Posted in Putar-belit

Internet Blackout Day: Kantoi DAP (mutakhir)

Terbaru (5.35pm): Tan Keng Liang diserang dan dimaki-hamun puak Perpetual Histeria itu (baca komen pelanggan Malaysiakini – sini) Bila kantoi, mula lah mereka berputar-belit.

Ini si pengikut. Nanti bila habis tempoh 24 jam, sampai giliran si pemimpin pula menghentam Tan Keng Liang.

***   ***   ***

“Manoharan is not exactly a Tweet addict like some people who feel compelled to share everything they think or do on Twitter.” — kata Joceline Tan, seorang wartawan ‘renegade’ yang menongkah budaya korporat di tempat kerjanya di akhbar The Star.

M. Manoharan ialah Adun Kota Alam Shah parti DAP.

Hmm, siapa itu “tweet addict” agaknya yang dimaksudkan oleh Joceline? Dirujuk beliau “some people” di persada politik tempatan yang bagi mereka setiap satu buah pendapat yang terlintas di benak fikiran serta segala butir-butir pengalaman harian mesti dikongsi bersama di alam Twitterjaya.

Namun oleh kerana hari ini adalah Internet Blackout Day, rasa-rasanya sesetengah politikus yang nyata ketagih Twitter mesti lah begitu terseksa gara-gara dilanda gian (withdrawal symptoms).

14 HOURS AGO

Adun Subang Jaya DAP – seorang politikus yang dinobatkan sebagai ‘Newsmaker’ oleh Malaysiakini – punya tweet yang last sekali sebelum saat Blackout

Ada Yang Berhormat pihak pembangkang yang menegaskan ianya wajib untuk “update regularly” mesej-mesej Twitternya walaupun tatkala dewan sedang bersidang.

Ya lah, bukankah perdana menteri sendiri pun seorang tokoh Twitter juga? You have a problem with (a Wakil Rakyat using) Facebook, you go ask Najib Razak lah what he thinks of it.

Itupun kalau Adun tersebut ada menghadirkan diri di mesyuarat DUN. Yang seorang ini terkenal kaki ponteng.

Hashtag #BlackOutTipu

Parti DAP telah menyatakan sokongan mereka terhadap kempen di atas.

Di antara politikus DAP yang telah berjanji akan blackout selama 24 jam ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran.

Akan tetapi Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mendapati bahawa YB Kula terlupa pula akan pesanan yang uar-uarkan diri dan partinya.

Namun Tan Keng Liang mendakwa wakil DAP tersebut sudahpun memadamkan tweetnya itu yang dikeluarkan semasa blackout (yang masih sedang berlangsung sekarang ini).

Bukan YB Kula seorang sahaja yang tersilap haribulan. Para politikus DAP dan Pakatan yang lain juga.

Untuk mengikuti perkembangan seterusnya, sila ke talian personaliti Twitter yang saya paling gemari, https://twitter.com/tankengliang

Anda mungkin juga meminati:

Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com

Ong Kian Ming [ “3.3 juta pengundi hantu” ] beraksi di iPidato

Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on “Internet Blackout Day: Kantoi DAP (mutakhir)

  1. helen,

    LOL! kasihan mereka ini. inilah namanya janji ditaburi dan janji dimungkiri. sesuai dengan situasi pemimpin pakatan sekarang ini. semua yang pemimpin pakatan janji pasti akan dimungkiri.

  2. Wouldn’t it be nice if Pakatoons impose internet blackout on themselves permanently.

    Reminds of the days when Samy Vellu would threaten to resign… silakan YB, you say one har… LOL!

Comments are closed.