Posted in Putar-belit

Fotoforensics (2): Banding gambar Bernama dengan satu gambar ori

Blogger APA: Aku Peduli Apa (aku-tak-peduli.blogspot.com) telah memakai aplikasi Fotoforensics ke atas sekeping gambar yang diambilnya sendiri.

Cuba bandingkan dengan gambar Bernama rumah terbuka Raya PM itu, yang diambil dari laman Pejabat Perdana Menteri.

Nampaknya gambar Bernama itu banyak kali ‘save’ – kerana ianya gelap dan sudah tidak kelihatan ‘detail’ warna ungu seperti gambar Sang Saka yang tidak diusik.

Keputusan ini membayangkan gambar Bernama tersebut tidak dimuat-turun terus atau serta-merta tetapi barangkali telah diproses.

Sila ke blog Aku Peduli Apa (klik) untuk lihat gambar saiz besar serta butir-butir Fotoforensics untuk gambar Sang Saka.

Juga rujuk ‘FotoForensics on Bernama Raya open house photo’.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

3 thoughts on “Fotoforensics (2): Banding gambar Bernama dengan satu gambar ori

  1. Hahaha definitly he did not read the explanation throughly at the fotoforensic. Everytime you edit whether crop, resize image, increase exposure and even put the name Bernama, you need to save it several time. That’s why it will get blackened everytime. BUT if you newly edit, than it will standout from the rest. Please read throughly and know the process. From RAW to DNG and even to jpeg. The lense barrel distortion,pinchusion and all of these must be understood first. Professional photographer will use RAW to edit tone color, exposure, smoothen, light as RAW will preeserve the quality picture then converted it to jpeg for smaller size and readble to other softwares. Helen, you do need to study these first before making a fool of yourself. Every photographers will edit their pictures for the best presentation especially for news media before publishing. Have you notice that the highlighted areas are the same with others? If he edited the picture, that area will stand out from the others. Aiyo everybody wanted to be an expert photographers nowadays hahaha. Do you think that that camera will automatically leave a digital signature in the picture? Wow!

  2. Hasil pemahaman saya, gambar tu gelap sebab banyak kali save seperti gambar Bernama di atas. Kalau save sekali dua sahaja ia seperti gambar di sebelah kiri.

    Yang sebelah kiri tu tak perlu save banyak kali sebab selepas ambik gambar boleh terus upload tanpa banyak proses kerja.

    Jika anda kerja di sebuah syarikat akhbar, tentu anda faham kenapa gambar itu akan kena save beberapa kali.

    Pertama sekali akan di save oleh jurugambar ke dalam satu folder di dalam komputer miliknya selepas dipindahkan dari kamera. Gambar itu akan dibuka, dan diisi maklumat penting seperti caption, tajuk gambar, nama jurugambar, tarikh gambar dikeluarkan, kriteria gambar. Akhbar di Malaysia menggunakan fotostation untuk edit, mengisi data dan menghantar gambar tersebut kepada editor foto. Sesiapa yang biasa menggunakan software tersebut tentu tahu banyak data yang diperlu diisi sebelum dihantar kepada editor foto.

    Jurugambar akan save gambar sekali bagi mengelakkan data2 yang diisi itu hilang dan membuat pemeriksaan kedua ke atas data2 yang telah diisi sebelum save semula dan hantar kepada foto editor.

    Sebelum sampai ke tangan foto editor, gambar akan diterima oleh seorang officer in charge (OC) bagi pemeriksaan asas. Gambar yang kurang kualiti tidak akan diterima. Gambar tyang baik kualitinya akan di save dan dihantar kepada foto editor yang akan membuat pemeriksaan lanjut. Sekiranya lulus untuk penerbitan, foto editor akan save gambar dan menghantar gambar ke bahagian penulisan caption bagi pemeriksaan/pembetulan/penulisan semula caption.

    Selepas itu, penulis caption akan save gambar dan menghantarnya ke bahagian editorial yang akan memuatkan gambar ke dada akhbar, atau kepada petugas bahagian web untuk dimuatkan ke dalam website berita.

    Berapa kali gambar tu telah di save? Banyak kali. Macam mana tak hitam. Itu adalah proses yang tidak dilalui oleh the so called pemberita media sosial ataupun blogger.

    So, lu fikirlah sendiri.

Comments are closed.