Seorang pembaca blog ini ‘marhaeman‘ telah mengomen seperti berikut:
“… kalau DAP bersetuju peruntukan untuk keagamaan diteruskan, makanya DAP juga secara tidak langsung mengesahkan dan bersetuju bahawa Msia bukan negara sekular — sebagaimana yang mereka canangkan pada dunia – tetapi adalah negara teokrasi.”
Beliau merujuk kepada kenyataan Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh yang membayangkan dirinya juara Islam kerana telah menyampaikan derma tiap-tiap tahun, yakni RM2,000 untuk masjid dan RM1,000 untuk surau sempena bulan puasa.
Hannah mendakwa jumlah wang yang diperuntukkannya ada lebih banyak berbanding sumbangan yang pernah diberikan oleh BN.
Lim Guan Eng juga mendakwa BN Pulau Pinang pada tahun 2008 hanya memperuntukkan RM12.5 juta bagi hal-ehwal Islam manakala pentadbiran negeri DAP pada tahun 2011 telah memberikan RM33.33 juta.
Istilah ‘sekularisme’
Sebuah negara sekular akan mempunyai ciri-ciri berikut:
- Badan-badan keagamaan diasingkan daripada urusan negeri
(The separation of the religious orders from the state)
.
- Negara bersikap neutral dalam hal-hal agama
(Neutrality of the state in religious matters)
.
- Negara memberi layanan yang setara kepada setiap/semua agama
(Equal treatment by the state of different religions)
. - Agama adalah merupakan suatu perkara peribadi yang tidak bertindih dengan ruang awam
(Religion being a matter of the private sphere which is strictly separated from the public sphere)
Boleh rujuk perbincangan kita yang awal — ‘Secularism and how does M’sia compare with the Turkish model?’
Risalah Roket (klik 2x untuk besarkan)
Click to access ROKET-BM-JUN-2011_small.pdf
DAP menyatakan dalam risalahnya yang disediakan oleh The Rocket (pdf atas) bahawa “Selama tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng, agama Islam telah diangkat dan diberi lebih perhatian berbanding dengan pentadbiran dahulu”.
DAP menyatakan Guan Eng telah melipat-gandakan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam setiap tahun sejak pentadbirannya mula memegang tampuk kuasa.
DAP menyatakan bahawa sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan “di mana kerajaan Barisan Nasional tidak pernah melakukan begitu” di samping kerajaan negeri DAP memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).
DAP bercanggah dengan amalan sekularisme
Tindakan setiausaha agung DAP itu bercanggah dengan tonggak prinsip sekularisme bahawa badan-badan keagamaan harus diasingkan daripada urusan negeri.
Tindakan setiausaha agung DAP itu bercanggah dengan tonggak prinsip sekularisme bahawa negara (the state) bersikap neutral dalam hal-hal agama. Nyata DAP melebihkan Kristian dan Islam berbanding dengan Buddhisme dan Hinduisme.
Tindakan setiausaha agung DAP itu bercanggah dengan tonggak prinsip sekularisme bahawa negara sekular memberi layanan yang setara kepada setiap/semua agama
Tindakan setiausaha agung DAP itu bercanggah dengan tonggak prinsip sekularisme bahawa agama adalah merupakan suatu perkara peribadi yang tidak bertindih dengan ruang awam. Guan Eng tegas membayangkan bahawa pentadbiran negerinya adalah berlandaskan corak pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Pulau Pinang juag menggunakan cogankata ‘amar ma’aruf nahi mungkar’.
Subang Jaya menghala ke Taliban Kristian

Jelas sekali ikon DAP Hannah Yeoh selalu membawa agama ke ruang awam. Melambak-lambak – dan cukup untuk mengisi sebuah galeri foto – gambar-gambar lawatan Hannah ke masjid dan surau dengan gaya bertudung.
DUN Subang Jaya tidak neutral dalam hal-hal agama tetapi sebaliknya menganak-tirikan agama Buddha.
(a) Andaikata DUN DAP Subang Jaya memperuntukkan belanja sumbangan sekadar RM444 untuk aktiviti Buddhisme tetapi pada masa yang sama menyalurkan RM88,888 bagi aktivit-aktiviti Islam, maka langkah ini bercanggah dengan tiang sekularisme kedua yang tercatat di atas.
Nyata bahawa bantuan diterima kegiatan-kegiatan agama Buddha daripada oleh Hannah Yeoh adalah sekelumit sahaja.
Jelas Hannah Yeoh melebihkan orang Kristian (lihat senarai derma wangnya kepada gereja di sini, termasuk kepada gereja skandal City Harvest itu)
(b) Adun Subang Jaya itu juga tidak memberi layanan yang setara kepada semua agama. Pernah saya memblog, ‘Papa & Mama DAPster tidak mengucapkan selamat Hari Wesak‘.
Jom Ubah! perlembagaan DAP
Fasal II dalam Perlembagaan DAP (pdf) menyebut:
“Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.”
Matlamat DAP sepertimana yang dinyatakan dalam perlembagaan parti ialah untuk:
“Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia”.
Butir-butir di atas terkandung dalam perlembagaan DAP Lama.
Mayat Karpal Singh sudah dilangkah politikus-politikus evangelis dan Firster DAP, contohnya Anthony Loke yang menyokong amalan pengasingan jantina PAS.
Baik saja perlembagaan DAP 2.0 dikemaskinikan supaya ia selari dengan praktik parti tersebut semenjak DAP berkahwin mutaah dengan PAS.
When your enemy want to kill you, they first hold your baby. Just like Kit Siang did in the picture. Pun Melayu ni semua masih bangang.
Yeoh Hana ni sengaja nak persenda Melayu. Kerana melayu ni duk pecaya ugama orang Arab tu, dia pun pura-pura play along. Orang Melayu dalam gambar tu pun bukan faham sangat Islam sebab tu mereka duduk dengan perempuan semua.
Tak apalah. Nak buat macam mana Islam tu ugama yang dibawa orang Arab dan India. Jadi asas dan fungsi ugama itu sendiri orang Malaya tak faham.
Pertama, Raja menggunakan ugama untuk memerintah dan kutip cukai. Wanita menjadi barang kepunyaan lelaki. Wanita tidak boleh jadi ketua. Hak wanita separuh dari lelaki.
Macam-macam lagi yang orang Melayu pun malas nak percaya. Yelah itu cara hidup orang Arab.
Husin dan Hasan bergaduh, syiah dan sunni.
Yeoh pula ingat nak jadi mat salleh kena ikut kristian. Mat Saleh pula dan tak percaya Kristian, dongeng medieval purba kala.
Sebab percayakan Kristian, Hanah bagi Hindu masuk Cina. Hindu pula tak nak jadi untouchable sekejap masuk Kristian sekejap masuk Islam.
Tinggal kita yang celik ni lah kena ulang banyak kali… dongeng tetap dongeng.
Kak Helen,
saksama buat Dapster meskipun tidak diperjelaskan skopnya dalam perlembagaan parti, tetapi, nampaknya, lebih ditumpukan kepada kesaksamaan dalam hal yang mana melayu/islam mendapat bahagian yang lebih saja.
contohnya, kalau melayu/islam dapat lebih jawatan awam, makanya Dapster akan prihatin habis-habisan dan akan tuntut agar jawatan awam disaksamakan dan kalau tidak dapat , habis satu dunia dijaja benda ini…tidak adil!, tidak adil!
tetapi dalam hal lain-lain, di mana ianya tiada kaitan hal-hal melayu/islam, contohnya hal ehwal agama minoriti, Dapster tak pulak kacau dan tak jaja suara mereka ke sana dan ke sini.
contohnya, Dapster jelas buat-buat tak nampak hal-hal melibatkan ketidaksaksamaan dalam kalangan sesama agama minoriti, makanya apabila agama minoriti A dapat lebih berbanding agama minoriti B dan C, Dapster buat-buat buta, pekak dan naif!
justeru, Kak Helen, jangan pelik dan jangan terguris kerana jarang perasaan aneh/terguris dapat disaksamakan, yakni boleh dibahagi-bahagikan sama rata dan dikongsi-kongsikan. tak percaya tanyalah Hannah Yoep…apakah dia sudi berkongsi keanehan dan ketergurisan yang akak alami apabila menyedari Firster berdiri > tinggi dari Tokong?
Mana pernah DAP secular? Dari hari pertama lagi mereka tidak secular. Pernyataan sekularisma dalam perlembagaannya hanyalah untuk mengabui mata rakyat untuk mendapat sokongan mereka.
Mereka juga tidak teokratik. Sama dengan PAS mereka menggunakan agama untuk kepentingan duniawi; untuk mengecap kekayaan peribadi dan untuk konco-konco mereka.
Kedua-dua DAP dan PAS parti hipokrit; parti gila kuasa dan wang ringgit; parti putar-belit; parti salahguna serta memperalat agama.
Percayalah selepas mereka menang nanti, hanya padri-padri yang menyokong mereka akan jadi kayaraya tetapi ahli-ahli qariah (parishioners) mereka akan hanya dihadiahkan janji ke syorga, sama dengan ahli-ahli PAS biasa di Kelantan yang bekalan air bersihpun tidak dapat dikecapi hingga hari ini dan hukum hudud yang dijanjikan tidak lebih dari umpan plastik yang tampak amat menggiurkan.
mereka ni sebenarnya hippies. ikut nafsu namanya. bila sekularisme hangat, mereka pun kata mereka ni sekular.
bila theocracy jadi hangat, macam sekarang, mereka pun kata mereka sokong Pas yang sememangnya theocratic, tapi theocracy Pas ni songsang, tak betul, Pas ni lebih kurang macam Al Arqam, kan Pas pernah kata, kalau undi Pas, dapat masuk syurga.
rakan sekatil sebantal mereka PKR lagi dahsyat. macam ABC, semua pun boleh, sekularisme, theocracy liberalisme, macam-macam. tak hairan pun, kan ketua umum mereka tu berwatak songsang, tak betul watak namanya.
wajah mereka macam wajah artis-artis Korea. kan ramai artis-artis wanita Korea yang pernah menjalani pembedahan plastik, mereka ni berwajah plastik.
lihat saja Hannah Yeoh. Kristian, tapi kerana nak meraih undi orang Islam, dia pun pakai tudung, berpakaian Melayu. ini pun sama juga dengan pembedahan plastik, orang Melayu/Islam pun terpedaya dengan wajah yang menggiurkan ni, tapi sama juga dengan pembedahan plastik, hasilnya tak akan kekal lama.
lihat saja artis-artis yang pernah menjalani pembedahan plastik selepas beberapa tahun, jadi layu, lepas tu kena pergi jumpa balik kat pakar bedah, sebab kena buat repair. evangelis-evangelis DAP sekarang nampak menarik, menggiurkan sebab wajah mereka yang telah dibedah tu masih lagi nampak baru, masih lagi segar, kan baru 4+ tahun.
jadi, lain kali, bila nampak ahli-ahli politik berwajar baru, segar, kena tanya diri sendiri : mereka ni, ahli-ahli politik, mereka dah dibedah ke ? kenapa mereka sanggup jalani pembedahan kosmetik ? apa tujuan sebenar ?
“Mayat Karpal Singh sudah dilangkah politikus-politikus evangelis dan Firster DAP, contohnya Anthony Loke yang menyokong amalan pengasingan jantina PAS.”
Kebanyakan kita tidak sedar iaitu Anthoine Locker adalah warga negara pertama yang sanggup menyahut cabaran/ultimatum yang dilontarkan oleh yang amat dikasihi Yb ‘Sigh is Kingg’. Bravo AL.
Helenmarhaeman said : “Dari sudut politik, apakah Dap mahu jadi lebih teokratik berbanding MCA?”HuaYong asked : “How do you
(Helen)define – lebih teokratik?”How interesting. We believe that secularism is supposedly to be neutral. Christianity has succumbed to secularism. Presently, secularism regards Islam as a theocratic society that has stubbornly refuse to become an appendage to anything it sees as non Islamic.
My take on this post is that it is just a messianic zeal from DAP to proselytise Muslims whom has yet to make the great transformation in emulating the Christians to accept secularism.
Or is it the opposite – that Islam has managed to proselytise DAP to agree to hudud and to a theocratic state, as impressed by Helen?
Relativism notwithstanding, my stand on secularism is clear: That there is nowhere for the Muslims to go except to where the modern secularism is now. Let Islam and its Islamic state take its divine course. Let it comes in via a peaceful path; not with guns and bayonets, ‘bin’ and ‘bomb’.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Zul,
I’ve made the strikethrough correction above. It was ‘marhaeman’ who posed the question.
Helen
Oops… my apologies Helen/marhaeman. I need another cup of coffee.. :)
Helen, Zul, Hua Yong,
Bila ada “democratic state” maka ujudlah Parti Aksi Demokrasi (Dap), MCA, Pas, Umno dll.
Apabila membandingkan dua parti yang berlainan ideologi, selalunya orang akan sebut parti mana lebih demokratik tetapi jarang orang akan kata parti mana lebih cerdik dsbnya.
Dalam konteks agama dan politik, orang sering membandingkan parti mana lebih Islamik tetapi bukan parti mana lebih dinamik.
Makanya dalam konteks teokrasi, orang akan membandingkan parti mana lebih teokratik tetapi bukan parti mana lebih licik.
Kekeliruan timbul bukan kerana perkataan “siapa lebih teokratik” itu mengelirukan tetapi kerana ada pihak yang sengaja tidak mahu mengaku teokratik walhal semua bukti mengarah kepada itu.
maka, tingallah Mca keseorangan berjuang atas landasan sekularisme di tanah air bertuah ini. untuk itu elok jugak Mcaster –> Mcsa: Msian Cinak Seculaist Ass dan Dapster –> Tapster: Talibarnish Action Party.
sama… kalau dah kambing tetap kambing juga.. kau tentang ka, kau hina ka, kau sindir ka… kau2 semua tetap sama, darah dan daging sama, niat tetap sama anti-islam, tak kira kau2 itu berbaju mca, gerakan, dap, pkr…
makin lama makin ‘naik lemak’…
DAP tak sokong sekularisme? Semata2 kerana mereka memberi bantuan kepada surau dan masjid? Bukankah suatu pentadbiran harus memberi sokongan kepada semua lapisan masyarakat melainkan yang bersifat jenayah anti nasional?
Helen engkau ni dah habis modal ke? DAP ada tak macam Naj1b siang malam ghairah sumpah atas Quran?
Ada tak macam Nazri cakap negara ini bukan negara sekular? Takde langsung. Semua direka cipta oleh lu sendiri. BN takde cara lain nak dapat sokongan ke?
Kesian BN. Jangan takut dek, tak lama lagi kita akan dapat kerajaan baru yang tak gila kaum, gila duit, gila nafsu dan tidak langsung gila sumpah atas Quran.
DAP sekular?
http://www.malaysiakini.com/news/150690
DAP sekular?
http://www.malaysiakini.com/news/150690
Hannah Yeop dah berkali-kali masuk mesjid. Aku pasti Ayatullah Nicky akan dijemput beri kutbah (sermon) di gereja-gereja nanti. Kesian Karpal, walaupun berserban, tak diendahkan oleh evengelist DAP sendiri. Kertua umum pula memang handal. Mimbar ke, pulpit ke, kuil ke, semua dia panjat.
“Kertua umum pula memang handal. Mimbar ke, pulpit ke, kuil ke, semua dia panjat.” — hahaha
Ya lah, their operating procedure. Memperkudakan agama.
But what is Lim Guang Eng’s real religion?
Rainbowism
hahaha…
salhas dah bagi pingat dot dot dot kat dia…aku rasa macam nak copy ja letak kat sini. mood tengah hangin ni. lapar.com
“Kertua umum pula memang handal. Mimbar ke, pulpit ke, kuil ke, semua dia panjat.” — hahaha
Ya lah, their operating procedure. Memperkudakan agama.
But what is Lim Guan Eng’s real religion?
Obama tidak teragak-agak untuk menghebahkan bahawa dirinya adalah penganut kristian. Ini adalah kerana dia tidak perlu perkudakan agama untuk mara dalam politik, makanya taka ada apa yang hendak disembunyikan dari pengetahuan umum.
Dia ‘downplay’ name Hussein-nya.
Kalau dia mengaku Islam (bukannya saya hendak dia closet Muslim tapi membentangkan satu hypothetical scenario), dia tidak mungkin akan terpilih untuk menjadi presiden dalam suasana 2008.
Reboot Your Thinking?
Ctrl, Alt, Del?
It’s too late!
You’re too steep in shit for too long!
Know what you should do?
Push the self-destruct button!!!
That’ll send you into oblivion!!!!!!
And all your troubles will be over!!!!
Permanently!!!!!!
It is interesting to note the contrast between DAP 1.0 and 2.0.
DAP 1.0 was secular, fiercely principle-based, humble, simple, secular, eschewed power and positions and democratic to the core.
While the new DAP 2.0 is principle-free, egositic, full of hot air, theocratic, loves the limelight and power and authoritarian.
DAP 1.0 had fearless stalwarts such Karpal, Pattoo and LKS while DAP 2.0 has such shameless shenigans and snakeoil salesmen and women such as LGE, Hannah, Anthony, Teresa, etc.