Posted in Gunting Dalam Lipatan

Kalau sudah nazak takde apa lagi yang boleh dibuat

‘Undang-undang hudud: [Polemik] Untuk mengalih perhatian umum atau ianya mungkin mencetuskan krisis?’ adalah tajuk perbahasan di antara ketua biro publisiti Pemuda MCA dengan ketua publisiti kempen pilihanraya DAP.

Acara tersebut yang diadakan dalam bahasa Cina telah berlangsung semalam dalam dewan penuh sesak di Wisma Teng Chin, Klang.

Kebanyakan para hadirin terdiri daripada beratus-ratus orang penyokong DAP yang kerap bertepuk sorak tatkala ‘Superman’ – iaitu nama timangan Hew Kuan Yew – tampil berucap.

Sementara itu pula kedengaran suara-suara sumbing (ejekan ‘boo’) apabila lawannya, wakil MCA Kow Cheong Wei sedang menyampaikan hujah-hujah beliau.

Superman fighting for Justice, Righteousness and the DAP

Seperti yang boleh dijangka, akhbar The Star tidak membuat apa-apa liputan perbahasan hudud tersebut.

Manakala laporan-laporan media alternatif pastilah berpihak kepada si pemidato DAP.

Sungguhpun MCA dikatakan sebagai tuanpunya The Star namun suratkhabar itu langsung tidak menaruh minat terhadap politik Cina tempatan.

Mesyuarat majlis tertinggi BN dijalankan kelmarin untuk membincangkan kebersediaan jentera pilihanraya parti-parti komponen menghadapi PRU13.

Timbalan pengerusi BN Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa secara amnya media milik parti-parti komponen sudah mula bergerak.

(Kecuali adanya satu yang terlantar di bilik kecemasan ICU dan mungkin tidak mampu dipulihkan lagi.)

The Star membisikkan talkin bagi Parti Dinosaur Pupus … Amin

Author:

I have no Faceook or Twitter.

21 thoughts on “Kalau sudah nazak takde apa lagi yang boleh dibuat

  1. sangat berkesan kata-kata ini :
    “The Star membisikkan talkin bagi Parti Dinosaur Pupus … Amin”

    apa fungsi en kamal koh (seorang cina muslim?) dalam perbahasan ini. adakah beliau seorang moderator atau panel? beliau sepatutnya boleh mencerahkan tentang hudud…

    macam biasalah, pas, pkr dan dap akan boo sesiapa yang berucap mewakili bn. walau betul sekalipun. tapi kalau ucapan mengarut, baseless, fact-less, mere accusation, spinning etc dari puak PR mereka akan telan bulat-bulat. taksub boleh membuatkan manusia jadi mereng.

    apalagi talkin sudah, amin pun sudah. tunggu apa lagi, kuburkanlah.
    bangkai dinasour busuknya, masyaAllah!
    ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    En.Kamal = PAS, ahli panel — Helen

    1. Helen,

      Apa saja pandangan BN terutama UMNO atau sesiapa saja jika memberi tafsiran berbeza dengan PR akan ditolak. Itu semua orang tahu.

      Jadi saya fikir akan buang masa berbahas pasal Hudud ini. Sebenarnya PAS pun bukan perjuangkan Hudud. Hudud hanyalah alat untuk dapatkan undi. Hudud diperlukan untuk mengingatkan orang melayu bahawa pihak disebelah sana(UMNO) menolak hudud dan oleh itu “wajib” diperangi.

      Berpuluh tahun lamanya PAS meracuni orang Melayu bahawa Hudud adalah perkara pokok dalam Islam. Memang Hudud ada dalam Islam.

      Tetapi PAS gunakan Hudud untuk jadikan alasan untuk tidak mahu “berdamai” dengan UMNO. Jika PAS jujur ia boleh ada banyak alasan untuk berbaik atau berlembut dengan saudara seugama iaitu UMNO.

      PAS tidak langusung cuba yakinkan UMNO bahawa hudud boleh dilaksanakan dan cara untuk laksanakan. Menjerit mahukan Hudud dan beri butiran lengkap bagaimana mahu laksanakan hudud secara teknikal adalah 2 perkara berbeza.

      Yang pertama boleh dilakukan oleh seorang budak 7 tahun. Yang kedua me memerlukan kepakaran cerdik pandai dan perlukan bertahun untuk laksanakan. DAN PAS SENDIRI TIDAK TAHU CARA MAHU LAKSANAKAN.

      DAN PADA UMNO, masa untuk beri talian hayat pada MCA dengan letak calon MCA di kawasan majoriti Melayu SILAP HARIBULAN boleh sebabkan kawasan itu jatuh pada PR walaupun orang disitu suka UMNO.

      It is time MCA faces DAP squarely in Chinese areas, making Choinese to aprreciate the value of their own choices: to be part of the Govt of the day or to “bark” outside the corridor of power.

      1. Hukum hudud dan qisas yang diwartakan sebagai undang-undang di Kelantan dan Terengganu boleh dikaji sebagai landasan pelan induk bagi pelaksanaannya oleh PAS, agaknya.

        1. You have to be the worst most incoherent blogger that dumno has in their pen. Can’t wait to see your rubbish post elections.

          1. Don’t forget to attend your usual Sunday service at the City Harvest Church tomorrow, yah.

    2. oh en kamal dari PAS… hudud PAS tak sama dengan Hudud Islam. hudud PAS dibuat untuk penganut PAS, hudud Islam buat semua. kalau DAP dan MCA nak pencerahan tentang hudud Islam, eloklah bertanya para ilmuan Islam yang sebenar, yang tak ada agenda politik. hudud dan Islam pandangan PAS banyak yang tersasar. pada dasarnya perjuangan PAS juga tersasar bila mereka berpakat dengan DAP dalam PR. PAS mau hudud. DAP kata langkah mayat dulu. ini percanggahan yang obvious sangat.

  2. How about doing a cover of vernacular chinese blog. What is their moderates and hardcore member ‘angle, pitch, sales tactics’ on matters that concern la.

    Malas nak dengar pasal Star/Dap. we want to know more about the ‘Cina bukit’ as we already know the ‘Dap’s Banana”. The ground sentiments and their aspirations.

    It time to know more about them. PLEASEEEEEEEEEEEEEE…… :) ;)

    1. saya rasa cadangan yang bagus, so far blog ini yang agak reasonable untuk ditelaah, maksudnya yang ditangani oleh cina, kalau other blog entahlah.

      mungkin helen boleh bagi rujukan supaya dapat kita sama sama berkongsi maklumat, kalau dari segi feedback diluar sana, esp kat penang, agak mengerikan jugak. harap sample saya silap, bukan nak memusuhi mereka, tapi undi saya mungkin kepada calon yang mindset macam helen……he he….

        1. Thanks, sudah jenguk, at least I feel better a bit my cina friend may not 100% agree with the dirty, lies and aggressive propaganda, I like one comment by a cina friend in no hold barred blog, very simple comment, “While walking alone, this morning, a police car pass by and never stop me and beat me” and there are some cina in singapore says that the seperation is a mistake, hopefully it is for the positive.

        2. Thank for the referal to ‘the one and only’ blog. But view I was the view of ‘cina kampung/ cina bukit’ . Sori if this comes sounding harsh. But the topic here are becoming stale dan balik- balik same viewer and rethorics.
          Helen try to do an Expose on the chinese grouses and aspirations for Malaysia. Just facts, no sentiments.

          Just my 2 sen worth, look at ‘botak’ of Malaysia today. Lately his ‘suggestion’ in his blog have become interesting!

          You need new blood ‘commentor’ to . Take short break dear, consolidate and come back with new perspective. May be revamp your blog a little. You may still have time before the final sprint….;)

          You may not see me commenting much , but be assured I do drop by daily just to keep up to date

  3. hai helen

    jika mca bertanding di kawasan majority cina sahaja ,mca dah lama lingkup.

    pasal hudud ini saya yakin bila sampai masa dan ketika ia akan menjadi kenyataan. yang pasti ia akan dilaksanakan oleh orang islam tak kiralah dari parti apa pun nanti. yang pasti semua orang islam bergerak kearah itu di seluruh dunia

    hudud on the way in malaysia.

  4. Yang saya keliru, kenapa DAP dan MCA membahaskan isu hudud? saya rasa tak perlu, satu lagi aktiviti membazir masa untuk politik malaysia. Tidak untuk pembangunan minda mahupun untuk maraih sokongan, harap jangan ketahap menghina agama islam sudahlah.

  5. MCA dan DAP berbicara mengenai hudud yg mereka sendiri tidak mengetahuinya. Apa pasal nak sibuk pasal hudud dua parti cina ni? Entah bila boleh berbicara di dalam bahasa kebangsaan walaupun kononnya warganegara.

  6. Isu yg dibincang mmg tak sesuai dgn ahli2 panel kecuali sorang Muslim tu.

    Yang aku tak setuju adalah medium perantara yg diguna, adakah sini negara China/Taiwan yg mmg bahasa kebangsaannya Mandarin?

    Sampai bila kesemua ‘pathetic loser’ ni nak sedar sebagai rakyat MALAYsia bahasa kebangsaan kita adalah bahasa Melayu!

  7. Bagi saya biarlah ada DAP dan PAS untuk double check BN. Mereka diperlukan. Sejarah pendek negara kita menunjukkan PAS dan DAP melakukan teguran yang adakalanya berfaedah buat kita semua. Yang patut hapus, PKR. PKR hanya cuba membubar ”balance” yang seda ada,

    moya

  8. objectivenya mungkin untuk memberitahu masyarakat cina parti mana yang paling kuat menolak hudud, mungkin agaknya kalau lagi kuat hudud ditolak, lagi kuat sokongan undi cina,mungkin ini analisa politikus dari parti parti ini, agaknya lah…..i

  9. Kenapa mereka tak nak belajar mengenai hudud atau menjemput mereka yg arif seperti ulama ILMU? Apa ayam dan Itik bualkan dan bincangkan mengenai mcm mana nak terbang tahap burung helang?

Comments are closed.