Posted in Papa DAPster

Tokong Ular yang masyhur di P. Pinang

Selain pantai, Bukit Bendera dan bandar bersejarah Georgetown, Pulau Pinang juga ada beberapa tarikan luarbiasa yang suka dikunjung para pelancong.

Di antaranya ialah Tokong Ular.

Gambar oleh Khalruzi Yazid; sumber: Malaysia My Second Home

Tokong ini terletak di Sungai Kluang dekat lapangan terbang di Bayan Lepas.

Ia lain daripada yang lain. Tokong jenis macam ini yang penuh ular-ular jarang dijumpai di mana-mana tempat di semenanjung kecuali Pulau Pinang, dan mungkin berhala kecil di Subang Jaya.

Suratkhabar Utusan edisi hari Ahad telah mewawancara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.

‘Speech bubbles’ (bebola pertuturan) dicekup daripada rencana Mingguan Malaysia (Sept 30) berjudul ‘Jangan tertipu dengan DAP – Tunku Aziz‘.

Mantan naib pengerusi DAP itu dipetik sebagai berkata:

“Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP.”

Gambar-gambar Tokong Ular Pulau Pinang diambil dari Internet.

Spesies ular yang dibela di tokong tersebut ialah Wagler’s Pit Viper dan Green Tree Snake. Adakah semua spesies ular mempunyai lidah bercabang?

Tabiat ular-ular yang hidup di tokong itu ialah untuk pusing memusing.

Badannya diputar-belit atas dahan dan ranting pohon yang ditanam di pasu. Bermakna ular bukan berada di alam semulajadinya (natural habitat) tetapi ia dipindah (transplanted) … mungkin dari Melaka.

Ular-ular di tokong ini diberi makan cukup kenyang.

Tengok sahaja pada bonjol di bahagian perutnya.

Maklumlah, Pulau Pinang walaupun hanya sebuah negeri kecil tetapi ia kaya-raya dan mendapat tumpuan orang berkepentingan.

Tapak tokong ular itu dihadiahkan oleh seorang Inggeris bernama David Brown kepada tabib Cina yang berjaya merawat penyakitnya (sumber: laman pelancongan rasmi Pulau Pinang).

Pemberian tanah milik Brown itu dibuat oleh estetnya. (Estet: Satu istilah perundangan bermaksud segala tanah, rumah dan harta milik seseorang, merangkumi individu yang sudah meninggal.)

David Brown ini ada kaitan juga dengan Kg Buah Pala:

Kg Buah Pala – yang tanahnya diamanahkan keluarga peladang Brown kepada buruh India mereka – telah menjadi tempat kediaman cucu-cicit pekerja-pekerja India itu selama lebih 110 tahun … sehinggalah pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd berjaya mengambil alih hakmilik selepas berlakunya pengkhianatan oleh ketua-ketua DAP Pulau Pinang — baca sini.

Gambar oleh Zainuddin Ahad / Lim Beng Tatt

Penduduk tempatan membuat lawatan ke Tokong Ular untuk menyembah berhala yang entah kanapa boleh begitu popular di kalangan masyarakat Pulau Pinang.

Hari kebesaran untuk meraikan dewata Tokong Ular ialah hari ke-6 bulan pertama mengikut kalendar orang Cina. Pada hari tersebut, pertunjukan opera Cina diadakan di perkarangan tokong.

Anda mungkin juga meminati:

Bajet bina tokong-tokong

Cockiness is contagious: Big Tokong sprouting little tokongs

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on “Tokong Ular yang masyhur di P. Pinang

  1. itu hari dalam tahun 2007 saya pi tengok ulaq takdak. saya tanya penjaga tokong, awat ulaq takdak, pi mana semua? itu penjaga cakap, ulaq banyak lari dan hilang. saya tanya dia, apapasai tarak tambah ulaq, nanti semua pelawat/pelancong dan penyembah tokong marah sebab tokong ulaq takdak ulaq. dia cakap, mau ganti, mau tambah, sudah on the way…

    lepas tu 2008 sampai sekarang saya belum re-visit tokong ulaq. baguslah kata blog ni dah ada tambah ulaq kat sana. sekurang-kurangnya tokong itu bukanlah indah khabar dari rupa… next time saya re-visit, nak tengok species ulaq lidah cabang tiga, dengaq kata ada juga di sana.
    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Lepas 2008, tokong tu ada dah ular-ular import. — Helen

    1. Helen, I.D.A.

      Saya juga ada sesuatu tentang ular,

      Ular bukanlah spesis yang menyendiri sebaliknya boleh berkawan cumanya apabila berkawan, mereka hanya memilih ular lain yang ada ciri-ciri serupa. Dalam kata lain, mereka pilih kawan — ular assobiyah.

      Makanya, ular yang kuat membelit dan bercabang-cabang lidahnya akan berkawan dengan ular yang suka membelit dan memiliki lidah bercabang jua.

      Dan apabila ular yang berlainan corak tetapi memiliki tingkah-laku yang sama diletakkan atas dahan yang sama, mereka akan membelit satu sama lain sambil menjelir-jelirkan lidah ke kiri, kanan, atas dan bawah untuk tujuan yang khusus.

      Bukan tujuan mereka hendak bertarung bagi menentukan siapa yang kuat atau corak kulit siapa yang tercantik tetapi mereka bersaing dalam aspek siapa paling handal membelit dan paling kreativitif dalam penggunaan lidah yang sedia bercabang itu.

      Diakhirnya akan muncul ular yang paling dominan, iaitu akan otomatik jadi ketua penyerang. Ular yang sederhana kuasa belitan dan kuasa lidahnya akan jadi pembantu utama.

      Sementara ular yang paling lemah kuasa belitan dan kurang kreatif dalam penggunaan lidahnya akan dijadikan sebagai ular penghias tokong, sarkas atau pertunjukan ular.

      1. Ular itu bukan ular kalau kita ini are real for life. This life is something like this [YouTube]. There is nor shortage in live if we are humane for one other.

  2. Kita memberi sumbangan modal kepada DAP apabila kita gelar dia tokong.

    Helen, tidak pelik ke setiap kali DAP atau para pemimpin mereka di serang dengan unsur-unsur berkaitan dengan budaya/tradisi kaum Cina, sokongan kepada mereka meningkat dengan begitu ketara.

    Ini nasihat saya. kalau kita orang Melayu, orang pro-establishment nak “menyerang” DAP dan pembangkang, kita kena serang dasar mereka, polisi mereka sepertimana yang Najib katakan, DAP dan pembangkang ni sekadar memberi janji-janji kosong, janji-janji manis sahaja. Kita harus fokus pada aspek tersebut.

  3. ular sesuai, beruk pun sesuai…

    Beruk-beruk Yang Dipakaikan Baju

    sayang aku tak punya sajak panjang
    tentang beruk-beruk yang dipakaikan baju
    untuk dipajang di sepanjang Jambatan Pulau Pinang
    beruk-beruk yang memiliki pejabat dan pemandu
    tetaplah dalam keberukannya; walau bertambah ranggi
    beruk-beruk mendapat bunga berkelopak mutiara
    beruk-beruk terkena belacan Pulau Aman, hilang deria sensitiviti
    telus mencari kutu, tahi lalatpun turut disapu
    berdarah-darah kepala bangsaku
    beruk-beruk di Botanical Garden makan bersuap
    bukan kerana habitat musnah, kerana tidak amanah
    beruk-beruk memusnahkan gerai perniagaan
    bukan kerana tak diberi cukup makan, tapi…
    kerana dipakaikan baju, oleh majoriti bangsaku.

    23-11-2011

    ular lidah selain bercabang, ia suka membelit-bila kenyang duduk diam.

    beruk pula clumsy dan mudah beserk bila agitated. tak caya cuba pi botanical garden. di sana beruk-beruk dah jadi terlalu berani hingga merampas barang di tangan orang… kalau tak bagi barang beruk mengamuk.

      1. Nanti we are classified besides being humane on how it serves what is politically right. No!!!

    1. The bloggers’ (pro-Umno vs pro-PKR) swordplay most entertaining. The pro-PKR bloggers got punked, hahaha.

    2. joe,

      tambah api sikit.

      pelangi taiwan lebih cantik dari penang punya… macam barbie doll… jenuhla bini dia nak kena pi buat ‘body’ cam barbie sbb nak kembalikan minat laki dia. lepas issue pelangi penang itu hari, bini dia bukan main bergaya dengan pakaian yg cantik-cantik. tapi kedut dan lemak berlebihan memang makan masa yang lama untuk diperbaiki…

      1. Mari tambah cili lagi: orang kata pelangi import dari Taiwan dituduh sebagai international high class hooker, terbang sana-sini. Rate-nya TWD 680,000 satu trip. Orang kata la…

Comments are closed.