Posted in Evangelis

Biskop evangelis bersabit doa kalimah ‘Allah’

Gereja Methodist Malaysia melantik Rev Dr Ong Hwai Teik sebagai Biskop mereka dengan tempoh perkhidmatannya dijadualkan akan bermula 1 Jan 2013, mengikut laporan hari ini oleh The Star.

Rev. Ong juga menyandang jawatan presiden Trinity Annual Conference (TRAC) yang dikelolakan oleh Gereja Methodist Malaysia dari 2001 ke 2012.

Beliau mendapat diploma dalam pengajian agama di Malaysia Bible Seminary dan menerima ijazah sarjana mudanya dalam lapangan Theology (ilmu ketuhanan) daripada London School of Theology dan ijazah sarjananya (M.A. in Missiology) daripada Fuller Theological Seminary di Amerika Syarikat.

Ijazah kedoktorannya dianugerahkan oleh Asbury Theological Seminary yang terletak di kawasan Bible Belt Amerika. Misi Asbury ialah untuk menyebar dan mengembangkan agama Kristian di seluruh dunia.

Istilah “missiology” bermaksud mendakwah, yakni kajian bentuk dan matlamat usaha-usaha dakwah.

Fuller Theological Seminary – dari mana Rev. Ong memperolehi ijazah sarjananya dalam bidang dakwah – adalah sebuah badan evangelis.

Rev. Ong pernah menjadi setiausaha kehormat jawatankuasa kebangsaan Mendakwah Seluruh Negara (Discipling a Whole Nation) selama tiga tahun (1992-95) bersama National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Projek ‘Discipling a Whole Nation’ yang singkatannya dirujuk DAWN juga dikenali sebagai ‘Jesus Army‘.

Rangkaian gereja evangelis NECF giat melaksanakan Malaysian National Prayer Network (MNPN) – baca ‘Gereja tampil ke depan lagi‘ dan ‘Pesanan Persekutuan Kristian M’sia kepada gereja-gereja berhubung PRU‘.

Rencana majalah Berita National Evangelical Christian Fellowship (NECF)

Rev. Ong beristerikan Puan Cheang Mun Kean dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Hannah.

Risalah Malaysian National Prayer Network (pdf)

  1. Pada mukasurat pertama ada tertera doa kalimah ‘Allah’
  2. Gambar Rev. Ong dipaparkan di m/s kedua berkaitan “pemberkatan pejabat” MNPN yang disempurnakan beliau
  3. M/s ketiga mengandungi ayat doa bagi isu penggunaan ‘Allah’
  4. M/s keempat mengumumkan pertemuan doa yang diadakan di Sibu, Sarawak beberapa bulan selepas calon evangelis DAP menang pilihanraya kecil Parlimen pada bulan Mei 2010

(Klik pada pdf, atas, untuk membaca dengan lebih jelas)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

24 thoughts on “Biskop evangelis bersabit doa kalimah ‘Allah’

  1. Err… How can he married? Just wonder since all the ‘father’ in the church are ‘holy one’ and can’t married…

    1. Jesus son of God is also Jesus son of Mary who was married to Joseph but the blessed lady was a virgin when she gave birth.

      Although Jesus son of God did not come into this world in a hospital delivery room, he was nonetheless delivered by his mother Mary, presumably just like how billions of screaming babies have been delivered throughout the history of Man.

      Then Jesus was crucified at the cross which caused him to die. But he was only dead for 3 days after which he came alive again.

      When he is risen from the dead, then Jesus becomes God who keeps beside him the Holy Spirit (also called Holy Ghost, probably because ‘ghost’ has something to do with a Dead-but-Live-Again doctrine which as a non-Christian I do not claim to fully understand).

      The Holy Spirit is usually depicted in Christian art and iconography as a dove (I’m not sure if the dove is the same as a pigeon). If you meet an evangelist, please ask him and let me know.

  2. Kelakar, di dalam risalah iya iya berbahasa melayu, bila berjumpa, sudah pasti berbahasa inggeris, entah bahasa melayunya lintang pukang. Biskop pandai mengelat umpama musang berbulu ayam.

    1. Bila nak kembangkan hal ehwal Evengelis, maka tiba-tiba Bahasa Melayu mejadi bahasa kebangsaan. Dan wajib digunakan oleh paderi, pengembang dan penganut evengelis. Diulangi, hanya utk tujuan tersebut sahaja BM jadi penting. Urusan lain, BM ? Boleh blah..

      1. Saya dilahirkan dalam era 70an…70an hingga awal 90an Gereja2 sibuk promosi The ‘Trinity’ TUHAN TIGA ke seluruh pelosok dunia ..ini boleh di lihat dalam kebanyakkan filem hollywood era 70 hingga akhir 80an..! Apabila misi ini gagal pada abad skrg sekarang timbul pulak nama kegunaan nama Allah dalam Injil dan promosi pulak Tuhan itu Esa/Satu..!

        For god sake can u church people be firm on something like the AL-Quran who will last forever without changing a word till end time! And now ada persatuan in Malaysia where all religion except Islam exist! That is blasphemy ..how can Jesus tolerate if he see His Father with an elephant head! For this reasons ill stay Islam till i die..!

            1. Even if they have religion, it doesn’t mean they’re necessarily good.

              Mel Gibson assaulted his girlfriend who is the mother of his child.

              He got drunk when driving and screamed racist profanities at policemen who stopped his car.

              He’s a passionate Christian who directed The Passion of the Christ.

              Roman Polanski who directed the Oscar-Winning Chinatown (Jack Nicholson & Faye Dunaway) and also another Academy Award winner The Pianist starring Adrien Brody as well as horror movie Rosemary’s Baby another staunch Catholic.

              He had an affair with an underaged girl and was wanted by the police for statutory rape for which he escaped into exile.

              Postscript:
              He was accused of getting her drunk and drugging her.

  3. amboi banyaknya posting baru, tak dan nak baca aih… sibuk buat kue d’vali.

    DAWN & Jesus Army adalah menarik untuk dikupas dengan lebih mendalam tentang usaha mereka memurtadkan orang Islam.

    berikut adalah tentang ‘about’ dalam website mereka:

    “The Jesus Army (also known as the Jesus Fellowship Church) aims to be a contemporary expression of the historic Christian faith.

    All kinds of people are involved: young and old, rich and poor.

    The Jesus Army is particularly active with many in need, including homeless young people, prisoners and ex-prisoners and those involved in alcohol and drug abuse.

    Be part of Jesus’ revolution. Spread the word. Live the gospel.”

    bukankah ini yang mereka tertangkap basah sedang buat di Pulau Pinang itu hari?

  4. Evengelis ni dia tak fikir ke akan ketidakstabilan yg akan berlaku jika mereka berterusan cuba mendakyahkan umat Islam ke agama mereka?

    Mungkin mereka merasakan yg big daddy mereka akan tolong mereka jika berlaku sesuatu. Tetapi biasalah, mereka suka baling batu sembunyi tangan.

    Evengelis suka menggunakan doktrin Yahudi aka anti sematik untuk meraih simpati jika dituduh mengembangkan kepercayaan mereka. Mungkin mereka belum pernah mendengar mengenai JIHAD. Teruskan bermain dgn api.

    1. Sedikit tentang Jihad membela agama Allah kepada rakan non-muslim yang belum faham tentangnya.

      Ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Haj ayat 39-40:
      Yang bermaksud:

      ”Diizinkan berperang bagi yang diperangi, sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka. Iaitu merekayang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi, dan juga masjid-masjid yang disebut banyak nama Allah padanya; dan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

      (Dipetik dari: Teks Khutbah Jumaat Jakim, 16 Januari 2009)

      Kaum muslimin di perbolehkan berperang dengan syarat:
      1. Diperangi oleh orang kafir,
      2. Dianiayai oleh orang kafir,
      3. Diusir dari rumah tanpa alasan munasabah, hanya kerana berkata Tuhan kami ialah Allah,
      4. Fitnah dan penindasan bermaharajalela kerana agama.

      Perhatikan nombor 4, ia sedang berlaku di Malaysia…

      Apabila Muslim mengangkat senjata dan berperang di jalan Allah (Jihad fisabilillah) tiada apa lagi yang mereka takuti kerana mereka ingin gugur sebagai syuhada. Pegangan (kepercayaan/keimanan) seperti ini tiada pada Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya inilah yang paling ditakuti mereka itu.

      1. Dan sejarah telah membuktikan, di antara umat Islam yg berjihad dan kristian di dalam perang salib, siapa yg lebih takut mati?

  5. Tak perlu buat hal lah, perkataan Allah di Malaya ni hanya untuk orang Islam sahaja kerana akidah mereka, yang lain pakai je perkataan “Tuhan”. Jika Islam tak datang ke Malaya atau Nusantara maka perkataan “Allah” tidak akan wujud hanya perkataan “Tuhan” dan seerti dengan nya. “Allah” adalah perkataan khusus, nak faham belajar lagi tak perlu berlagak macam cina cina Kristian ni, berlagak alim berilmu sangat tentang ketuhanan, atau sengaja nak cari pasal.

      1. Letih nak baca The Nut Graph, kenapa nak guna perkataan Allah secara formal, tercatit didalam kitab mereka? Kenapa Vatican tak guna pun perkataan Allah. Bermula dari perkataan “Allah” atau lebih tepat maksud atau pengertian “Allah” tulah yang menjadi punca utama perbezaan diantara Islam & Kristian sehingga boleh membunuh & dibunuh.

        Kalau nak bertutur menggunakan “Allah” tiada masalah, selama ni bangsa cina, terutama yang tua tua selalu menggunakannya, mereka kata “Tuhan Allah” apabila bercakap dengan orang Melayu dan boleh dirasai kesucian dan kehormatan nya iaitu Tuhan bagi orang Islam atau Tuhan Semesta Alam, bukan dengan sengaja untuk timbulkan masalah serta mempunyai agenda, memudahkan lagi penyesatan umat Islam.

      2. Pada tahun 1989 saya terkandas di pekan Bidor, Perak. Kereta lama ada masalah “gear”, kami berhenti di bengkel tapi jalan utama 500 meter selepas pekan menghala ke Ipoh.

        Ada 2 orang Pakcik tua Cina (Apek) sedang duduk depan bengkel, maka kami minta supaya di betulkan masalah kereta, Apek 1 kata susah sikit sebab spare part kereta jenis ni tak ada atau susah nak dapat, kalau Mecerdes ada banyak, kami merungut sebab kalau boleh nak cepat dan bla bla, lagi pun solat zohor telah hampir maka Apek 2 terus menyampuk, dia kata lu pegi sembahyang dulu “Tuhan Allah” kasi siap!

        Tanpa mempertikaikan kami terus pegi sembahyang, selepas sembahyang zohor kembali ke bengkel kereta pun siap. Terima kasih kat Pakcik Apek kerana mengajar kami tentang kekuasan Allah, sepatutnya kami merujuk kepada Nya terlebih dahulu sebelum merujuk kepada hambanya dan kerana perkataan “Tuhan Allah” disebut tu iklas dan bertetapan dengan maksudnya maka hasilnya adalah keberkatan & kebaikan.

  6. I just want to contribute a bit in regard to kalimah ‘Allah’.

    The Arabic term ‘AL-Lah’ is linguistically the One God, who has no representation. Thus, it is not unity of God. It is not multiplicity of gods and goddesses. It is also not intermediaries to the One God.

Comments are closed.