Geran Selangorku RM300j: Siapa cepat dia dapat

Jun 29, 2012 at 12:29 am 5 comments

1. Geran Selangorku mengagihkan peruntukan RM300 juta bagi projek-projek infrastruktur. Kawasan Sri Muda menerima kelulusan terbanyak dengan 31 projek, diikuti Meru (20 projek) dan Telok Datok (13).

Sri Muda ialah kerusi Dewan Undangan Negeri PKR sementara Meru ialah DUN PAS dan Telok Datok, DAP.

Adakah kawasan-kawasan DUN Umno dan MCA dianak-tirikan oleh Geran Selangorku?

2. Di antara yang paling awal menerima imbuhan ialah DUN Subang Jaya yang sudah dihabiskan mereka RM400,000 untuk menurap jalan (lihat screenshot bawah).

3. Malah Subang Jaya didahulukan daripada Ijok. Tinjauan rambang media Antarapos.com mendapati jemaah surau di Ijok mendakwa tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan negeri sejak 2008 lagi walaupun telah beberapa kali permohonan dibuat.

“Malah, hasil tinjauan mendapati setiap surau di kawasan tersebut terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi mendapatkan dana untuk meneruskan aktiviti keagamaan mereka”, lapor Antarapos.

4. Baru-baru ini, setiausaha kerajaan negeri Selangor Khusrin Munawi menjelaskan bahawa Geran Selangorku diletakkan di bawah kawalan langsung Menteri Besar Incorporated (MBI) tanpa terikat kepada prosedur perbendaharaan negeri.

MBI ditubuhkan oleh Khalid Ibrahim sepertimana Chief Minister Incorporated (CMI) ditubuhkan oleh Lim Guan Eng.

Dan sebagaimana urusan peniagaan dan pemajuan hartanah yang bernilai berbilion-bilion ringgit diletakkan di tangan Guan Eng – yang menjual tanah Bayan Mutiara untuk harga RM1.1 bilion – begitu juga urusan peniagaan dan pemajuan hartanah diletakkan di tangan Khalid. MBI sebagai syarikat induk kepada anak-anak syarikat kerajaaan negeri Selangor telah menjual dua bidang tanah di Bukit Beruntung dan di Bestari Jaya dengan harga RM438.5 juta.

5. Menurut Khusrin, MBI mempunyai lembaga pengarah dan tatacara sendiri. Geran Selangorku dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Khalid dan dianggotai setpolnya Faekah Husin, setiausaha akhbarnya Arfaeza Aziz, ketua pentadbir MBI Rohani Talib serta wakil-wakil lain yang dipilih dan dilantik Khalid.

6. Sementara itu, Utusan semalam melaporkan Faekah telah menafi dakwaan RM300 juta Geran Selangorku itu diperoleh daripada sumber yang meragukan.

Sebenarnya bukan sahaja perolehan dana hiba Selangorku itu dicurigai tetapi pengagihannya juga dikhuatiri tidak telus semenjak ia dilancarkan lagi.

7. Faekah mendakwa geran RM300 juta tersebut “diperuntukkan untuk dimanfaatkan terus kepada rakyat”. Jadi kenapa butiran projek tak diletakkan dalam talian (online) supaya ianya boleh diteliti orangramai?

Khalid dilaporkan “teragak-agak apabila wartawan meminta beliau memperincikan perbelanjaan Geran SelangorKu. Sebaliknya, beliau hanya berkata sudah mula mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat bagi bertanyakan penggunaan dan tumpuan penggunaan Geran Selangorku.”

8. Meskipun begitu, seorang Ahli Parlimen Pakatan itu sendiri, iaitu YB Kapar S. Manickavasagam baru sahaja merungut beberapa hari lepas (Jun 25) bahawa agihan geran Selangorku adalah amat lembab sekali.

Soalnya kenapa peruntukan boleh dikeluarkan begitu cepat kepada DUN Subang Jaya? Wang habis dah dan kononnya projek sudahpun beres. Namun di Kapar, yakni kawasan Parlimen yang mempunyai paling ramai pengundi berdaftar, penduduknya masih tertunggu-tunggu?

Adakah ia kerana penduduk berbangsa India di Kapar dipandang tidak cukup “high class” macam penduduk Subang Jaya yang telah diberikan laluan ekspres?

9. MyKMU melaporkan semalam: “Mujurlah mendiang Teoh Beng Hock sudah mati. Jika mendiang masih hidup, rasanya tidak kurang dari empat Adun DAP di Selangor yang akan berjaya diheret oleh SPRM ke mahkamah berdasarkan maklumat dari mendiang Beng Hock.”

Siapa empat orang Adun DAP yang dimaksudkan MyKMU itu? Setahu kita, SPRM pernah menyiasat Hannah Yeoh, Ean Yong Hian Wah (bos mendiang TBH), Teresa Kok (Kinrara), Dr Cheah Wing Wah (Damansara Utama) dan Lau Weng San (Kg Tunku).

10. Adakah Faekah Husin akan meletak jawatan hari ini seperti yang dikhabarkan dalam blog-blog Melayu pro-kerajaan? Dia sedang dipantau SPRM dan ada laporan polis dibuat terhadapnya oleh Pemuda Umno Selangor atas dakwaan amalan kronisme.

Prestasi kerja Faekah boleh dilihat pada Selangor Times yang diselia oleh Pejabat MB dan terletak di bawah kawalannya.

SIAPA CEPAT, SIAPA DAPATLAH Geran Selangorku (tengok bawah, Adun mana yang paling cepat)

About these ads

Entry filed under: Mama DAPster. Tags: , , , .

Dear Leader appoints a successor Men are geniuses because …

5 Komen Add your own

  • 1. bawal  |  Jun 29, 2012 at 2:01 am

    Betulke RM400,000.00 untuk turap jalan di Subang Jaya ? Nampak jalan macam dulu aje, takde beza pun. Taktau la kalau MPSJ tak turap jalan di USJ tapi di kawasan2 lain.

    Balas
  • 2. Joe  |  Jun 29, 2012 at 3:00 am

    SELCAT = jual pussy

    _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    LOL, will keep this in mind. — Helen

    Balas
  • 3. Moshe  |  Jun 29, 2012 at 12:54 pm

    Helen,

    Ternyata puak pakatan ni berebut rebut macam budak budak. Khalid MB tu terbukti lembab dan tak tegas.

    Balas
  • 4. gratitude  |  Jun 30, 2012 at 12:32 am

    actually they are worse of the two, by a far margin

    Balas
  • 5. like.com  |  Oktober 4, 2012 at 6:49 pm

    http://www.like.com
    i like i love
    ALAMRAYA

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


They’re always calling Utusan the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'LKS Mentality : Oppose without solution' in Sarah's blog

Congratulations!

Alizul is a blog millionaire

'10 things that went missing without a trace' in Alizul's blog

'Repeal Article 11 Clause 4?' in Oik's blog

'The postman' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,738,794 hits

Kalender

Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers

%d bloggers like this: