Posted in Sejarah

Releven Onn Jaafar kepada zaman kita

Bersambung daripada perbincangan sebelum ini tentang kerjaya politik Dr Burhanuddin Al-Helmy yang pernah mendokong fahaman ‘Malaya untuk Malayans’.

Dr Burhanuddin

Dalam pilihan raya tahun 1955, PAS menang satu kerusi manakala Perikatan menang 51. Kesemuanya 52 kerusi dipertandingkan. Parti-parti berdasarkan ideologi tidak mendapat sambutan manakala parti-parti berdasarkan kaum – Umno, MCA, MIC – diberi sokongan mantap.

Tiga tahun awal dalam pilihan raya tempatan Kuala Lumpur 1952, sebanyak 12 kerusi dipertandingkan.

Keputusan (menang kerusi):

  • MCA — 6
  • Umno — 3
  • IMP* — 2
  • Bebas — 1

IMP ialah Independence of Malaya Parti yang ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar pada September 1951, iaitu sebulan selepas beliau keluar Umno.

Sebagai perbandingan, keputusan PRU Wilayah Persekutuan tahun 2008:

  • DAP — 5
  • PKR — 4
  • PAS – 1
  • Umno – 3

DAP: Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras

PKR: Batu, Wangsa Maju (Wee Choo Keong), Lembah Pantai, Bandar Tun Razak

PAS: Titiwangsa

Umno: Setiawangsa, Putrajaya, Labuan

Daripada 10 Ahli Parlimen pembangkang yang menang kerusi di WP, 7 orang daripada mereka adalah wakil keturunan Cina.

Bermaksud kalau dahulu dalam tahun 1950-an kaum Cina menguasai Kuala Lumpur, kini selang lebih setengah abad, parti-parti politik masih lagi meletakkan calon untuk KL atas garis perkauman.

Cuba teka siapa itu bintang filem glamer yang bergambar dengan Run Run Shaw (Shaw Brothers)

PRU tahun 1955

Pada April 1955, MIC menyertai Perikatan.

Pada Ogos 1955, pilihan raya umum persekutuan diadakan.

Pengasas Umno iaitu Datuk Onn – pada waktu itu presiden Parti Negara – telah kalah di Johor Baru. Partinya tidak berjaya menduduki sebarang kerusi.

(Parti Negara ditubuhkan dalam Februari 1954 dan merupakan kesinambungan kepada IMP.)

Dengan kemenangan Perikatan, Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Malaya dan gabungan Umno-MCA-MIC membentuk kerajaan.

Laporan Suruhanjaya Reid diterbitkan pada Februari 1957.

Dr Lim Chong Eu menewaskan Tan Cheng Lock dalam persaingan untuk jawatan presiden MCA dalam Mac 1958.

Keputusan PRU 18 Ogos 1959:

  • Perikatan — 74
  • PAS — 13
  • PRM — 8
  • PPP — 4
  • Parti Negara — 1
  • Malayan Party — 1
  • Bebas — 3

Perikatan memenangi 74 kerusi Parlimen (Umno 52, MCA 19, MIC 3) daripada 104 yang dipertandingkan. Ia berjaya mendapat majoriti dua pertiga.

Nisbah kerusi Umno kepada MCA ialah 73:27. Ketidaksetaraan ini boleh dilihat sebagai satu bayangan kuasa politik Melayu relatif kepada kuasa politik Cina mengikut rumusan Perikatan.

Pada Julai 1959 – iaitu sebulan sebelum berlangsungnya PRU – Dr Lim Chong Eu meletak jawatan sebagai presiden MCA selepas persengketaan beliau dengan Tunku Abdul Rahman berkaitan pengagihan kerusi.

Dr Lim selaku presiden MCA telah menuntut supaya diberikan satu pertiga daripada jumlah 104 kerusi itu untuk partinya bertanding. Permintaan tersebut ditolak oleh Tunku.

Pada pandangan Lim Chong Eu, jumlah kerusi yang diagihkan kepada MCA tidak memadai.

Mengikut banci penduduk Malaya tahun 1957, kaum Cina waktu itu adalah 45 peratus daripada jumlah penduduk (tidak pasti sama ada angka ini merujuk kepada pemastautin atau warga).

Satu-satunya kerusi Parti Negara itu dimenangi Datuk Onn sendiri di Kuala Terengganu Selatan. Ianya bermakna beliau telah terpaksa bertanding di kawasan Melayu pekat setelah kalah di kawasan bandar Johor dalam PRU sebelum itu.

(Mengikut banci penduduk Malaysia yang diambil pada tahun 2010 pula, penduduk Terengganu adalah terdiri daripada 95 peratus kaum Melayu.)

Tengok pada model kereta era 60-an; Cuba teka gambar ini ditangkap di bandar mana agaknya?

Pada 29 Dis 1959, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Syed Jaafar Albar mengumumkan bahawa Radio Malaya tidak akan lagi membiarkan siaran rancangan mingguan Kristian (khutbah gereja) diteruskan mulai 1 Jan 1960.

Malaysia 1963

Kedudukan kerusi Parlimen selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963:

  • Semenanjung — 104*
  • Sarawak — 24
  • Sabah — 16
  • Singapura — 15

*tidak berubah daripada peta pemilih PRU tahun 1959

Pengagihan kerusi di antara Semenanjung dan 3S (Sarawak, Sabah, Singapura) ialah 65:35 mengikut nisbah.

Beberapa hari selepas terbentuknya Malaysia pada 16 Sept 1963, Singapura telah mengadakan ‘snap election’ (pilihanraya tergempar) di mana PAP menang 37 daripada 51 kerusi yang dipertandingkan.

Meskipun begitu, PAP tidak diterima untuk menyertai Perikatan.

Keputusan PRU 1964:

  • Perikatan — 89
  • PAS — 9
  • PRM — 2
  • PPP — 2
  • PAP — 2
  • UDP* – 1

*UDP, United Democratic Party ditubuhkan oleh Dr Lim Chong Eu pada 1962 dan dibubarkan pada 1968.

Tan Cheng Lock meninggal dunia dalam Disember 1960. Onn Jaafar meninggal dunia dalam Januari 1962.

Perarakan membawa jasad Tan Cheng Lock

PRU ke-2 berlangsung pada 25 April 1964.

Rusuhan kaum berlaku sekali lagi di Singapura pada Julai dan September 1964.

Singapura disingkirkan daripada Persekutuan Malaya dalam Ogos 1965. Darurat diistiharkan di Sarawak pada September 1966. Rusuhan kaum berlaku di Pulau Pinang dalam November 1967.

Parti Gerakan ditubuhkan dalam Mac 1968 oleh Dr Lim Chong Eu, Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A. Peter, Dr Wang Gungwu, Dr Syed Hussein Alatas dan V. Veerappen.

Parti Buruh dan Parti Rakyat mengambil keputusan memulaukan PRU negara yang ke-3 sejak mencapai Kemerdekaan.

Keputusan PRU (10 Mei 1969):

  • Perikatan — 74
  • DAP — 13
  • Usno –13
  • PAS — 12
  • Snap — 9
  • Gerakan — 8
  • SUPP — 5
  • PPP — 4
  • SCA* — 3
  • PBB — 2
  • Bebas — 1
  • PRM — 2
  • PPP — 2

* SCA, Sarawak Chinese Association

Negarawan yang mendahului zamannya

Berbalik kepada tokoh negara Datuk Onn.

Beliau telah menubuhkan IMP dalam 1951. Parti tersebut yang berpaksikan ‘Perpaduan’ dan ‘Sama Rata’ tanpa mengira kaum tidak mampu meraih sokongan orang Melayu meskipun ia mendapat sambutan daripada kaum Cina dan India.

Tentangan terhadap cadangan Datuk Onn untuk membuka keahlian Umno kepada semua ‘Malayans’ tanpa mengira kaum telah mendorong beliau untuk mengundur sebagai presiden parti dalam Ogos 1951.

Orang Melayu menolak wawasan Datuk Onn yang ketika itu dirasakan tidak kena pada waktunya, dan orang Cina beserta India tidak berusaha dengan secukup daya menjayakan parti pelbagai kaum IMP.

Malah Datuk Onn terpaksa bertanding di kawasan pedalaman Terengganu pada tahun 1959 di bawah sepanduk Parti Negara yang kembali kepada fahaman nasionalisme Melayu yang dikongsi bersama dengan PAS.

Babak-babak sejarah kita menunjukkan bahawa orang Malaysia sendiri lah yang mahu mengamalkan politik perkauman.

Untuk relevennya huraian di atas kepada politik semasa, sila baca keluhan Raja Petra dan komen-komen pembacanya di Malaysia Today (klik).

Bukan blogger sifu tersebut yang sengaja mahu memecah-belahkan kaum, sepertimana yang dituduh sesetengah pembaca Cina Kristiannya, tetapi beliau hanya mengulas suasana perkauman yang sedia ada dengan secara realistik.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Releven Onn Jaafar kepada zaman kita

  1. A color-blind ideology is a nice concept and so politically correct. A very easy sell on the internet.

    However, from Penang to Sarawak we see various examples of how Malaysians themselves prefer to stay within race-based lines. Be they the Hokkien speakers, Kadazans and even the evangelists (!). The key is therefore the ability to combine and balance multiple interests into one effective alliance. Not to create one rocket to rule all else…

  2. Helen,

    Actually even without opening UMNO to non Malays, UMNO has long uphold multiracial approach.

    UMNO stood to its principle of allowing say MIC candidates to stand in Malay majoriti areas. And UMNO has no objection to initially objected “jus soli” of granting of citizenships to one more than 1 million immigrants, a move that change “Tanah Melayu” from being exclusively Malay to multi racial outlook.

    UMNO did not insist on closing down vernacular schools at times it controlled almost 70% of parliamentary seats. As I said earlier, which party can object if UMNO wanted to close down all these separate systems outside National schools.

    Dr Lim Chong Eu gave ultimatum that MCA would leave Perikatan if its wishes for 40 seats not granted. Tunku replied that “leave if that what MCA wanted to do”.

    Message is clear. Accomodative or jovial Tunku might had been, but he was not in mood to receive ultimatum as he (Tunku) then a leader of the most powerful party of the land. Dr Lim was forced to apologized.

    While Tunku was courted by Kuan Yew in the latter’s effort to replace MCA, Tunku had the luxury of choice. But being a gentleman of principle (a rare commodity in today’s local politics), he stood firm of not abandoning MCA.

    But the greatest testimony of Malayan leaders (meaning the UMNO’s leaders) accepting multi racial approach is when UMNO agreed to allow secession of Singapore. In other countries, the paramount leader would have sent in troops and the perceived rebellious local leader (in this case, Kuan Yew) would have been dead.

    THE IRONY today is that those who cry out loud for non racial politics (meaning parties like DAP which claims to multiracial) are the most racist.

    They cry out loud about disunited Malaysia but they are the one insisting for separate school system. They lament about not enough non-Malay officers in civil service but they proudly advertise “mandarin is preferred” in newspapers.

  3. Helen, whatlah you?, putting Saloma’s picture. This woman was an iconic Malaysian not 1Malaysian or Malaysian First. I guess she never needed it as she saw herself as a Malaysian irrespective of her origin without political or which religion, race is better. I still love her video on this [YouTube].

      1. I know it is a pity. For religion, like for Wahhabism, a creation of the British seems to overwhelm the Sufis and the Shias. Just look at the best friends of the Wahhabist. Trust me in Malaysia many would not know the difference but pretend to do so.

        The Muslim religion on the whole is very practical and humane to the needs of the community but like how you say it ” Showing Malay men today what they’re missing”.

        We don’t need Jihad in Malaysia but to be prepared for the kiamat and that does not need to be a religious driven affiance but how real we can be for one another. Seriously Saloma not wearing a tudung, did it make her a lesser Muslim Malaysian?

      2. apek you kata you orang malaysia, so kenapa tak balik malaysia ? kenapa masih lagi duduk kat new york ? pandai cakap tapi serupa bikin.

      3. Helen,

        I miss the old world charm. If you care to watch old malay movies. you would notice how beautiful the words uttered such as in “tun Fatimah’.

        As for “saloma” her real name is Salmah.

  4. Gee………….you are a Malaysian in New York ? We don’t need Jihad but for most of the time, you have been busy blasting people like Ahmad Ibrahim, Shamsul, Anwar Penipu etc. You seemed to be on a vendetta against these people, like holy war……ha ha ha !

    1. Really!!!, are you the self annointed spokesman for Ahmad Ibrahim, Shamsul, Anwar Penipu etc. I would rather hear it from them personally. I know it must be dissapointing for you that I have never responded to you, because i can read you better on your agenda. As a Malaysian, i take the liberty to advise you, you are nothing that only serves your own agenda which is very vivid. This is the only response you will get from me. It would be a futile attempt to engage me as you speak with forked tongue unlike like Ahmad Ibrahim, Shamsul, Anwar Penipu.

      1. apek marah ? hahaha ! kenapa apek ? apek tak ada kawan ? tak habis2 agenda tu agenda ni. apek tak penat ke ? yang cakap berpusing2 tu apek, sekarang nak tuduh orang lain pulak.

  5. Anwar Penipu, do I bother your conscious? Why are you so concern about me? Duduk Malaysia atau duduk di New York bukan masalah tapi janganlah memutar hakikat bila kita ini belum ready lagi untuk membela kemanusian sesama kita tanpa expectation atau apa faedah kita ini. Faham tak? Geographical positioning macam GPS bukan penting, tapi kena ada perasaan brother apa yang patut sesama kita ini untuk apa yang patut untuk rakyat Malaysia .

    1. oi apek, jangan melampau ! kalau sangat suka duduk kat new york, kenapa lagi nak masuk campur urusan dalam hal negara ? kalau suka sangat new york, migrate saja ! kenapa tak migrate ? tak diterima ke ? cakap tak serupa bikin.

Comments are closed.