Posted in Gunting Dalam Lipatan

Tweet “Big Mama” oleh jentera media MCA

“Oi Big Mama. U r already 70 mins late. All the ladies in sarees are melting under the sun” — itulah bentuk sebuah tweet oleh Teh Eng Hock, “bekas” (* lihat nota kaki) pengerusi Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ) cawangan Star, dikeluarkan ketika dia sedang bertugas.

Membalas tweetnya Hannah Yeoh bertanya: “Which big mama?”

Teh Eng Hock membalas: “Take a guess. Biggest of them all.”

Jawapannya membuat Hannah Yeoh ketawa “hu hu hu”.

Bukan Teh Eng Hock seorang sahaja wartawan yang sering balas-membalas tweet dengan Hannah Yeoh yang gemar memperli politikus BN. Sudah kerap kejadian ini berlaku yang melibatkan Hannah dengan pemberita-pemberita dari media lain.

Malah ada Ahli Parlimen BN yang pernah diselar sebagai “low class” oleh Hannah Yeoh dalam tweetnya manakala tweet Teh Eng Hock mentertawakan istilah ‘MukaBuku’ (Facebook) yang diperkenalkan oleh Rais Yatim — screenshot sini.

Namun Rosmah Mansor bukan seorang politikus. Bukankah ianya Kim Guan Eng sendiri yang menggambarkan bahawa ahli-ahli keluarga orang kenamaan tidak harus diusik? Lebih-lebih lagi oleh pengerusi NUJ Star.

Pada 10 Jun 2012, iaitu hari Teh Eng Hock membuat tweetnya mengatakan “[a]ll the ladies in sarees are melting under the sun” (waiting 70 minutes for “Big Mama”), isteri Perdana Menteri telah melancarkan Karnival Wanita India 1Malaysia anjuran Pertubuhan Rakyat Untuk Kesejahteraan, Pendidikan dan Penyedaran Masyarakat (Power) Malaysia di Klang.

Selain mencerca Big Mama, Teh Eng Hock juga menjadikan menteri-menteri MCA termasuk presiden parti sebagai bahan lawak — butir-butir dalam posting awal ‘Pengerusi NUJ Star balun MCA, Chua Soi Lek dan Rosmah di Twitter’.

Gambar dari ‘The Star’

Teh Eng Hock hanya mempunyai lebih kurang 200 orang pengikut Twitter. Namun kata-kata pedasnya di’retweet’ oleh Hannah Yeoh yang menyebarkan cercaan tersebut kepada 47,000 orang peminat Twitternya.

Hannah Yeoh boleh mendapat begitu ramai pengikut Twitter atas jasa baik The Star yang begitu rajin mempromosi dan mempopularkannya.

Dalam pada itu, Teh Eng Hock sendiri mentweet bahawa jelajah (roadshow) Chua Soi Lek di Sepang sekitar bulan Mei 2012 tidak pula diberi liputan oleh akhbar milik parti itu. Akan tetapi liputan atas politikus evangelis DAP boleh lebih sudu dari kuah.

Sebaliknya berita negatif tentang Hannah Yeoh dan sesetengah politikus lain Pakatan sengaja ditenggelamkan oleh Star.

Teh Eng Hock dalam sebuah tweetnya kepada Hannah Yeoh juga pernah memperli Ong Chong Swen sebagai “MCA-Star self appointed assemblyman for Subang Jaya” (screenshot sini)

Ong Chong Swen ialah pegawai perhubungan Kelana Jaya MCA. Beliau telah membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh atas dakwaan Adun DAP itu menghasut dan memfitnah MCA.

MCA Kelana Jaya membuat laporan polis, Ong Chong Swen berbaju merah jambu

Gambar di atas diambil dari blog Melayu. The Star tidak membuat apa-apa liputan.

Tweet oleh Teh Eng Hock kepada Hannah Yeoh yang memperlekehkan Ong Chong Swen jelas menunjukkan pengerusi NUJ Star itu berpihak kepada siapa. (Mengimbas kepada bekas presiden NUJ Hata Wahari yang akhirnya menyertai DAP).

Teh Eng Hock telah membuat cacian “Big Mama” tatkala dia menjalankan kerja rasminya sebagai wartawan Star. Seterusnya persoalan yang timbul ialah: Where does the buck stop?

Saya percaya Chua Soi Lek yang harus dipertanggungjawabkan.

Calvin Sankaran, seorang pengomen di blog ini berpendapat: “I think the Star [has] lost control of their reporters and editors. Most of them are working for DAP while getting their salary from MCA.”

Sedutan pandangan pembaca blog ini

Semua petikan-petikan di bawah diambil dari komen pembaca pada bulan Jun 2012.

Khairul: “What is the MCA leadership thinking? How can it lose influence over the tenor of The Star’s editorial?”

Ahmad Ibrahim: “I’m just curious though. So many of MCA’s people, especially the women, were and still are, subjected to constant and vicious ‘assault’ by the online Mob and yet The Star is not reporting on any of them. This only goes to show that The Star is, sorry to say this, worse than the Fifth Column. They are Trojan Horses.”

Salhas: “The Star’s eclipsing of CSL is like your wife shutting you out of the house while she’s having a liaison with your sworn enemy. How sad!”

Ayah: “Stopped buying The Star since Pak Lah’s days. Could see what they were up to then and which way they would eventually go. Glad I was/am right. Habislah, tak ada ‘standard’ lagi. ‘Opportunists’ semuanya!”

Manggis: “Sebilangan besar (lingkungan 80%) kaum Cina adalah penyokong DAP. Maka kemungkinan besar juga 80 peratus pekerja keturunan Cina di Star juga penyokong DAP. Jadi tidak hairanlah Star lebih condong kepada DAP.”

Bisu: “Sikap The Star seperti ini lah menyebabkan orang Melayu sukar mempercayai orang Cina. Sikap opportunis, menyokong pihak yang dijangka menang atau boleh menjaga kepentingan mereka. No sense of loyalty, even to their masters (or perhaps condoned by their masters – MCA).”

Khairul: “Rencana Saudari Helen berkisar tentang pola sidang pengarang akhbar The Star dan mengupas bagaimana ketidak-seimbangan sidang tersebut mewarnai susunan berita dan bersikap condong terhadap DAP. Ini persoalan wajar kerana ia mencerminkan kebolehan MCA untuk membentuk wacana semasa. Berdasarkan bukti yang dibentang Saudari Helen, ia menunjukkan MCA gagal mengawali wacana tersebut.”

Tok Rojak: “First, rightly so.. if the paper is owned by MCA, then it should follow the party-line (based on the Chomsky argument) and stop acting (like) it’s neutral. If underlings act out of line, then they should be brought into line. If the editor is both Chinese & Christian, taking a more softer view than its coalition partners in matters related to this religion than its partners, then action should be immediate. Will this satisfy us?”

Shamshul Anuar: “The big question [is] what MCA is doing about Star. Not doing anything will cost MCA the most important voters: the Malays who vote MCA just because of its association with Umno.

“I hope Dr Chua is not stupid enough to insult the life-line of MCA (Umno) by tolerating nonsense from Star. I hope he is aware that goodwill must not be taken for granted. The fact that Bandar Tun Razak was won by a Malay politician, albeit from PKR is a sign of things to come. Not to mention a Malay politician won Kuantan.”

Kesimpulan

Dalam PRU yang lepas, MCA menang 15 kerusi Parlimen di mana 9 kerusinya terletak di kawasan majoriti pemilih Melayu.

Daripada 15 orang lawan yang dikalahkan calon MCA yang bertanding kerusi-kerusi Parlimen tersebut, 8 orang lawan yang ditewaskan itu adalah berbangsa Melayu. Ini bermakna MCA bertanding di kawasan Melayu dan menang atas sokongan undi Melayu. Tujuh daripada 15 kerusi parlimen MCA terletak di Johor, kubu Umno.

Seperti dikatakan Shamshul Anuar, ianya pemilih Melayu yang memberikan talian hayat kepada parti Cina tersebut.

Timbul tanda tanya kenapa jentera media MCA sendiri masih terang-terang mempromosi personality cult DAP di samping menutup sebelah mata apakala MCA difitnah oleh orang DAP.

Kalau nama dan maruah MCA dibiarkan seringkali dijatuhkan – lebih teruk lagi oleh orang Star sendiri – dan pemimpin MCA (terutamanya Wanita MCA dan Beliawanis) tidak dikenali khalayak umum kerana Star enggan membuka ruang bagi mereka, apakah calon MCA akan mampu mendapat kepercayaan orang Melayu?

(Baca ‘Menteri yang tercemar ini akan memudaratkan kempen Najib‘).

Sampai hari ini masih tiada lagi laporan susulan atas beberapa perkembangan negatif membabitkan politikus evangelis DAP – misalnya amalan kronisme dalam pelantikan pembantu-pembantu khas Hannah Yeoh sebagai kaunsilor MPSJ – yang sanggup disiarkan oleh Si Gunting dalam Lipatan.

Pada kacamata pemilih pro-kerajaan, MCA seolah-olah hendak makan percuma (free lunch). Sikap ini diperlihatkan dalam sikap jentera medianya yang lebih rela menyusukan kera di hutan.

NOTA:

Ooooo … Nampaknya blog saya ini bukan sahaja dipantau oleh Tingkat 48 Komtar serta Kementerian Penerangan di Putrajaya tetapi juga oleh ibupejabat GDL di Phileo Damansara.

NUJ Star baru sahaja mengeluarkan satu pengumuman bertajuk ‘Greetings from the chairman‘, utusan daripada pengerusi barunya Joanne Timbuong (sebelum ini timbalan pengerusi) mengatakan bahawa Teh Eng Hock adalah “mantan pengerusi” mereka ekoran keputusan mesyuarat tahunan pada 29 Mei 2012.

Namun carta organisasi yang saya screenshot pagi tadi (lihat atas) – yang menunjukkan Teh Eng Hock menyandang jawatan pengerusi – belum lagi sempat dikemaskini oleh admin laman sesawang NUJ Star.

Tambahan lagi, tweet-tweet menyindir dibuat oleh Teh Eng Hock tentang para menteri MCA pada Mei 20 tatkala dia masih menyandang jawatan pengerusi NUJ Star.

Postscript:

Ada apa lagi tak langkah damage control tambahan yang akan dibuat oleh GDL? Kita tengok. — 11.35am

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Tweet “Big Mama” oleh jentera media MCA

  1. mampukah MCA mendapatkan balik sokongan masyarakat Cina kalau akhbar The Star yang dimilikinya sendiri pun tidak mampu dikawal olehnya.

  2. Helen,

    Bila Hannah tanya ‘which big momma?’ tu mungkin sebab dia terasa kot. Maklumlah dia kan dah bertambah gemuk.

    Saya lihat wajahnya terpapar di kaca tv berkenaan selcat isu padang pkns. Wajahnya jelas amat tembam dan sembab sampai tak muat skrin.

    So kesimpulannya, Hannah Yeoh if you read this : Honestly you look much3 fatter than Rosmah!!!!!!!

    p.s Please update your current tweeter photo and be honest about your current FEATURES!!!!

    1. Godfather and his fellow DAPsters will insist that it was you who had stretched your TV sideways in order to make her face look fat.

      What I find most amazing about her Twitter photo is the lighting at the back of her head. If you’re familiar with Christian art, you know that in the Catholic (okay, I know she’s evangelical and not Catholic) iconography of Jesus or Virgin Mary, there’s the halo effect in the paintings.

      Double click on the Tweet screenshots above to see more clearly the same type of medieval ‘aura’ behind Hannah’s head. I mean we’ve all seen IC and passport mugshots but I must say the peculiar lightning in the Hannah Twitter photo is the weirdest I’ve come across in our year 2012 CE.

      1. Tolong lah Helen. Kenapa tak habis2 dengan Hannah Yeoh. Dia tu bukannya cantik sangat. Dah lah gemuk, rupa pun macam bola. Kalau nak ungkit pasal perempuan, carilah yang ada rupa yang elok. Hannah Yeoh dah expired. Expired !!!!!!!!!!!!!!

    2. I thot I was the only one who realised that HY is not as “pretty” as her tweet photo… I chance saw her when SELCAT meeting was aired at TV3. She looked pretty dull on TV.. I couldn’t believe it at first!

      I think you’re rightlah John… dia terasa kot when people say “Big Momma”.. LOL!

  3. ‘childish, immature’ KURANG AJAR….and claim herself a good christian…..

  4. My dear Helen,

    I wonder if you heard the latest news about the Dear Leader and his ‘so-called Malay’ Assistant.

    Is it true that his ‘Malay’ asisstant had divorce his wife and married a Chinese woman to archieve his dream to become Penang Deputy CM (for Malay quota).

    And also, one of the dear Leader staff has a picture leaked in the internet?

    If true, wow, this gonna be a atomic bomb in Penang…

    1. My dear Halia Eng,

      Aiyah, why lah you create a nama samaran that sounds like a distortion of my name? :D

      But since you asked for my 2 sen, the thought of Kim’s kiasu ‘Malay’ assistant being promoted beyond his competence is really creepy. I hear he might be given a safe Chinese-majority urban seat in the neighbourhood where I grew up and where my late grandmother still has a house.

      Postscript:

      And the kind of people that Kim surrounds himself with: His publicity chief Chan Lilian fancies herself an “intellectual“. The puppet figures in the Kim regime are like, eeeeuw.

  5. That Star journalist looked like a ********.
    _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    You mean he looked so refreshing like his favourite “pretty” politician? — Helen

  6. Hiya Helen, T.E.H. was not an efficient NUJStar chairman anyway, rather siding with the management than caring about the fate of journalists in the company. His wife who was from malaysiakini is now working in the star as well. Your ‘the star sokong pembangkang’ tag is not a big news and is not surprising too.

    Condemning the govt and especially Chua Soi Lek outright in the twitter and other social media is not just restricted to the reporters there, but other people in the editorials as well (I felt stalk-ish after reading your entry here so I found some).

    I guess it’s all about the money + fat bonus. But then again, they can say “what’s the difference with the govt servant who kutuk govt?” anyway? Sigh.

Comments are closed.