Posted in Gunting Dalam Lipatan

MERBAHAYA! Dr Jekyll & Encik Hyde

Sekali lagi terserlah penyakit bipolar The Star yang tangan kanannya tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh tangan kirinya.

Suratkhabar tersebut dituduh CEO Malaysiakini Premesh Chandran yang berkata:

“For the past week, the mainstream media – TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times and The Star – have launched an attack on Malaysiakini and civil society organisations for receiving grants from international foundations in what they claimed is a plot to destabilise the government.

Premesh mendakwa The Star membuat serangan ke atas media baru serta NGO-NGO yang menerima sumbangan Soros dan lain-lain sumber wang asing.

The Star baru-baru ini menerbitkan laporan ‘Malaysiakini admits to receiving foreign funds‘ dan ‘Soros link kept under wraps‘ pada Sept 21.

NGO yang menerima dana asing

NST dalam rencananya bertajuk ‘Plot to destabilise govt: EXPOSED: RM20 million paid to several Malaysian organisations since 2005′ berkata:

“The monies were also allegedly channelled to the Southeast Asia Centre for e-Media (Seacem), Southeast Asian Press Alliance and the Centre for Independent Journalism.”  — NST, 21 Sept 2012

Centre for Independent Journalism yang dirujukkan NST sebagai penerima dana asing ialah CIJ.

Lagi-lagi Si Gunting membuat promosi

Screenshot (atas): Tweet oleh Pengarang The Star pada Sept 24.

Pengarang The Star mengeluarkan tweet melambak-lambak untuk promosi CIJ di timeline Twitternya (lihat screenshot bawah, klik 2x untuk besarkan).

Perwatakan The Star yang macam Dr Jekyll dan Encik Hyde sudah tentunya unstable, yang tidak dapat dijangka akan tindak-tanduknya.

Belum diketahui apa sabotaj yang mungkin bakal dilaksanakan oleh akhbar itu.

(Malah agensi berita nasional Bernama pun sedang menjalankan siasatan dalaman tentang kemungkinan ada musuh dalam selimut. Ini ekoran terbongkar kejadian memalsukan atau Photoshop gambar yang dipaparkan juga di muka depan Star.)

Sila baca ‘The Star still not acknowledging its plagiarism’

FAKTA

The Star begitu tamak mahu pendapatan iklan sampai ia sanggup memuatkan hidangan babi sebagai syor ‘Ramadan Delight‘.

Daripada 30 orang pengarang teratas The Star, hanya dua orang sahaja Melayu. Nampaknya kedua-dua orang Muslim tersebut kebetulan off-duty bilamana tiada kakitangan lain yang kenal huruf ‘Allah’. Lalu disiarkan di akhbar milik MCA itu gambar tubuh Erykah Badu bertatu kalimah Allah.

Suratkhabar tersebut penyebar Anglophilia, yakni budaya Barat dan ketamadunan Kristian.

Ketua pengarang The Star dikenali umum sebagai seorang evangelis.

Selain tweet yang mengatakan MCA dipenuhi “terlalu banyak dinosaur-dinosaur tua“, si Star Editor’s Choice turut menggesa orangramai memberi undi kepada @imokman, iaitu juru strategi DAP Ong Kian Ming.

Bayangkan, The Star boleh giat berkempen untuk DAP kerana mahu untung dua-dua belah. Perpatah orang putih sebut ‘Run with the hare and hunt with the hounds’.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “MERBAHAYA! Dr Jekyll & Encik Hyde

  1. Badan yang mengaku bebas dalam pemberitaan tetapi secara tidak telus menerima dana dari pihak yang diragui pendirian politiknya, adalah sama macam badan yang mengaku sosialis tetapi dalam masa sama menjalinkan hubungan istimewa dengan raja kapitalis. Badan-badan berkenaan adalah dalam kategori fasiq.

    1. Bila bajet di bentangkan, bajet berkenaan dikatakan sebagai umpan untuk pancing undi.

      Walhal wang yang akan diagihkan dalam bajet adalah wang milik anda sendiri tetapi dijaga oleh satu pihak yang diamanahkan.

      Kalaulah wang bajet adalah kepunyaan pembentang bajet, bolehlah dikatakan wang berkenaan telah dijadikan umpan.

      Tetapi, kalau bajet adalah wang milik anda sendiri, tang mana logiknya wang itu akan dijadikan umpan untuk anda memakannya?

      Dalam kes NGO juga sama, kalau wang yang diterima oleh NGO dari pihak asing adalah wang NGO itu sendiri makanya tidak timbul tuduhan NGO termakan umpan.

      Tetapi kalau wang yang diterima NGO adalah wang milik pihak asing itu sendiri, tidak ada insan yang waras akan kata pemberian wang berkenaan adalah ikhlas yakni bukan umpan.

      1. Melihat kepada respons terhadap bajet dan penajaan NGO oleh pihak asing, ternyata ada pihak berfikir secara sonsang.

        Maksudnya, bajet yang sepatutnya tidak ada elemen umpan dan pancing tetapi ditanggapi sebagai ada elemen umpan dan pancing.

        Wang yang dihulurkan kepada NGO oleh pihak asing yang diragui nawaitunya telah diterima tanpa tanda soal walhal sepatutnya dana berkenaan dianggap begini: masakan ‘tiada udang sebalik batu’.

        Kalau dikaitkan dengan sejarah ketamadunan lampau terdapat banyak persamaan dari sudut corak pemikiran tatkala tamadun berkenaan diambang kepupusan.

        Dan kalau tamadun lampau pupus apabila kesongsangan mencorakkan pemikiran, tidakkah kesongsangan yang ada pada kala ini satu petanda satu lagi tamadun bakal runtuh?

  2. pertamanya, tiada undang-undang yang kata salah untuk terima dana asing.

    kedua, tiada juga undang-undang yang kata salah untuk menjadi anti-establishment.

    kalau semua orang wajib menjadi pro-establishment, maka negara kita bukan demokrasi lagi tapi kuku besi. oleh kerana tiada kayu ukuran dari segi undang-undang, maka masyarakat menggunakan kayu ukur moraliti dan politik mengikut kecenderungan/kepentingan masing-masing. tiada pihak yang salah asalkan tidak melanggar undang-undang negara.

    kalau media alternatif/online boleh dikutuk kerana terima modal dan sumbangan asing atau pembangkang, bukankah media arus perdana juga harus dikutuk kerana dikawal oleh parti pemerintah? contoh seperti umno mengawal media prima, nst, utusan, mca mengawal the star, akhbar cina dan mic dalam tamil nesan dan lain-lain.

    lagipun, media arus perdana mempunyai beban yang lebih berat untuk melaporkan berita secara bebas berbanding media alternatif/online kerana mereka adalah ‘mass’ dan ‘mainstream’. tepuk dada tanya selera, mengapa media alternatif menjadi semakin popular dan pada masa yang sama, kadar ‘readership’ atau ‘viewingship’ media arus perdana semakin menurun?

    mengapa edisi online surat khabar the star, utusan, nst dan lain-lain tidak membenarkan pembaca untuk memberikan komen manakala mkini, tmi boleh?

    1. Saudara/i tersilap apabila berkata “mca mengawal the star”. MCA sudah hilang kawalan terhadap media tersebut yang ibarat senjata makan tuan.

      (1) Sekiranya anda baca dengan teliti, yang menjadi isu ialah Malaysiakini menyorok fakta kaitan mereka dengan Soros.

      Saya bagi contoh analogy: Tiada undang-undang yang kata salah untuk Mansor Othman menggelar Guan Eng “cocky” dan “arrogant”. Yang salahnya ialah DCM (I) itu berbohong dengan menafikan dia pernah berkata demikian. Sekarang sudah muncul pita rakaman, dia telan balik penafian yang dikeluarkannya di sidang akhbar pada tempoh hari.

      (2) Memang tiada undang-undang yang kata salah untuk menjadi anti-establishment tetapi puak ini memfitnah. Kita ada undang-undang saman malu. Sebab itulah kerajaan cuba mengetatkan Akta Keterangan (Evidence Act), yakni untuk membendung kegiatan mereka yang kuat memfitnah itu.

      (3) “maka negara kita bukan demokrasi lagi tapi kuku besi”. Negara belum lagi di bawah pemerintahan kuku besi tetapi boleh pandang dulu ke Negeri Kecil Tokong Utara di mana sering dikeluarkan perintah tutup mulut dan di mana sedang berlaku sekarang perang politik ala gaya Ah Long dengan peristiwa-peristiwa simbah cat merah, dsb.

      (4) Bukankan media arus perdana selalu dikutuk dan dilemparkan tohmahan “running dog”, “prostitute”, “sell their soul”, dll kerana dikawal oleh parti pemerintah?

      (5) “Mengapa media alternatif menjadi semakin popular?” Sebab ia memenuhi selera puak yang bloodthisty/gusar itu. WWF (sukan gusti) pun semakin popular, kan? Adakah yang popular itu semestinya yang afdal?

      (6) Anda boleh mengomen di http://www.facebook.com/UtusanOnline, http://www.facebook.com/TheStarOnline dan http://www.facebook.com/nstonline.

      Sementara itu, ramai pembaca, termasuk pengomen di blog saya, yang mengadu bahawa Malaysiakini dan TMI membuang komen yang bercanggah dengan pendirian portal mereka. Contohnya, http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/24/malaysiakini-buang-komen-yang-tidak-sehaluan-dengan-pakatan-rakyat/

      1. Agree, even simple comments that challenge the articles in TMI and malaykini are vaporized, me myself who has a login account in TMI am issued ‘unable to publish due to insensitive’ words, meaning that the TMI has blocked by account or ability to publish comments.

        i didnt think it was worth my time creating a new account coz i am not low like dapsters with multiple identity accounts.

        The same occurred in a public forum skyscrapercity.com in the malaysian thread where DAPsters are the moderators who systematically bully forumers who express their support for BN or at least express agreement with govt projects and policies..

        i myself was lynched when i express disgust over the british high commissioner advise for malaysian on how to behave in front of the alien royalties from the lame UK in a general topic, i was immediately labelled a mahathirist and extremist by DAPster who proceed to mock the King of Malaysia who should be overrthrown before william and kate..

        shows the anglophile mentality of the DAPster and their contempt on the sovereign institutions of malaysia, and on the avatars they display their location in english cities like essex and nottingham to show how engish educated they are but act worse than ah longs online.. lol..

        and typical the DAPSters reign of terror include mocking govt projects and predict failures for malaysian infra that it’s a wonder why they bother register with the malaysian section of skyscapercity.com, as expected they pepper the MRT thread on how singapore is 18 light years ahead of malaysian in terms of transit, how will malaysia will advance with the dapster mentality i dunno?

        _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

        Agree with you wholeheartedly about the DAPster Reign of Terror. But now there’s a fightback compared to a couple of years ago. — Helen

      2. saudari helen:-

        1. kayu ukur saya mengatakan ‘mca mengawal the star’ adalah mca melalui badan pelaburannya memegang saham majoriti dalam the star dan dengan itu mempunyai kuasa kawalan ke atas operasi syarikat tersebut. sama analogi untuk media prima, utusan, nst, tamil nesan dan lain-lain.

        2. tak pasti sama ada terdapat undang-undang/kod etika mewajibkan sesebuah syarikat untuk mengumumkan jika menerima dana asing. sekiranya tiada, bukankah pengurusan sesebuah syarikat berhak untuk tidak mengumumkannya sama ada kepada masyarakat umum, kakitangan dan pelanggan. sebagai sebuah organisasi perniagaan, sesetengah maklumat adalah ‘privy’ kepada pengurusan teratas sahaja.

        3. isu mansor othman ini patut kita kutuk kerana selaku ahli politik yang memegang jawatan pentadbiran, ketelusan amat diperlukan. tak kira barisan nasional atau pakatan rakyat.

        4. berkenaan akta keterangan yang diperketatkan, saya rasa saudari helen bercakap mengenai pindaan seksyen 114A yang baru-baru ini dipinda? beban pembuktian telah dialih dari pihak pendakwa kepada pihak tertuduh. ini bertentangan dengan prinsip umum di mana pihak pendakwa yang seharusnya menanggung beban pembuktian. saya setuju bahawa hak bersuara tidak boleh digunakan untuk memfitnah. tetapi pindaan seksyen 114A akan mengekang hak bersuara yang dijamin perlembagaan. malahan, terdapat ketidaksamarataan layanan terhadap tertuduh yang melakukan jenayah di mana seksyen 114A tidak digunakan berbanding dengan jenayah di mana 114A digunapakai. walaubagaimanapun, kita terpaksa akur kerana 114A telah diluluskan parlimen.

        5. kalau parti politik keluarkan perintah tutup mulut ke atas ahlinya sendiri, tiada apa yang salah. kalau ahli tak puas hati, boleh keluar parti dan bersuara sepuas hati. banyak ahli politik yang sudah keluar parti dan sekarang ini mereka kritikal terhadap parti lamanya. yang ‘kuku besi’ adalah apabila parti pemerintah menutup mulut masyarakat umum dengan menggunakan institusi kerajaan dan tekanan undang-undang.

        6. parti pemerintah sudahpun menguasai media arus perdana dan media kerajaan. pembangkang pula menguasai media alternatif dan online. saya rasa media arus perdana/kerajaan haruslah lebih adil dan seimbang dalam melaporkan berita. ini kerana capaian media arus perdana/kerajaan adalah amat luas dan menjadi sumber utama bacaan masyarakat secara umum. ditambah lagi dengan sekatan seperti perlesenan dan kewangan, parti pembangkang langsung tiada peluang untuk menguasai.memasuki media arus perdana/kerajaan. berbanding dengan media alternatif/online di mana sesiapa sahaja boleh mewujudkan blog, portal atau media sosial tanpa kos yang tinggi atau keperluan lesen. mengapa mengenakan sekatan yang berat untuk pembangkang terlibat dalam media arus perdana/kerajaan tetapi tiada beban yang sama dikenakan terhadap parti pemerintah untuk terlibat dalam media alternatif/online?

        7. saya rasa kita patut hormati hak editor mana-mana media sama ada ‘mainstream’ atau ‘alternatif’ untuk menapis ruangan komen. yang sering dipertikaikan ialah isu komen anti-pembangkang ditapis oleh media alternatif. tetapi masyarakat seolah-oleh lupa bahawa berita pro-pembangkang hampir tiada peluang untuk dipaparkan dalam media ‘mainstream’. yang dilaporkan adalah berita negatif pembangkang dan berita positif pro-pemerintah. contoh terbaru adalah mkini dan tmi turut melaporkan secara terperinci isi kandungan bajet dibentangkan najib. pembangkang juga mengeluarkan bajetnya tetapi apa yang dilaporkan media ‘mainstream’ adalah kenyataan ahli politik pemerintah yang memburukkan bajet pembangkang dan bukannya isi kandungan bajet pembangkan tersebut.

        1. (1) MCA membiarkan sahaja Star untuk memberi tumpuan utama kepada motif cari untung. Pengarang lebih sayang bonus daripada sayang parti.

          (2) Tu syarikat peniagaan. Malaysiakini mencanangkan diri sebagai pejuang konsep ketelusan. Maklumat tentang penglibatan Soros sengaja dirahsiakan, mengikut bekas pengarangnya YL Chong.

          (4) Memang lah saya tak bersetuju beban pembuktian dialih dari pihak pendakwa kepada pihak tertuduh. Namun saya bersimpati dengan matlamat mahu mengekang tersebarnya dakyah dan fitnah sembarangan.

          (6) “media arus perdana/kerajaan haruslah lebih adil dan seimbang dalam melaporkan berita”. Betul. Selangor Times dan Buletin Mutiara begitu dasyhat sekali dalam sikap berat sebelahnya. Hampir tiada langsung liputan diberi kepada pembangkang (BN) kecuali berita negatif yang memburuk-burukkan.

    2. tidak salah kita menerima dana dari pihak luar/asing.

      tapi, kalau kita menerima dana luar/asing, dengan syarat, kita mesti mendukung agenda pihak-pihak asing, maka ini adalah satu bentuk pengkhianatan, treason.

      media alternatif hanya popular di kalangan mereka yang tidak beradab. lihat saja komen-komen di saluran media seperti Malaysiakini. majoritinya berbentuk hasutan, name calling dll. bagi mereka yang tidak bertamadun, media alternatif adalah God sent kepada mereka.

  3. Dear Helen….To whom it may concerned…..WHAT GOES AROUND COMES AROUND. ALLAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA.. IF MALAYSIAKINI WHAT THEY HAVE BEEN WRITING AND PREACHING NOT AGAINST THE GOVERNMENT NOTHING TO WORRY. THE TRUTH WILL ALWAYS PREVAIL.

      1. Ya Ampun ….pakcik harap tulisan ini tidak seriyaukan pakcik. Moga allah memberi kesejahteraan dan kesehatan pada pakcik

  4. Bapakdiktator dunia adalah UncleSam.

    Mungkin kenyataan ini akan ditolak oleh Anglofil tetapi tindak tanduk UncleSam di serata dunia amatlah jelas kediktatorannya.

    Warga dunia marah pada diktator dalam kalangan sendiri tetapi membisu terhadap kediktatoran UncleSam.

    Lebih jelek apabila tenaga dan material UncleSam (bapakdiktator) digunakan untuk menyelesaikan masalah kediktatoran di lain-lain penjuru dunia.

    Cuba bayangkan analogi ini dan buat kesimpulan sama ada beretika atau tidak bilamana tenaga dan material pengedar dadah A digunakan untuk menumpaskan pengedar dadah B yang merupakan pesaingnya.

    Meskipun, pengedar dadah A kata dia ikhlas membantu, namun adakah boleh dipercayai? Tidakkah dengan tertumpasnya si B memberi laluan kepada si A untuk muncul sebagai pengedar tunggal?

    Berbalik pada BapakDiktator, apabila satu demi satu pesaing mereka tumpas, bolehlah mereka mendabik dada sebagai penyelamat dunia walhal tanpa disedari dunia sebenarnya membantu UncleSam untuk muncul sebagai diktator tungggal.

  5. I scratch your back, your scratch mine… takkan bagi peruntukan tak mau apa-apa sebagai balasan… kalau derma 10 ringgit bolehlah ikhlas… kalau dah juta-juta ikhlas my foot. kalau dah termakan budi, lepas ni tergadai body… tapi apa PR nak kisah, untuk kuasa, nawaitu menghalalkan cara.

    1. IDA, how does fit into your equation. [YouTube] Ini bukan PR atau BN tapi keperikamunisian. Tak payah meyusahdiri apa yang halal atau apa yang tak halal.

  6. On more than one occasion, I have been asked why I did not go work for the newspapers. Sure, the initial pay is low, they say, but as you rise up you get a lot of influence and opportunities.

    I never bothered to articulate an answer, yet here Helen has illustrated the scenario perfectly. I just don’t swing that way, thank you.

    1. How with this then, Servant of God [YouTube]. We Malaysian asyik nak jadi bodoh or how we make the politics to make us bodoh for the reality?

      1. Interesting choice of video, MiNY, though apt.

        We are bound to those we accept money from, whether the one holding the purse strings is a chettiar or a senior editor with a hidden agenda.

        As much as I love the written word, I believe the journalist offices in Malaysia is far too toxic to truly develop your skills at moving prose.

        1. Frankly SOG, I am not worried about the journalist, but more keen in cultivating harmony amongst us when humanity & humility between us Malaysians decides how we dictate as a public voice irrespective of our origin or who is holding the purse or a editor’s hidden agenda.

          You see you cannot hide from the truth, it will eventually surface and the sooner we are ready to accept as the public it is better for our community. Thank you for taking the time in watching the video.

  7. STAR sudah jadi gunting dlm lipatan. Tiada kebebasan yg tidak terhad. Dlm beragama pun ada undang2. Kalau semua nak bebas, saya cabar Hannah Yeoh keluar bersiar2 di Subang Jaya dlm keadaan berbogel. :)

Comments are closed.