Posted in DAPster

Guan Eng kutuk polis tiada disiplin, pukul orang

Lim Guan Eng telah mengadakan sidang akhbar semalam menyelar tindakan polis menangani perhimpunan Bersih 3.0 — lihat video, sedutan dari Buletin Utama TV3.

Transkrip kenyataan Guan Eng:

“And we want to condemn the police for their high-handedness, for their arbitrary action. I think these incidents wouldn’t happen if there was a proportionate, a [sic] appropriate response. Not like this.

“I think it was really, er, I think if anybody broke through the barricade they’re not, [they’re] only a few [so] I’m sure the police can take action.

“And then I think when they fired teargas there was no warning. They reacted with little discipline. Beating people unnecessarily. Smashing cameras and also attacking reporters. Clearly they do not want the whole world to see that they are beating up peaceful protesters.”

Kenapa Guan Eng anti polis?

Dalam sebuah posting beberapa hari lepas (membandingkan perbezaan respons Guan Eng dan Tunku Aziz), saya telah memblog:

“Guan Eng pula pernah terperuk bertahun-tahun di penjara. Sepanjang masa dia merengkok dalam sel lokap, mungkin dalam hari gelap bersilih ganti itu, terperaplah perasaan dengki dalam hatinya terhadap pihak berkuasa. Malah baru semalam [Khamis] Guan Eng mengibaratkan kerajaan sebagai ‘kuku besi dan bersifat zalim’.

“Barangkali pengalaman pahit Guan Eng di tangan polis berupa pemangkin yang menjadikannya seorang ‘streetfighter’ yang selalu dicengkam rasa benci dan buas terhadap cabang pertahanan negara.”

Untuk lebih memahami sikap streetfighter Guan Eng, baca juga kolum Joceline Tan dalam Sunday Star yang menceritakan tentang kecenderongan bekas banduan tersebut untuk menyerang lawan dengan mempolitikkan semua situasi.

Mencedok dari tulisan Joceline semalam:

“… his tendency towards political speeches even at non-political events. He stunned some of his own party people during a Deepavali event last year when he started attacking the Barisan in his speech”.

Joceline juga mengulas bagaimana Guan Eng – yang terkenal dengan tabiatnya menyalahkan Umno yang semua serba serbi tak kena serta tidak putus-putus menghentam parti Melayu itu – sekarang semakin kurang disenangi orangramai.

Gambar ini dikongsi dalam Facebook 'Buletin Mutiara'

Dalam rencananya, ‘Cracking the eggs in Penang, Joceline berkata:

“DAP’s relations with the bulk of Malays in Penang has not improved and if the Indian Muslims here actually bothered to read the racist and insulting remarks that DAP cybertroopers make about mamaks, they would run off in all directions.”

Namun begitu, Joceline boleh nampak yang Guan Eng masih lagi amat popular di kalangan kaum Cina yang menjadi tonggak sokongan bagi setiausaha agung DAP itu.

Ujar Joceline:

“[Guan Eng] can do no wrong in their eyes. He remains their street-fighting hero.”

Yang hadir Duduk Bantah di Pulau Pinang Sabtu lepas pun kebanyakannya orang Cina.

Joceline juga menghuraikan bagaimana Buletin Mutiara – makalah bulanan rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang diedarkan percuma ke setiap rumah – selalu sarat dengan gambar-gambar Guan Eng sedang tersenyum lebar, melawat tapak projek pembinaan atau mendondong anak kecil.

Guan Eng juga ‘Anugerah Tuhan’

Dari Facebook CM Lim Guan Eng — “Official Facebook fan page for CM Lim Guan Eng. Managed by the Communication Dept in CM’s office (Level 28, Komtar)”

Dari halaman ‘Duduk Bantah Bersih 3.0’, melambak-lambak pujian terhadap ketua menteri itu, termasuk yang ini (screenshot) yang berbunyi: “LGE, ur God’s Gift to the people!”

Contoh-contoh lain sembah kepada Kim Guan Eng yang dipautkan oleh Buletin Mutiara:

“You are GREAT”

“Salute my Master”

“we love u!”

“You are our Super Hero”

英哥,你是我们的偶像。。。我地支持你。。。支持你!

[Alih bahasa: “Abang Eng, kamu adalah idola kami … kami menyokongmu!”]

“I am so admire of Penang ppl, they have a great CM”

Ya lah.

  • Akaun Twitternya pakai nama ‘cmlimguaneng’
  • Akaun YouTubenya ‘cmlimguaneng’
  • Facebooknya ‘CM Lim Guan Eng’
  • blognya ‘mychiefministerlimguaneng’ dan ‘kmlimguaneng.blogspot.com’

Nampak Guan Eng begitu obses menggembar-gemburkan jawatan yang disandangnya. Hullo, ada berapa oranglah ketua menteri di dunia ini bergelar Lim Guan Eng? Kenapa mahu asyik disebut dan dikaitkan nama dengan pangkat sementara itu?

Dia CM.

Najib PM pun Twitter hanya dipanggil ‘NajibRazak’ dan Facebooknya ‘najibrazak’.

Dan Buletin Mutiara itu pula sebenarnya lebih bercorak wadah untuk pemujaan Dear Leader — yakni ianya satu bentuk cult macam Twitter 44,400 pengikut Hannah.

The Bersih 3.0 'Duduk Bantah' peaceful assembly in Penang proceeded smoothly. About 10,000 people gathered at the…

Posted by Lim Guan Eng on Saturday, April 28, 2012

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Guan Eng kutuk polis tiada disiplin, pukul orang

  1. Helen, kamu perlu ganti ayat ‘terperuk bertahun-tahun di penjara’, ayat terperuk dengan ayat meringkuk. Ayat meringkut tu bunyinya sedap sedikit hahaha ! Bila seseorang tu pernah meringkuk dalam penjara, sedikit sebanyak orang tu akan simpan rasa dendam. Biasalah tu. Jangan terperanjat bila LGE kata polis tiada disiplin, pukul orang.

    As I’ve said in another post, the Dapsters, in their Dapthink and Dapsterism, are simply incapable of thinking along rational lines. The only thing left to do in order to confirm the coronation of LGE as their Dear Leader is for the hooligans of Komtar to officially declare LGE as their Dear Leader. Make it official as they say.

    Ah la hai ! Dinasti Lim ni, baru generasi kedua, yang kat Korea Utara tu, Dinasti Kim dah sampai generasi ketiga. Tapi bezanya ialah, Dinasti Kim kat Korea Utara tu, ada senjata nuklear, ada peluru berpandu, ada askar million men.

    Yang kat Penang tu, Dinasti Lim, ada cybertroopers, ada roket kertas kat bendera dan yang paling penting, Dinasti Lim ni ada senjata yang bernama “janji-janji kayangan”. Kan LGE tu “Anugerah Tuhan”.

    _______________________________________________________________________________________________________________________________________

    :D — Helen

  2. Betul ke Lim Guan Eng orang Melaka? Hai…. Penang tak ada cina made in Penang ke?

  3. Hari itu semasa saya pergi urut kaki, ada seorang lelaki cina kata kat seorang tukang urut bila tanya pasal demo Bersih, dia jawab ‘yao luan.’ Saya tanya kat tukang urut kaki saya apa itu, dia kata ‘ mesti nak kecoh.’ Saya rasa ketika ini, sentimen orang cina secara umumnya bersama dengan DAP dan mereka telah mencari semangat baru bersama DAP. DAP kini menjadi tonggak orang cina sebab adanya Pakatan. Dan DAP menjadi tonggak kekuatan orang cina sebab DAP dilihat menjadi kapten Pakatan yang boleh menguasai orang Melayu yang sudah berpecah, dan ini amat jelas dilihat dalam demo Bersih yang rata-ratanya orang Melayu (di PP ratanya orang cina). Pada pengamatan saya, orang cina yg menyokong DAP bukan melihat Melayu dan India dalam Pakatan sebagai rakan, tetapi sebagai deposit kekuasaan politik mereka. Sebab itu mereka perlu kepada Anwar Ibrahim sebab Anwar lah satu-satunya percaturan mereka untuk menguasai takhta politik mereka, lebih lagi Anwar dapat menguasai PAS sekarang yg dilihat hanya mengikut jari telunjuknya. Saya tidak lihat sentimen orang cina akan beralih kepada BN menjelang PRU13. Tetapi saya juga tidak lihat bahawa semangat baru ini sebagai realistik sebab, mengikut kata Soi Lek, orang cina mesti realistik bahawa orang cina kena bekerjasama dgn orang melayu dan bangsa lain utk mentadbir negara, bukan melihat diri mereka yg akan menguasai takhta politik negara menerusi penguasaan ekonomi negaram dan orang melayu terutamanya akan bertindak sebagai boneka dgn memegang jawatan tertinggi tetapi tidak mempunyai aoa-apa kekuatan, seperti di Perak di mana MB adalah orang PAS tetapi pentadbiran Perak rata-rata di tangan DAP. Saya melihat bahawa sokongan orang Melayu banyak sudah beralih kepada BN kerana mereka percaya bahawa UMNO, dan bukan PAS, yg boleh menjamin kedudukan orang melayu di negara ini. Ini yg DAP tidak suka kerana UMNO yg kembali kuat adalah penghalang kpd cita-cita politik mereka, dan mereka mesti melakukan apa yg mungkin, menerusi melayu dlam PKR dan PAS, utk menghambat kemaraan UMNO. Tapi ini tidak mungkin sekarang kerana Najib dan teamnya telah dapat mengembalikan keyakinan orang melayu kpd UMNO dan BN, dan PRU13 akan menyaksikan BN menang walupun bukan dengan moriti selesa, tetapi cukup utk memberikan signal kpd DAP bahawa mereka tidak boleh menang pertarungan ini dan mesti realistik bahawa PKR dan PAS tidak dapat membantu mereka dgn sokongan orang melayu.
    ________________________________________________________________________________________________________________________________

    Edisi 3.0 nyata lebih ramai Cina yang mengambil bahagian. Kali ini apa pecahan mengikut etnik agaknya? — Helen

    1. Phase 1 masa bagi bunga dan senyum senyum di jalan ada china.

      Phase 2 masa sengaja rempuh polis nak pancing keganasan kebanyakannya melayu.

      Self-explanatory ain’t it?

    2. asyik sentimen perkauman je…tak boleh tidak mesti nak timbulkan prasangka…tidak boleh lihat perpaduan pembangkang ada saja yang tak kena, isu DAP guna melayu digunakan agar BN/UMNO boleh terus berkuasa dan membodohkan rakyat…..

  4. Semenjak diberi mandat di Pulau Pinang, LGE hanya meyertai Bersih melalui kawalan jarak jauh.

    Ayahnya terpaksa turun padang di KL, sementara dia berjumpa sahaja dengan peminat setia di PG. Siap sahaja aktiviti PRnya, Dear Leader pula membuat PC mengutuk pihak berkuasa seolah-olahnya dia berada di Dataran Merdeka.

    Rasanya cara inilah paling baik untuk menggugurkan imej ‘street-fighter’ sementara mempromosikan imej baru sebagai Dear Leader.

    Ataupun kita boleh anggap dia mengakui sistem pengudian kini sudah memuaskan kerana dia sudah bertakhta.

    1. tak boleh duduk senang LGE buat baik…isu perkauman ditingkatkan…waktu koh soh kun tak ada macam bgini….pelik tapi difahami

  5. Hahahha..i just red an epic response from pakatan DAPSters who say the goons turtleback the patrol car to see if there is any people run over by the car….really epic..the pakatan morons are stating to panic….i see more malays racting negatvely to BERSIH….

  6. A Chinese Bersih supporter going against Anwar:-

    [YouTube]

    Now I want to see a Chinese protester confront Lim Guan Eng in a similar manner, without being called a tow truck.

Comments are closed.