Posted in Evangelis

Ekor anjing sudah naik menjadi kepalanya

Ungkapan dalam tajuk ialah terjemahan harfiah bagi kiasan bahasa Inggeris “Looks like the tail is wagging the dog” yang saya cedok dari blog Che Det.

Mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menulis, “If accusation is made that Israel rules the world by proxy, it would appear that there is substance to that allegation.”

Saya tidaklah bersetuju dengan syor Dr M bahawa negara kecil Israel mampu menguasai dunia. Namun puak yang bilangan ahli mereka lebih kecil tidak bermakna mereka kurang daya dan kuasa berbanding puak majoriti.

DAPster-DAPster mempertikaikan takat pengaruh evangelis dengan memberi alasan penganut Kristian adalah golongan minoriti di Malaysia.

Akan tetapi adakah minoriti semestinya bererti kurang berpengaruh?

1/4 penduduk, 8/10 top bilionaire

Penduduk Malaysia terdiri daripada 24.6% warga berketurunan Cina.

Dalam senarai Forbes ‘Orang terkaya di Malaysia‘ tahun ini, 8 daripada 10 yang paling kaya ialah hartawan etnik Cina – Robert Kuok (Raja Gula), Lee Kim Hua & keluarganya (Genting), Lee Shin Cheng (IOI), Teh Hong Piow (Public Bank), Quek Leng Chan (Hong Leong), Yeoh Tiong Lay (YTL), Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau / Sinchew), Vincent Tan (Berjaya).

Yang dua orang bilionaire bukan Cina ialah Ananda Krishnan (No.2) dan Syed Mokhtar Al-Bukhary (No.7).

Alamat: 18, Kensington Palace Gardens

Hartawan penganut agama Zoroaster

Mengikut senarai Forbes 2012 itu juga, tiga hartawan paling kaya di India ialah Mukesh Ambani, Lakshmi Mittal dan Azim Premji.

Lakshmi Mittal adalah lepasan sekolah Katolik di Calcutta, St. Xavier’s College, dan kini tinggal di Kensington Palace Gardens (kawasan kediaman mewah di London).

Azim Premji ialah seorang Muslim, iaitu minoriti di India.

Keluarga yang memiliki Tata Group – konglomerat terbesar di India dan terkenal dalam industri besi (Tata Steel) – adalah keturunan Parsi yang beragama Zoroaster. Kaum Parsi adalah minoriti yang amat kecil di India.

Minoriti yang memerintah

Presiden Syria, Bashar al-Assad, adalah penganut agama Alawiyah (Syiah) yang merupakan minoriti di Syria. Di negara tersebut, tiga-perempat penduduk terdiri daripada pengikut aliran Sunni.

First Lady of Syria

Arwah Saddam Hussein pula ialah seorang Sunni — yang merupakan minoriti di Iraq. Namun golongan Sunni yang memerintah negara majoriti Syiah tersebut.

Sebelum tamatnya apartheid, orang putih yang minoriti menguasai Afrika Selatan. Begitu juga dulu di Rhodesia (dinamakan sempena penjelajah Cecil Rhodes), yang sekarang dikenali sebagai Zimbabwe.

Orang keturunan Sepanyol dan Portugis – minoriti – menerajui kerajaan di negara-negara Amerika Selatan yang majoriti penduduk aslinya berkulit gelap.

Liberia, yang benderanya meniru bendera Amerika Syarikat, ialah sebuah negara Kristian (85% penduduk). Negara tersebut merupakan contoh bagaimana sebuah agama minoriti di benua Afrika boleh berjaya menyingkirkan agama orang asal (kepercayaan animisme setempat Afrika).

Dr M: Dilema Melayu 2

Rockybru — ‘Monkey see, monkey do‘ tentang kepimpinan melalui teladan oleh DAP. 

Menyingkap dilema Melayu, Dr Mahathir Mohamad menulis dalam blognya kelmarin:

“Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu. Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”.

“Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh ‘racist’.”

Hannah Yeoh membayangkan Najib ‘rasis’

“Nasir racist” merujuk kepada Nasir Safar dan “his boss” yang disebutkan ialah Najib Razak.

Insecurity is the heart of racism

oleh Hannah Yeoh diterbitkan dalam The Rocket

Petikan

“When Subang Jaya State Assemblywoman Hannah Yeoh and her husband Ramachandran Muniandy decided to register their newborn daughter as “anak Malaysia”, nobody told them that it would unearth deep-seated insecurity in Malaysians’ attitudes towards race.

“Hannah believes that there is a sizeable amount of Malaysians who – like her – prefer to be identified as Malaysian and not ethnic Chinese, Indian or Malay.”

(Dia juga sering menegaskan “my daughter is not Chinese or Indian”.)

“Insecurity turns people into racists” — dakwa Hannah Yeoh

Dalam rencana Rocket di atas, Hannah juga menceritakan tentang persahabatan akrab di antara seorang budak Cina bernama Chin Kit dengan seorang budak Melayu bernama Azizul.

Walaupun ia cerita yang menyedapkan telinga, namun Hannah terlalu sering menjaja cerita yang sama itu sahaja di merata-rata sehingga ia menjadi basi.

Saya sendiri mendengar Hannah mengulangi cerita Chin Kit dan Azizul (nama pun macam stereotaip Ah Chong dan Ali) dalam ucapan yang disampaikan Adun DAP itu pada hari Malaysia 16 Sept 2010 di UCSI — universiti-kolej tempat Ong Kian Ming, rakan ‘DAP SuperCyber Bully‘nya, mengajar.

Bersambung petikan The Rocket:

“Hannah believes that leadership is the key to breaking racial stereotypes. She added that Bangsa Malaysia would not happen if teachers continue to be trained by Biro Tata Negara, or if political parties are race-based.

“She rapped Prime Minister Najib Tun Razak for spending millions on branding to promote the 1 Malaysia concept “without sincerity”, and not living up to expectations. Hannah said that the slogan is without substance if the Prime Minister does not take action against incidents of racial intolerance.

“For instance inflammatory remarks by Perkasa president Ibrahim Ali; or the recent 8TV Ramadan Public Service Announcement Advertisements – which she describes as ‘tasteless and condescending’.”

Yang pandai menuding jari itu harus belajar mencerminkan diri.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Screenshot di bawah diambil dari laman Mychiefministerlimguaneng yang memuatkan semua kenyataan-kenyataan akhbar ketua menteri Pulau Pinang itu. Cuba teliti nada poster-poster yang dipampangkan oleh orang Guan Eng ini.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on “Ekor anjing sudah naik menjadi kepalanya

  1. Kaduk naik junjung. Saya tak mahu dikenali hanya sebagai orang Malaysia. Kurang variasi.

    Bayangkan apabila buat laporan polis, e.g.

    A: saya telah dirompak oleh seorang lelaki.

    Polis: boleh beri kenyataan lebih detail mengenai lelaki tersebut?

    A: 6 kaki, badan tegap, kulit sawo matang, rambut hitam.

    Polis: boleh beri lebih spesifik? melayu, cina, india, iban, kadazan etc? senang kita nak kecilkan fokus mencari suspek.

    A: Ko ni polis racist. kita kat Malaysia kan? Semua bangsa adalah sama la. Mana ada cina india melayu iban kadazan semua? Bangsa Malaysia paham?

    Tak pasal2 semua lelaki di Malaysia jadi suspek.

    Kalau sebut 1Malaysia, saya akan hanya terlintas semua rakyat bersatu.

    Kalau sebut Malaysian First, saya akan rasa seperti tinggal di Palestine yang terpakse berjuang supaya orang Malaysia diutamakan dari orang Palestine.

    Just saying.

    1. Darling Darlyn, apa yang saudari kata tu memang benar. Tapi dalam fikiran kaum Cina, the only way for them to reach the pinnacle of political power in Malaysian politics, is to neutralize the Malays’ hold by engineering the elimination of racial classification by inventing the Malaysian First Ideology.

      Apa yang mereka tidak perasan atau ketahui adalah ayat Malaysian tu, berakar pada ayat Malay. Kalau kita kata Malaysian First, berdasarkan maksud ayat akar Malay, bermakna Malaysian First, semua orang, tak kira latar belakang, mesti embrace adat/budaya/agama orang Melayu.

      Tapi DAP Cina ni memang despicable, mereka pandai putar belit. Orang Cina tak sedar, mereka percaya apa yang DAP kata, buat. Dahlah kena main, tapi tak perasan, Apapun, saya ingin congratulate DAP Cina, mereka ni memang pandai putar belit.

      Kita yang cenderung ke arah pihak establishment, harus belajar dari golongan DAP Cina. Oh, jangan kata atau tuduh saya ni racist kerana saya gelar DAP sebagai DAP Cina. Saya hanya belajar dari pihak DAP Cina. Kan kat cyberspace, DAP Cina cenderung guna ayat-ayat yang kesat, yang berbau perkauman dalam melabel orang-orang Melayu. Kata mereka, orang-orang Melayu tu malas, tak keras berusaha, golongan suka “tidur” dan sebagainya.

      Kalau tak nak orang lain tuduh kamu racist, jangan kata orang lain kata itu kata ini. Saya harap sister Helen tidak akan marah pada saya apabila saya gelar DAP sebagai DAP Cina. I hope you understand Helen. Peace !

    2. Darlyn Azlinda,

      you better exercise a bit of caution. if the Chinese read this, you will be labelled a racist. my advice is, if you have to say it, say it in private, within the confines of family and friends. that way, you’ll be in a much safer position.

      I m so scared nowadays. I have to be extra careful with what I say. one wrong phrase, words, and I m instantly labelled a racist.

    3. Darlyn,

      There is nothing wrong in admitting one’s own identity, be it race, religion.

      Saudi arabia, a sovereign nation which names itself reflects the ruling “saud family” and of “arab” race.

      China as the name itself shows reflects the Chinese as a race. So does India or Thailand.

      What needs to be done is throwing away the “hypocrite” attitude. At one moment insist on unity among races while at the other opposite insist on “mandarin is preferred” and separate school system that literally separates us.

    4. Ahmad Ibrahim, Puak Pakatan Pembohong and Shamsul Anuar,

      Kesimpulannya, mereka hipokrit. Mereka tak sedar ramai yang sudah jelek dengan sikap mereka. Lebih kepada menyampah dah. Bak kata TDM, “Dah lama dahhhhh…!”.

      Paku dulang serpih,
      Mengata orang dia yg lebih.

      Artikel terbaru TDM menzahirkan realiti di Malaysia sekarang.

      http://chedet.cc/blog/?p=833#

      Everyone is actually a bit racist. They are just afraid to admit it. The more they say other people is racist, the more racist they are.

      Bukti dah ada depan mata.

  2. Kita perlu tanya, siapa yang mendidik anak-anak Melayu sehingga menjadi begitu biadab ? siapa agaknya ? Lihat kat apa yang terpapar di cyberspace.

    Anak-anak Melayu menjadi sebegitu rupa kerana pengaruh kaum Cina. Siapa yang mulakan amalan pijak gambar pemimpin ? Orang DAP. Lihat Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP memijak gambar Dr. Koh dan dua pemimpin lain. Kita kena sedar.

    __________________________________________________________________________________________________________________________

    It wasn’t Dr Koh. It was Hee Yit Foong and the Aduns of Changkat Jering & Behrang. — Helen

    1. Helen, care to enlighten me when did the stepping on the pic of Dr. Koh begin ? Thanks for the clarification.

      1. Some Umno people tore his photo. They look mamak, and that was what prompted the DAP Chinese started an effective campaign to boycott Penang nasi kandar. The boycott even spread to Chinese in Klang Valley.

    2. Seronok juga ya kalau kita budayakan amalan seperti ini. Aku nak buka kilang kasut dan gunakan gambar-gambar pemimpin-pemimpin semua parti di tapak kasut yang aku jual. Siapa nak tahu pemimpin mana yang paling orang tak suka boleh tanya aku kasut gambar potret mana yang paling laris.
      _______________________________________________________________________________________________________________________________

      Hahaha, LOL. — Helen

      1. hati-hati, nanti kalau client kata nak gambar Lim Guan Eng, kilang engkau kena saman, kena sue habis-habis.

  3. “Namun puak yang bilangan ahli mereka lebih kecil tidak bermakna mereka kurang daya dan kuasa berbanding puak majoriti.” – Helen

    kenapa pulak tak boleh? andai kaum minoriti yang memegang kuasa ekonomi tentu saja boleh membeli ‘kuasa’. berapa banyak bumiputera menjual namanya sebagai ‘ali baba’ dalam perniagaan milik bukan bumiputera? (ini bukan statement, tapi pertanyaan-jangan minta bukti pulak!)

    sebagai pemain seni politik tanahair para evangelist DAPsters tentu telah lama menyedari tentang kecenderungan kaum bumiputera melayu yang memiliki ‘sikap tidak apa’ dan mudah terpengaruh dengan ‘ulang-tayang’ rekayasa hingga akhirnya menerima pembohongan yang berulang sebagai satu kebenaran. apatah lagi evangelist DAPster menyalurkan dakyah mereka melalui ostat PAS yang dipercayai Islamnya takkan memperdajalkan umat Islam yang lain.

    tentu saja evangelist DAPsters mampu memiliki kuasa dan seterusnya menguasai pihak minoriti kerana mereka licik mengatur strategi dan mempunyai kelebihan dari segi:
    a) sikap ketidakapaan bumiputera melayu yang mudah terpengaruh dengan dongeng dan tahyul yang diulangtayang (spin)
    b) mempunyai balaci-balaci yang berimej Islam yang dipercayai oleh puak-puak PASters
    c) mempunyai ‘kuasa membeli’ kuasa
    d) mereka perasan (percaya) mereka adalah anugerah tuhan untuk menyelamatkan malaysia dari pemimpin yang korup dan jahat.
    e) ada lagi, malas nak tulis…

    kata bijak-pandai, kalau tak nak kena cabul, jangan pakai seksi-seksi”
    mak ai panjangnya komen aku neh…Tambah lagilah, alang-alang makan cabai, biar mata berair dan mulut ternganga.

    Matematik Politik Kita

    [A]
    (Fitnah + Rekayasa) + “Spin” = Persepsi

    [B]
    Demokrasi + Pluralisme + Hak Asasi = Liberalisasi

    [C]
    Syariat – Harga Diri – Jati Diri = Kuasa

    [D]
    Hak Mutlak – Kontrak Sosial – Sejarah = Kesamarataan

    A + B + C + D = Infiniti

    I.D.A
    03-08-2012

    formula di atas telahpun diberi “maximum utilization” oleh para pastors dalam DAP. betul tak?

    1. Obviously, kerani Jabatan Pendaftaran tu seorang “racist”! to go and put ‘Chinese’.

      Anyway, the “Chinese” (filled in the form) is “only for the time being” until she can cow JPN and Najib into letting her have her way.

Comments are closed.