Dr Mahathir Mohamad kelmarin memblog tajuk ‘The race factor’ — “We really don’t want to say we are just Malaysians and nothing else.”
Tambah Dr M:
“There was a time in the distant past when parties based on ideology contested in elections. They were all rejected in favour of race-based parties.”
Biar kita mengimbau perkembangan sejarah berhubungkait dakwaan Dr M di atas.
Kerjaya Burhanuddin Al-Helmy
Burhanuddin Al-Helmy ialah presiden PAS yang ketiga (1956-1969).
PAS dibentuk pada November 1951 apabila bahagian ulama Umno menarik diri dari parti.
Ia didaftarkan sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) dalam tahun 1955 untuk bertanding pilihan raya persekutuan.
Sebelum penyertaan Dr Burhanuddin dalam PAS, beliau pernah dilantik sebagai timbalan presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya sewaktu parti itu ditubuhkan pada Oktober 1945.
PKMM sebuah parti nasionalis berhaluan kiri yang berhasrat meletakkan semenanjung Malaya di dalam sebuah Republik Indonesia Raya.
Tan Melaka, Pak Sako, Ahmad Boestamam
Salah seorang pengasas PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso.
Mokhtaruddin sebenarnya identiti seorang komunis Indonesia terkenal bernama ‘Tan Melaka’, mengikut perisikan British yang memantau kegiatan politiknya.
Beliau ditugaskan oleh Partai Komunis Malaya untuk menjalankan strategi baru perjuangan politik secara perlembagaan.
“Selepas Parti Komunis Malaya melihat betapa buruknya hubungan antara orang Cina dan Melayu setelah berlakunya serangan balas membalas dendam dengan puak Malayan People’s Anti-Japanese Army dengan orang-orang Melayu akibat anggapan MPAJA bahawa kesengsaraan orang Cina pada zaman Jepun adalah disebabkan oleh kolaborasi pemimpin-pemimpin dan anggota polis Melayu dengan pihak Jepun, PKM telah menyedari betapa mustahaknya menggembleng sokongan orang Melayu dalam rancangannya untuk membebaskan Malaya daripada penjajahan Inggeris”.
— Rujukan: kertas oleh Profesor Emeritus Ahmat Adam, pdf sini
Antara penasihat PKMM juga ialah Rashid Maidin dan Abdullah CD.
Namun begitu Dr Burhanuddin bukanlah seorang komunis ataupun terpengaruh oleh aliran komunisme.
Pemimpin-pemimpin lain PKMM termasuk seorang sosialis Ishak Mohamad yang juga dikenali sebagai Pak Sako serta seorang tokoh muda berhaluan kiri, Ahmad Boestamam*.
Ahmad Boestamam ialah ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) yang merupakan sayap pemuda PKMM.
(*Arwah Rustam Sani ialah anak kepada Ahmad Boestamam.)
Kongres Melayu 1946
PKMM telah menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Mac 1946 di mana pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dr Burhanuddin mengetuai perwakilan PKMM dalam perhimpunan tersebut yang menyatupadukan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Beliau dan wakil-wakil PKMM kemudiannya turut menyertai kongres Melayu di Johor Baru pada Mei 1946 serta menurunkan tandatangan mereka atas piagam Umno — perlembagaan yang melahirkan Umno sebagai sebuah pertubuhan politik.
Meskipun begitu, PKMM telah menarik diri daripada perhimpunan agung Umno seterusnya yang diadakan pada Jun 1946 di Ipoh.
Putera-AMCJA dan Perlembagaan Rakyat 1947
Pada Oktober 1946, PKMM mengambil pendekatan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain. Melalui dasar ini, Dr Burhanuddin dan PKMM bekerjasama dengan AMCJA (All-Malayan Council of Joint Action), sebuah badan bukan-Melayu yang tidak bersifat komunis.
AMCJA diketuai Tan Cheng Lock.
Putera (Pusat Tenaga Rakyat) ditubuhkan pada Februari 1947 dan terdiri daripada PKMM, API, Awas*, Batas dan Geram.
Pak Sako dilantik sebagai pengerusi Putera, Ahmad Boestamam sebagai naib pengerusi dan Dr Burhanuddin sebagai penasihat kehormat.
[*Awas, iaitu Angkatan Wanita Sedar, pernah diketuai Shamsiah Fakeh.]
Anda mungkin berminat untuk membaca ‘Komunis Melayu beristerikan Cina‘.
‘Malaya untuk Malayan’
Mengikut sejarahwan Dr Ramlah Adam,
“[U]ntuk menghalalkan kerjasama dengan bukan-Melayu, kebangsaan Melayu yang sempit (yang hanya menjurus kepada kepentingan Melayu pada awal tahun 1946) telah diperluaskan pengertiannya. Beliau kini melihat, seseorang yang dikatakan menghayati kebangsaan Melayu ialah orang yang sanggup menyerahkan seluruh taat setianya tanpa belah bagi terhadap negara ini. Kebangsaan Melayu yang diutaranya pada tahun 1950 itu tidak lagi menggunakan keturunan Melayu sebagai dasarnya.”
— ‘Suatu Kemelut Politik’, biografi Burhanuddin Al-Helmy
Bermaksud pada waktu itu Dr Burhanuddin dilenturkan untuk mendokong dasar yang tidak berunsur perkauman.
Putera mencadangkan kerakyatan terbuka dan sama rata di antara penduduk Tanah Melayu.
Putera-AMCJA telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat 1947 yang berciri Malayan di mana kuasa politik Melayu tidak lagi menjadi tonggak.
Ditahan di bawah Ordinan Darurat
Pada Disember 1950, Dr Burhanuddin ditangkap oleh British di bawah Undang-undang Darurat Singapura kerana terlibat dalam tunjuk perasaan bersabit kes Natrah.
Natrah ialah Maria Hertogh, seorang keturunan Belanda memeluk Islam yang dibesarkan oleh ibu angkat Melayu. Walaupun bawah umur, Natrah telah dikahwinkan dengan seorang pemuda Melayu untuk mengelakkan gadis tersebut dituntut oleh ibubapa kandungnya dan dibawa pulang ke Belanda.
Dr Burhanuddin ditahan di penjara sehingga tahun 1953.
‘1Negara, 1Bahasa & 1Bangsa’
Pada April 1955, Kongres Pemuda Melayu (KPM) – iaitu suatu gagasan parti-parti politik – dibentuk sebagai persediaan menghadapi pilihanraya persekutuan yang bakal dijalankan pada Ogos 1955.
Dr Burhanuddin dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pemandu (steering committee) kongres, Pak Sako sebagai naib pengerusi dan Onn Jaafar – yang ketika itu memimpin Parti Negara – sebagai bendahari.
Setiausaha kongres ialah Abdul Wahab Majid, seorang tokoh sosialis manakala pemimpin-pemimpin kongres lain termasuk Aminuddin Baki dan Rashid Ahmad, seorang tokoh Parti Negara.
KPM dipandang sebagai pesaing dan seteru Umno.
Bagi KPM, pemahaman kebangsaan Melayu ialah “mencipta satu negara, satu bahasa dan satu bangsa”.
Secocok dengan tapak politik Islam
Penghayatan falsafah politik Islam sentiasa ada dalam diri Dr Burhanuddin selama ini, yakni membawa pendekatan menegakkan kedaulatan agama Islam sebagai sebahagian daripada perjuangan politik orang Melayu.
Menurut Dr Ramlah Adam, Dr Burhanuddin merupakan seorang tokoh politik yang boleh diterima kedua-dua golongan radikal dan golongan agama.
Kata Dr Ramlah, kepimpinannya dalam PKMM dan penglibatannya dalam Hizbul Muslimin serta dalam KPM telah membuktikan hal ini. “Dr Burhanuddin memang telah menggabungkan soal kebangsaan dan Islam dalam falsafah politiknya.”
Pada November 1956, Dr Burhanuddin dilamar untuk mengetuai PAS.
Dalam mesyuarat agung PAS pada bulan yang berikutnya, beliau meraih kelebihan undi bagi menyandang jawatan presiden PAS.
Pengundi memilih parti perkauman
Kemasukan Dr Burhanuddin sebagai presiden PAS adalah ekoran prestasi teruk parti tersebut dalam pilihan raya 1955 di mana Perikatan memenangi 51 kerusi dari 52 yang dipertandingkan.
Calon PAS untuk kawasan parlimen Krian Utara adalah satu-satunya calon bukan Perikatan yang dipilih pengundi untuk menduduki Dewan Rakyat.
Maka singkapan yang dibuat oleh Dr Mahathir adalah tepat. Beliau menegaskan bahawa ianya rakyat sendiri yang memutuskan untuk memberi sokongan mantap kepada Umno, MCA dan MIC — parti-parti kaum.
Kejayaan Perikatan yang mengamalkan perkongsian kuasa berlandaskan keahlian etnik membuktikan kesahihan kata-kata Dr M. Mahupun parti-parti yang berasaskan ideologi telah mengambil bahagian dalam proses pemilihan pada suatu masa dahulu namun mereka telah ditolak rakyat.
Akan bersambung: Datuk Onn Jaafar
Memang lumrah kita akan bergantung kepada siapa kita lebih kenal dan familiar. Dalam Islam pun tak haram kita mengutamakan kaum kita dahulu tanpa memudaratkan kaum lain. Bukankah bersatu antara kaum terlebih dahulu menjamin penyatuan antara satu sama lain?
Jika PKR, DAP dan PAS mampu untuk jadi parti untuk semua kaum, mengapa tidak mereka menggunakan satu parti sahaja tanpa perlu bekerjasama di bawah payung berlainan. Misi dan visi yg bertongkah arus.
Setiap kaum/etnik di Malaysia ada saluran parti yg betul untuk dapatkan bantuan/hak. Setiap parti boleh meminta, membantu dan mengingatkan antara satu sama lain terhadap hak dan batasan masing2 dgn berhemah.
Ini tidak, setiap kali keluarkan janji, setiap kali itulah mereka tidak sebulu dan sepakat. Macam mana nak realisasikan Sebangsa, Sebahasa, Senegara? Selain bercakap bahasa kebangsaan pun masih tak betul?
Sebab itu saya berpendapat BN masih relevan untuk rakyat. Just saying.
Thanks for the info
“Kejayaan Perikatan yang mengamalkan perkongsian kuasa berlandaskan keahlian etnik membuktikan kesahihan kata-kata Dr M. Mahupun parti-parti yang berasaskan ideologi telah mengambil bahagian dalam proses pemilihan pada suatu masa dahulu namun mereka telah ditolak rakyat.”
I would like to add one more thing :
Pada PRU13, tiba masa untuk menolak politik yang berasaskan pembohongan, penipuan, fitnah, yang berunsur personality cult.
1. pada pendapat aku la kan.. tidak salah utk mengekalkan identiti bangsa, bahasa, agama & negara asal usul.. tetapi sebagai rakyat Malaysia (root word Malay) kita hendaklah berbahasa satu bahasa yakni Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa kedua amat praktikel utk diterima pakai juga kerana ia bahasa antarabangsa, manakala tak salah utk bangsa selain Cina dan India belajar berbahasa Mandarin/Tamil malah lagi bagus kerana menambah kebolehan berbahasa dan akhir2 ini telah masuk bahasa Arab pula, ini kerana Al-Quran kami dalam bahasa Arab. Aku terfikir ironi sungguh Muslim di Malaysia tak reti dan faham bahasa kitab mereka, termasuk la aku :-)..
2. Apa kata sekolah2 digabungkan dengan memberi peluang seluas2nya utk mempelajari bahasa2 lain bukan kah ia lebih indah dan praktikel? Seingat aku masa belajar di SJKC Confusius Sg Besi, takde pulak diajar subjek budaya Cina, yg ada adalah aktiviti luar kurikula seperti bermain drum Cina dan tarian singa/naga, makanya tak jadi masalah utk sekolah gabungan tersebut menyediakan juga aktiviti luar kurikula sebegini, tetapi apakah masalahnya bagi chauvanis spt Dong Zhong, MCA, Gerakan & DAP ini sebenarnya? Apa tidak ada jalan utk bertolak ansur dlm budaya Cina? Atau ia bukan satu sifat yg diterap oleh ibu bapa Cina keatas anak2nya? Rasanya tidak mungkin, kerana kebanyakkan kawan2 ku masa di sekolah Cina dulu baik2 belaka, biasala ada juga segelintir yg tidak mesra dgn ku, rasanya mana2 kelas di sekolah lain pun sebegitu..
3. Akhir kata jangan disebabkan perbezaan kaum ini yg memisahkan perhubungan sesama kita, sepatutnya kita peluk/’embrace’ perbezaan tersebut. Ini kerana Tuhan memang sengaja mencipta manusia berbangsa2, dengan harapan manusia2 ini belajar dan menerima sesama sendiri. Tetapi kebanyakkan manusia tidak mahu belajar….
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Khairul.
Biarlah yang membezakan itu menjadi punca penyatuan kita sebagai rakyat Malaysia
“yg ada adalah aktiviti luar kurikula seperti bermain drum Cina dan tarian singa/naga, makanya tak jadi masalah utk sekolah gabungan tersebut menyediakan juga aktiviti luar kurikula sebegini,”
secara umum bolih setuju kecuali yang petik diatas, segelindir pihak sekolah melarang atau menyusahkan kebenaran untuk aktiviti yang dikenali sebagai bukan bahasa dan budaya kebangsaan, adalah lebih ketara di banyak kolej pendidikan tinggi, ini satu sebabnya banyak ibu bapa yang benar melalui pengalaman akan menjadi lebih gemar berterus dengan “sekolah cina”, sekurang kurangnya dapat menikmati satu “kebebasan” yang masih wujud.
satu sekolah konsep terbagus tapi cakap senang, apa yang saya bolih gambarkan ialah kami akan jadi pengemis kena minta ini dan mohon itu, ini tak bolih itu tak bolih. memang pengamaan saya, berharap akan/sudah tukar.
Rasanya lebih molek tukar “Pengemis” kepada “Permintaan” jadinya tak akan ada masalah, hanya perlu bersikap +ve. :-)
The few years immediately following anti Malayan Union awakening were certainly significant in the lead up to 1957. Frankly I am glad the socialists did not make much headway – nowadays most of those who fly the banner of socialism are plain dole-bludgers.
Did you watch 1957: Hati Malaya, Helen?
___________________________________________________________________________________________________________________________________________
No. It wasn’t publicized like ‘Tanda Putera’. — Helen
We are all a racist, some less and some more, and it has been proven scientifically. Try reading this, it’s a comedy site, but the contents are real:
http://www.cracked.com/article_19177_5-shocking-ways-you-overestimate-yourself.html
Actually we are of already a one mixture of races.
Think of the food that everybody enjoys irregardless, nasi lemak, yong tau fu, kueh teow, chapati.
It’s just the political parties who has no other capital except of playing the racial drum to get blinded support.
All rakyat has to realise that and vote based on service, not on rhetorics.