Posted in Anak Malaysia

Saudagar mimpi yang menang pilihanraya

Barack Obama menang pilihanraya presiden Amerika 2012 atas undi minoriti. Sebanyak 96 peratus wanita kulit hitam dan 75 peratus Latina (wanita Hispanik) memilih Obama.

Selain undi minoriti, termasuk warga keturunan Asia Timur, Obama juga berjaya meraih kebanyakan undi orang muda.

Sumber: CNN exit poll

Dalam pilihanraya presiden tahun 2008, golongan yang rajin keluar mengundi ialah wanita berkulit hitam — mencatat satu rekod penglibatan paling tinggi.

Pada pilihanraya 2004, kedua-dua calon parti Republikan dan Demokrat adalah orang kulit putih. Ketika itu, Bush mendapat undi 11 peratus orang kulit hitam dan 44 peratus Latino berbanding pencapaian Romney sekadar 6 peratus dan 27 peratus.

Kesimpulan: Apabila tampil seorang calon presiden kaum minoriti – Obama – untuk buat pertama kalinya, pemilih etnik minoriti tidak lagi memberi undi mereka kepada calon orang putih.

Negeri-negeri AS Mississippi, Georgia dan North Carolina mempunyai ramai penduduk minoriti, iaitu pemilih berkulit hitam masing-masing 35 peratus, 30% dan 21% (sumber: Pew Research).

Pada tahun 2008, bilangan pemilih yang keluar mengundi (voter turnout) di Mississippi naik 8 peratus, di Georgia +7.5% dan North Carolina +6.1%.

Pertambahan inilah yang memenangkan Obama.

Pada tahun 2004 apabila pertandingan kerusi Rumah Putih melibatkan dua lelaki berkulit putih George Bush dan John Kerry, pemilih minoriti bersikap suam-suam kuku terhadap proses pilihanraya.

Rujuk ‘Black voters turn out strongly in swing states’ — The Independent, 8 Nov 2012

Kesimpulan

Undi orang kulit putih berpecah belah, iaitu 59 peratus bagi Romney, 39 peratus bagi Obama. Undi kaum-kaum minoriti pula berciri solid voting bloc, terutamanya di kalangan orang kulit hitam.

Kempen Obama

Menjual ‘Harapan’, Menjaja ‘Perubahan’

(poster kempennya untuk 2008, bawah).

Antara cogankata-cogankata berbentuk ‘Jom Ubah’ oleh pasukan Obama:

  • “Vote for Change”
  • Change We Can Believe In
  • “Our Time for Change has Come”
  • “It’s about Time. It’s about Change”
  • “Stand for Change”
  • “Organize for Change”
  • “We are the change we’ve been looking for. Change can’t happen without you”

Mana ada ‘buta warna’

Puak Firsters mencanangkan bahawa pelantikan Obama membawa maksud Amerika Syarikat sudah membelakangkan perhitungan warna kulit. Ianya satu rumusan yang tersasar.

Seruan dan rayuan politik Obama telah ditujukan khusus kepada kumpulan minoriti, termasuk LGBT, dengan mesej tersirat bahawa orang kulit hitam mesti undi Obama.

Sebaliknya andaikata kempen Romney terang-terang cuba untuk memujuk orang kulit putih supaya melantik calon mereka, pasti parti Republikan akan dituduh sebagai serasis-rasisnya.

Rujuk ‘Niche campaigning, negativity and nitty-gritty organisation put Barack Obama back in the White House’ — The Economist, 10 Nov 2012

Pendekatan negatif yang dijalankan oleh Obama termasuk perbelanjaan US$348 juta (berbanding Romney US$167 juta) atas iklan-iklan yang memperlekehkan lawan.

Rujuk ‘Obama Negative Campaign Ads: President’s Spending On Attack Ads Soars’ — Huffington Post, 14 Julai 2012 dan ‘Are Obama’s negative ads getting bang for the buck?’ — CNN, 26 Julai 2012

Pasca pilihanraya, makin tebal polarisasi rakyat Amerika.

Dream machine

‘Hope’ yang ditawarkan tidak lebih daripada janji ditabur.

Yang berharap itu sebenarnya teruja dengan faktor etnik dan agama.

Dengan berbekalkan kepercayaan (faith) semata-mata, contohnya, si polan-si polan boleh nampak ada kesucian pada tingkap yang tidak dicuci.

Di Subang Jaya, Dream Machine DAP memasang top gear.

Berkaitan:

Race politics wins the day for Obama

Race matters to Obama, Romney voters

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on “Saudagar mimpi yang menang pilihanraya

  1. Cuba “ponder” seketika dan menterbalikkan senario berikut:-

    1. Jelmaan tingkap hospital di atas adalah bukti yang dikemukakan oleh Dato Eskay bahawa Anwar Ibrahim membalun China Doll.

    2. Pakar2 antarabangsa Korea dan Amerika mengesahkan bahawa video Virgin Mary adalah 99.9% tulin, Hasan Yeop membuktikan beliau bersama Virgin Mary ketika itu disertakan dengan catatan waktu dan tarikh, dan Hasan Yeop menunjukkan sekalong rantai (bukan jenama Omega) yang diketahui milik Virgin Mary yang tertinggal.

    Agak2nya, jika anda bukan seorang hipokrit dan tidak suka berbohong kepada diri sendiri, mana satu yang anda lebih percaya?

    Tidak lucu kan?

    1. kalau saya, saya lebih percayakan tingkap kerana tingkap tak pandai berbohong, kik, kik, kik,.

        1. CCTV tak mahu dipercayai kesaksiannya tetapi kesaksian PI Bala korang nak percaya idup-idup? kah, kah, kah

  2. Kak Helen,

    kalau Dap nampak ada jelmaan Obama dalam misi mereka maka ada logiknya di situ tetapi kalau Parti Islam nampak hal yang serupa maka tak ada apa yang adik hendak katakan selain menggeleng-gelengkan kepala.

  3. Tapi dia tak rasuah macam Najib “You help me, I help you” kat Sibu. Lu lah Helen sokong orang kotor.

    1. bersetuju untuk tidak bersetuju: bagi muslim orang yang tak ‘potong’ itulah orang yang kotor, hmmm…

    2. @King Kong – who says dia and mitt tak rasuah, haven’t you heard of SuperPac? That’s the american way of legalising rasuah. It’s all in semantics, boy.:-)

    3. Pada saya pemimpin Pakatan semuanya kotor. Tenung betul-betul wajah pimpin Pakatan, bukan kah bengis, keruh dan kotor semuanya. Adakah pemimpin yang kotor begini hendak diberi kepercayaan memerintah negara. Sanggupkah kita bersekongkol dengan syaitan?

    1. Pada imaginasi saya, wajah virgin mary yang sebenarnya tentulah jauh lebih ayu, anggun, angelic dan mengagum dan jauh lebih manis drp wajah yg terlukis di subang jaya tu. entah apa teknologi yg diguna oleh bedebah2 DAP utk mengelirukan orangramai.

  4. Obama’s greatest achievement so far is that he had single handedly rescued several entities from the brink of bankruptcy, but expecting him to rescue the world from its current “depression” is very much over the odds.

  5. Bila golongan majoriti ‘buta warna’ dan dalam masa sama golongan minoriti memiliki efisiensi warna yang normal maka tidak mustahil golongan minoriti di Msia dapat jadi ‘imam’ sebagaimana mereka dapat jadi imam susulan pilihanraya presiden di AS.

  6. tulah aku dah bg tau kwn2 aku presiden paling racist dlm sejarah amerika haha… amerika now embrace racism politik. msia soon…

  7. For a moment your blog seems to be a pro opposition one Helen.
    Displaying the opposition’s motives and politicians
    At one glance, not sure which side you are actually on.

    Don’t mean to be offensive but
    isnt the norm to have gunting dalam lipatan?

    Also many sleeping agents around.

    More so when election is near

    Apologise if this message is offensive, but trust and genuinity supersede farcical elections, end of day

    Jom Ubah with reference to Obama. Catchy underlying tune. But this was for his 2008 campaign which is history for them now and their recent election. Obah the 4 lost states would be good. You could have added that in.

    Bersihkan Malaysia? Catchy slogan.
    Why not take a look at the opposition controlled states. A lot of cleaning up need to be done. Would be good if your blog focuses on those misdeeds. Rakyat needs to know right from wrong.

    Regards

    (BN has done good for us all, all races since Merdeka with ups and downs. Just take a look at ourselves, There has been only upward growths in economic well being generations after generations.

    We are not ready to give all away just for a few organised bad mouth or slogans or guntings from the oppositions who cannot even work within themselves and a few states, when given a chance)

Comments are closed.