Posted in Gunting Dalam Lipatan

Bernama Photoshop #2: Teori konspirasi, ia untuk kenakan Najib

Another doctored Bernama photo of Najib crowd‘ — blog Malaysian Media Matters

Gambar yang digunakan oleh NST – sila baca posting saya yang sebelum ini: ‘Heh heh heh, tengok ni pula (Photoshop lagi?) – sebenarnya dikeluarkan oleh sumber Bernama, mengikut penelitian blogger uppercaise.

Uppercaise mendapati bahawa versi online gambar tersebut (boleh semak di posting ‘Heh heh heh’) ada dicop dengan watermark Bernama.

Dakwaan ianya di’photoshop’: Perhatikan keratan gambar yang dibesarkan di bawah.

Dengan ehsan, via uppercaise

Musuh dalam selimut?

Sesetengah pengamal media ragu-ragu kenapa pisang boleh berbuah dua kali, rujuk kejadian #1: ‘PM’s Bernama raya photo, look again’.

Ada udang di sebalik batu Bernama? Sebagai perbandingan, suratkhabar The Star meskipun dimiliki MCA tetapi ia sarang DAPster (crawling with DAP sympathizers).

Sebelum ini uppercaise juga pernah mengulas kes menciplak berlaku di The Star yang sampai hari ini tidak diambil endah oleh si Gunting dalam Lipatan.

(Klik pautan) Untuk kali keempatnya terpaksa uppercaise menghurai tentang kesalahan menciplak di mana The Star masih lagi mahu buat tak tahu.

Usaha gigih uppercaise mendedahkan penipuan oleh kolumnis The Star tersebut itu nampaknya seperti mencurah air di atas daun keladi.

Sikap The Star yang begitu cocky and arrogant ketara mencontohi Teladan (di sini bukan merujuk kepada Sang Dinosaur tetapi kepada pihak) ‘tuan’ jiwa sebenar suratkhabar itu.

Jikalau uppercaise terus memblog untuk kali kelima atau kali keenam tentang gelagat si Gunting, rasanya pun akan sia-sia sahaja.

Daripada sekadar melepaskan batuk di tangga, baik uppercaise cadangkan apa tindakan lebih berkesan yang boleh dikenakan terhadap The Star.

Berkaitan:

Syok sendiri di bawah ketiak DAP

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Bernama Photoshop #2: Teori konspirasi, ia untuk kenakan Najib

  1. Helen,

    Kalau tujuannya adalah pembodekan:

    Untuk tujuan membodek seseorang yang tinggi kedudukan, kalau mampu buatlah ‘silap mata’ yang ada kelas. Kalau gunakan silap mata yang rendah kelas, yakni mudah di kesan kesilapannya, maka bodekan berkenaan tidak membawa kebaikan kepada ketua sebaliknya berubah jadi ‘tokong bawa rebah’. Kesilapan pembodek sebegini mudah ditangani iaitu potong itu dan ini.

    Kalau isunya gunting dalam lipatan:

    Gunting dalam lipatan ialah pihak yang mahu dilihat seolah-olah menyokong ketua, wal hal tujuan sebenarnya adalah untuk mencemarkan nama baik ketua berkenaan. Kehadiran gunting dalam lipatan ini kalau terbukti agendanya itu maka pilihan yang ada ialah: sekat gunting dari berfungsi, atau kalau yang tadi tak boleh maka eloklah dibuang atau ditendang gunting berkenaan.

  2. I admit that’s a shoddy ‘shopped job .. but at the end we’d willing to own up and admit it unlike pro-oppo who insisted that their politicos do no wrong..I guess the pro-BN supporters have more balls!

    By the way, I applaud that you bring up this subject to be scrutinized by all so that these kind of mistakes will not be happening nor repeating itself ever again.

    1. Face saving statement. Is like a thief being caught and thanking the arrester for arresting him and will make sure to improve on his stealing tactics in the future.

      Tak tau malu.

  3. Remember buletin mutira editors who never realized that they put 55 pics of kim guan eng. Much worse lol.

  4. BERNAMA – terus hilang nama ka dalam longkang, menipu mahu membodek Najib. Dengan itu Ketua Pengarang Bernama, harus bertanggung jawab menipu rakyaat untuk membodek Najib. Muka tidak pandai malu dan maruah.

  5. Bernama apanama…bos, boleh tolong jawab? doctored photo in the so-called media ternama, apanama… bernama telah menjatuhkan ‘praktik kewartawanan baik’ ke dalam loji kumbahan.

Comments are closed.