Posted in SUCKER

PAS mentarbiyah atau ditarbiyah?

Perhatikan bahawa para politikus bukan Islam yang paling suka Occupy Masjid bukan orang lama seperti Kit Siang atau Karpal tetapi kelompok evangelis mereka tidak kira lelaki atau wanita.

Lee Boon Chye

Siapa yang masuk surau?

“Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji (PPMPP) melahirkan rasa kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang didakwa bersikap ala samseng dengan MENYERANG satu jamuan makan malam dan upacara sembahyang kaum Cina di Desa Pakatan, malam kelmarin.”

Baca seterusnya di portal Perak Today –Ahli Parlimen Gopeng berlagak ala samseng, ganggu majlis agama Cina‘.

Gambar di bawah diperolehi dari blog Cucu Tok Selampit.

Sedang duduk bersama mukmin adalah Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Teja, Chang Lih Kang.

Lee Boon Chye, Chan Ming Kai dan Chang Lih Kang
Chang Lih Kang bertekak leher dengan polis

Aksi Chan Ming Kai menyergah Speaker ketika sidang DUN  — baca laporan Berita Harian,Adun PKR Perak “serang” Speaker‘.

Adakah ianya pelik YB-YB yang paling agresif lah yang paling suka masuk masjid?

Pasangan sepupu evangelis James Ngeh Koo Ham dan David Nga Kor Ming (bawah) tidak payah diperkenalkan lagi kepada pembaca.

Sumber gambar: Blog Idealis Malaysia

Hannah Yeoh bertudung lagi. Adakah perlu dia bertudung jika bukan berada di dalam masjid?

Sila baca The Unspinners — di depan si evangelis berlakon tutup aurat, di belakang pula mengata

Hanya PAS akan terpedaya

Leka berurut sambil bogel‘ — laporan Sinar Harian (1 Ogos 2012) tentang serbuan rumah urut di Subang Jaya.

Di Subang Jaya ada 69 rumah urut berlesen. Antara yang beroperasi secara haram ada juga yang mengupah perempuan-perempuan Siam tanpa permit kerja — laporan Harian Metro.

Seperti diketahui umum, sarang-sarang maksiat telah meledak semenjak Pakatan memerintah Selangor.

Orang PAS terlalu lurus bendul agaknya. Apabila melangkah ke tempat-tempat licik seperti Subang Jaya, mereka ibarat rusa masuk kampung (ungkapan dalam bahasa Inggeris yang setimpal ialah “deer in the headlights”).

Kalau orang PAS ini disejukkan hati dengan puji-pujian – “Ooooh, abang so hansem” atau “Rasa-rasanya bang cukup hebat untuk dilantik Pak Menteri” dsb – maka cair lah mereka dan mula lah mereka menggelar Tokong sebagai “Khalifah Umar” dan menganggap DAP sudah diberikan hidayah.

Screenshot bawah: Contoh cara untuk mem’butter’-bodek lebai-lebai PAS yang hansem and layak menjadi VIP dan YB supaya berfikir mereka sudah berjaya mentarbiyah si Kristian dalam Pakatan.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

27 thoughts on “PAS mentarbiyah atau ditarbiyah?

  1. PAS selamanya menjadi kaldai DAP. btw off topic sikit. Tanpa dakwah PAS kpd kaum Cina, mereka boleh menerima perkataan Syariah dan Hibah dengan syarikat Genneva Gold yg diserbu oleh BNM.. Hehehe, money talks .. tak kisahlah syariah ke hibah ke.. surely byk DAPster dan MCAster yg invest.

  2. Saya ingin menerangkan tiada salahnya untuk mereka yang belum Muslim (atau bukan Muslim, terpulang) untuk masuk masjid dan bertudung di kawasan masjid. Itu merupakan tanda hormat.

    I know they’re doing this for political gains, but just to be clear that we welcome people to the mosque regardless of religion or hypocrisy in their hearts.

    1. Have a look at the tudung pix tho. Is it taken in a mosque? Am asking as obviously Muslims would know better but I’m guessing not (I could be wrong).

      1. Not sure about the location, but I don’t mind, really. Anything that the non-Malays wear that reflects what the Malays or other Bumiputeras normally wear is really a “penyejuk mata”, simply for the reason that it is truly “Malaysian first”. Or even being in the company of an Islamic religious gathering, is a good thing.

        However, I assure you that they will not pull the wool over my eyes, as they did to PAS with their hidden (or clear?) agenda. All I’m saying, I don’t find any issue with them donning the tudung

        1. Or rather, I don’t find any issue with DAPster evangelist wearing the tudung and being in an Islamic gathering, even though I know they have their own agendas

  3. Helen,

    Mula sekali kena tengok demografik penyokong PAS, kebanyakannya simpleton yang merasa diri penuh dengan dosa dan mengharapkan sokongan pada parti yang memperkasakan Islam akan dirahmati tuhan; some sort of seeking absolution and at the same time, macam paying penance for their past sins.

    Daripada membuat intrepretasi yang memudahkan as Islam actually is a simple & moderate, versi mereka lebih menjurus ke menghukum (why I say this? Dalam Islam, hukum2 bukan sahaja Halal atau Haram tapi ada yang lain, namun how many times these other hukum being cited, I am betting on none).

    As a simpleton yang berbangsa Melayu, adat budaya telah diasimilasikan under the guise of religion until it became one and hard to differentiate .. dan disebabkan ini bila bangsa asing memakai pakaian tradisional, bercakap dengan penuh sopan, bertudung atau aktif dalam kegiatan keagamaan – kenduri, ceramah etc.. nama pun bertukar jadi Cik Ana/Hasnah, Abang Alim, Pak Ngah..dan dimata mereka, abang/cik/pak ini telah diberikan Nur serta dirahmati tuhan untuk mendekati/mendalami Islam.

    Pada simpleton, mereka ini saudara baru pada politikus, mereka ini tanda pangkah pada kertas undi. Oleh kerana itulah, sokongan diberi sebab Melayu Islam celaru antara budaya & agama atas dasar persaudaraan (brotherhood).

    Org melayu ni ganjil, Cik Helen .. Tapi inilah mereka dan yg simpleton amatlah mudah untuk dimanipulasi.

    1. Tak boleh salahkan Melayu kerana percaya ahyul Arab. Ramai orang seluruh dunia termakan dengan ajaran dari orang Arab ni sama macam orang termakan dengan ajaran Christ paderi kristian yang dibunuh maharaja Rom.

      Di eropah beribu tahun mereka suffer dibawah kegilaan ugama katolik sehingga ada manusia yang berfikiran waras menghentikan dan menjadikan mereka sekular.

      Katolik kini dipercayai minoriti eropah sebab itu dunia aman. ORang melayu perlu berpegang kepada perlembagaan dan mengamal bahasa dan budaya Melayu.

      Jika UMNO membiarkan sekolah arab berkembang mcm di johor dan Kelantan, habis lah, pandai jual air liur saja lah.. nifas haid pandai anak melayu tapi buat missile buat satelit haram tak tahu.

      Untuk zaman sekular ini, islam tidak semestinya arab. Melayu telah membuktikan melalui perbankan melayu islam dan halal melayu. Konsep bukan budaya bertudung arab yang patut kita kekalkan.

      1. hamidah yeoh,

        bertudung (jilbab) hukumnya wajib bagi wanita Islam. rambut adalah aurat. begitu juga susuk tubuh wanita. hukum ini berjalan tidak mengira zaman. tapi kerajaan Malaysia sekarang ini tidak menjadikan ia satu kesalahan undang-undang syariah atau sivil. belum ada orang yang kena dakwa dimahkamah kerana tidak bertudung (jilbab). ia masih merupakan pilihan wanita Islam sendiri, samada ingin bertudung atau tidak.

        mungkin yang anda maksudkan dengan “Konsep bukan budaya bertudung arab yang patut kita kekalkan.” ialah berpurdah, yakni menutup seluruh tubuh termasuk muka, hingga hanya menampakkan mata sahaja.

  4. Elijah,

    The issue here is not non Muslim visiting mosques. The issue is that these politicians are ignorant of dress code and worst still lecturing Muslim in the mosques, something the non Muslims themselves would not tolerate if the role is reversed.

    Anak Jamil,

    PAS is a political party. Putting an Islamic tag does not make the party islamic. just like the movie “sister act”. Dressing like a nun does not mean she is a nun.

    But religion is a potent weapon. It allows PAS to make moral jugdements unchallenged. And having islamic tag also means PAS will be able to absolve itself of many numerous mistakes as questioning PAS will automatically deemed as insulting islam.

    PAS does not promote iSLAM. PAS instead uses Islam like a commodity. What PAS does is to incite hatred among Malays towards UMNO. That is PAS key performance index.

    Because the objective is already wrong in the first place, PAS has no qualm in supporting DAP that very existence is to deny MUslims and Malays of their heritage. PAS ses nothing wrong with this alliance despite countless advices by concerned Muslims .

    If submitting to DAP can help PAS achieving its objective( power hidden behind all these “jubah”), PAS is not hesitated to do so.

    And we all seeing that right now

    1. “But religion is a potent weapon. It allows PAS to make moral jugdements unchallenged. And having islamic tag also means PAS will be able to absolve itself of many numerous mistakes as questioning PAS will automatically deemed as insulting islam.” – shamshul anuar

      setuju. ini menjadikan PAS entiti paling jahat kerana mejalankan misi jahat yakni memecah-belahkan Islam dengan bertopengkan wajah suci Islam itu sendiri. ini sangat-sangat bahaya kerana ramai yang terbeli dan terjual dengan kefasihan memetik ayat suci al Quran dan hadis walaupun dibaca sekerat-sekerat (dipesong) dan diputarbelit (twist). dosa sebesar manakah jika memutarbelit ayat al Quran dan Hadis?

      1. tambah sikit khas buat ularmak PAS:

        Di Balik Wajah Paling Suci

        Serigala bertopeng
        dengan wajah paling suci
        menjamah daging saudara
        dalam samar; dalam diam,
        menggadai hukum-hakam.

        Bermodal liur beracun
        mengumpan dolak-dalih
        untuk mendaki ke puncak
        bersigai kepala saudara,
        sebangsa; seagama.

        Di balik jubah munafik
        gelojoh lahap terpendam
        serigala meleleh lapar
        dalam gelojak keinginan
        demi membaham: Kehinaan

        21-06-2011

        serigala yang memakai jubah… teringat kata mantan PM Tun Dr M, “the devil we know…” itupun puak ah liPAS (ikut style Rabbit) tak paham, buat translasi terus. suruh belajar inggeris, lari masuk tandas…

  5. Kebanyakkan Melayu suka mengambil mudah semua perkara apalagi apabila melibatkan pembacaan buku ilmiah (majalah hiburan lain la, makanan ruji agaknya).

    Aku berani kata Al-Quran pun depa malas nak baca ‘let alone’ faham maknanya, paling idak pun mereka baca ayat2 lazim jela.

    Salah satu kaedah mudah adalah dengan bergantung harap kpd pak2 oztad la, biar depa je yg mahir bab agama (itupun kemahiran pak2 oztad nih meragukan).

    Paling parah pak2 oztad ni pula hanya mementingkan diri sendiri yg berparti pentingkan parti pula lebih dari kemaslahatan ummah.

    Dan mereka2 ini amat ramai berhimpun di dalan satu parti Islam (dakwanya, tetapi amat meragukan) dan kaedah2 ceramahnya pula Nauzubillah jauh menyimpang dari Islam, tetapi disebabkan kemalasan berfikir menyebabkan pendengar ceramahnya terima bulat2 siap bertakbir pula lagi sensasi fitnah lebih kuat takbir mereka.

    Disebabkan kelemahan pemikiran org Melayu inilah avengelis mengatur strategi utk memperdaya pemimpin mereka dahulu seterusnya pak2 oztad inilah menjadi petualang membangkitkan point avengelis bagi menentang pemerintahan negara malah mula mentarbih segelintir ummah yg mmg lemah segala utk dibawa ke agama avengelis.

    Sedikit demi sedikit pengaruh avengelis menyerab dlm kalangan pak2 oztad, ada sorang tu mmg terkenal perkataan ‘bodo’ adalag mainan mulut longkangnya dab telah memulakan konsep bermain muzik beserta menyanyi utk menarik golongan muda utk mendengar ceramah beliau, bukan nasyid tau tapj lagu rock lagi.. kau ada??

    1. dalam agamapas, niat boleh menghalalkan cara. jangan kata main gitar dalam ceramah, main dalam bilik pun OK. berapa ramai OSTAT agamapas tertangkap khalwat? last sekali ularmak agamapas akan kata, itu semua konspirasi jahat UMNO untuk menjatuhkan mereka. yang syoknya pengikut taksub telan bulat-bulat. inilah contoh orang-orang yang sesat setelah diberikan cahaya….

  6. When i was standard 3 , it was election in 1999, i actually believed that as a kid that not voting PAS would cause me to go to hell, and there were actually flyers saying so, i was living in shah alam near the working class areas of section 17 and 18, many malays from rural area who work in factories who actually never known islam beyond the mumblings reading muqaddam and doa lepas solat that they recite after solat bit never understand… maybe PAS rubbish works on the simple malays whose life is about getting by every days and hope for something good after they die.. maybe some actually believe voting PAS will give that kind of hope?

    In 2013, PAS supporters have the naievity that education will be free, tolls would be abolished, choppung hands will solve all the crime when pakatan comes to power.. such is the fervour.. yes.. i am sorry to say.. i am disappointed with the hardcore nik aziz supporters… one i know is a senior engineer who i work with every day who will guffaw reading berita harian in our office and say how stupid and sinful umno supporters are and tell the whole office no more toll next years.. tell amazing tales how nik aziz is great because he lelong his land to renovate his house rather than taking riba.. ironically he takes riba loans to renovate his house and buy his new mpv while sunnah say riba is absolutely haram..

    i understand why he is senior engineer but i earn more than him.. either kene tipu by the chinese dominate management or he himself have mindset problem.. i mean his son had long spell of headache and he spent hundred of ringgit exorcizing jinns from his son whom i think just acting sick as not to go to school… inilah penyokong PAS that i see every day. hahah.. sorry to say this.. he is a good engineer.. but politically lost and a bit too superstitious.. but not stupid like he likes to say about umno ppl.

    1. To sum up, PAS supporters are the loudest, they like to tell umno suporters or sympathizers they are wrong wrong wrong and sinful..kalau orang sokong umno tu bodoh gila bangang they will scream…

      my office have three hard core PAS supporters but always bising like hell like a gaggle of crows.. talk smart about the sinful 2013 budget and praise pakatan budget.. how PAS will make life easier.. free everything.. no tax, no toll, might as well abolish money.. always have some stupid fact up their sleeves when we try to correct them… so ..DAPSTER are not the only samseng.. to me..

      PAS people are 2×5 and i meet them in life more than DAPSTERS whom i observe only online.. even if there are dapster in my office, at least not noisy and just keep it to the ballot box or among themselves.
      _______________________________________________________________________________________________________________________________________________

      What’s your guesstimate of the PAS:Umno voter ratio? Pls give a ballpark figure. — Helen

      1. Generally, I think may be an even split, plus minus 10% on either divide but there are many quiet fence sitters among the Malays whom I still cant fathom especially Malay women who rarely talk politics.

  7. Kak Helen,

    agama memberitahu bahawa, ‘tangan’ yang di atas (memberi) adalah lebih baik dari tangan yang di bawah (menerima). maknanya mereka yang mampu memberikan sumbangan (sama ada material, mental, fizikal, masa atau tenaga) adalah lebih baik kedudukannya di sisi agama berbanding pihak yang bergantung pada keihsanan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

    kalau tak ada tangan yang memberi sudah tentu konsep berkebajikan tidak mungkin dapat dilaksanakan. yakni konsep negara berkebajikan akan gagal kalau bilangan yang mampu memberi adalah tidak cukup untuk menampung keperluan pihak yang menerima. justeru untuk menjayakan konsep kebajikan ada syaratnya iaitu perlu ada perancangan ke arah melahirkan ramai golongan berada kerana golongan berkenaan tidak mungkin datang bergolek atau berganda dengan sendirinya.

  8. Yang dicanangkan kepada ah liPAS adalah mereka ni semua dah masuk Islam cuma belum umum aja… untuk jaga hati pengundi Cina.

    1. Rabbit,

      ah liPAS – hahahaha lawak gaban. (macam lipas ka depa?)
      PATUTLAH SELALU NAMPAK KAT MASJID DAN SURAU. dah masuk Islam rupanya.

      alhamdulillah jika mereka mendapat hidayah.

      p/s; sakit tak bersunat, YB lelaki semua?

  9. IDA,

    Selama hidup saya selalu tertanya tanya apakah sumbangan PAS yang dapat saya tengok atau dapat sesiapa pun tengok.

    Adakah PAS terkenal dengan amalan membantu fakir miskin? Tidak juga. Yang saya nampak terbalik pula. Orang orang Melayu lah yang “baby sit” penceramah PAS. Boleh cari makan dengan guna air liur saja walaupun kelayakan tiada.

    Adakah PAS dikenali dengan idea bernas seperti dasar yang terbukti bagus seperti “dasar pandang ke timur”, menolak ‘bantuan IMF, penubuhan Tabung Haji, penubuhan FELDa ke? Tidak juga. Yang jelas mereka yang banyak dapat hasil .

    Adakah pemimpin PAS terbilang dan disebut sebut kerana akhlak yang terpuji. tidak juga. Yang selalu kita dengar kalau dapat microfon, lupa dosa pahala. Siap boleh sebut Ayat alQuran sambil memaki hamun UMNO. Kalasu tak dapat maki pemimpin UMNO, dapat mencela isteri pemimpin UMNO pun jadile.

    Kalu baca Harakah, masyaalah pagi petang siang malam fitnah saja.

    Adakah pemimpin pAS tegas dan bukan penakut? Yang ini betul. Tetapi ketegasan PAS terhad pada UMNO saja. Sampai seolah olah dosa untuk bertegur sapa dengan orang UMNO yang sama sama umat Nabi Muhammad SAW.

    Namun pada DAP, PAS tunduk merafak sembah seperti orang orang Cina sujud depan Maharaja Cina. Apa saja untuk DAP. Sampai akidah pun diijual. DAP kata orang Kristian boleh guna nama “allah”, PAS mengikut saja walaupun semua orang tahu ia akan galakkan murtad.

    Ambiga “perintah” orang Melayu berarak atas jalanraya, PAS menurut perintah seperti hamba ikut perintah Tuan. Tetapi nasihat Yang diPertuan Agung ditolak bulat bulat.

    Sayang benar PAS pada DAP sampai Guan Eng diberi gelaran “khalifah Omar”. Tu dia sampai Guan Eng pun terperanjat. Ada juga bodoh punya Melayu yang sanggup memuja Guan Eng.

    Nabi Muhammad SAW pernah ditawarkan harta, pangkat, kedudukan sebagai Raja, wanita tercantik dengan syarat berhenti sebarkan Islam. Baginda tegas menolak.

    PAS bagaimana? Tak ditawarkan apa apa pun oleh DAP dah awal awal gugurkan Islam.

    Jadi dimana yang kita dok dengar orang kata PAS perjuangkan Islam. Perjuangkan Islam atau jual Islam?

    1. PAS jual Islam bro. dengan harga paling murah. jika pas perjuangkan Islam mengapa sekongkol dengan DAP yang terang-terangan menentang Islam. dah lama PAS jual agama, sejak zaman dulu lagi…

  10. Orang melayu suka kelihatan cool itu sebab biar papa asal bergaya, mindset ini juga digunapakai setiap hari. Sokong pas juga dilihat cool kerana melawan kerajaan. UMNO dilihat tidak cool dan mcm orang tua atau kaki bodek. Apabila orang melayu perasan cool dia lupa dunia, orang suruh tunjuk punggung ke muka pemimpin, masih berasa cool dan hebat. Maka orang melayu masuk pass kelihatan sangat cool bila berbicara dikalangan mereka, maka lahirlah macam macam fatwa yang kelihatan cool. menjemput awek cina cun ke surau salah satu perkara yang cool, yang orang umno tak mampu buat.

  11. Pemimpin dan penyokong Pas yang merestui kerjasama dengan DAP dan Keadilan memang sudah dikeruhkan hati mereka. Mereka ini semua memang tidak faham realpolitik. Mereka tidak tahu mengenali yang mana musuh sebenar dan yang mana rakan sejati. Jika pakatan menang PRU13, saya yakin Pas akan dibuli dan ditendang seperti bola. Masa itu, menangis tidak berlagu pun sudah tidak berguna lagi.

Comments are closed.