Posted in Evangelis

Kes Nurul: Latarbelakang tuanrumah gereja evangelis yang penuh kontroversi

Acara di mana Nurul Izzah dijemput menjadi ahli forum berlangsung di Full Gospel Tabernacle (FGT).

FGT ialah gereja Rev. Eu Hong Seng, iaitu pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Sebelum ini beliau pernah mengundang kontroversi serta Perkasa menuntut supaya Rev. Eu disiasat di bawah Akta Hasutan.

http://mynewshub.my/2011/12/28/isma-anggap-paderi-hong-seng-melampau/
http://www.malaysiakini.com/news/185088

Gereja evangelis kuat pengaruhnya

FGT adalah sebuah gereja mega kaya-raya umpama City Harvest yang menggalakkan ahli jemaahnya menyumbang derma melalui pembayaran kad kredit (lihat screenshot bawah).

Seperti juga City Harvest, ia sebuah gereja karismatik yang tidak terikat kepada mana-mana aliran Kristian lama misalan Roman Katolik, Anglican, dsb.

Semua maklumat diperoleh daripada laman sesawang http://www.fgt2u.org.

Gaya memikat generasi moden

Gereja karismatik mirip City Harvest dalam cara ia membekalkan kegiatan-kegiatan yang mengasyikkan seperti program muzik dan tari-menari.

Gaya mereka bersembahyang juga kelihatan lebih khusyuk berbanding aliran Kristian tua (gambar, bawah).

Rev. Eu telah memperkenalkan rancangan Evangelism Explosion (EE) untuk membantu melatih sukarelawan supaya mampu menjalankan dakwah dengan lebih berkesan.

Para pengikut gereja FGT umpama geng “Take Subang for Jesus“.

Baca juga Link between City Harvest Church and DUMC’s Dream Center

Organisasi cekap dan teratur

Keahlian FGT telah melipat ganda semenjak gereja tersebut dibentuk pada tahun 1981, ketika itu bertapak di sebuah rumah kedai kawasan SS2, Petaling Jaya. Selepas lima tahun perkembangan pesat, FGT berpindah pula ke tapak yang lebih besar di Damansara Jaya.

Pada hari ini, FGT mempunyai bangunan sendiri serta seramai 84 orang pekerja dalam rangkaian gerejanya yang amat luas bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga di negara-negara asing.

Sekiranya FGT dibandingkan dengan profil syarikat, maka boleh dirumuskan ia sebuah bisnes keluarga yang amat maju dan berjaya. FGT diterajui Rev. Eu dan pastor Goh Hock Huat yang mana isteri masing-masing pun berperanan pastor juga.

Sasaran FGT

Di samping orang Cina, FGT turut mensasarkan orang India yang bertutur bahasa Tamil dan juga penduduk yang berbahasa ibunda Melayu.

Gereja ini mengadakan sembahyang beberapa sesi seminggu bagi jemaahnya yang berbahasa Melayu (lihat jadual, bawah).

Rev. Eu menggunakan kalimah ‘Allah’

Dakwah kepada kanak-kanak pun

Agama Kristian kian menular di kalangan masyarakat Cina kerana badan-badan agama Buddha tidak mengikut jejak langkah evangelis mengadakan kegiatan-kegiatan menghibur yang memberi tumpuan khusus kepada kanak-kanak dan remaja (lihat senarai program, bawah).

Juga agama Buddha yang berunsur pemikiran falsafah (philosophical) kurang menarik bagi golongan muda-mudi yang lebih mengemari daya dinamik City Harvest Church, DUMC dan FGT.

Seperti Gereja City Harvest, pemasaran ala komersial FGT dibuat melalui konsert, rakaman album lagu, dsb.

Usaha-usaha mendakwah di Subang Jaya

Subang Jaya selalu diberikan liputan serta promosi dan publisiti oleh media suara pembangkang seperti Selangor Times dan The Star. Kawasan DAP tegar ini adalah pusat kebangsaan evangelisme.

Selain Nurul Izzah, ahli panel di forum kontroversi itu yang berlangsung di Subang Jaya pada tempoh hari termasuk Mujahid Yusof Rawa.

Tengok siapa yang duduk di baris depan gereja Full Gospel Tabernable itu (gambar bawah).

Hasan Ali: Evangelis dakwah kepada Melayu

Hasan Ali memberitahu dewan di forum Perkasa semalam di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bahawa terdapat kira-kira 20-30 orang pastor Melayu yang sedang menjalankan dakwah Kristian di kawasan Lembah Kelang.

Dakwaan Hasan Ali adalah suatu tuduhan amat serius kerana ia membongkarkan kaedah tipu muslihat evangelis untuk memperdaya kaum Melayu.

NGO Jati yang dipelopori Hasan Ali yakin usaha-usaha dakwah evangelis agresif sedang menular secara senyap dan berselindung di kalangan kaum Melayu bandar.

Dengan tersungkurnya MCA dan bangkitnya DAP 2.0 Kristian yang kuat bermain politik gereja, pertembungan antara agama tidak akan dapat dielakkan lagi.

Hannah Yeoh adalah Adun Subang Jaya

Author:

I have no Faceook or Twitter.

12 thoughts on “Kes Nurul: Latarbelakang tuanrumah gereja evangelis yang penuh kontroversi

  1. kpd yang ingin tahu hukum murtad menurut Islam sila rujuk sini:
    http://zaharuddin.net/aqidah-&-kepercayaan/155-jawapan-kekeliruan-penentang-hukuman-murtad.html

    tapi loyar boleh memanipulasi undang-undang akhirat di atas dunia ini… banyak yang terlepas, tapi tunggulah hari pembalasan. bukankah tujuan sebenar hidup di dunia adalah mencari bekal menuju akhirat. tak ada syafaat dari golongan evangelist yang boleh menyelamatkan pemurtad dari api neraka. balasan-Nya teramat pedih, namun tidak pula mematikan. Infiniti, tanpa titik….

    1. Perhaps I.D.A can show where in the al-quran it is stated the punishment for apostacy.

      The well known blogger Syed Akhbar Ali http://www.outsyedthebox.blogspot has written extensively on this topic and with proof and facts have said that only the bible has clear statement on punishment for apostacy.

      Zaharuddin may be talking utter crap. Perhaps he should have an academic debate with Syed Akbar Ali.

  2. sadly for these evangelists, the wind is already blowing against their direction, yet they still think that the wind will take them to the Promised Land.

    some pundits predict the 13th GE is going to be a tsunami. the way I look at it, its going to be a volcanic eruption. “many will be scorched, the survivors will live in misery”.

    by the way, when I say “many will be scorched”, I’m referring to the evangelists and their cheerleaders. as for “survivors will live in misery”, I’m referring to the deprived conditions these evangelists and their cheerleaders will find themselves in in the aftermath of the GE. that’s all from me for today. thank you.
    ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Not only the evangelists. Other non-Christian Chinese also will get the backlash. — Helen

  3. Kak Helen,

    Kejayaan Pak Hussien jadi presiden AS adalah kejayaan dalam konteks warna hitam mengatasi warna putih tetapi bukan kejayaan dalam konteks agama A (bukan-kristian) mengatasi agama B (kristian).

    Dalam konteks agama A dan agama B di AS, sampai bila pun calon dari agama A tidak akan mendapat restu dari para elektorat untuk menumbangkan calon yang mewakili agama B. Tidak untuk 200 tahun lagi!

    Hakikat ini perlu disedari oleh para elektorat lokal agar jangan terlalu ghairah melakukan sesuatu yang tidak akan menjadi kenyataan di AS (A potong B) sebaliknya terus berpijak atas bumi yang nyata.

  4. Helen,

    Dapster dan di bantu oleh The Toilet Paper Star adalah penentu “kelas”. Hanya mereka berdua layak menentukan kedudukan kelas seseorang iaitu sama ada high class atau low class, merekalah yang menilai dan menetapkannya.

    Untuk diiktiraf sebagai berkedukan kelas tinggi (high class), ciri-ciri yang perlu ada ialah keterbukaan, keliberalan dan kepluralan. Yakni, kalau ada ketiga-tiga itu, layaklah seseorang berada dalam kelas tinggi serta mendapat pengiktirafan Dapster.

    Dalam hal ini, banyak pihak menganggap polemik penentuan kelas adalah satu percubaan di pihak Dapster dan pihak media yang mengagung-agungkan kan Dapster untuk jadi pengukur dan sekaligus jadi pemutus bagi apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk golongan bukan Dapster.

    Setakat ini, banyak pihak menolak penetapan kelas yang dibuat oleh Dapster, tetapi ironinya ada juga insan terlebih cerdik macam Nurul Mukminah Izah yang mempercayainya, menerimanya dan lebih dari itu, nampak macam berusaha menyebarkan dan mempengaruhi lain-lain insan untuk mempercayainya dan menerimanya.

  5. This episode shows how sesat everybody in the Pakatan really is. My only hope is that the Muslims in Pakatan jangan murtad sudah lah.

  6. kalau anda hendak dihormati, hormati orang lain terlebih dahulu. keamanan dan kemakmuran negara ini bukan dibina oleh 1 bangsa sahaja, tapi semua bangsa yang ada di malaysia.

    sekali lagi saya nak katakan, kalau tak nak orang kristian menggunakan bahasa melayu dalam gereja, istiharkan sahaja “bahasa rasmi negara adalah bahasa melayu kecuali untuk orang kristian”. harus diingat, kami orang sabah dan sarawak yang majoritinya kristian dah muak dan dah hilang sabar dengan politik perkauman begini.

    kadazandusun, iban, murut, bidayuh, orangulu apabila bertutur kebanyakkannya berbahasa melayu. contohnya saya iban dan isteri saya dusun, saya tidak pandai berbahasa dusun, maka saya terpaksa berkomunikasi berbahasa melayu. jadi salahkan kalau saya bercakap atau berdoa di gereja menggunakan bahasa melayu. harus diingat, jangan letakkan otak dilutut

  7. Pihak yang paling terakhir menyemarakkan politik rasis adalah KM Penang. Makanya kita harus bersama-sama menunjukkan kebosanan kepada beliau. Selebihnya, ayuh tolak Dap dari Sabah dan Sarawak agar kita tidak lagi dalam kebosanan.

Comments are closed.