Posted in Agama

Deklarasi Kuching membawa kepada perdana menteri Kristian?

“Memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia”.

Begitulah janji utama yang dibuat Pakatan dalam pengisyitharan mereka di Kuching pada Sept 16.

Maksudnya Malaysia = (1) Semenanjung + (2) Sabah + (3) Sarawak. Ketiga-tiganya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Pemikiran ini berbalik kepada detik pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Malaysia = Malaya + Singapura + Sabah + Sarawak.

Konsep “kedudukan Sarawak dan Sabah setanding” yang dijanjikan Pakatan menolak konsep Sarawak dan Sabah sebagai 2 negeri sebaris dengan 12 negeri-negeri lain yang kesemua 14 negeri tersebut masing-masing sama taraf.

Deklarasi Kuching membayangkan pengiktirafan triniti 3-dalam-1: Semenanjung + Sabah + Sarawak.

[Fakta menarik: Deklarasi Balfour pada 2 Nov 1917 mengorak langkah bagi pembentukan negara Israel kemudiannya.]

Sekiranya bendera kebangsaan ditukarganti dengan Sang Saka, maka nanti akan dibuang 14 jalur merah dan putih sama tebal yang sedia ada.

(Saya rasa elok juga lambang bintang pada Sang Saka Malaysia berpuncak lima — lebih mudah untuk ia dilukis oleh kanak-kanak.)

Sabah, Sarawak tiada agama rasmi

Janji seterusnya oleh Pakatan ialah “mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia”.

Apa kesan integrasi ini kelak ke atas Islam sebagai agama persekutuan?

Meskipun kedudukan Islam ditetapkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan namun tiada agama rasmi wajar diwujudkan mengikut syarat perjanjian 20 perkara Sabah dan Sarawak di kedua-dua negeri tersebut.

Mengikut peruntukan 20 perkara tersebut, “segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Tanah Melayu tidak harus digunakan di Sabah” (sumber: sini)

Selain Anwar, Kit Siang dan Hadi Awang, Deklarasi Kuching turut ditandatangani oleh pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

Jom Ubah ikut Borneo

Berikut ialah petikan ucapan Baru Bian tatkala pembukaan sidang di DUN Sarawak pada 16 Mei 2012. Beliau telah berucap dalam bahasa Inggeris:

“Sarawak being of a different ethnic composition from Peninsula Malaysia, it was
agreed that, I quote the Cobbold Commision, ‘While there was no objection to Islam
being the national religion of Malaysia there should be no State religion in Sarawak and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to Sarawak’.

The absence of a state religion is a hallmark of Sarawak agreeing to join in
the formation Malaysia in 1963, due to the wisdom of our forefathers who acknowledged that Sarawak is a land for all creeds or beliefs to mutually prosper and grow with respect for each other‘s rights and freedom.

“It however disturbs me greatly to note Tuan Speaker, that it is in its latest publication entitled Sarawak Facts and Figures 2010, the State Planning Unit of the Chief Minister‘s Department states that on page 2 that Islam is the Official Religion of Sarawak. By pointing this matter I wish to state that I have no disrespect or problem with the religion of Islam but merely to ensure the fact of the matter is correct.

“Tuan Speaker, I respectfully ask for a clarification on this matter from the
Honourable Minister and I hope for a reassurance that this most fundamental agreement
has not been amended or taken away subtly from us.” (sumber: Hansard)

Kes mahkamah kalimah ‘Allah’

Jill Ireland binti Lawrence Bill ialah seorang wanita Melanau Kristian di Sarawak. Namanya yang ada ‘binti’ itu mungkin mengelirukan orang semenanjung.

Dalam samannya terhadap kerajaan, Jill telah memfailkan semakan kehakiman (judicial review) untuk mendapat perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) .

Beliau mahu mahkamah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri supaya memulangkan cakera-cakera padat khutbah ajaran agama Kristian (yang menggunakan kalimah ‘Allah’) yang telah dirampas darinya.

Annou Xavier, seorang peguam aktivis Kristian, membela kes Jill di mahkamah. Annou juga peguam yang mewakili Harapan Komuniti berhubungkait serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

S’wak kuat bermakna Kristian kuat

Sekiranya Sabah dan Sarawak diperkasakan, maka langkah ini akan turut memperkasakan puak evangelis DAP.

Kita telah melihat di Perak bagaimana pengerusi negeri DAP Ngeh Koo Ham menjadi de facto Menteri Besar ketika Nizar Jamuluddin memegang gelaran Menteri Besar.

Kita juga telah melihat ketika pilihanraya negeri di Sarawak pada tahun lepas bagaimana DAP muncul parti yang terkuat di kalangan ketiga-tiga anggota Pakatan.

http://teresakok.com/2011/04/07/youre-invited-to-dap-fellowship-with-christians-in-miri-on-742011

Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai menyanggah laporan Utusan (7 Mei 2011) yang bertajuk ‘Kristian agama rasmi?’ tentang pastor-pastor Kristian yang mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil DAP di hotel Red Rock di Pulau Pinang ekoran pilihanraya negeri Sarawa.

Kata Liow kepada The Malaysian Insider (8 Mei 2011):

“Normal people in this country would not go and think about all these things.”

Hairan pun kenapa timbalan presiden MCA itu memilih untuk serta-merta menepis dakwaan sebelum menunggu polis menjalankan siasatan terlebih dahulu.

Kenapa “orang biasa” tidak perlu memikirkan status agama Kristian dalam Malaysia, mengikut Liow? Kalau sesiapa memikirkan tentang isu ini – contohnya Hasan Ali – adakah beliau seorang luarbiasa atau abnormal?

DAP hipokrit

Berbalik kepada persoalan siapa layak dilantik sebagai perdana menteri. Bukankah ianya DAP yang selalu mencanangkan meritokrasi?

Kalau ikut merit, keupayaan seseorang individu bukan-Melayu untuk menjadi PM tidak harus dipertikaikan sekiranya ada calon yang layak.

DAP hipokrit besar sekiranya senantiasa menuntut layanan sama rata dan peluang yang setara diberikan kepada setiap warga Malaysia tetapi pada masa yang sama masih berpura-pura mengatakan tiada seorang pun keturunan Cina yang bercita-cita mahu jadi PM.

Kalau dia “Malaysian First” menepati citarasa evangelis DAP, apa salahnya seorang ‘Melayu’ (sukukaum Melanau di Sarawak macam Jill Ireland) Kristian menjadi PM?

Janji Pakatan untuk memperkasakan Sabah dan Sarawak, yang mempunyai sebahagian besar penduduk pribumi Kristian, hendaklah dinilai matlamat dan niatnya dengan mengambil-kira cita-cita evangelis DAP.

Berkaitan:

Deklarasi Alim-Alim Kuching

Orang Sabah boleh jadi perdana menteri kelak

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Deklarasi Kuching membawa kepada perdana menteri Kristian?

  1. Unsur radical subversive dah lama wujud semenjak kegilaan Anwar utk menjadi PM. Evengelis hanya menangguk di air keruh. Jadi tidak hairanlah skg ini terlalu byk tindakan dan tuntutan yg berbau KRISTIAN.

    Mereka tidak akan berhenti selagi Seluruh TANAH MELAYU ini menjadi TANAH KRISTIAN. Kerana itu golongan seperti ini beria-ia menekan kerajaan lembik Najib untuk menghapuskan pelbgai undang2 pencegahan kononnya atas nama KEBEBASAN BERSUARA.

    Tidak hairan jika satu hari nanti Malaysia ini akan menjadi seperti Singapura dan FIJI yang dikuasai keturunan pendatang. Sejarah juga akan ditukar sama seperti perkataan ‘PARIAH’ di dalam Novel Interlok.

  2. Well done. At least now you’ve just come out and shown what a riddiculous and stupid person you are. Opposition wants a Christian pm? Woman do yourself a favour and get some shampoo will ya? It is not possible so why allege? Why incite stupid bastards that follow you? Why..?

  3. Why is it not possible? Anyone in power in the Parliment can change the constitution and with the likes of Peliwat, Kim Guan Eng & Parti Ajaran Sesat at the helm, anything can happen. Case in point, Pemilihan PKR 2010.

  4. “Saya rasa elok juga lambang bintang pada Sang Saka Malaysia berpuncak lima — lebih mudah untuk ia dilukis oleh kanak-kanak.”

    – Helen

    Ambil saja lambang PAS. Lagi mudah untuk dilukis. Guna gelang Karpal pun boleh

  5. The truth is that was why Sabah and Sarawak join Malaya to form Malaysia… But the agreement was to adhere onto. Malaya has highways but what does Sabah and Sarawak have… whereas the oil money has been use to develop KL and Malaya.

    Was there any report/s that show malaya help in protecting S/S from the indonesian and communist during the confrontation? There were fights between Sarawak Rangers and Askar Melayu because of women… but Dato Kanang went to Malaya to help fight the CCM.

    All we are asking is our rightful share. S/S do not need the PM post but UMNO has said that Sabah UMNO can become the PM… so who is right and who is wrong now.

Comments are closed.