Posted in Gunting Dalam Lipatan

Roketkini menghasut isu-isu Islam

Roketkini – yang mendokong cogankata “Sebangsa SeJiwa” logo Burung Merpati – telah membentangkan pendapat dan wawacara oleh penulis-penulis Melayunya bersabit beberapa isu berkaitan Islam.

Masuk bakul angkat sendiri

Boleh baca di http://roketkini.com/2012/10/29/subang-jaya-cemerlang-di-mata-ketua-audit-negara/

Wartawan Roketkini Iza Suraiya menemubual ahli-ahli majlis MPSJ Rajiv Rishyakaran (Pegawai Pembantu Khas Hannah Yeoh) dan Ken Chia (bekas Pegawai Pembantu Khas Hannah Yeoh) beserta dengan Lady Boss mereka itu “untuk mendalami cara kerja MPSJ yang begitu cemerlang”.

Menjawab soalan: “Sebagai Adun DAP bagaimana penerimaan orang Melayu terhadap parti?”

Permainan isu agama dan kaum oleh BN:

“Ini sangat tidak sihat.”

DAP tuduh MCA “anti-Islam”

.
Tu lah, MCA. Lu mahu bagi lu punya paper ‘Bintang’ tu jadi suara evangelista. Apa boleh buat … dah MCA tidak mempunyai apa-apa platform media yang boleh diharap.

Dalam pada itu, diterbitkan sebuah rencana bertajuk ‘Hina Islam? Selamat jalan MCA‘ (22 Okt 2012) oleh Izmil Amri di Roketkini :

(Sedutan) Izmil menulis:

“Tiada lain yang dapat ku ucapkan kepada Chua Soi Lek selain ‘selamat jalan’, tatkala seluruh negara melihat betapa gigihnya MCA menggali kubur sendiri sewaktu persidangannya hujung minggu lalu. Sambil mengelap air mata meratapi pemergian parti Cina terbesar di Malaysia, kita turut menitipkan belasungkawa buat United Malays National Organisation yang kian sunyi menyendiri di dalam sebuah barisan politik yang sedang nazak.

“Mari kita bertafakur sejenak dan mengenang kembali fiasco konvensyen MCA yang baru sahaja berlalu. Kita faham keadaan mereka sekarang. Selalunya orang yang menghampiri ajal akan buat dan cakap yang bukan-bukan.

DAP tidak perlu menjawab tuduhan MCA, apatah lagi bermain drama politik MCA. Sebagai sebuah parti yang lama, MCA sepatutnya lebih punya pengalaman dan kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang lebih masuk akal, selain menghina Islam secara terang-terangan. Sangkanya permainan begitu akan menjerat DAP, tetapi MCA ternyata silap.

DAP, sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan kaum mahupun mengangkat nama mana-mana agama; hanya sekadar melihat dengan ekspresi tidak percaya pada politik ‘lagak ngeri’ yang diperlihatkan MCA dua tiga hari lalu. Tidak menyangka parti Cina tersebut mampu memberanikan diri untuk menyerang dan menghina Islam dan hudud secara terang nyata.

Seolah-olah pemimpin MCA ini semua telah salah makan ubat. Mabuknya itu lain macam, hatta menyebabkan kaum Cina lain menepuk kepala dan menggeleng-geleng tidak percaya.

Antara tuduhan paling gila pastilah yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa kononnya PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya wanita tersebut tidak menepati peraturan berpakaian yang disarankan agama Islam. Mengucap panjang saya apabila membaca laporan ini. Bagaimana agaknya beliau boleh membenci Islam sampai ke tahap ini, sehingga sanggup memfitnah PAS sampai begitu sekali.” […]

“Haram Melayu undi MCA”

Sambung Izmil:

“Mungkin inilah sebabnya hatta NGO ultra-Melayu, Perkasa pun akhirnya keluar ‘fatwa’ bahawa haram bagi orang Melayu untuk mengundi MCA. Perkasa, sebagai sebuah NGO pro-Umno pastinya rasa serba salah untuk bergulat dengan MCA, sebuah parti yang pastinya punya kuasa politik besar dalam Barisan Nasional. Lainlah kalau Perkasa sendiri sudah boleh membaca bahawa ada kemungkinan Umno akan ‘fly-solo’ dalam pilihanraya akan datang.

Apa maksud “fly solo”?

Bacaan politik saya dua tiga hari ini memberitahu bahawa akan ada kemungkinan bodoh untuk Umno meninggalkan regu politik paling akrabnya dan bertanding dalam pilihanraya akan datang dengan penglibatan minima MCA, atau mungkin dengan tidak melibatkan MCA langsung. Dead-weight dah MCA ni, kata orang putih. Seumpama mengusung mayat.

Sebagai parti politik yang masih terjerat dalam permainan sentimen perkauman dan agama, MCA tidak belajar dari kesilapan 2008. Umno tidak boleh terus memberi muka kepada parti politik Cina yang biadap dengan Islam. Umnopun Islam juga kan? […]

Dengan sentimen yang dibakar oleh presidennya hujung minggu lalu, pastilah kita boleh mengagak bahawa hanya kebencian terhadap Islam yang akan terus ditiupkan sepanjang kempen pilihanraya umum akan datang. Umno akan terus berdiam diri kerana yang terkorban hanyalah MCA. Apa guna lagi membantu jasad yang sedang nazak.

Maka selamat jalan kita ucapkan buat MCA. Jasamu kan tetap kami kenang. – Roketkini.com”

(highlight merah oleh blogger ini)

Boleh pula wartawan Melayu Roketkini sanggup mendakwa ianya DAP lah yang tidak berasaskan kaum dan bukan mengangkat mana-mana agama, konon!

PAS juga tuduh MCA hina Islam

Laporan Harakah semalam, ‘Pemuda PAS rancang mengadap Agong’

Petikan:

“Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi di dalam Perlembagaan Malaysia.
.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata isu penghinaan berulang kali yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap Islam serta perundangannya bukan satu perkara baru.
.
Ekoran itu, katanya pada 24 Oktober lalu, DPPM telah menyerahkan satu memorandum kepada Chua Soi Lek yang memintanya untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang menghina hudud.
.
Namun, ujarnya DPPM merasakan memorandum yang dihantar seakan-akan ‘dibakulsampahkan’ oleh Chua dan pimpinan MCA.
.
Di dalam memorandum tersebut, jelasnya DPPM telah memberikan tempoh kepada Chua selama seminggu untuk memohon maaf dan menarik semula kenyataannya yang menghina hudud.
.
“Dengan ini Dewan Pemuda PAS Malaysia memaklumkan bahawa tempoh yang diberikan telah tamat.”

.
Memang MCA sedang menghadapi serangan bertalu-talu daripada DAP dan PAS yang menjaja dakyah bahawa parti Cina itu biadab serta kuat menentang Islam.

Lagi kesian, tidak ramai pula yang berminat untuk membaca buah fikiran Chua Soi Lek kerana media MCA sendiri yang buat liputan hambar dan ala kadar sahaja tentang kegiatan-kegiatan MCA.

Malah ucapan perdana menteri Najib Razak kepada perwakilan MCA pun hanya diberikan liputan 214 patah perkataan oleh The Star sementara pada hari yang sama, akhbar itu begitu ghairah sekali melaporkan “Hannah kata ini, Hannah kata itu” (sejumlah 300 patah perkataan).

Apapun, for the record, Dr Chua telah berkata:

“Some [DAP politicians] can easily get between RM40,000 and RM50,000 a month, especially if they are sitting on state government-linked companies where they are entitled to allowances and bonuses. So, some of them might not be willing to give up (their double seats).”

They were there to makan lah

Dr Chua juga terkilan dengan sebuah akhbar Cina yang melaporkan bahawa orangramai di majlis jamuan di Kulai, Johor bertindak keluar apabila beliau memulakan ucapannya.

Kata presiden MCA itu hanya China Press yang mengkhabarkan berita itu walhal akhbar-akhbar lain tidak. Dr Chua tidak seharusnya melenting – ‘Soi Lek blasts China Press for reporting supporter walkout‘ – pada suratkhabar yang menyebut benda itu kerana maklumlah, setiap media akan mempunyai pendekatannya yang tersendiri.

Contohnya, NST dan Malay Mail ada melaporkan bahawa Hannah Yeoh terpaksa menghadirkan diri ke balai polis untuk disoalsiasat atas dakwaan telah memfitnah seorang timbalan menteri MCA. Namun jentera media MCA, iaitu The Star, enggan melaporkan berita tersebut.

Hatta Dr Chua mahu menegur China Press telah menyiarkan cerita yang tidak dilaporkan oleh media lain, baik lagi jika terlebih dahulu beliau menjenguk rumah MCA sendiri untuk mengambil tahu kenapa akhbar milik partinya sengaja menenggelamkan (blackout) sebuah berita negatif DAP yang diberi liputan oleh akhbar-akhbar lain.

About that Johor dinner …

Dr Chua dipetik sebagai berkata:

“How do you explain those who stayed back despite the rain? The chairs and tables and plates were wet and yet they were willing to sit through. Isn’t it a very telling sign that they were willing to listen?”

Laaa, Dr Chua ni.

The explanation is simple. It rained earlier making the chairs and tables wet. The rain had stopped before the dinner started.

So the people – those present were mostly senior citizens – “stayed back” (to use your word since you insist) at 7.30pm to wait for dinner to be served.

Btw, thanks yah MCA for all the good food.

But then you got up to speak, Dr Chua. It was then that they started to walk out.

To resolve the bad press problem – instead of blaming China Press – next time just remember lah to schedule your speech before the dinner begins.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Roketkini menghasut isu-isu Islam

  1. Parti yang dibawah influence negeri komunis Cina DAP , perlu di dedahkan. Baru-baru ini seorang MP Cina DAP memberitahu di Parlimen, negara Cina tidak membeli oil palm kerana UMNO tidak memberi layanan yang baik kepada billionair Cina Kuok.

    Layanan baik macam mana negara Cina nak UMNO bagi Kuok yang kaya raya itu. Ini menunjukan DAP di bawah telunjuk negara Cina. DAP mahu UMNO memberi lagi kekayaan dan subsidi gula kepada Kuok.

    Sepatutnya DAP menyerang Cina kerana sekongkol dengan kapitalis terbesar di Malaysia.

    Oleh itu adalah haram bagi orang Melayu mengundi DAP pada PRU 13 ini.

    1. MHUD,

      “Baru-baru ini seorang MP Cina DAP memberitahu di Parlimen, negara Cina tidak membeli oil palm kerana UMNO tidak memberi layanan yang baik kepada billionair Cina Kuok.”

      Komen:

      MP Dap itu cakap ikut sedap mulut (khabar angin-semata-mata) ke, atau berdasarkan fakta? Kalau berdasarkan khabar angin sepatutnya MP berkenaan meletak jawatan sebagaimana kes di bawah ini yang berlaku di New York.

      “Superstorm Sandy Rumors Cost Congressional Campaign Manager His Job

      By Abby Phillip | ABC News Blogs – 10 hours ago

      “The congressional campaign manager who confessed to spreading falsehoods on Twitter during Hurricane Sandy has resigned from Christopher Wright’s New York City congressional campaign.

      1. Di Malaysia, kalau ketua pembangkang dah canang ke seluruh dunia yang dia dah control majoriti MP di parlimen dan akan membentuk kerajaan pada satu tarikh tertentu tetapi gagal berbuat demikian pun, muka dia tak malu. Dah bertahun berlalu dan dia masih tak letak jawatan.

      2. Ini bukan sahaja soal spreading falsehoods. Ini lebih dari itu. Kenyataan MP Cina DAP ini menunjukkan belang sebenar dia.

        Cina Komunis simpathiser dahulu, yang dilepaskan dari New Village masih mempunyai talian dengan negara Cina.

        Kedua, walaupun Cina DAP itu komunis, itu hanya bila dia miskin. Bila dia dapat kuasa macam lim, dia tukar nama jadi Mat Salleh Joseph, dia sokong pengkautan kekayaan berbilion asalkan rasis Cina.

        Ketiga, jika benar Robert Kuok menyuruh Cina supaya jangan beli oil palm Malaysia selagi dia tak dapat subsidi berbilion, itu adalah treason/pengkhianatan.

        Keempat, mengikut perlembagaan sesiapa yang berkelakuan bertentangan dengan kepentingan Malaysia perlu dilucutkan kenegaraannya.

        Kelima, Cina DAP menyokong hegemony negara Cina yang menggugut rakan baik kita Jepun dan Filipina dengan kapal perang.

        Keenam Cina Dap merupakan fifth column yang akan membuka ruang kepada penjajahan Cina jika negara Cina menyerang ASEAN.

        Oleh sebab itu adalah haram bagi orang Melayu yang cinta kan Tanah Melayu untuk mengundi DAP.

  2. Untuk makluman izmil , melayu roket oi!!!!…

    pas bukan agama islam yang suci… Mak Bapak awak dulu bukan islamlah sebab pas tak de masa tu!!!!!!! Tolong faham ye.. jangan main redah aje.. sebab bertuhankan DAP.. Dah jadi macam singapork nanti.. air mata darah pun tak guna.. Terlalu ramai jiran dan sahabat2 cina & india kita yang masih setia dan sayangkan nagara yang bertuah ini..

    1. Pas ni dah semakin sesat dan kurang asam. Mahu saya terajang semua pemimpin dan penyokong Pas jika masih bersekongkol dengan DAP dan Adil. Pas perosak ummah.

  3. Kak Helen,

    apabila sebahagian bukan melayu sudah tak kisah untuk berdiri di belakang Pas dan akan terima apa saja yang Pas bawa asalkan mereka ‘puas’, makanya politikus bukan melayu harus peka tentang isu yang relevan yang mahu di ketengahkan dalam situasi semacam ini.

    bukan apa Kak, peribahasa ini: yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, sering jadi kenyataan. dan lojiknya, sudah tentu mereka yang paling banyak mengendong sesuatu (MCA) yang akan tercicir lebih banyak benda yang dikendong berbanding mereka yang mengendong sedikit barang (Dap).

    1. Makanya dalam konteks keciciran benda yang dikendong nampaknya Dap tidak berapa kisah sangat tetapi MCA nampaknya macam tak berapa sanggup. Semua itu (ketidaksanggupan) MCA, jelas terpancar apabila CSL terlalu mengaitkan material-material yang bakal hilang dengan isu-isu popular masa kini…bukan ekonomi, sosial atau rogol, tetapi kecenderongan semua pihak untuk mengangkat darjat agama masing-masing.

  4. Helen,

    When Dap talks about the official religion, Umno complaints; at the same time, when MCA talks about Pas’s official religion, Malay in Dap and Pas complaints. The question is, where all these heading to Christendorm?

    1. hari penentuan dah tak jauh lagi dah, bro…makanya janganlah hairan kemunculan lebih banyak pembela rakyatlah, pembela agamalah, pembela itu, ini dsbnya…bisalah tu! tapi tang Dapster jadi pembela agama rasmi…hmmm…lucu jugak tu.

      al-lazimnya, apabila dah reda…ini pulak yang berlaku: pembela rakyat entah ke mana, pembela agama entah ke mana dan pembela itu dan ini entah ke mana.

  5. Helen,

    “Dengan sentimen yang dibakar oleh presidennya hujung minggu lalu, pastilah kita boleh mengagak bahawa hanya kebencian terhadap Islam yang akan terus ditiupkan sepanjang kempen pilihanraya umum akan datang.”

    Komen:

    Kebencian terhadap individu tiada kaitan dengan kebencian terhadap puak.

    Kebencian terhadap parti waima parti berkenaan gunakan perkataan agama tak ada kaitan kebencian terhadap agama.

    Kebencian terhadap parti bangsa sepatutnya tidak ada kaitan dengan kebencian terhadap bangsa yang diwakili oleh parti berkenaan.

    Kebencian terhadap sekolah vernakular kerana punca itu dan ini sepatutnya tidak dikaitkan dengan kebencian terhadap Bahasa Cina.

    Kebencian terhadap pelaku yang mengetuk-ketampi wanita Cina jangan sampai ke tahap mengilusikan semua wanita berketok-ketampi adalah Cina.

    Makanya, apabila Dapster pribumi mahu jadi pembela Islam walhal semua itu hanyalah hipokrit belaka yakni hipokrit bilamana wajah mereka dalam banyak isu agama sebelum ini – termasuklah “inocence of Muslims” – , hilang entah di mana, sepatutnya Dapster pribumi inilah yang sepatutnya dianggap memalukan Islam kerana Islam tidak perlu manusia hipokrit.

  6. Tapi memang masyarakat cina punya rasa benci tahap gaban terhadap bangsa melayu, di mana orang melayu dicaci sebagai malas, tidak apa attitude, main tongkat, baca sama blog Paul Tan di post berkenaan Nissan Almera, tetiba sahaja commentator yang sudah pastu bangsa cina tiba tiba ungkit bagaimana tan chong didiskriminasi, orang melayu tidak adil, proton gagal sebab melayu malas,

    ini memang dah terukir di dalam psyche orang cina, kebencian mereka umpama tidak akan kering sehingga melapah daging dan darah orang melayu. Kita tengok la orang cina ni rasional die dah goyah, roti mahu diboikot, beras bernas mahu diboikot, semua benda yg ada kaitan melayu diboikot dicaci,kerana nak membela orang orang cina kaya yg tamak spt robert kuok, dahla dok di hong kong lepas tu telan subsidi kerajaan dan monopoli pasaran gula.

    Kita lihat kes amy chong, dah la membesar di australia, kerja di singapore, tiada kaitan pun dengan malaysia mahupun orang melayu tetapi die memilih mencaci menghina orang melayu yang berkahwin, die perkata orang melayu kahwin murahan kerana lima puluh dolar buat kenduri di void dek flat, imi bermakna, jika amy chong dijadikan sample, die beranggapan orang melayu tidak layak kahwin kerana miskin dan bodoh.

    Kenapa amy cheong benci melayu walhal dia membesar bersama mat salleh, saya rasa teori bahawa amy cheong begitu kerana kristian sudah basi, cina yg sembah di tokong pun sama benci tahap hantu terhadap orang melayu, budaya benci yg dibawa bersama nenek moyang mereka yg berhijrah dr tongsan lari dari kemiskinan dan kekejaman dinasti ming, kuomintang dan komunis, maka orang melayu yg malang dijadikan tumbal utk melepaskan kebencian dan kepatahan hati jiwa mereka. bukan begitu.. kalau tidak.seperti biasa.. salah orang melayu la gamaknya..
    _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    “melapah daging dan darah orang melayu” tu ‘cannibalism’ dah. Orang Melayu juga dok memboikot — Old Town White Coffee, roti Massimo. — Helen

    1. Jawapan helen sememangnya sama spt org cina typical ..akhirnya melayu juga dituding jari memboikot massimo, tapi cik helen harus ingat …org cina seharusnya risau melayu boikot barangan cina.

      sebodoh bodoh melayu kami la kumpulan pelanggan terbesar, tapi oleh kerana sikap melayu yg happy go lucky, pelanggan melayu tetap melanggan old town, home town yong tau fu dan mengupah org cina pasang air cond ..kalaulah satu hari orang melayu balas rasa benci org cina pada skala yg sama, hartal org melayu boleh melumpuhkan ekonomi… lagi teruk..spt yg cik helen tilik.. mungkin melayu ngamuk mcm rusuhan natrah.. ni pun satu pandangan condescending terhadap org melayu, atau ini adalah saki baki sentimen anti-islam sewaktu di malaysiakini..tp apalah daya..rambut sama hitam hati lain lain.

      Tidak lupa masa revolusi kebudayaan mao zedong di china, kegiatam kanibalisme diamalkan, bukan sahaja kerana makanan tak cukup akibat polisi bodoh great leap tetapi daging state enemies dimakan sebagai simbol kemenangandan dominasi.

      mungkin org DAP dan ekstremis cina ada niat sama, bukan literally makan tapi simbolically utk menghina org melayu.. umpama Rome yg merobohkan carthage, musuh rome dan rome kemudian mengatakan org carthage tidak bertamadun, rogol anak dan tiada budaya… sikap yg sama org cina malaysia tuju pada org melayu… pernah sy bca org cina seronok-seronok membayangkn menara petronas dibom tentera udara singapura.

  7. tidak tahu kenapa – lebih banyak saya membaca Roketkini, makin tak sabar saya menanti pilihanraya. It will be my 1st time voting though and my tangan dah gatal sangat nak pangkah dacing!

  8. Helen,

    Tolong beritahu dewi Dap, peruntukan untuk masjid dan surau di Selangor bukan duit parti atau duit sesiapa tetapi duit rakyat. makanya tak payahlah gunakan isu peruntukan surau dan masjid seolah-olah tanpa mereka peruntukan berkenaan tak akan ada.

    Dan satu lagi, kalau Dap bersetuju peruntukan untuk keagamaan diteruskan, makanya Dap juga secara tidak langsung mengesahkan dan bersetuju bahawa Msia bukan negara sekular — sebagaimana yang mereka canangkan pada dunia – tetapi adalah negara teokrasi.

    Dari sudut politik, apakah Dap mahu jadi lebih teokratik berbanding MCA?

      1. kah, kah, tangan kanan mentwit: sekular, sekular, sekular…tangan kiri pula mentwit: strenght to strenght, faith to faith, ger*ja to ger*ja, tok*ng to tok*ng, karia*, sur*u, bla, bla.

        kalau akak belum terima khabaq, cek nak habaq ni…inilah strategi psywei paling tinggi dan paling kontemporari di dunia, dewasa ini! ha, ha, boleh buat tesis Phd, gitu.

    1. firstly hannah never claim the fund is not from the people, i think her main point is that there is higher allocation compare to bn. and secondly, i dont think funding / no funding to mosque is indirectly an acknowledgement that malaysia is not secular / secular, there are many government that provide funding to places of worship, even the atheist government of china do that.

      but u did ask an interesting question, though i dont know how you define “lebih teokratik”.

  9. tentang para dapster yang ingin menjuarai dan membela Islam, terima kasihlah banyak-banyak. mungkin beberapa orang Islam boleh termakan dengan lakonan plastik itu. tapi ramai yang dah nampak kedajalan dapster. bangkai mammoth kalau sorok macamana pun bau dia akan keluar bila decompose. kentut busuk, walau tak berbunyi tetap bau pekung. dapster lagi busuk dari itu kerana bermuka-muka membela Islam. pathetic.

  10. Pihak yang paling menghina Islam ialah PAS. Mereka menjatuhkan martabat Islam dengan menyalahguna serta memperalatkan Islam sebagai nama parti politik mereka. Padahal mana-mana parti politik pun, tanpa melainkannya, bergelumang dengan amalan-amalan kotor termasuk rasuah, salahguna kuasa, putarbelit, penipuan dan banyak lagi amalan yang dilarang Islam serta ajaran agama-agama lain.

    Maka itu mengundi PAS atau parti-parti yang besekongkol dengannya adalah HARAM.

Comments are closed.