalah pada kami, kami orang baru, kami akan memperbetulkan apa yang tidak betul, kami akan berlaku adil. Ingat, inilah satu-satunya peluang kita untuk melakukan perubahan. Kalau tak ubah sekarang, nak tunggu sampai bila ?
    You raise the emotions of the crowd and of the course, the crowd will respond in kind. I mean, how could not the crowd be swayed by such promises ?

    Satu lagi isu yang saya nak bangkitkan di sini. Kalau kita perhatikan dengan teliti, orang-orang DAP ni, hampir setiap kali mereka buat posting kat sini, mereka buat posting dalam Bahasa Inggeris, jarang sekali dalam Bahasa Kebangsaan. Kan kata Malaysian First. Jadi kalau begitu bersemangat memperjuangkan Malaysian First, Kenapa masih lagi buat posting dalam Bahasa Inggeris ? Malaysian First konon !

  13. yeap.. cant give different opinion within DAP… bunch hypocrites. Once he said that, everyone one of them become curious, prejudice and wanting him out… democratic indeed. =snort=

  14. Kesian Tunku Aziz. That is a man who thought of his country first before anything else, a true statesman.

Comments are closed.