Guan Eng adakah Kristian dan pertembungan tamadun

October 7, 2012 at 12:50 pm 26 comments

Berapa buruknya prestasi PAS dan MCA pasca PRU13 bakal menentukan kebarangkalian konflik agama meruncing.

Di kala pemilih Cina berduyun-duyun mengalih kepada DAP, undi Melayu pun berpusu-pusu kembali balik Umno waima (Newton’s Third Law of Motion) bahawasanya untuk setiap tindakan akan timbul suatu tindakbalas dalam arah bertentangan.

Bermula dengan kemenangan bekas menteri besar Isa Samad dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang, BN telah menang tujuh PRK berturut-turut — lihat jadual bawah.

Faktor Kristian di Sarawak

Dalam sejumlah 16 PRK yang dijalankan selepas PRU Mac 2008, Pakatan menang lapan, BN menang lapan. Pakatan menang semua dalam tahun 2008-9 kecuali satu kerusi pribumi di Sarawak manakala BN menang semua dalam tahun 2010-11 kecuali satu kerusi Cina di Sarawak.

Di blog The Unspinners: ‘Kuching Christian preacher call Muhammad mentally unstable

Pakatan memuncak sepanjang tahun 2009 bermula daripada kejayaan ketua umumnya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sehingga Salleh Man (PAS) di Permatang Pasir – kedua-dua kerusi Pulau Pinang.

Akan tetapi selepas kejayaan awal tersebut, komponen Melayu-Islam gabungan itu tidak lagi mampu mengugat kebertahanan Umno.

Selepas 2009, Pakatan tidak menang apa-apa PRK kecuali Sibu di mana rombongan politikus evangelis DAP telah bertandang dari semenanjung ke Sarawak untuk bermain politik Kristian.

Selepas titik peralihan Isa Samad pada penghujung 2009, Umno secara konsistennya mengalahkan PAS dan PKR.

Dr Chua bersembahyang memegang colok / Guan Eng di gereja

Star akur MCA parti ‘dinosaur’

Untung kalah Umno-PAS dan MCA-DAP ibarat jongkang-jongkit kerana masing-masing menimba sokongan daripada perigi yang sama; Umno kuat, PAS lemah, DAP kuat, MCA nyawa-nyawa ikan.

Sempena sambutan ulangtahun MCA, Dr Chua Soi Lek berjanji dalam ucapan yang disampaikannya pada 26 Feb:

“The party has decided that it would not take up any government positions after the next general election if it did not perform well.”

MCA dijangka keluar kerajaan kelak sebab kata mesti dikota.

Zulkifli Jalil, seorang pengarang Utusan, menulis:

“Seingat penulis kali terakhir melihat sekumpulan besar lebih 50 wartawan dan jurugambar akhbar-akhbar Cina berkumpul ialah pada dini hari 9 Mac 2008.
.
“Waktu itu di sebuah bangunan di George Town, Pulau Pinang ketika sedang menunggu pengumuman rasmi kemenangan bersejarah DAP merampas Pulau Mutiara daripada Barisan nasional (BN). […] Cuma apabila diumumkan ketibaan para pemimpin DAP diketuai Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, hampir kesemua wartawan akhbar Cina bersorak dan saling berpelukan dengan kepemimpinan DAP meraikan kemenangan tersebut.
.
“Bagi penulis, itu adalah reaksi spontan wartawan-wartawan berkenaan …”

.
Rasa-rasanya para wartawan Star yang pro-evangelis akan melaungkan takbir apabila MCA dikuburkan nanti.

Rencana Berita National Evangelical Christian Fellowship (edisi Mac-Apr 2008 majalah)

Pemandangan selepas air bah

MCA dijangka lingkup angkara sentimen masyarakat Cina yang diapi-apikan bukan sahaja oleh pihak lawan malah oleh jentera medianya sendiri.

Jangan kata orangramai, pemimpin MCA sendiripun tinggalkan parti.

Bekas naib presidennya Jimmy Chua Jui Meng sekarang sudah menjadi naib presiden PKR. Beliau mendakwa undi sebilangan besar ahli MCA akan berhijrah ke Pakatan — baca rencana bertajuk MCA Tidur & Tak Buat Kerjadi laman Media Cyber.

Seorang lagi yang menyertai PKR ialah bekas timbalan Wanita MCA Tan Yee Kew. (Politikus BN yang masuk Pakatan tidak digelar “katak”; hanya politikus Pakatan yang masuk BN akan dilabel “katak” — inilah keistimewaan politik Jom Ubah.)

Selain si born-again Christian Jimmy Chua yang sering berkhutbah politik di gereja, seorang lagi pemimpin Kristian MCA Lee Hwa Beng – bekas Adun Subang Jaya – juga berjinak-jinak dengan DAP.

Buku Lee Hwa Beng berjudul PKFZ: A Nation’s Trust Betrayed dilancarkan oleh Lim Kit Siang.

Jika ada yang hairan Lee Hwa Beng masih dalam MCA, lebih ramai lagi yang hairan kenapa MCA membiarkan Gunting tinggal bersemat dalam lipatan

PAS dan Umno merujuk?

Sekiranya PAS ditolak pemilih Muslim dalam PRU akan datang, mungkin parti Islam itu akan bermuhasabah diri sama ada ia mahu terus bersekongkol dengan DAP.

Walaupun tidur sebantal, nyata bukan sahaja mimpi lain-lain tetapi perangai dan percaturan munafik sesetengah politikus evangelis DAP itu bagai igauan ngeri.

The Unspinners pernah bertanya adakah ‘Hadi setuju Sarawak negara Kristian?’

Dr Siti Mariah Mahmud (PAS), Dr Mashitah Ibrahim (Umno), Zahid Hamidi (Umno), Salahuddin Ayub (PAS)

Apabila PAS and Umno keluar ke jalanan untuk memprotes filem hina Nabi pada tempoh hari, adakah rakan-rakan DAP berganding bahu dengan ahli-ahli PAS ikut membuat bantahan?

Sebaliknya pula pemimpin evangelis DAP seperti Ngeh Koo Ham dipandang sebagai bersifat cocky dan arrogant terhadap umat Islam.

Lambat-laun, PAS pasti hilang sabar juga kerana sudah tidak mungkin dibendung lagi tabiat penyokong DAP yang suka mencerca dan memfitnah.

Kalau hari ini Umno dan Melayu dipandang sebelah mata, adakah pada hari esok si DAPster-DAPster yang tidak kenal batasan akan tahu menghormati sempadan sensitif yang lain?

DAP gerakkan gelombang gereja

Sila baca ‘Menjelang PRU13: LGE mula gerakkan gereja‘ di blog Mymassa.

Juga ‘Politik perang salib DAP’.

DAP dan penyokong-penyokongnya terbawa-bawa ketamadunan Barat (Christendom).

Hakikatnya konflik di antara penganut agama Islam dan Kristian berlaku di merata-rata tempat di dunia. Rujuk ‘Christian-Muslim axis of conflict’

Sedangkan orang yang bangsa dan bahasa mereka sama pun boleh bertelagah gara-gara perbezaan agama, inikan pula di Malaysia di mana Chan Li Lian, Pegawai Khas Guan Eng, mentweet “I think all Christians shud march for all the persecution they had done to us and our Lord”.

Sumber gambar (ikut pusingan jam): AFP, 247, Photo News, AFP, Reuters

Serangan berlaku (ikut susunan gambar) di Alexandria, Mesir (1 Jan 2011), Jos, Nigeria (7 Mac 2010), Garissa, Kenya (1 Julai 2012), Kaduna, Nigeria (18 Jun 2012) dan Otite, Nigeria (7 Ogos 2012).

Baca juga pembunuhan di Pakistan dan Niger.

Advertisements

Entry filed under: Evangelis. Tags: , , .

Already Christmas mood! October uber Anglophilia Hot air baboon

26 Comments Add your own

  • 1. Mazlan Zainal  |  October 7, 2012 at 2:50 pm

    Saya benar-benar berharap orang-orang cina mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian pergaduhan yang berlaku di merata dunia disebabkan perselisihan kaum dan agama. Jangan nanti diratapi nasi yang sudah yang menjadi bubur. Jika ianya nya berlaku saya juga akan tidak teragak-agak bertindak untuk mempertahankan bangsa dan agama saya. Lebih baik mati berlawan daripada bangsa dan agama di hina dibumi sendiri. Salam.

    Reply
    • 2. Temelian  |  October 7, 2012 at 11:43 pm

      Saya juga seperti anda. Dan saya percaya majoriti melayu dan islam bersama dalam perjuangan kita. Diharapkan agar jangan ada pihak yang memaksa kita membuat pilihan.

      Reply
      • 3. Salhas  |  October 8, 2012 at 1:50 am

        Tapi orang PAS tak bersama kita. Mereka berjuang ikut telunjuk Nicky yang berkawan baik dengan Dapsters yang rata-rata pro Kristian. Kalimah Allah pun mereka sanggup sokong untuk digunakan oleh orang-orang Kristian. Hassan Ali yang berjuang menghalang usaha kristian memurtadkan orang Islam di tendang keluar dari PAS.

        Reply
    • 4. Pakatan Puak Pembohong  |  October 8, 2012 at 9:48 am

      apa yang membimbangkan, pada pandangan saya, kaum Tionghua merasakan, sekiranya berlaku konflik antara kaum di Malaysia, mereka boleh mengharapkan bantuan dari luar, iaitu Barat. ini yang paling membimbangkan.

      dalam perbualan saya dengan rakan-rakan Tionghua saya, mereka memberitahu saya bahawa wujud persepsi di kalangan orang-orang Tionghua, terutamanya golongan muda mereka, bahawa jika tercetus konflik antara kaum di Malaysia, mereka yakin, amat yakin, Barat akan datang membantu mereka.

      Reply
      • 5. sabbas48  |  October 8, 2012 at 4:02 pm

        semua orang melayu dan islam harus khuatir, kerana jika terjadi demikian akan jadilah satu lagi Bosnia, dimana negara ini akan dipotong seperti kertas kepada 3 bahagian. saya harap orang-orang cina perlu faham bahawa negara ini adalah sangat berharga bagi kita semua. saya berharap di dalam mengejar kuasa politik isu kaum, agama dan hak istimewa tidak terlalu dipolitikkan sahingga menimbulkan kebencian dan huru-hara.

        Reply
  • 6. Arm  |  October 7, 2012 at 4:04 pm

    Bumi malaysia ini dirahmati oleh Allah dan telah ditakdirkan ada bangsa Melayu, Cina, India dan lain2nya yang berlainan bahasa, agama dan adat resam. Ini satu rahmat yang (kami?) saya terima dan ingin anak cucu saya merasainya.

    Kepimpinan tidak sempurna, tetapi hasil kebijaksanaan pemimpin dahulu malaysia jadi seperti hari ini…….Andai kata Malaysia sejak merdeka tidak seperti yang kita ketahui…ambil sahaja tahun 1997-98…lihat sahaja apa berlaku di Indonesia.Apa terjadi kepada bangsa Cina.

    Mohon dilindungi Allah, semoga kawan2 Cina saya tidak mengalami peristiwa2 seperti itu. Pemimpin UMNO pun tidak sempurna, tetapi sebagai institusi, ianya adalah terbaik yang kami ada. MCA telah banyak menabur jasa kepada masyarakat Cina tetapi apakah ia Dinasour? Kenapa DAP ada pemimpin dinasour?

    Kak Helen…semoga masyarakat Cina tidak memandang dunia mereka sahaja, pandanglah dunia ‘kita’ ini.

    Reply
  • 7. bersatu aman sejagat  |  October 7, 2012 at 4:36 pm

    PAS anytime….boleh keluar Dari pakatan…..DAP Jgn happy sangat…..org melayu pandai politik…….kalau tak percaya….sila tunggu…

    Reply
  • 8. OrangBukit  |  October 7, 2012 at 4:50 pm

    Pilihan sekarang ialah adakah hendak berlaku ekstremis dengan merobohkan segala-gala yang telah terbina dan tersusun dengan baik dan indah, seimbang dan harmoni….atau meruntuhkannya supaya peruntuh akan merasakan dialah seorang yang menang.

    Di manakan win-win situation di sini….?

    Negara-negara yang kerajaannya (walaupun kerajaan dianggap diktator) dijatuhkan secara kekerasan….tidak pernah aman hingga sekarang… Contoh mudah, Libya, Iraq, Mesir, termasuk Israel….sendiri… Politician especially those from Oppos…. and those yang very desprate.,…akan buat apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka… walaupun negara hancur.

    Reply
  • 9. Rabbit  |  October 7, 2012 at 5:02 pm

    Saya ndak buat sedikit spekulasi PRU13. BN kalah tipis 2 kerusi. PR akan menubuhkan kerajaan. MCA kalah semua kerusi. DAP menang besar dan paling banyak kerusi di Parlimen. Hasrat PAS untuk laksana hudud ditolak mentah-mentah.

    PAS rujuk UMNO dgn 1 syarat – hudud. UMNO setju. UMNO dan PAS tubuh kerajaan dgn majoriti 2/3.

    Undang-undang hudud dilaksanakan

    Reply
    • 10. I.D.A.  |  October 7, 2012 at 6:57 pm

      lawa juga teori ni… apa-apa pun boleh berlaku dalam dunia politik. kata orang kampung saya sebutan sebenar politik diambil dari kata ‘pulas taik’. :)

      Reply
    • 11. Salhas  |  October 8, 2012 at 9:35 am

      Lima tahun kemudian banyaklah orang-orang Islam kudung tangan, kaki dan mati dihumban batu.

      Reply
      • 12. mimd  |  October 9, 2012 at 12:54 am

        maharaja lawak..kamu ini

        Reply
    • 13. Pakatan Puak Pembohong  |  October 8, 2012 at 9:57 am

      boleh jadi, tapi pada pandangan saya, kaum Tionghua tidak pernah terfikir akan jadinya situasi ini. dalam perbualan saya dengan rakan-rakan Tionghua saya, persepsi di kalangan orang-orang Tionghua, terutamanya golongan muda mereka, mereka beranggapan bahawa PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO kerana antara PAS dan UMNO wujud terlalu banyak perbezaan.

      sebenarnya, jika seseorang itu adalah pemerhati politik yang berpengalaman, beliau akan dapati bahawa, sebenarnya, PAS dan UMNO mempunyai banyak persamaan, jauh lebih banyak yang diketahui oleh orang-orang Tionghua. akan tetapi, kerana keangkuhan kaum Tionghua lah, mereka “missed the whole point”.

      Reply
  • 14. I.D.A.  |  October 7, 2012 at 7:03 pm

    Guan Eng adalah seorang pro-politius kristian evangelist- ini pasti.
    Agamanya – mungkin dah convert kut menjadi kristian wahabi (adaka?)

    Percayalah, keamanan jauh lebih baik. Tapi umat Islam akan mula bertindak jika merasakan agama mereka terancam. Bila agama terancam umat Islam akan melupakan landasan politik. Bila ini terjadi, kaum lain akan turut merana.

    Tapi, percayalah… keamanan jauh lebih baik!

    Reply
  • 15. Khairul  |  October 7, 2012 at 9:03 pm

    Jika PAS diberi kebebasan yang luas memperkudakan ummah Islam melalui ceramah2 tazkirah mereka, apakah kita patut menidak kehendak paderi2 berkempen untuk DAP?

    Cadangan aku kita sebagai rakyat Malaysia perlu menentang sebarang penggunaan agama sebagai dasar sesebuah parti tetapi, adakah kerajaan pusat mempunyai telur untum melaksanakannya?

    Reply
    • 16. atas pagar  |  October 7, 2012 at 11:15 pm

      penyelewengan agama untuk kesenangan duniawi bukanlah baru tetapi telah lama berlaku. ia bukan saja melibatkan agama Timuran malah agama keBaratan juga diselewengkan untuk nikmat keduniaan.

      contoh terkini ialah pendakwaan terhadap pembantu lelaki kepada Tuan Pope di mahkamah Itali atas dakwaan membocorkan maklumat dari fail yang mengandungi rahsia penerimaan sumbangan secara tidak telus dan ada unsur-unsur ketidakadilan.

      Reply
  • 17. BUJAL  |  October 7, 2012 at 9:28 pm

    Pas bercantum UMNO agak sukar berlaku kerana

    1) PAS telah berjaya menunjukkan kepada bukan islam yang ianya parti mesra bukan islam, bukan bertaraf taliban, hingga Dato’ Nik Aziz telah menjadi lagenda dengan cerita cerita agung yang dicanang oleh bukan islam, betapa istimewanya insan ini. Jadi untuk ‘menderhaka’ kepada kisah epik ini, adalah satu keputusan sukar, yang menyebabkan bukan islam hilang rasa hormat

    2) UMNO telah dijadikan penjenayah nombor satu didunia sehingga dihina dengan perkataan yang habis jahat, sehingga perlu adanya satu revolusi besar besaran memusnahkan UMNO, secara halusnya memusnahkan penguasaan melayu. Jadi nak reverse balik cerita ini agak sukar, seolah macam bercerai talak tiga.

    Apapun Tuhan maha berkuasa atas sesuatu……

    Reply
  • 18. BUJAL  |  October 7, 2012 at 9:35 pm

    MCA mungkin berasa tiada apa apa yang perlu diperjuangkan lagi, berasa lebih baik beri jalan kepada DAP supaya cina tak berbelah bagi, lagi pulak, tiada apa nak direbutkan lagi, yang ada di dalam MCA mungkin bukan untuk merebut kuasa atau sumber ekonomi, atau menahan nafsu kerana melihat cina mungkin ada peluang berkuasa, jadi lebih baik jangan kacau daun.

    MCA macam dah tak bersemangat sementelah rakannya UMNO di pukul kiri kanan depan belakang, dan sesekali MCA juga tumpang sekaki dengan mengomen tentang islam, termasuk hukum hudud yang menyebabkan UMNO serba salah, atau mungkin MCA adalah gunting dalam lipatan dalam BN……

    Reply
  • 19. atas pagar  |  October 7, 2012 at 10:50 pm

    Kak Helen,

    “innocence of muslims” adalah satu bukti semasa bahawa penganut agama Barat tidak akan berhenti menyakiti perasaan penganut agama lain.

    usaha seumpama itu tidak akan berhenti malah apabila ‘kebebasan bersuara’ menjadi pendorong, ia (penghinaan ini) akan berterusan kerana matlamat akhirnya ialah dominasi dalam semua aspek kehidupan termasuk agama.

    soalan: akan berjayakah Barat? lebih penting di sini apakah ‘pertembungan antara buku dan ruas’ akan berubah skala dan metodologi yang mana hasilnya adalah ‘menang jadi arang, kalah jadi abu’?

    Reply
  • 20. Ahmad  |  October 7, 2012 at 11:57 pm

    Orang cina memang pandai menggunakan orang melayu dalam percatura politik mereka. Selepas PRU12 yg lalu orang melayu diberi sedikit gula gula dinegeri yg diperintah oleh mereka dgn harapan mereka tidak dipandang sebagai parti perkauman. Tapi percayalah selepas pru13 nanti dan ditakdirkan pembangkang menguasai kerajaan persekutuan maka barulah orang orang melayu tersedar dari tidur terutamanya orang orang PAS dimana orang melayu akan tersisih dari arus pembangunan setelah DAP mendapati diri mereka kuat.

    DAP pastinya akan menang besar semasa pru13 nanti dan PAS pula akan kalah teruk dikawasan majoriti pengundi melayu kerana pas telah melacurkan teras perjuangan islamnya demi mencapai cita cita utk menguasai putrajaya.

    Jika ditakdirkan BN berjaya mengekalkan kuasa slps PRU13 nanti sudah pasti barisan kabinet yg dibentuk adalah terdiri dari wakil wakil dari UMNO dan wakil wakil dari sabah & sarawak yg setia menyokong kerajaan yg ada sekarang. Maka orang orang cina dinasihatkan jangan pula menyalahkan orang melayu kerana anda yg telah membuat pilihan dan andaikata anda dipinggirkan jangan sesekali menyalahkan kerajaan.

    Reply
    • 21. Pakatan Puak Pembohong  |  October 8, 2012 at 10:03 am

      saudara, jika BN menang PRU akan datang, saya berharap, BN akan “extend an olive branch” kepada orang-orang PAS dan PKR Melayu yang mesra BN. dengan ini, Melayu akan dapat bersatu.

      Reply
      • 22. MalaysianinNewYork  |  October 8, 2012 at 10:08 am

        Really only Melayu, not Malaysians? Howlah to feel like P. Ramlee? [YouTube]

        Reply
        • 23. The Dictator  |  October 8, 2012 at 10:34 am

          is that all you can do ?

          Reply
  • 24. random  |  October 8, 2012 at 12:21 am

    Owh man! What’s with the gory pictures?

    Anyway is Lim Guan Eng buddhist or Christian? He speaks like he’s one of them christians.

    Reply
  • 25. Admin  |  October 8, 2012 at 12:48 am

    Cina 86 percent bukan Christian. Hanya 11perecnt christian. Banyak born again. Atau masuk Christian setelah murtad agama lain.

    Bahaya lah mahu cakap keadilan dalam gereja, hendak hendak di Semenanjung.

    DAP ni tidak ada kerja lain kah?, bagi chnace perintah, buat ona dengan kaum melayu dan india. Perintah lah baik baik jangan main tipu tipu pakai gangster.

    Reply
  • 26. Secangkir kopi  |  October 8, 2012 at 8:28 pm

    DAP tahu, PAS pada bila-bila masa boleh tukar gear. Disebabkan itu, mereka DAP sedang berhempas pulas dalam hendak menampakkan Parti mereka adalah mesra-melayu islam.

    Seperti mana pada mulanya lee kuan yew turun ke kampung di Singapura dengan memakai songkok, seperti itu juga DAP lakukan pada masa sekarang. Dengan ditambah oleh kata-kata oleh tunku aziz, ternyata DAP terlalu agresif untuk menjaga parti mereka agar ‘agenda utama’ itu tidak goyah.

    PR dianggotai oleh 3 parti berteraskan berlainan ideologi, namun agenda mereka adalah sama. Yang membezakan, terdapat mereka yang tahu akan agenda tersebut, dan mereka yang tidak tahu akan kewujudan agenda tersebut.

    Moga DAP akan lebih jujur dalam memastikan negara Malaysia akan jadi negara kristian, dan usah lah nak berdolak dalih dalam hendak menafikan hal tersebut.

    Mungkin dengan kejujuran itu, segala corak politik di Malaysia akan berubah dimana terjadinya sesuatu yang mengejutkan yang membawa perubahan positif dari sudut realiti.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

RSS Ismaweb

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Kalender

Pengunjung

  • 7,615,846 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: