Posted in Uncategorized

Aiyoyo, irama ‘Janji Ditepati’ macam lagu gereja Indonesia? (kemaskini)

Lagu yang digubah khas untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sudah ditonton sebanyak 232,404 kali setakat ini dalam tempoh hanya 4 hari selepas ia dimuat-turun di YouTube [klik].

Mengikut laporan portal Berita Semasa, Janji Ditepati ada iras lagu Kristian ini (kemaskini).

Benda yang Menteri Penerangan sebut “ibu jari ke bawah” — sila lihat pada screenshot.

Nampaknya ramai yang tidak menyukai lagu tema ulangtahun kemerdekaan ke-55 kita atas alasan ia adalah suatu usaha propaganda.

Namun begitu, khalayak umum tidak terfikir bahawa sekiranya kuasa di tangan pembangkang, pasti perangai Pakatan pun dua kali lima sahaja. Bahkan besar kemungkinan lagi teruk mereka berpropaganda melalui salahguna jentera media kerajaan; tengoklah sahaja paparan Dear Leader di Buletin Mutiara.

Selangor Times

Gejala tidak neutral/objektif ini boleh diperhatikan pada Selangor Times yang nyata sekali amat berat sebelah.

Klik 2x untuk besarkan screenshot (kanan) bagi terbitan terkini Selangor Times (jilid 84): 27-29 Julai 2012.

Rujuk jadual-jadual di bawah bagi kajian isi kandungan.

Jadual A: Lebih banyak gambar ‘MB’ (Mem Besar) Selangor dari gambar Menteri Besar Khalid Ibrahim. Orang Umno langsung hilang di bumi Selangor (Times).

Jadual B: Akhbar ini bertapak di ‘ibukota’ Subang Jaya serta bandar-bandar satelit Bangsar, Damansara dan Bandar Utama. Kawasan DUN Umno jangan harap lah diberi apa-apa liputan.

Jadual C: Nada pro-kerajaan (negeri Pakatan) rencana-rencana Selangor Times lebih bersesuaian RTM era 1970-an ataupun Xinhua.

Jadual D: Pendekatan Selangor Times adalah umpama pertunangan The Rocket dengan Suara Keadilan edisi bahasa Inggeris. Pasangan belangkas ini ke hulu ke hilir dalam keasyikan mereka berpacaran di Chinatown.

Selangor Times dibiayai, dicetak dan diedarkan oleh kerajaan negeri dengan duit rakyat. Manakala Utusan ialah sebuah peniagaan swasta biarpun syarikat media tersebut dikatakan milik pihak yang ada hubungan dengan Umno.

Berbanding Utusan, lebih ketara Selangor Times sengaja mengetepikan serta menyisih pihak lawan politik dan juga tidak memberi ruang kepada kaum-kaum bukan-Cina.

Jadual A

Jadual B

Jadual C

Jadual D

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Aiyoyo, irama ‘Janji Ditepati’ macam lagu gereja Indonesia? (kemaskini)

  1. Penyokong pakatan hanya nampak semut diseberang, gajah di depan mata, walaupun nampak tapi buat buat tak nampak…..typical kiasu!!!!

  2. lol, maybe its a conspiracy to turn malaysians to christianity. maybe if you play the cd backwards you will get subliminal messages.

    next step is to find how many sabah n sarawakian work in finas/info ministry then claim there are christian moles in the kementrian penerangan

    1. Dave,

      Should I call you by your current name Kobel (is this a Firster prototype name like Shay Adora?) or should I call you by your earlier name Dean?

  3. regardless how the song sounds, considering malaysians who fart the most and the loudest online are those who won’t find anything about the country and the government worth approving, i’d be more ape-shocked if the song is liked.

    1. The Christian song version is quite infectious actually. Sounds like pop-rock. Plus attractive-looking singers, exuberant performance and the Indonesians not cult-scary like CHC.

  4. I totally hate the song even if I want to like it because I feel like it is not fair to other different political views. Same goes to the logo.

    But you are definitely right Helen. PR would be worse berganda2 promote diri mereka in every way.

    But for time being, the song should have more ‘jatidiri Malaysia’ regardless of political views. This lagu is likely syok sendiri. Rais should be blamed.

Comments are closed.