Posted in Evangelis, Gunting Dalam Lipatan

Pendakwah evangelis yang berasal-usul Reformasi

Bagus juga rakan blogger Stop The Lies hari ini pun menumpukan perhatian kepada aktivisme politik si evangelis di kawasan Lembah Kelang.

Dalam posting bertajuk ‘Hiding Behind Christianity to Campaign for Pakatan Rakyat’, STL membawa perhatian kepada sebuah portal Kristian berjudul The Micah Mandate.

STL mendedahkan bahawa portal tersebut dikendalikan oleh Goh Keat Ping — seorang pendakwah dan pemimpin kanan gereja. Menurut STL, beliau ialah bekas ahli majlis tertinggi PKR.

Rujuk kenyataan Goh Keat Ping:

“RPK, a committed Muslim, and I were together in the early days of the reformasi movement which eventually gave birth to KeADILan” (sini), dan “Let it not be said that I am ashamed of my KeADILan roots. There has not been nor will there be any hedging on my part” (sini).

Tambah STL lagi, Goh Keat Ping (seorang rakan taulan Haris Ibrahim) adalah juga kawan rapat (“confidante”) Wan Azizah.

“[M]y vote in the coming elections is to end the current political monopoly…” tulis Goh Keat Ping dalam blognya.

***  ***  ***

Seorang Kristian Alwyn Lau, yang tulisannya kerap disiarkan di Malaysian Insider, pernah mengaku, “Put bluntly, Malaysian preachers are ALREADY — by their actions, online activity, conversations, etc. ‘telling their congregation who to vote for’.”

***  ***  ***

Screenshot (bawah): Rencana Hannah Yeoh on Re-Building Malaysia‘ oleh Alwyn Lau yang diterbitkan di laman Micah Mandate bersempena Hari Malaysia.

Dalam pembuka kalam, Alwyn menceritakan tentang kandungan sebuah ucapan yang disampaikan oleh Hannah di Luther House Chapel.

Evangelis DAP memang tidak lepas dari politik gereja.

Alwyn memuji:

“It was a pleasure and inspiration to listen to Hannah Yeoh’s address on Christians and the Church’s Role in Nation-Building (on September 5th at Luther House Chapel). It isn’t every Sunday our congregation is treated to (and challenged by?) stories, pleas and exhortations to take up the mantle of re-building Malaysia.”

Kata Alwyn, negara kita – mengikut pandangan Hannah – berpenyakit tenat (in “dire straits”) kerana bergelumang dengan rasuah serta lemas akhlak (“wrecked on the rocks of… corruption and immorality”).

Klik 2x untuk besarkan

Sambung Alwyn, Hannah adalah seorang arif yang begitu bijak menyepadukan standard tinggi akhlak peribadinya dengan niat dan cita-cita untuk kebaikan awam.

Alwyn memberitahu pembaca bahawa Hannah telah mengenalpasti gejala zina dan aksi lucah (“pornography”) sebagai punca utama masalah sosial.

“One act of adultery ruins a whole family” (were her more or less exact words).

Alwyn berkata Hannah diberi sambutan mesra oleh jemaah gereja Lutherian itu — “Inspiring blushes and giggles, Yeoh worked the crowd by pointing out the all-too-familiar advice by Chinese parents to their children to ignore politics, play it safe, and focus on wallet-building and, if possible, get the heck out of the country“.

Namun Hannah sendiri tidak menggalakkan memutus untuk berhijrah tetapi sebaliknya dia menasihatkan orang Malaysia supaya “memilih untuk membina semula” (“select the ‘Re-Build’ option”) masyarakat dan negara kita yang rosak (“our broken nation”) dengan bergalaskan semangat patah sayap bertongkat paruh.

“It was absolutely refreshing, in this sense, to hear a State Assemblyman juxtapose compassion for the underprivileged with one’s socio-political responsibility. Ultimately, Yeoh emphasized that nation-building certainly means casting a vote (or registering to vote if we haven’t done so).”

Pesanan Hannah Yeoh amat jelas: “Re-build, don’t run away, don’t complain, don’t be helpless. Act and God will bless us (ayat digariskan oleh blogger ini).

Tuhan berada di pihak evangelis janjinya.

Surat kepada pengarang hari ini oleh Alywn Lau berkaitan isu Nurul:

***  ***  ***

Berbalik kepada teguran Hannah yang berbunyi, “Satu perbuatan zina menghancurkan satu isi rumah”, hmm, adakah seorang pemimpin parti lawan merasai bahang agak-agaknya?

Apapun, The Star telah mengajak seorang twit bergelar ‘amuse_gueule’ untuk menyertai rancangan siaran langsung Twitter iPad anjuran akhbar tersebut sebagai penyelenggara (moderator) jemputan.

The Star telah mengangkat sebagai personaliti Twitter yang disegani orang yang menyelar Dr Chua sebagai “penzina” (screenshot).

Seorang twit yang dibelai oleh The Star

Di antara alasan-alasna kenapa Dr Chua payah meraih populariti ialah kecenderongan media massa tempatan bahasa Inggeris terutamanya The Star untuk membelai geng Firster – contohnya ‘amuse_gueule’ di atas – di samping menjulang kelompok evangelista sebagai ikutan masyarakat.

Personaliti-personaliti evangelis yang dipromosi The Star seperti Jaclyn Victor – penyanyi yang dilanda kemelut kerana senikata lagunya yang menyebut semua bangsa menyembah Yesu – diberi banyak ruang oleh media untuk menyebarkan nilai-nilai Kristian mereka kepada awam.

Jaringan media sosial golongan Kristian yang mahir Internet membolehkan mereka menyebar aliran pemikiran mereka dengan meluas sekali melalui protected Twitter dan closed Facebook – yakni perhubungan awam yang tertutup kepada umum dan terlepas daripada pemantauan.

Atas sebab inilah The Star begitu ghairah memajukan personality cult evangelista.

Deejay stesen radio milik The Star menemuramah Jaclyn Victor

Author:

I have no Faceook or Twitter.

7 thoughts on “Pendakwah evangelis yang berasal-usul Reformasi

  1. ‘Hannah mengenalpasti gejala zina dan pornografi sebagai punca keruntuhan moral’???
    Muahahahahha…muahahahhaha,..muahahahhaha..

    Is she a lost cause or she’s just lost?

    For God’s sake – Anwar has 2 telenovellas entitled Sodomy, Azmin was having a medical checkup in a toilet, some PAS politicos giving personalised sermon at 3am to a non-muhrim, LGE plastered after searching for a rainbow (no leprechaun but Bettychaun made a cameo).. Eli Wong and the list goes on & on..

    Dear Hannah..Pornography & adultery are the last things you should worry about.. perhaps you should start with rebuilding your party..

    Adoiii… why/how these PR politicos see themselves as angels is beyond me.

  2. Dulu Pas jual agama, kini Dap.

    Sama macam di AS, dulu Bush kini Obama.

    Cumanya di AS Bush dan Obama adalah kristian. Noktah

  3. Kita harus waspada dengan provokasi yang dimainkan oleh kaum yang mempunyai kecenderungan perkauman yang tersangat kuat. Sejarah telah pernah tercatat yang mengakibatkan perpecahan kaum yang agak dahsyat sebelum ini. Tradisi pengedaran ‘kuih bulan’ juga mempunyai sejarah dan pengertian yang tersendiri dan mirip kepada konsep perkauman. Berhati-hati.

Comments are closed.