Andaikata PAS berbaik-baik dengan Umno

October 14, 2012 at 4:48 am 28 comments

Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya berkata terdapat 35 orang Ahli Parlimen yang beragama Kristian.

Dewan Rakyat kita mempunyai 222 buah kerusi. Kalau 35 orang, maka ini bermakna 15.8 peratus daripada MP kita adalah Kristian walhal jumlah penduduk negara yang beragama Kristian “hanya 9 peratus”.

Nisbah Wakil Rakyat yang menganut agama Kristian (15.8%) jauh melebihi kadar penduduk Kristian (9%) dalam negara. Bukankah fakta ini membuktikan golongan Kristian ada pengaruh besar?

Cuba renung:

1. Adakah apa yang berlaku sekarang ibarat “Christian bashing” ataupun ia sebaliknya ustaz Nasha yang kena belasah dengan begitu teruk sekali oleh orang Kristian?

2. Lim Guan Eng mencatat dalam Facebooknya (screenshot bawah) bahawa “Malaysians can no longer stomach the sheer arrogance displayed by such BN leaders …”.

Kenyataan Guan Eng tersebut menerima 106,066 pangkah ‘Like’ daripada pengguna Facebook.

Betulkah pemimpin BN lebih sombong?

Ataupun rakyat sebenarnya sudah muak dengan cockiness and arrogance yang ditunjukkan Guan Eng sendiri serta konco-konco evangelisnya?

3. Orang Melayu digelar dungu dan “moron”.

Para DAPster terikut-ikut tabiat melontarkan tohmahan kerana para pemimpin evangelis mereka menjadi teladan. Lihat bagaimana Guan Eng menengking orang Melayu dengan ungkapan “morons” berkali-kali dalam tweetnya (screenshot bawah).

4. Guan Eng menuduh Utusan membohong (lihat screenshot tweetnya). Dikatakannya Utusan yang dimiliki Umno itu “Once a liar always a liar”.

Agaknya siapa yang terkenal dengan sifat putar-belitnya?

5. Guan Eng juga menuduh Utusan jahat (“evil”) dan berkata suratkhabar itu cuba mencetuskan ketegangan antara kaum. Ingat lagi tak siapa yang pernah dipenjarakan atas kesalahan menghasut?

6. Guan Eng mendakwa bahawa paderi yang suci belaka telah dikambing-hitamkan dengan tidak semena-menanya. Anak buah Guan Eng, Hannah Yeoh, turut mengkritik kerajaan dengan lantang.

Adakah gereja-gereja sememangnya bersikap berkecuali dalam politik?

7. Guan Eng menuduh Utusan yang dimiliki Umno sebagai tidak menghormati orang bukan Muslim.

Adakah media Pakatan selalu menghormati Muslim?

(The Star boleh kira media berjiwa Pakatan).

8. Suratkhabar Melayu dikatakan Guan Eng dan Hannah Yeoh sebagai “hateful anti Malaysian”.

Apakah Papa DAPster, Mama DAPster, pengikut-pengikut mereka beserta media yang menjilat bontot mereka ada menampakkan ciri-ciri Malaysian contoh berbanding dengan orang lain?

9. Guan Eng menuduh Utusan memfitnahnya sebagai telah mengekspoitasi gereja.

Mungkin ianya gereja yang mengekspoitasi Guan Eng ataupun mereka saling mengekspoitasi umpama kerjasama DAP dengan Dong Zong?

10. Adakah The Star sengaja mahu meretakkan hubungan MCA dengan Umno melalui liputannya yang begitu condong kepada Kristian?

Katakanlah hasrat Si Gunting dalam Lipatan kesampaian dan MCA tersungkur seperti dinosaur. Lantaran itu, tinggal Umno sahaja menunjangi kerajaan manakala DAP menjadi tonggak pembangkang.

Maka kerajaan pasca PRU13 akan terdiri Melayu dan Muslim sementara pembangkang terdiri Cina dan Kristian.

Andaikan Guan Eng dan para pengikutnya masih kekal dengan perangai kurang mesra mereka.

Dalam keadaan sedemikian, adakah anda menjangka PAS dan Umno boleh mencapai perpaduan demi mempertahankan Islam dan menjaga kepentingan ummah?

Entry filed under: Mama DAPster, Papa DAPster. Tags: , , , , .

“Terbukti pengundi M’sia dungu,” tulis wartawan pro-pembangkang Begitu ramai sekali YB Kristian DAP di Parlimen!!

28 Comments Add your own

  • 1. Secangkir kopi  |  October 14, 2012 at 6:45 am

    Nampaknya, Lim guan eng sudah begitu panas sekali.

    Mengapa perlu salahkan orang lain, kalau diri terlalu jujur dalam hendak membicarakan perkara yang terlalu sulit?

    Salahkan diri sendiri.

    Dan kepada peminat-peminat Lim guan eng, kamu adalah penentu nasib bangsa kamu di Malaysia ini. Jangan terlalu tamak – sampaikan habis semua juadah dimakan.

    Reply
  • 2. nk  |  October 14, 2012 at 7:31 am

    DULU BAPAK DIA ANTI MALAY
    SEKARANG ANAK DIA ANTI ISLAM

    PATUT LA PAS SUKA.

    Reply
  • 3. abu  |  October 14, 2012 at 8:57 am

    Dalam negara berbilang kaum situasi melayu perintah cina bangkang adalah sangat merbahaya. Kelansungan keamanan negara ibarat bom jangka yang akan meletus mengakibat yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

    janganlah dituruti pemimpin pembangkang ini yang kalau boleh mahu negara ini huru hara supaya Malaysia yang diterajui melayu akan punah ranah. Namun rakyat terbanyak tidak termakan dengan hasutan mereka ini, hanya segelintir sahaja yang beria-ria sangat.

    Reply
    • 4. Antihipokrit  |  October 14, 2012 at 4:07 pm

      Kerana itu puak DAPster ini beria-ia sangat ingin ISA dihapuskan. Sedangkan di negara kiblat mereka RED TINY DOT, ISA masih berkuasa untuk membendung kegiatan subversif. Lim Guan Eng dan angkatan DAP nya semakin angkuh.

      Reply
  • 5. Forrestcat  |  October 14, 2012 at 9:24 am

    The way this incompetent PM wannabe write on twitter is worse than a juvenile. You will not find the likes of Bush, Obama, Mitt Romney or even Najib calling other people morons and fools on Twitter.

    Reply
    • 6. Antihipokrit  |  October 14, 2012 at 4:08 pm

      Berdasarkan bahasa Cina Komunis tersebut, memang selayaknya beliau dihantar ke China Mainland.

      Reply
    • 7. Economist Kampong  |  October 14, 2012 at 5:23 pm

      Lim Guan Eng bukan mengatakan ‘morons and fools’ kepada ‘other people’. Beliau melontar kata-kata ini kepada orang Melayu. Kaum majoriti di Malaysia. Seluruh ahli pas juga adalah kaum Melayu.

      Siapa dia fikir dia ini. Paling ramai yang menyokong dia ialah 50% kaum Cina, 30% kaum India. Campur semua tak sampai 25% orang Malaysia.

      Jelas sangat dia ini KURANG AJAR. Emak bapak dia tak cukup ajar. Maklumlah bapak sibok bermain politik politik perkauman. Emak dia – buat apa?

      Semua itu bukan isu yang kami orang Melayu ambil kisah. Itu pasal dia dan ibu bapa dia lah. Apa yang orang Melayu mahu ialah Lim Guan Eng MESTI meminta MAAF kepada orang Melayu. Kalau dia enggan, kami akan SAMAN dia. Kalau kai tak saman dia pun kami akan HUKUM dia.

      Bila sampai pilihanraya nanti (tak sampai 6 bulan sahaja lagi) kami akan tolak Pakatan Rakyat.

      Padan muka PAS yang yang pilih kafirun sebagai teman manakala tolak orang Islam dan sama kaum sebagai saudara.

      PADAN muka Keadilan. Tak sampai hajat AI menjadi PM pada 2013 nanti.

      PADAN muka DAP. Cita-cita nak ke Putrajaya tak tersampai.

      HOORAY Malaysia. Kita balik ke cara berpolitik secara BERTAMADUN.

      Thank you Helen for highlighting this very serious matters to all our attention.

      Reply
  • 8. Pakatan Puak Pembohong  |  October 14, 2012 at 10:13 am

    dah habis modal, jadi terpaksalah kata BN itu BN ini. bila tak ada kesan, dia pun kata Melayu ini Melayu itu.

    Reply
  • 9. melayubaru  |  October 14, 2012 at 10:38 am

    Melayu akan gelak dan ketawa serta berkata ‘padan muka melayu’

    Reply
  • 10. Khairul  |  October 14, 2012 at 10:40 am

    Menyedihkan pembangkang masih bergantung kpd manusia sebegini utk mewakili mereka, bila dah habis idea mula menghina & mencaci lawan. Ish ish..

    Reply
  • 11. Khairul  |  October 14, 2012 at 10:46 am

    Helen,

    Selagi Nik Aziz masih ada dan masih berpegang kpd jawatannya perpaduan tersebut akan menghadapi halangan besar!

    Jika DAPsters ada tokong KimGE, PASters dah lama anggap Nik Aziz sebagai wali malah tak keterlaluan jika di anggap nabi!

    Reply
  • 12. marhaeman  |  October 14, 2012 at 11:22 am

    Helen,

    ada banyak jenis minyak…minyak aurat untuk kegunaan perubatan, minyak sawit untuk kegunaan domestik, minyak api untuk menggerakkan jentera dan minyak pelicin untuk mengurangkan geseran dan seterusnya pergerakan enjin.

    ada banyak jenis air…air ringan dan air berat, air bersih/air suci, air hujan atau air kumbahan, air itu dan air ini…

    maknanya, kedua-dua bahan di atas mempunyai kepentingan dari sudut kegunaan dan kedua-duanya selayaknya diberikan pujian dan penghargaan atas jasa yang ada, tetapi kalau kedua-duanya diletak dalam satu bekas maka air dan minyak tidak akan bersatu yakni mengusi ruang yang berlainan.

    namun, kalau dimasukkan sabun dalam bekas yang mengandungi air dan minyak…air dan minyak boleh bercampur!

    dalam konteks organisasi-organisasi, ada organisasi yang memberikan khidmat pada umum dan ada organisasi yang memberikan khidmat untuk melicinkan dan melancarkan perjalanan organisasi lain menuju matlamat.

    kalau dulunya organisasi berkiblatkan agama keTimuran (Peace) tidak boleh bertentang mata dengan organisasi berkiblatkan agama keBaratan (Dark). tetapi, kini, apabila ada ‘Organisasi Sabun’ — berkiblatkan Soroisme — Peace dan Dark akhirnya boleh bertentang mata.

    berhubung tajuk artikel ini, Peace dan Anti-Dark tidak akan bercampur kalau satu pihak adalah air dan satu pihak adalah minyak. namun ia bukanlah mustahil kalau ada pihak sanggup jadi sabunnya (contohnya Ustaz Nash) tapi bukan Mike Sabu.

    Reply
    • 13. I.D.A  |  October 14, 2012 at 11:46 am

      marhaeman,
      depa panggil dia mat sabun tapi dia tak boleh jadi ‘sabun’ rupanya hehe

      Reply
  • 14. I.D.A  |  October 14, 2012 at 11:37 am

    salam pagi hampir tengahari dari pulau mutiara.

    umno dan pas boleh bersatu jika agama mereka digugat. seperti cina mengutamakan kecinaan mereka, melayu pula mengutamakan muslim brotherhood mereka. melayu akan bersatu jika mereka merasakan agama terancam. pendapat khairul ada benarnya. selagi TGNA ada dalam pas dan selagi puak anwarinas menjadi gunting dalam lipatan pas, selagi itulah melayu tak dapat bersatu. penggabungan pas umno boleh terjadi sekira puak ulamak mendesak dan menyokong gagasan ust nasha.

    pendedahan demi pendedahan yang dibuat blog ini dan berpuluh blog pro BN tentang kebiadapan dan keceluparan rasis LGE, HY dan puak penjilat bontot mereka telah membuka mata non-partisan malay, tapi atas ketaksuban parti, (walau benci DAP) melayu pas masih bergantung harap agar puak ulamak dapat mengembalikan asas perjuangan parti back to the track…

    bayangkanlah jika puak majoriti ulamak menyokong nasha, tentulah ramai sekali pengikut pas bersetuju untuk bergabung dengan umno. masa itu melayu kembali bersatu dan wakil rakyat kristian DAP akan menghadapi lawan yang kuat serta outnumbered. rakyat cina janganlah takut, politik kebencian dan politik menakutkan hanya ada pada DAP, bukan BN. cina takkan terjejas seperti 55 tahun ini, majoriti 10 orang paling kaya di negara ini adalah orang cina. bukankah ini tandanya, asalkan rajin berusaha, tiada apa mampu menyekat cina untuk teruskan kegiatan ekonomi mereka di negara bertuah ini.

    apa yang cuba dilalukan oleh DAP ialah hasutan, politik kebencian dan politik menakutkan yang sangat keji. cina jangan terpedaya dengan parti chauvinist, pro evangelis dan rasis ini. jangan sia-siakan undi anda. :)

    Reply
  • 15. atas pagar  |  October 14, 2012 at 11:50 am

    Kak Helen,

    anti-penjajahan adalah pernyataan tidak suka terhadap perbuatan penjajahan itu sendiri.

    penghinaan terhadap penjajah ialah mengkritik keperibadian, amalan seharian dan anutan penjajah.

    ini bermakna anti-penjajahan tidak sama anti-keperibadian penjajah, anti-budaya penjajah dan anti-agama penjajah.

    dalam konteks anti-penjajah, rakyat yang dijajah hanya menyatakan kebencian terhadap penjajahan kerana ia adalah bertentangan dengan hak asasi manusia untuk hidup bebas.

    namun, sentimen anti-penjajah yang berhemah tidak pula diluahkan ke tahap penghinaan terhadap keperibadian, budaya dan anutan penjajah.

    ini berbeza dengan sentimen anti-teroris yang dijaja oleh sesetengah pihak. bagi pihak ini sentimen anti-teroris adalah ‘lesen’ untuk menghina keperibadian, amalan dan anutan mukmin malah lebih dari itu menghina agama mukmin.

    dalam konteks lokal, tidak salah kalau ada pihak media memiliki sentimen anti-establishment tetapi janganlah terikut-ikut rentak puak anti-teroris.

    maksudnya, janganlah gunakan sentimen anti-establishment sebagai lesen untuk memaparkan gambar, artikel dan laporan yang menghina agama yang telah lama established, agama rasmi negara.

    Reply
  • 16. azhar  |  October 14, 2012 at 12:21 pm

    hai helen

    yang pasti melayu memang bersatu atas dasar agama dan bangsa.

    Reply
  • 17. nasib  |  October 14, 2012 at 1:37 pm

    Eloklah orang melayu bersatu dan tidak terperangkap dgn tindak tanduk dap pkr. Ingatlah kepala babi dah di baling ke masjid masjid. Kalau masih tak bersatu juga tak tahulah nasib anak cucu kita.

    Reply
  • 18. Bujal  |  October 14, 2012 at 3:26 pm

    Kalau mcm ni punya tulisan dlm tweeter, tak ada kelas langsung, ini je ke jenis pembangkang yg kita ada?

    Reply
  • 19. Antihipokrit  |  October 14, 2012 at 4:10 pm

    Pemimpin berjiwa besar tidak akan berTWEET seprti LGE dan HY.

    Reply
  • 20. Bujal  |  October 14, 2012 at 4:47 pm

    Yang nyata hari demi hari, bulan demi bulan, ahli parlimen dpt gaji, elaun dan peruntukan, takkan mcm ni hasilnya? tweet 24 jam, dpt sokongan, menang, tweet lagi, penyokong jadi syok, menang lagi.. sapa pun boleh buat, kerja mentweet dan kutuk orang, bulan bulan masuk….bila masa kerja? memang lah dungu rakyat malaysia yg memilih pemimpin mcm ni.

    Reply
    • 21. Helen Ang  |  October 14, 2012 at 5:13 pm

      null

      Reply
  • 22. NonnyMaya  |  October 14, 2012 at 9:48 pm

    Reblogged this on Little Voice of Nonny Maya and commented:
    Well elaborated..

    More on DAP’s real agenda.,

    Reply
  • 23. shamshul anuar  |  October 15, 2012 at 10:14 am

    Helen,

    DAP is “rude” or in plain language, Guan Eng is “rude” as actually that is the true colour.

    And DAP needs not worry as there is a self appointed religious Allah”s envoy on this planet, Nik Aziz and his PAS subjects will defend him at all cost.

    I know Prophet Muhammad (SAW from Muslim view point) is the last of the messiahs. But Nik aziz seems to confidently behave he has the moral authority matching that of Nabi Muhammad SAW. Criticizing him or PAS mean criticizing Islam.

    No doubt DAP is willing to test the Malays to the limit. As if some Malays or UMNO or PERKASA react, he can safely say that UMNO or PERKASA is playing racial card as PAS has no problem with it.

    The Chinese as their knowledge of Malays is limited to reading STAR or Malaysiakini or not beyond customary pleasantries of course do not realise that the Malays concern is legitimate.

    This is my advice to PAS. Kowtow to DAP and be prepared to be punished by the Malays. If PAS is willing to fool itself that it still has credibility from Malay views, so be it. But do remember, general election is coming.
    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    “Sneak preview: Could you pls revisit this posting (following up as my next topic) food for thought since you’ve got family & relatives in Penang? — Helen

    Reply
    • 24. I.D.A  |  October 15, 2012 at 11:21 am

      reality check. not TGNA but LGE is the last prophet for penganut PAS. TGNA kiblat is KOMTAR.

      Reply
    • 26. Antihipokrit  |  October 15, 2012 at 11:39 pm

      Cina DAP boleh berkata apa sahaja kpd Melayu. Tetapi Melayu tidak boleh berkata apa2 kpd Cina DAP. Cubalah katakan LGE keturunan PENDATANG. Memang confirm Melayu tersebut dipaksa melutut minta maaf. Terkenang zaman Pak Lah.. Menteri disuruh ke China atas perkara yg tidak wujud. Teresa Kok diam membisu..

      Reply
  • 27. Media Shah Alam – LIM GUAN ENG KATA ORANG MELAYU DUNGU!!!  |  October 15, 2012 at 7:26 pm

    […] dan Umno boleh mencapai perpaduan demi mempertahankan Islam dan menjaga kepentingan ummah? SUMBER: Halen Ang […]

    Reply
  • […] read an article by Helen Ang about Mr. Lim Guan Eng saying that the Malays are […]

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

Archives

Pengunjung

  • 8,482,893 hits

Kalender


%d bloggers like this: