Rockybru memblog semalam: “In Selangor, Khalid Ibrahim has set aside millions on a state-controlled media network.”
Rocky merujuk kepada jaringan media negeri tersebut yang lebih sudu dari kuah iaitu Selangor Times, Selangorkini, Selangor TV dan Media Selangorku.
Yang berjuta-juta itu duit rakyat. Dan wang berjuta-juta itu telah dibelanjakan untuk mempromosi personality cult politikus Pakatan.
Malah Johor kubu kuat Umno pun tidak mempunyai mafia media yang terkinja-kinja seperti kapal laksamana Pakatan itu yang belayar syok sendiri dengan angkatan bahtera suratkhabar-suratkhabarnya.
Rocky telah merujuk kepada laporan Centre for Independent Journalism (CIJ) yang disiarkan di Selangor Times melalui sebuah rencana ditulis oleh Gan Pei Ling.
Gan Pei Ling ialah seorang bekas pemberita The Nut Graph. Dia pernah menerima cek untuk ‘anugerah kewartawanan’ daripada Ng Wei Aik, setpol Lim Guan Eng.

Gan Pei Ling juga rakan akrab bff Hannah Yeoh di Twitter.
Dalam ‘CIJ: Reforms little to cheer about‘, Gan Pei Ling menulis:
“CIJ also credited the Selangor and Penang governments led by Pakatan Rakyat (PR) for demonstrating a greater understanding of civil liberties, especially by introducing freedom of information laws.
“However, the media watchdog noted that Selangor had two advisers, who vet its content before it goes to print, in financially independent state newspaper Selangor Times.
“‘Whether Selangor Times will be able to maintain its independence will be a good indication of how a potential PR Federal government would behave if it came to power,’ said CIJ in its report.
“(Editor’s note: The Selangor government does not interfere in the operations or editorial content of the Selangor Times.)”
Tebal muka betul lah dema
Rocky mambayangkan bahawa perbuatan angkat bakul masuk sendiri oleh Gan Pei Ling memang kelakar (“a joke”).
Laporan CIJ yang dimaksudkan itu dibentangkan oleh Ding Jo-Ann.
Ding Jo-Ann ini juga seorang lagi pemberita The Nut Graph. Begitu ketara hubungan ‘geng’ mereka yang menular ke merata-rata.
Apapun, laporan CIJ itu menimbulkan beberapa tanda tanya yang harus dirungkai oleh para wakil rakyat pembangkang Selangor.
Terlebih dahulu biar kita mengkaji susunan dan isi kandungan Selangor Times. Di atas ialah screenshot kotak sidang pengarang dan kakitangan-kakitangan lain.
- KL Chan
- Liu Wu Chiu
- Tang Hui Koon
- Chang Loo Wah
- Gan Pei Ling
- Basil Foo
- Brenda Ch’ng
- Alvin Yap
- Gho Chee Yuan
- James Ang
- Jimmy C.S. Lim
- Chin Man Yen
- Alan Wong
- Timothy Loh
- Samantha Sim
- Tony Kee
- Benny Yap
- Kenneth Koh
i. C. Gunasegaran
ii. Neville Spykerman
a. Faekah Husin
b. Arfa’eza Abdul Aziz
Faekah ialah setpol menteri besar Selangor manakala Arfa’eza ialah setiausaha akhbarnya. Kedua-dua wanita Melayu ini adalah pembantu kepada Khalid dan bukannya makan gaji dengan Selangor Times.
Maka senarai di atas tinggal 20 nama kakitangan Selangor Times, yang mana 18 adalah orang Cina, seorang kaum India dan seorang lagi mungkin tergolong di bawah ‘Lain-lain’.
Intipatinya, kakitangan Selangor Times ialah 90 peratus Cina! ... wah-lau-wei.
Kuota DEB pun tidak tetapkan sampai 90 peratus bagi orang Melayu.
Selangor Times ini kau-kau The Rockette. Ia tidak diterbitkan dalam bahasa kebangsaan tetapi cuma dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina.
Dua kemusykilan harus dileraikan
Yang pertamanya, dakwaan CIJ bahawa akhbar negeri Selangor Times adalah “financially independent”.
Betulkah Selangor Times tidak menerima apa-apa sumbangan wang daripada kerajaan negeri?
Saya rasa Adun BN harus menuntut supaya pentadbiran Khalid Ibrahim mendedahkan butir-butir belanjawan yang memperuntukkan dana untuk jentera media negeri itu, memandangkan status Selangor Times sebagai akhbar negeri.
Soal kedua ialah dakwaan oleh pengarang Selangor Times bahawa Faekah dan Arfa’eza tidak pernah mencampurtangani urusan akhbar tersebut.
Ada kemungkinan besar apa yang dikatakan Encik Chan itu adalah benar belaka kerana kandungan Selangor Times memang begitu ‘Sino-centric’ (menumpu kepada masyarakat Cina) sekali. Jadi agaknya boleh jadi Faekah dan Arfa’eza betul-betul melepas pandang sahaja.
‘MB Selangor’ (MB = Mem Besar)
Cuba kita singkap analisa yang pernah saya buat pada suatu ketika dulu.

Antara lainnya:
- Dalam tempoh jangkamasa kajian – iaitu suku pertama tahun 2012 – gambar Hannah mesti muncul hampir setiap minggu di Selangor Times.
Gambar Hannah menghiasi dada akhbar (yang diberi jolokan ‘majalah kecantikan rasmi Selangor’) itu pada 30 Dis 2011 dan disusuli edisi Jan 6, Jan 13 (dua gambar dalam dua rencana berasingan), Jan 22, Feb 3, Feb 10, Feb 17, Mac 2 dan Mac 16 (dua gambar/dua rencana).
Kalau diikutkan istilah bolasepak, inilah hattrick namanya bilamana gambar Hannah Yeoh mesti ada pada setiap minggu dari jilid 55 ke 65 (dalam 1QFY2012). Gambar Sultan Selangor pun tidak muncul sekerap ini berbanding gambar Hannah.

- Selangor Times ingatkan cakerawala berpaksi di Subang Jaya.
Misalnya dalam jilid 62 (Feb 24) yang mengandungi 18 halaman bercetak dan 6 halaman iklan, sebanyak tiga rencana membawa ‘dateline’ (yakni tempat cerita dilaporkan) Subang Jaya. Dan seperti biasa kata-kata keramat Hannah Yeoh selaku Adun Subang Jaya mesti dipetik oleh ‘buddy-buddy’nya di Selangor Times.
Selain bff Twitter, wartawan-wartawan ini juga rakan bermain Facebook dengan Hannah kot.
Kawasan-kawasan luar bandar tidak pula diberi tumpuan. Gejala ini menampakkan seolah-olah Selangor hanya didiami para penyokong pro-pembangkang Anglophile yang duduk bandar.
Angka-angka dalam kolum kanan sekali ialah perincian daripada carian Google atas Adun-adun terpilih di laman Selangor Times khususnya.
Ketua pembangkang negeri Mohamad Satim Diman dilaporkan dua kali sahaja dalam Selangor Timesmanakala lapan orang Adun Umno tidak pernah disebut langsung dan enam orang lagi Adun Umno disebut sekali sahaja.
Hannah Yeoh disebut 56 kali.
Di kalangan Adun-adun Umno, hanya bekas ketua menteri Selangor Mohd Khir Toyo yang mendapat perhatian lebih sedikit. Meskipun begitu, ianya tumpuan negatif yakni bersabit kes rasuahnya di mahkamah.
Hannah Yeoh – Adun paling malas yang rekod kehadirannya di DUN untuk sesi-sesi tahun 2010 hanya 53.85% – merupakan anak emas yang sering digembar-gemburkan oleh akhbar Rockette ini sementara Adun-Adun BN walau berapa tekun mereka masih juga dipinggirkan.
Soalan cepu emas
Yang Berhormat-Yang Berhormat Umno harus mengacukan dua soalan di bawah kepada menteri besar:
(1) Berapa banyak wang negeri sudah disalurkan kepada Selangor Times setakat ini untuk menjalankan propaganda anti-BN dan yang terbaru ini sibuk memomok-momokkan Suruhanjaya Pilihanraya dan PRDM dalam liputan Bersihnya?
(2) Adakah sikap berat sebelah serta ‘blackout’nya terhadap pihak pembangkang (yakni BN) membayangkan Selangor Times mendokong etika kewartawanan untuk menjalankan tugas dengan objektif dan adil?
Selangor Times mesti diukur atas landasan C-A-T untuk mengenalpasti sama ada ia melanggar tatasusila sebuah kerajaan beretika Cekap, Amanah dan Telus.
Ada pihak-pihak tertentu yang sudah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bahawa Penang Institute (yang diselia pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang) telah menyeleweng.
Selangor Times (yang diselia pejabat Menteri Besar Selangor) pun nampaknya sudah menyimpang.
thanks for the expose. although i have made up my mind whom to vote, your article just made me more determine.
once bitten twice shy
Same here, nk.
To them, anyone that is bias on their side is considered independent, articulate, educated etc while the rest are considered as prostitutes, dibeli UMNO, uneducated etc. I would like to ask these DAPsters, where can one actually sign in to be bought by UMNO?
I think i might want to join this group…as it is, i have been commenting free of charge, might as well get paid like they love to accuse people critical of them. So, for DAPsters out there, where do i sign in to be ‘bought’ by UMNO?
Humph, don’t they realised that people like me who voted out Badawi before, just want leaders who are sincere, hard-working and practice a little bit of humility. Right now, the one that is showing these charactistics is Najib, while PR leaders are way arrogant, ingat pandai, suka mengata and menuduh tanpa bukti etc…Don’t they realised that there is so much hatred that one can swallow before being sick, and right now, i am SICK of them!!!
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
LOL at the “where I can sign up” bit. — Helen
Hi Helen, bukan ‘sign up’ but ‘sign in’, as in sign in kat HOTEL UMNO….kita kan dituduh prostitute….
They forgot who helped to “vote out Badawi”. Many of us listened to Dr. M, not the oppositions, they forgot that too.
And yeah, me too LOL at “where I can sign up”.
Helen, thanks for those numbers, staggering, I’ll show that to those who start attacking mainstream papers, though a good few like The Star is clearly not pro-BN (as per your arguments that I have been following).
I wonder how big is the fence-sitters, since they (we) have been said as the major contributor….
Independent ? Really ? Or is it in-dependent ? More like the official organ of the state government. Talk about in-dependent.
Hannah The High Priestess also now known as The Virgin Hannah, oh my her again. She is everywhere. Oh my. Reminds me of Orwell’s 1984, like Big Brother, The Virgin Hannah is watching us. Oh my goodness. You talk about civil liberties. But look at your Virgin Hannah. She is everywhere. Newspapers, blogs, tweets, everywhere. Oh God save us. Oh wait, was it her God ?
Oh by the way, I m Ahmad Ibrahim, the first one. I know there is another Ahmad Ibrahim, Ahmad Ibrahim the second. I would just like to say hi Ahmad Ibrahim the second.
Hannah Yeoh the Lazarine and her Selangor Times Acolytes are more like it….dun mind us UMNO prostitutes..
I felt pity for PAS after all their scarifies for pakatan, none of them is in the list.
My list was selective b’cos the story focused on the exclusion of the opposition, i.e. S’gor Times blacking out coverage of BN.
All the Umno Aduns have been included (complete list) as well as the two MCA Aduns. As for the rest, I picked only the more recognizable names from Pakatan.
I believe there might reasonable coverage of some of the DAPsters’ favourite PAS MPs such as Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud & particularly the favourite choir boy of the church, Khalid Samad.
However, these personalities were not included in my list as they’re MPs whereas my list only comprised Aduns — for the sake of apple-to-apple comparison with the YB of Subang Jaya since S’gor Times has been nicknamed Warta Hannah.
Hope this clarifies.
Sorry Helen, I think you misunderstood me. What I meant is the editorial board of Selangor Times
If Selangor Times is suppose the voice of pakatan rakyat in Selangor, where is the editorial representative from PAS.
you really gotta here this
http://stopthelies.my/?p=1305
FIRE ON HIS ‘KA CHENG’, HEAR AND SMELL THE BURNING FLESH
[YouTube]
Wow… hampir semua keturunan Cina..maybe they selected the staffs based on merits and no Malay is qualified. Kah..kah.
Ini kerajaan DAP ataupun kerajaan Pakatan Rakyat? Belum perintah negara pun dah buat macam ni.. So obvious.!
have seen his kind of meritocracy in Singapore.