Kenapa menteri ini belum lagi membersihkan namanya?

May 18, 2012 at 6:59 pm 22 comments

Hari ini bermulanya perbicaraan kes saman malu RM30 juta Umno Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng yang mendakwa Umno terlibat dengan kebakaran pejabat DAP (sumber sini).

Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.

Chan Lilian & Kim Guan Eng

Petang semalam Chan Lilian, seorang petugas pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dipanggil polis untuk memberi keterangan berkaitan tweetnya yang mengatakan penganut Kristian dianiaya.

Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.

Baguslah juga SPRM telah menerima aduan tuduhan rasuah bersabit ganjaran RM50,000 yang ditawarkan Tunku Aziz oleh Penang Institute, badan yang dipengerusi Guan Eng.

Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.

Sebaliknya akhbar itu mengambil sudut pusing 180-darjah dan bersahaja dengan tajuk beritanya, Fellowship offer still open, Penang Institute tells Tunku Aziz‘.

Bagaimana pula dengan PDRM menyiasat kes Hannah Yeoh didakwa memfitnah Lee Chee Leong, timbalan Menteri Dalam Negeri?

Berita ini juga tiada apa-apa tindakan susulan oleh The Star.

Kalau begini susahlah. Nanti seluruh jemaah menteri bakal terpalit lumpur hanya kerana seekor kerbau yang dikatakan kotor masuk kandang.

Dah lah mantan presiden MCA dan bekas menteri MCA dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan skandal PKFZ.

Betapa bobroknya MCA! Dan sekarang ini bertambah buruk imej MCA dengan seorang timbalan menterinya dilemparkan tuduhan salahlaku oleh Hannah Yeoh. Perkara rasuah, fitnah dan menghasut semua jenayah berat yang tidak harus dipandang enteng oleh The Star.

MCA Kelana Jaya membuat laporan polis terhadap Hannah

Petikan:

“Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong had denied allegations that the roadshows conducted by MCA was the party’s drive to offer citizenship and permanent residency to foreigners.

“Met by The Malay Mail at his office in Putrajaya yesterday, Lee said that such drives were intended for those who had yet to receive their citizenship.

“‘There are still many people born in this country but have yet to receive citizenship,’ he told The Malay Mail.

“DAP Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh questioned whether MCA and the Home Ministry were desperate to gain votes in the coming general election that they resorted to offering permanent residency and citizenship to foreigners by organising the roadshows.”

— Laporan The Malay Mail (20 April 2012)

Rajinnya Malay Mail berjalan jauh sampai ke Putrajaya untuk mewawancara timbalan menteri MCA itu.

Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star yang tidak serajin Malay Mail.

NST juga tekun memberikan liputan apabila laporan polis dibuat terhadap Adun Subang Jaya oleh cawangan MCA Kelana Jaya.

Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star yang tidak setekun NST.

Petikan:

“Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh was called in by the police to assist in investigations over an allegation that she had slandered the MCA.

“The DAP representative arrived at the SS17 police station here at 10.15am yesterday to give her statement. She was accompanied by Puchong member of parliament Gobind Singh Deo and co-chairman of Bersih, Datuk S. Ambiga.”

— Laporan The New Straits Times (22 April 2012)

Saya pun amat hairan kenapa Star tampak begitu lemah dari segi ‘news sense’ yang dimiliki para wartawan dan pengarang-pengarangnya dalam usaha mencari berita.

Star ini sebenarnya sebuah suratkhabar ke sebilah gunting?

… dalam lipatan

Sebenarnya ia mustahil untuk membaca berita kritis tentang DAP dalam The Star sebab jarang ada.

MCA Kelana Jaya mendakwa Hannah Yeoh telah membuat masukan blog, pesanan Twitter dan kenyataan akhbar yang memfitnah timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong.

Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.

Pengerusi cawangan Ong Chong Swen menafikan dakwaan Hannah yang membayangkan MCA telah membeli pengundi hantu. Ong juga telah mengutuk tindakan Hannah itu.

Gobind Singh Deo, peguam Hannah, memberitahu TVSelangor bahawa PDRM bertindak berat sebelah kerana memanggil anak guamnya untuk memberi keterangan hanya kerana mempersoalkan program MCA tersebut.

Media lain melaporkan Lee Chee Leong adalah “seorang pembuli” yang menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang menteri untuk membuli lawan politik.

Media pro-pembangkang turut memanjangkan spekulasi bahawa kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang. Lantaran itu, media dan orangramai menganggap tuduhan terhadap menteri MCA tersebut memang benar dan berasas.

Namun begitu Lee Chee Leong tidak ditemuramah suratkhabar milik partinya untuk menidakkkan dakwaan-dakwaan (palsu) tersebut.

Hannah telah ditemani ke balai polis oleh S. Ambiga, pengerusi jawatankuasa pemandu Bersih.

Ambiga mendakwa bahawa senarai pemilih adalah kotor dan sebanyak 3.1 juta nama pengundi barangkali tidak sahih.

Gerakan Bersih juga mendakwa rapat umum yang diadakan pada April 28 baru-baru ini disertai 300,000 orang penyokong yang mempercayai bahawa senarai pemilih berkemungkinan mengandungi lebih 3 juta nama pengundi hantu.

Sehubungan ini, MCA dilihat pada kacamata awam sebagai sebuah parti yang mendaftarkan pengundi hantu. Menteri MCA dilihat umum sebagai menyalahgunakan kuasa (yakni bersubahat dengan amalan rasuah). MCA dan menterinya dipandang jijik ekoran dakwaan yang dibuat Hannah Yeoh.

Tanggapan buruk orangramai terhadap MCA telah mendorong cawangan Kelana Jayanya untuk mengadu kepada polis demi mahu membersihkan nama menteri itu. Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.

Syak wasangka terhadap Lee Chee Leong dan sekaligus partinya akan terus berdegar. Kalau prasangka buruk terhadap MCA tidak mampu dikikis, pasti ia akan hilang kepercayaan bukan sahaja kaum Cina tetapi kaum-kaum lain.

Bila MCA lingkup dalam PRU kelak, saya yakin The Star akan berlumba-lumba melaporkan berita ini di muka depan.

______________________________________________________________________________________________

Mutakhir: Guan Eng defends banning Utusan in Penang, calls it ‘party organ’ (The Malaysian Insider, 18 Mei 2012)

The Star juga ‘party organ’, tapi bukan MCA punya.

Advertisements

Entry filed under: talam dua muka. Tags: , , , .

PKR menyusun strategi pikat golongan profesional Anglophile They’ve put Tunku Aziz in rubbish dump with Hee Yit Foong et al

22 Comments Add your own

  • 1. Joe  |  May 18, 2012 at 9:13 pm

    Nail on the head, et cetera… Helen covers the key points comprehensively, and I am left with jibe duties.

    What is that yellow t-shirt the Grand Maharani is wearing? Does it say ABAI? :)

    Hannah Yeoh never quite finished her post-natal program, eh? Looks like 30lbs difference with her twitter profile pic. Ho fei…

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  May 18, 2012 at 9:18 pm

      Ambiga’s T-shirt says ‘Sabah’, an allusion to the Project M electoral roll, methinks.

      Reply
      • 3. kiasu  |  May 18, 2012 at 10:38 pm

        Me read ABAI for SABAH too, sooner or later

        Reply
  • 4. muda  |  May 18, 2012 at 9:51 pm

    Saya rasa pengendali The Star adalah terdiri dari mereka yang sangat cerdik dalam perniagaan.

    Sekali imbas, mereka kelihatan spt The Rocket iaitu lidah rasmi DAP. Agaknya, mereka tidak mahu The Star menjadi pendua kepada Utusan Malaysia sehingga diberi percuma pun orang ramai tidak mengendahkannya.

    Dengan perkataan lain, cogankata “cetusan hatinurani rakyat” dan “pemangkin fikiran rakyat”, sudah tidak berwibawa lagi dan ianya hanyalah omongan kosong semata-mata…! Menang sorak tetapi kampung tergadai….

    Ternyata kandungan akhbar tersebut seolah-olah menyebelahi pembangkang dan ketua pengarangnya memilih untuk tidak disorak atau dijulang sebagai juara dalam media arus perdana tetapi yang penting kantung sentiasa berisi…! Mereka tidak mahu mengalami nasib yang sama dengan Utusan.

    Meskipun The Star kepunyaan MCA tetapi mereka patahkan telunjuk tuannya demi meneruskan kelangsungan hidup akhbar tersebut…
    _____________________________________________________________________________________________________________________________________

    Takut-takut yang dikejar (pembaca Cina yang beli suratkhabar) tak dapat, yang dikendong (puak pro-establishment) tercicir. — Helen

    Reply
    • 5. muda  |  May 19, 2012 at 12:16 am

      Dalam perniagaan orang-orang cina adalah pelabur tulen dan sanggup mengambil risiko. Mereka bukanlah berjiwa hamba. Tidak gentar dengan sebarang ancaman dan ugutan dalam menguruskan perniagaannya. Kalau tidak masakan mereka sampai ke Semenanjung Tanah Melayu dengan sehelai sepinggang dan terbukti kini telahpun menempa kejayaan dalam perniagaan.

      Apa yang mereka kejar dan cari ialah bisnes mereka berkembang. Soal politik mereka bijak memilih. Kebanyakan mereka tidak menzahirkan sokongan yang ketara ke mana-mana puak sehinggalah di hari pengundian.

      Lihat sahaja kepada ahli-ahli serta penyokong Gerakan dan MCA di P.P, ke mana perginya mereka semua ? Kenapa kerusi ADUN yang dahulunya mereka kuasai boleh terlepas kepada DAP..?

      Dalam kamus kehidupan orang cina tiada perumpamaan – yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sebab telunjuk mereka lurus tetapi kelingking mereka berkait…! Jika ada benda yang terlepas dan tercicir, mereka akan dapatkan benda yang lain pulak malah yang lebih baik lagi. Inilah sikap orang cina yang saya perhatikan.

      Kepada encik Kiasu, terimakasih di atas teguran anda dan saya memohon berbanyak kemaafan sekiranya komentar saya yang terdahulu menyebabkan anda terlara dan memancut-mancut darahnya tanpa henti….!

      Reply
      • 6. Igor  |  May 29, 2012 at 1:34 pm

        PAS parti melayu bodoh. Ustaz Idrus pemain bass Iklim tu lah jadi idolanya. atau Bobby lokman yang dah gemuk tak laku…
        dalam PAS adalah golongan melayu yang hati busuk dan tak faham. Perumpamaan yang dikendung keciciran dan yang dikejar tak dapat itu menunjukkan keprihatinan orang Melayu memanglah tak ada dalam kamus orang Cina. Ia merupakan kata-kata nasihat

        Lain kali bace dulu, Hannah Yeoh itu pengembang ugama Kristian hoi.. yang ko sokong tu kenapa? Sebab ko bodohlah tua… mengaku muda.

        Kau tahu tak orang Kristian lah membunuh orang Melayu di Kesultanan Melaka dulu merampas Melaka? Tak tahu sebab ko tak membace.

        Orang Cina mana tahu berniaga ma. Kalau setakat berniaga tak kaan boleh jadi bilionair. Semua itu kerana korupsi untuk lesen judi dna gula dsb.

        Ko datang dari mana. Orang kapitalis Cina lari ke Tanah Melayu takut dibunuh oleh Cina Komunis. Mereka juga datang kerana kemiskinan dan dengan berkat merasuah pegawai Melayu /umno mendapat tanah dan lesen menjadi bilionair.

        OrangCina bukan bijak memeilih bila memilih PAS dan DAP. Mereka tamak kuasa dan ingin menguasai Tanah Melayu bodoh..

        Nasib baik ramai lagi Melayu pandai di UMNO dan Perkasa…

        Reply
  • 7. AYAH  |  May 18, 2012 at 10:54 pm

    The word on Ambiga’s t-shirt methinks is “BADAK”, just like the picture of the rhino and just like her too :-)

    Reply
    • 8. mekyam  |  May 18, 2012 at 11:38 pm

      *maaf kpd badak sumbu tapi tergelak sewel baca komen AYAH!* :D

      Reply
  • 9. Economist Kampong  |  May 18, 2012 at 11:05 pm

    Helen
    Good piece indeed. Isn’t DS Chua Soi Lek the Chairman of the Star. And DS CSL is the President of MCA.

    Ini macam perpatah ‘kera di hutan di susukan (yucks) anak sendiri mati kelaparan.

    Wake up DS CSL and the members of MCA. Rescue the Star or just donate it to the DAP.

    Thank you

    Reply
  • 10. kiasu  |  May 18, 2012 at 11:06 pm

    Muda said: “The Star menjadi pendua kepada Utusan Malaysia sehingga diberi percuma pun orang ramai tidak mengendahkannya”

    Enche Muda, the other day some commentators advised you to comment on your behalf, not on behalf of kampung mosque committee, or whole kampung or the rakyat. Coz you are only one person, okay lah 5 including your wife and children. Today you still persist on representing “orang ramai”. I believe you are either naive or your mind have been hijacked by the opposition’s mentality…the rakyat, the rakyat, the rakyat…bla bla bla.

    In respect of your Utusan Malaysia comment, do you have prove the the public at large are not reading it? How about Utusan Online? Let us know. But please know that even the Pakatan Rakyat’s leaders also read Utusan and one of them is Nik Aziz. Err, are you going to tell us after this that PR leaders are not included in the “orang ramai”?

    Wake up orang muda, i mean “orang ramai muda”

    Reply
    • 11. grandmarquis  |  May 19, 2012 at 2:53 am

      Tak sangka Nik Aziz ni ambil benda yang percuma pun orang ramai tak mengendahkannya

      Reply
    • 12. jonnymalaya  |  May 19, 2012 at 5:24 pm

      the ex-Utusan journalist hata wahari has said 50% of utusan sales is propped up by government. circulation has been dropping and just managed to stabilize end of this year, and even Sinar Harian is set to overtake Utusan

      As for the Star, they do what they have to do in order to appear to the public that they are balanced. They’re not willing to end up like New Straits Times.

      Reply
  • 14. gratitude  |  May 19, 2012 at 12:19 am

    STAR sudah kene infiltrated macam juga banyak organasasi lain

    Opposition ini manyak pandai (dan mungking juga manyak wang)

    Reply
  • 15. anon  |  May 19, 2012 at 12:22 am

    I’m under the impression that The Star is a good indicator of the general Chinese mindset.

    I hear so much about the Chinese being a practical people and all that, gravitating to the politicians who they think will bring more benefit to their community.

    Practical enough to see that DAPs despite their Malaysian First slogans are chinese politicians gathering enough influence to overturn the decades long establishment of Malays being the political bosses and Chinese like MCA being second.

    Well, if PAP from Singapore even visited PAS Kedah command centre, I guess even our south neighbors probably think time is close for Chinese to finally take over.

    Reply
    • 16. gratitude  |  May 19, 2012 at 10:09 am

      They come, they see, they conquer

      Veni, vidi, vici

      Reply
    • 17. OverseasBumi  |  May 19, 2012 at 1:02 pm

      Having seen the behavior of the chinese in malaysia and overseas, I know always to be wary of them. It took me a while to warm up to Helen’s blog posts, but I still maintain some level of incredulity.

      Reply
  • 18. mohd aziz  |  May 19, 2012 at 6:41 am

    Jelas sekali, MCA tiada nilai berita. Apa yang dibuat MCA tu adalah menyampah, buang masa dan tidak akan diterima oleh masyarakat umum .

    Jadi lebih baik dan bijak untuk the star memberi ruang dan keutamaan kepada hannah yeoh. Lebih baik dari segi nilai komersial.

    Sama juga kalau dipaparkan gambar Helen Ang dan Hannah Yeoh. Tepuk dada tanya selera. Gambar siapakah yang akan lebih mendapat sambutan, para blogger?

    Reply
  • 19. Ahmad Ibrahim  |  May 19, 2012 at 9:34 am

    The Star is the mouthpiece of The Opposition. So don’t expect them to report anything that paints The Opposition in a bad light. I have always wondered. Why is still Joceline Tan with The Star ? She should cross over to The New Straits Times.

    Reply
  • 20. moimoi  |  May 19, 2012 at 11:37 am

    The Star wants your money only.

    Reply
  • 21. jonnymalaya  |  May 19, 2012 at 5:50 pm

    Helen, why is it when Star tries to make itself look neutral in the eyes of the public you complain it is not pro MCA enough? When it does print a few articles about pakatan you come down on them. But you forget the majority of articles that are pro barisan.

    Star at least knows which way the english reading readers are going, so they do what they need to survive. NSTP does not. Thats why its circulation is now below 100,000 and dropping. Even changing the nameplate did nothing to stop sliding sales. The completely ignored about changing the editorial stand as a pro barisan paper

    ps: interesting observation, sinchew sales actually surpasses BH & Utusan

    http://abcm.org.my/wp-content/uploads/2011/02/ABC-Circulation-Returns-Jul-to-Dec-2011-PENINSULAR.pdf

    Reply
    • 22. Helen Ang  |  May 19, 2012 at 7:52 pm

      jonnymalaya,

      Hudud is an important topic which the Star downplayed.

      Their pro-BN coverage is under orders (here).

      When you say “Star at least knows which way the English-reading readers are going”, I tend to agree with you. That’s why it’s cloning itself on MK & TMI.

      One of the alpha blogs observed that Star is like lalang.

      I find Star‘s content & approach a turn-off, i.e. bland & fake. One example, the circumcision of the MCA hudud statements was emasculating.

      In comparison, I find some of the Malay political bloggers a better read b’cos their views (whether we agree with them or not) are at least genuine & passionate in their writing.

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

RSS Cucu Tok Selampit

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Celah Gelegar

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Info Watan

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Archives

Pengunjung

  • 8,342,446 hits

Kalender

May 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

%d bloggers like this: