Posted in Gunting Dalam Lipatan

Hot! Hubungan cinta bintang dengan politikus Pakatan

MCA akan menganjurkan Speed Dating Party bulan depan untuk mengetemukan teruna dan anak dara yang masih bujang. Klik 2x pada poster (bawah) untuk baca butir-butir program.

Adakah anda mengetahui bahawa Pemuda MCA mempunyai seramai 281,669 orang ahli dalam 181 cawangan di seluruh negara? Ramai, kan?

Kalau semua anggota-anggota MCA – yakni Pemuda, Wanita, Beliawanis dan MCA induk – yang berjuta-juta itu heh, heh, heh berjanji untuk mengundi parti merekamustahil BN akan kalah.

Di bawah adalah gambar ahli-ahli Majlis Tertinggi MCA.

Ramai Datuk-Datuk di kalangan mereka. Orang berpangkat ialah orang bertaraf VIP ialah personaliti media, betul tak? Jadi berapa orang yang boleh anda cam? Heh, heh, heh

Ahli Majlis Tertinggi MCA

Heh, heh, heh … okay lah. Kalau dah tak boleh cam wajah, takpe, saya senaraikan nama-nama mereka untuk pengetahuan kalian.

Ikut susunan, dari kiri ke kanan, kemudian [dari atas ke bawah] baris (2),  baris (3) dan seterusnya.

(1) Datuk Lee Chee Leong, Datuk Dr Hou Kok Chung, Datuk Heng Seai Kie (wanita), Datuk Wee Jeck Seng

(2) Datuk Gan Tian Loo, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Lee Wei Kiat, Loh Seng Kok, Datuk Hoh Khai Mun

(3) Datuk Liew Yuen Keong, Tan Cheng Liang (wanita), Datuk Koh Nai Kwong, Dr Por Choo Chor, Tan Ken Ten

(4) Datuk Paul Kong Sing Chu, Datuk Chong Itt Chew, Datuk Yoo Wei How, Tan Ah Eng (wanita), Wong Koon Mun

(5) Datuk Ti Lian Ker, Datuk Teh Kim Poo, Datuk Chuah Poh Khiang, Datuk Edward Khoo Keok Hai, Datuk Toh Chin Yaw

Kan tadi saya dah beritahu bahawa ramai di antara mereka yang bergelar Datuk. Heh, heh, heh... Kalau dilontar sebiji batu, pasti akan terkena kepala Datuk seorang.

Patutlah mereka-mereka ini semuanya mampu membeli tiket Jamuan Besar (Mega Dinner) MCA secara borong untuk diedarkan bagi orangramai makan percuma.

Dr Chua Soi Lek berkata MCA sudah sedia menghadapi perang PRU. Hanya takut para laksamana MCA yang hendak keluar bertempur itu tidak dikenali pemilih.

Ahli Parlimen MCA

Kita cuba sekali lagi untuk cam wajah-wajah pemimpin MCA.

Tengok sama ada pembaca budiman tahu siapa wakil-wakil MCA di Parlimen.

Ini mesti kenal. YB-YB di bawah adalah Pak Menteri serta ada yang merupakan bekas Menteri kanan.

Nah, inilah barisan panglima-panglima MCA.

Orang Besar MCA

Muka-muka MCA yang mashyur tu di bawah! Jawatan-jawatan tertinggi dalam parti dipegang.

Andaikata anda masih tak boleh cam wajah mereka, entahlah apa yang lagi yang boleh dibuat.

Kalau betul-betul ramai yang tak kenal orang MCA, wajar anda salahkan sahaja akhbar milik parti itu yang tidak pernah memberi apa-apa pendedahan. Kalau diikutkan The Star, ia seolah-olah saf kepimpinan MCA adalah penghuni gua yang tidak pernah keluar buat kerja.

Tidak seperti Adun DAP, misalnya di Subang Jaya, yang tiap-tiap hari ada programnya dibentangkan di dada akhbar dan kata-katanya dipetik “She said this, she said that …”

Dari kiri: Datuk Donald Lim Siang Chai, Gan Ping Sieu dan Datuk Yu Chok Tow (juga Ketua Wanita MCA) ketiga-ketiga adalah Naib Presiden MCA. Datuk Seri Tan Chai Ho ialah Bendahari Agung manakala Datuk Tee Siew Kiong ialah Setiausaha Organisasi (organizing secretary).

Jika orang MCA boleh diberitakan pagi, petang, siang, malam sebagaimana evangelis DAP dipaparkan dalam The Star 24/7 maka 1.3 juta pembaca akhbar itu mungkin akan kenal pada MCA. Tak kenal maka tak cinta, bukankah begitu?

Kecaman “Imej cauvinis Cina”

Saya hendak ceritakan satu perkara penting tentang The Star.

Sebelum itu, saya ingin nyatakan rasa kesian saya terhadap Chua Soi Lek yang sering digambarkan dengan begitu negatif sekali oleh media.

Malah Ketua Pemuda DAP Anthony Loke menepuk meja di Parlimen sambil menengking Dr Chua sebagai manusia “yang paling biadab“.

Nik Nazmi Nik Ahmad pula baru-baru ini berkata, “bahasa biadab Soi Lek dalam isu kompleks seperti hudud telah memberikannya imej cauvinis Cina”. Boleh baca dalam ruangan pojok Nik Nazmi di Sinar Harian (7 Nov 2012).

Dalam The Malaysian Insider pula, Nik Nazmi dalam kolumnya (Nov 5) juga menuduh:

“Dr Chua’s careless and divisive language in the very complicated issue of hudud law has seen him painting himself into a corner as a Chinese chauvinist …”

Ada masuk akal tak?

Media pro-pembangkang seperti Malaysian Insider sudi memberi ruang kepada Nik Nazmi boleh diterima sebagai lumrah.

Tapi ini The Star juga begitu mesra Nik Nazmi.

Gambar rencana The Star, sini
Gambar rencana The Star, sini
Gambar rencana The Star, sini
Gambar rencana The Star, sini

Semua politikus Pakatan !!

.
Cuba tengok pada nama-nama berkecimpung di Twitterjaya yang dipromosikan oleh akhbar The Star.

Semua politikus Pakatan belaka.

Tidak ada nama walau seorang BN pun, seolah-olah politikus BN tidak ada barang sesiapa yang menceburi Twitter.

Sudah terang lagi bersuluh hubungan cinta yang dijalinkan oleh The Star.

Manakala The Star sedang berusaha sedaya upaya untuk mempopularkan politikus Pakatan yang mengecam presiden MCA dengan cemuhan “biadab”, “penzina” dsb, MCA pula terpaksa menjalankan dalam diam program-programnya – umpama Speed Dating Party yang dipaparkan poster di atas – tanpa dipandang sebelah mata pun oleh The Star.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

17 thoughts on “Hot! Hubungan cinta bintang dengan politikus Pakatan

  1. kan Anwar ada RM$3 billion kat luar negara. kan Anwar ada ramai kroni-kroni yang kaya-raya. kan Kim Guan Eng seronok dengan syarikat-syarikat hartanah kat Penang. minta saja wang dari mereka.

    saya cadangkan supaya MCA jual saja The Star kepada PR. kan Malaysiakini ada buat permohonan nak dapat lesen cetak. tak perlu. lepas dah beli The Star dari MCA, terus saja selit propaganda hasil Malaysiakini ke dalam The New Star. PR dapat alat propaganda baru, MCA dapat untung wang.

  2. Helen,

    Saya hanya kenal salah seorang panglima di atas itu hanya setahun sekali iaitu ketika beliau merasmikan majlis penyampaian sijil dan hadiah hujung tahun di sebuah sekolah (iaitu SRJKC) berdekatan.

    Penampilan, percakapan dan perwatakan beliau amat sederhana malah adakalanya nampak lembut tetapi bukan lembik; dan kalau nak dibandingkan dengan LGE dan LKS, imej dan sikap panglima tadi adalah 10 kali lebih bertepatan dan lebih sesuai sebagai MP!

    Malah kalau sekiranya para pengundi menilai menggunakan akal dan budi, dan kalau sekiranya Dinasti Lim tetiba buang tebiat untuk bertanding di sini, kemungkinan DAP akan bungkus — meskipun mendapat sokongan penuh dari The Star — adalah 70%.

    1. masalahnya, para pengundi Tionghua yang menjadi deposit tetap DAP menilai dengan emosi dan perasaan benci terhadap UMNO/BN. lihat saja slogan Ubah mereka. yang melaung dengan begitu kuat sekali dengan slogan Ubah adalah para pengundi Tionghua.

      saya rasa DAP tak akan bungkus, mereka akan bertanding kat kerusi selamat yang majoriti pengundinya adalah orang Tionghua. yang akan bungkus nanti PKR dan PAS. dengan ni DAP akan jadi barisan hadapan pembangkang selepas PRU13.

      1. Dan kalau ditakdirkan Pas sekali lagi jadi makmun (Dap jadi imamnya), meskipun berat di hati, namun apakan daya, sama-samalah kita ikut depa takveer!

  3. Hi Helen

    I’m a avid reader of your blog and agree with you that star has been over popularized some Pakatan politicians at the expense of MCA’s.
    Thank you for highlighting this problem. Although you have repeatedly brought this to our attention things have not changed one bit.

    Can you suggest what should be done by MCA to stop this in the star? Should the star management be replaced? And who, in your opinion, are the right people to replace them? Or should more drastic action be done, such as selling it off.

    I’m worried that if nothing is done soon we will all pay for it come GE.

    Btw. I’ve noticed that you don’t comment much about NST or the sun or the Malay mail. What is your assessment of their readiness come GE.

    Concerned

    1. (1) Is MCA willing to put a stop to the nonsense? I’d previously suggested that the party do an audit on the paper. I’m aware that Menara Star monitors my blog. However I’m uncertain how high up the MCA hierarchy my writings are able to reach.

      What I’ve heard is that MCA is quite willing to let The Star have its own way as long as it turns lucrative profit.

      (2) The Star was born in Penang. It’s current group editor is an alumnus of St Xaviers. The paper’s DNA is not at all MCA Confucian Chinese. Granted that the Chinese electorate mostly read the Chinese papers. It is Malays and Indians who read The Star. And tpaper is sending their (Malays and Indians) votes to the opposition.

      From top to bottom the paper is a nest of opposition sympathizers. I’ve given one example here on the reporter that The Star sent to cover a Guan Eng press conference.

      (3) I would agree with the first commenter on this page. Hit The Star on its circulation and ad sales. Old Town White Coffee (OTWC) when confronted with a by Malay consumers went to the extent of placing explanatory ads in Utusan.

      The only language that The Star will heed is if their revenue stream is affected. Since MCA refuses to do anything, then the pressure has to come from the Malay ground by tweeting to the Umno leaders. Give Star the OTWC treatment.

      (4) We will INDEED all pay for it come GE and post-GE. Malaysia will not be the same again. The election results will be Umno-ruling-party/DAP-opposition and our race divide abiding by the political schism.

      Another 5 years of DAP (meaning LGE and his evangelical coterie) with a continuation of the present attitude, and where will that take the Chinese?

    2. (1) Is MCA willing to put a stop to the nonsense? I’d previously suggested that the party do an audit on the paper. I’m aware that Menara Star monitors my blog. However I’m uncertain how high up the MCA hierarchy my writings are able to reach.

      What I’ve heard is that MCA is quite willing to let The Star have its own way as long as it turns lucrative profit.

      (2) The Star was born in Penang. It’s current group editor is an alumnus of St Xaviers. The paper’s DNA is not at all MCA Confucian Chinese. Granted that the Chinese electorate mostly read the Chinese papers. It is Malays and Indians who read The Star. And tpaper is sending their (Malays and Indians) votes to the opposition.

      From top to bottom the paper is a nest of opposition sympathizers. I’ve given one example here on the reporter that The Star sent to cover a Guan Eng press conference.

      (3) I would agree with the first commenter on this page. Hit The Star on its circulation and ad sales. Old Town White Coffee (OTWC) when confronted with a by Malay consumers went to the extent of placing explanatory ads in Utusan.

      The only language that The Star will heed is if their revenue stream is affected. Since MCA refuses to do anything, then the pressure has to come from the Malay ground by tweeting to the Umno leaders. Give Star the OTWC treatment.

      (4) We will INDEED all pay for it come GE and post-GE. Malaysia will not be the same again. The election results will be Umno-ruling-party/DAP-opposition and our race divide abiding by the political schism.

      Another 5 years of DAP (meaning LGE and his evangelical coterie) with a continuation of the present attitude, and where will that take the Chinese?

      1. I see your point about the audit but that will take time. What do you propose is done now as GE is around the corner.

        But what I don’t understand is your suggestion to tweet the umno leaders. What has umno got to do with star? Don’t they have their hands full with Nst, Bh, metro, utusan, tv3 etc? Umno can’t do anything about the star unless mca sells it to them.

        As for my other question about Nst, Malay mail n the sun, do u think they are doing a good job?

        Thanks

        1. Sigh, I’d proposed the audit months ago, and tossed the idea a few times.

          The rationale is that Umno as well as the other BN component parties would not want The Star to sabotage their campaigns. The Star carried on its front page a doctored (Photoshopped) picture of Najib’s Raya open house. Theat incident is one example of the ways in which the media might hurt the credibility of BN.

          As Umno is the Big Brother, it can sound a timely warning to MCA to rein in their stabbing Scissors whereas cautionary advice coming from a mere blogger has evidently been falling on deaf ears.

          I don’t monitor those other English papers as they do not belong to MCA.

          My hunch is Malay Mail is turning into an opposition paper with the ‘new’ (old people in the trade but new to MM) people that they’ve taken on board. It had struck a deal with Malaysiakini a while back.

          Now the rumour is that Yush & Co. (Malays) might be leaving MM for NST, and opening up the possibility that MM might turn into a Chinese outfit like S’gor Times.

  4. Kak Helen,

    Satu persoalan ialah, mampukah pihak yang kerjanya asyik mentwit itu dan ini, melaksanakan kerja?

    Kalau dilihat pada pencapaian ekonomi AS (pengguna twitter terbesar) dan Cina (pemimpin jarang bertwit), bukankah sejak adanya twitter, ekonomi Cina bergerak lebih deras?

    Justeru apa sebenarnya rakyat mahukan? Pemimpin yang tangkas mentwit atau pemimpin yang mampu memajukan ekonomi?

  5. Kak Helen,

    Tidak semua orang dibenarkan menikmati cinta, apatah lagi cinta yang terlarang. Yakni, bercinta tidak salah tetapi perlu tahu mana yang boleh dan mana tidak boleh.

    Perletakan jawatan Petra Esu sebagai ketua badan perisikan terbesar dunia membuktikan cinta terlarang tidak sesuai diamalkan oleh mana-mana penjawat dalam mana-mana organisasi.

    Makanya, antara entiti ‘bintang’ dan ‘pakatan’, apakah percintaan terlarang yang tumbuh itu tidak memungkinkan tuan punya bintang mengambil tindakan susulan?

    saya rasa tak perlulah PMi campurtangan dalam urusan dalaman semua pihak termasuk tuan punya bintang, selagi tuan punya bintang mampu menyelesaikan masalah dalamannya sendiri

  6. Aku harap biar MCA kalah dan UMNO menang dgn byk supaya Cina takde wakil lagi dlm Kabinet. Dah menyampah.,.

Comments are closed.