Posted in Evangelis

Umno perlu jawab dakwaan PAS bahawa ia menzalimi kaum bukan-Islam

Laungan “Hancur Umno! Tumbang BN!! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” kedengaran bergema di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam Nov 16.

Doa tersebut dibaca Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz, (sumber: Utusan).
.

“Ya Allah … habislah negara kami ini, dijual oleh Umno” [YouTubeDoa solat hajat khusus kepada Umno BN — rakaman Minaq Jinggo].

Barangkali Lim Kit Siang juga turut mengaminkan doa agar Tuhan menjahanamkan Umno dan BN sepertimana Qarun yang tamak harta menerima azab ditelan bumi, Firaun ditenggelamkan di dalam laut, Namrud dilaknati Pencipta Alam dan Abu Lahab merasai api neraka.

Dif-dif kehormat di acara rapat umum yang diadakan serentak dengan muktamar tahunan PAS ke-58

<< Hancur Umno! Tumbang BN!! >>

‘Himpunan Kebangkitan Rakyat’ seramai lebih 30,000 orang

Pak imam saudara Pok Nik dalam doanya itu mendakwa Umno dan BN telah bertindak zalim.

Sementara Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menyokong doa pemusnah itu kerana rakyat terutama orang bukan Islam dizalimi kerajaan Umno-BN, mengikut kata blogger Din Turtle yang sempat menonton wawancara Presiden PAS tersebut di TV3.

Adakah orang Cina mempercayai kami ditindas oleh Umno dan atas alasan itu mengalih sokongan kepada pembangkang serta meng-ABU dengan selantang-lantangnya?

Cuba kita ikuti sepotong hujah yang diluahkan pemimpin DAP.

Umno promotes ‘divisiveness’

Ujar Ariff Sabri Abdul Aziz dalam blognya hari ini:

<QUOTE>
.
“After 55 years of rule, Umno has not been able to structure its rule on a united Malaysian race sharing the same ideals and ideas. Instead it has always ruled by playing on the inherent fears and distrust among the various Malaysian races. Umno is the promoter of divisiveness because that suits them and serves its overriding objective — to stay in power. […]

.
“So I urge my fellow Malaysians let us kick out Umno lock stock and barrel. You have already seen the worms coming out of the woodwork. People are warned about the coming dominance of DAP should the PR come into power. The holy men of Umno say that PAS needs the approval of DAP to implement hudud. It seems the hudud issue is being spoken more by Umno and MCA.” — Sumber: Sakmongkol AK47

<UNQUOTE> 

.
Tambah Datuk Sak lagi, “The fact is PR operates on a different structure. It structures it (sic) governance on the rule of law, justice and fairness and an inherent sense of fairplay.”

“Satu Bangsa Malaysia” dipupuk Pakatan

Biar saya merungkai hujah-hujah Datuk Sak secara ringkas:

  • Pemerintahan kerajaan Pakatan akan berasas “satu bangsa Malaysia yang bersepadu”
  • Satu bangsa Malaysia yang disebutkan ini akan “mempunyai aliran buah fikiran dan cita-cita yang dikongsi bersama”
  • Warga pelbagai kaum akan boleh saling mempercayai
  • Pakatan tidak akan memecah-belahkan masyarakat (mengikut alur bangsa dan agama)
  • Sebenarnya Umno dan MCA lah yang memomokkan isu hudud

Beliau juga membayangkan bahawa Umno menzalimi rakyat kerana pemerintahan yang diterajui parti teras BN ini menyimpang daripada lunas undang-undang, tidak adil dan saksama serta bersifat berat sebelah.

Kata-kata Datuk Sak mirip kepada tuduhan yang sering dibuat oleh setiausaha partinya Lim Guan Eng.

Persoalan pokok ialah adakah kaum-kaum minoriti menganggap diri mereka telah dizalimi Umno selama ini dan bolehkah mereka mengharapkan Pakatan untuk memberi layanan sama rata kepada semua kaum dan agama.

Seandainya jawapan adalah ‘Ya’, ia bermakna Ahli-Ahli Parlimen Pakatan memang bersedia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Melepasi tarikh lupus

Umno perlu menangkis dakwaan-dakwaan di atas yang sekarang ini dikeluarkan orang Melayu-Islam sendiri. Sekiranya Umno gagal berbuat demikian, mungkin parti tersebut akan mengundang nasib serupa parti Republikan di Amerika Syarikat.

Namun telahan saya ialah Umno tidak akan hancur sungguhpun BN mungkin tumbang.

Sekiranya MCA lingkup dalam PRU nanti, maka ia petanda bahawa rumusan ‘politik ras’ BN tidak boleh digunapakai lagi. Akan berlaku suatu anjakan paradigma terhadap kaedah perkongsian kuasa di antara kaum yang sedia ada.

Politik ras dimengertikan oleh para politikus Pakatan sebagai pendekatan yang “rasis”. Itulah wacana yang berjaya diterapkan mereka di kalangan khalayak umum.

Meskipun demikian, pada hakikatnya jikalau Pakatan mahu mendabik dada sebagai kumpulan manusia yang mulia dan buta warna kulit, apakah penduduk Malaysia masa kini sudah lekang dari ciri dan naluri keCinaan atau keIndiaan mereka?

Apa maksud “satu bangsa Malaysia” yang diuar-uarkan Pakatan?

Kerjasama Umno dengan MCA dan MIC tidak memberi kesan identiti kaum parti masing-masing terusik. Persekongkolan DAP dengan PAS pula bagaimana?

Satu negara — sekular atau Islam?

Kedua-dua parti tersebut menepuk dada menyatakan selera mereka yang sebati dalam hasrat dan citarasa. Maka kita harus mengimbas kembali kepada cogankata Hari Merdeka ciptaan Pakatan — ”Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Jiwa”.

Wajar ditanya kepada PAS dan DAP, apakah idaman berkembar Siam mereka: Mahukan satu negara sekular? Atau satu negara Islam?

Alasan “bersetuju untuk tidak bersepakat” bermaksud halatuju mereka masih bercanggah, satu ke hulu satu ke hilir.

Yang perihal satu jiwa itu pula bagaimana? Sejiwa tetapi satu logo lima bahasa nampaknya.

Beruk seekor ni

Si Mullah PAS dan Si Taliban Kristian adalah puak sejenis, bak ‘two sides of the same coin’.

Bagaimana orang PAS dengan amalan mentakfir mereka, begitu jugalah kelompok evangelis. Pun pandai kafir-mengkafir serta ghairah memperalatkan agama Kristian.

Cuba lihat pada komen seekor beruk yang menggelar dirinya ‘King Kong’ (screenshot bawah). Dituduhnya saya telah menghina dua bilion umat Kristian di seluruh dunia serta “mazhab Islam yang bukan sokong Umno/MCA”.

Komen seorang Kristian penyokong pembangkang — sumber: sini
Komen seorang Kristian penyokong pembangkang — sumber: sini
Komen seorang Kristian penyokong pembangkang — sumber: sini

Pelanduk dua serupa

Kristian Taliban yang bermain politik gereja bersuara senada dengan mullah PAS.

Saling tak tumpah pendekatan yang diambil mereka umpamanya si King Kong yang mendakwa saya seorang yang keji, tidak berakhlak serta menjijikkan kerana menyokong maksiat dan “puak kotor Umno dan MCA”.

Saya melihat perkembangan politik tanahair menjurus kepada kesudahan gajah sama gajah berjuang. Sokongan kaum Cina terhadap DAP akan meningkat sampai tahap tepu; sebaliknya kaum Melayu akan mulai pulang ke pangkuan Umno.

Saya rasa orang Umno sudah kenal betul dan masak dengan kerenah pelampau agama PAS.

Sekiranya pengaruh PAS kian terhakis manakala DAP makin hari makin kuat, bermakna Umno akan terpaksa berdepan dengan gejala politik evangelis pembangkang dalam masa yang terdekat.

Hari ini Umno dituduh menzalimi orang bukan Islam. Hari esok Umno akan dituduh menzalimi agama Kristian. Ada contoh depan mata.

Chan Lilian – Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang – pernah disiasat polis atas caj hasutan kerana tweetnya yang berbunyi “i think all Christians shud march for all the persecution they had done to us and our Lord”.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

44 thoughts on “Umno perlu jawab dakwaan PAS bahawa ia menzalimi kaum bukan-Islam

  1. Kak Helen,

    King Kong percaya adanya tuhan dan begitu juga Helen. Apabila King Kong ada tuhan makanya boleh dia berdoa pada tuhannya. Tetapi sedarkah King Kong bahawa Helen juga boleh berdoa.

    Kalau King Kong boleh berdoa pada tuhan dia dengan harapan tuhan dia beri keburukan pada Helen, sedarkah King Kong bahawa Helen juga boleh buat perkara yang sama.

    King Kong sebenarnya percaya bahawa tuhan dia dan Helen adalah dua entiti yang berbeza. Dan dek kerana percaya bahawa tuhan dia lebih ‘besar’ dari tuhan Helen, makanya dia yakin doa dia lebih berkesan. Ish, ish.

    Soalan saya ialah, kenapa secara tiba-tiba gelanggang pertarungan antara P dan U dipenuhi oleh isu agama-agama, tuhan-tuhan dan doa-doa? Kenapa pertandingan antara Demokrat dan Republikan tidak dipenuhi isu serupa?

    Apakah sesama kristian tidak boleh saling mendoakan keburukan tetapi kristian dan lain-lain agama dibolehkan? Apa jawapan anda, King Kong?

  2. Kak Helen,

    Siapa saja yang masuk apa jua pertandingan akan berdoa supaya diberikan kemenangan. Ini kerana, kalau persiapan yang dibuat oleh dua pihak yang bertanding adalah seimbang, makanya peluang untuk menang menjadi lebih cerah dengan adanya doa

    Dalan konteks PRU, bukan saja parti yang bertanding akan berdoa tetapi para pengundi juga telah turut berdoa agar parti yang disokong akan peroleh kemenangan. Kini, sudah 12 kali berlangsungnya PRU, dan sudah 12 kali parti dan para pengundi berdoa untuk kemenangan masing-masing.

      1. Kemungkinan lain ialah:

        1. doa pihak yang kalah tidak sampai atau tersasar

        2. doa pihak yang kalah 12 kali itu tidak diluluskan

        Cumanya, kalau pihak yang menang adalah zalim (seperti yang tohmahkan), apakah doa pihak yang zalim lebih berkesan dari pihak yang mengaku tidak zalim?

      2. Atau kemungkinan lain ialah, apabila pasukan yang kalah 12 kali berdoa diberikan kemenangan tetapi dalam masa sama memohon agar pasukan yang menang ‘dipatah-patahkan kakinya’, doa berkenaan mungkin dibakulsampahkan sebanyak 12 kali.

        1. Yang saya perasan pasukan kalah 12 kali tu bukannya play the ball but play the player, yakni daripada mengejar atau merebut bola, mereka lebih cenderong menjegal (foul tackle) pemain pasukan lawan yang sedang pegang bola (in possession of the ball.)

          Di luar padang, mereka nampak ketara tidak berusaha untuk mematahkan hujah lawan dengan membentangkan fakta bernas tetapi sebaliknya memilih untuk menyerang peribadi mahupun melontar tohmahan. Kalau di atas padang, mereka akan menendang lutut atau buku lali. Biarlah kaki lawan patah, bengkak atau terseliuh.

          1. Adik termalu sendirian, kerana tak terlintas di kamus minda ini untuk gunakan perkataan menjegal…apapun ini satu cabaran buat adik untuk memperkasakan perbendaharan kata adik. Tabik hormat untuk akak!

          2. the analogy should be : so many teams, when they play against Barcelona, they will foul them, when Barcelona have the ball, they foul them. but guess what ? because of Barcelona’s superior skills and strategy, all those fouls come to nothing. Barcelona continue to win matches.

  3. Kak Helen,

    Dalam konteks bola sepak misalnya, apabila dua pasukan yang bertarung adalah seimbang dalam aspek kemahiran, latihan, fizikal dan mental makanya peluang untuk menang akan ditentukan oleh faktor tambahan termasuklah doa.

    Makanya, kalau pasukan agama A berlawan bola sepak dengan pasukan agama B dan kalau kedua-duanya seimbang dari segi kemahiran, latihan, fizikal dan mental dan kalau kedua-duanya berdoa pada tuhan masing-masing, pasukan mana yang akan menang?

    Bayangkan senario ini: kalau pasukan atheist berlawan dengan pasukan politeism dan kalau dua-duanya seimbang, apakah pasukan politeism akan pasti menang? Ya apakah pasukan politeism akan pasti menang kerana ada senjata tambahan iaitu doa sedangkan pasukan athiest tidak memilikinya.

    1. Kalau Kristian berdoa kepada Tuhan Bapa, Yesu, Roh Kudus dan Ibu Maryam (dalam istilah bahasa Inggeris ialah ‘Mother of God’), maka sembahyang hajat puak mereka dipanjatkan kepada kuasa empat.

      1. “Chan Lilian – Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang – pernah disiasat polis atas caj hasutan kerana tweetnya yang berbunyi “i think all Christians shud march for all the persecution they had done to us and our Lord”.”

        Mana-mana penganut sepatutnya tidak perlu gusar akan kedudukan lordnya kerana tuan lord pastinya sebuah entiti yang mampu ‘berdiri atas kaki sendiri’.

        Bukannya apa, kalau si A adu adanya layanan buruk dari si B terhadap lord A dan dalam masa sama si B pula buat aduan bahawa si A beri layanan buruk pada lord B, apa kesudahannya? l

        Kalau ada pertandingan, lord mana pula yang akan jadi juri?

        1. these are phony Christians. their faith is not strong. apabila diusik sana diusik sini, mereka pun jadi tak tentu arah. bila dah jadi tak tentu arah, mereka pun minta bantuan Tuhan.

          orang yang beriman tak akan minta bantuan dari Tuhan mereka. apa yang mereka akan minta dari Tuhan mereka adalah agar Tuhan mereka memberi kekuatan dalaman untuk membantu mereka mengharungi cabaran yang mereka sedang hadapi.

          puak Dapster ni lain pulak, mereka minta Tuhan mereka supaya selamatkan mereka. dari apa yang mereka minta dari Tuhan mereka, dah jelas mereka ni bukan saja tak kuat beriman, tapi boleh juga kita rumuskan mereka ni tak ada iman langsung.

      2. kalau ada power empat kali ganda, tapi kalah jugak, there’s always the referee (read: SPR) to be blame…
        ___________________________________________________________________________________________________________________________________

        Jangan lupa linesmen. — Helen

      3. kuasa empat… hemmm… teringat agen insuran nyawa. katanya, “saya tak perlu bawa empat jenis polisi untuk tuan pilih. polisi saya cuma satu tapi merangkumi semua yang ditawarkan oleh syarikat lain – all in one.”

  4. According to that Arif, for 55 years UMNO has failed. But this fella was the adun of BN from 2004 to 2008. Now lets do our math.

    2008 – 1957 = 51 years. (I am being kind for not counting the date he joined DAP)

    Now after 51 years of failure, this Arif became the Adun under the UMNO platform . I bet prior to that he has been the member of UMNO and actively campaigning for UMNO.

    Now the question is that if UMNO has failed for the past 55 years, why the hell is this Arif not doing anything for the past 51 years. He even become part of the group which he claimed has failed. If he really believe that UMNO has failed for the past 55 years, why he still joined UMNO during the period when they are failing. Why he did not join DAP until recently?

    All this bring us into the conclusion that this Arif is a hypocrite of highest order, a man without principle and ethic.

    1. This is interesting time indeed. hehehe I am not going to help Najib and his greedy UMNO surpreme council to answer PAS Malays…muahaha…

      After making all those kafirs Christian Robert Kuok and Tony Fernandes and Ananda Krishnan become millionaires these fools in PAS thinks the non muslims are being zalimi…

      These are really orang kampung minded. But who created these bengap PAS? UMNO President that [edited] fella Mahahtirlah.

      He was so busy zalimi Vincent Tan and Yeoh Tiong Lay and Tony and Syed mokhtar that he did nothing for the Malays.

      Nothing. Except maybe whip and jail Malay women who report being rape or man being sodomised like Saiful.

      Now UMNO and other liberal muslims are bearing the fruits of ignorance and greed of this UMNO President.

      Najib the moderate islam is also against liberal islam hehe… he wants to be moderate but he doesnt want to be liberal..idiot.

      Jawap KJ, jawap jangan hanya nak zalimi contractor Cina dengan wang ringgit..adoi sakitnya..adoi…lagi2 billion..adoi sakitnya..

      And that old Tamil man Azeez Rahim, Prince of UMNO muahaha…

      I suggest UMNO members boikot Sidang Penghimpunan UMNO. Kertas kerja dan cadangan tu buat tong sampah. Kalau ko orang luluskan ini hanya bagi legitimacy bagi najib and gang to zalimi orang cina dan india dengan wang ringgit saja.

      Balik Muhyidin bagi juga kontrak pada YTL dan SAP.

    2. Cara AK 47 itu betul dalam konteks demokrasi. Ia itu bila langit di tempat A mendong maka beralihlah ke tempat di mana langit adalah lebih cerah (tempat B). AK 47 boleh berikan apa saja alasan (tempat lama tak boleh cari makan dan bla, bla) yakni untuk menjustifikasikan penghijrahan dan dalam masa sama AK 47 juga tak dapat menutup mulut pihak yang membuat spekulasi negatif (bila dapat gading tanduk tak berguna lagi), berhubung penghijrahannya itu.

      Dalam konteks, penghijrah yang memiliki sifat budiman, penghijrah tidak perlu memburuk-burukkan tempat mencari makan yang lama sebaliknya gariskan sajalah tentang kelumayan tempat cari makan yang baru itu. Dalam aspek inilah yang pihak atas pagar berasa sedikit terkilan tentang penghijrahan AK 47. Ibarat AK 47 mendapat teman wanita yang baru tetapi dia tidak bercerita kenapa dia memilih teman baru itu sebaliknya, siang dan malam asyik bercerita tentang aspek negatif teman wanita yang ditinggalkan seolah-olah teman wanita selama 51 tahun itu seciput pun tidak ada sumbangannya.

      Bagi golongan atas pagar, mereka anggap iaitu adalah menjadi hak AK 47 untuk memilih tempat cari makan yang mana potensinya lebih lumayan tetapi dalam masa sama mereka lebih bersimpati pada tempat cari makan lama yang telah AK 47 tinggalkan tetapi ditinggalkan dalam keadaan diburuk-burukkan seolah-olah AK47 tidak dapat sesen pun daripadanya (tempat lama itu). Kalau keadaan ini berterusan, umum akan melihat penghijrahan AK 47 bukan kerana tempat baru itu (Dap) jauh lebih baik sebaliknya kerana tempat lama tidak dapat menerima kehadiran ‘katak’ oportunis dalam kem mereka.

  5. Kenapa UMNO harus menjawab .apa lojiknya dari sudut politik ?. Yang penting orang bukan Islam sendiri yang perlu menjawab dengan jujor,adakah mereka dizalimi .

    Kalau pon UMNO menjawab tidak dan mekemukakan hujah dan alasan ,tetapi dinafikan tidakah itu akan memberi political mileage kapada pehak bukan UMNO bagi mengiakan hujah HJ hadi.

    What game you are playing ?,Helen.

    1. Apa alamat (anggaran) 80 peratus orang Cina dan sebahagian besar golongan India Kristian menolak BN?

      Sekiranya Umno tidak menjawab, barangkali DAP boleh meraih 95 peratus undi Cina menjelang PRU13 (ibarat tahap sokongan orang kulit hitam terhadap Obama).

      Undi Kristian juga mungkin beralih kepada DAP-PKR/pembangkang ala undi Latino pergi kepada Obama.

      Bukankah tweet Chan Lilian itu menggambarkan orang Kristian dizalimi? Cuba baca mana-mana kenyataan akhbar Guan Eng yang melambak-lambak itu. Bukankah dia sering menuduh Umno menganiaya kaum minoriti? Kena minta kaum minoriti mengulangi dakwaan lagi kah?

      Cuba tengok sambutan masyarakat bukan-Islam kepada kenyataan Hadi Awang, sama ada mereka mengiyakan atau menyangkal.

      Kalau mereka tidak merasakan diri dizalimi, kenapa berpuluh ribu kaum India menyertai perhimpunan Hindraf?

      Saya rasa MCA sudah tidak mampu lagi memujuk kaum Cina.

      1. Pas adalah sama macam 39% golongan majoriti AS yang rabun dekat (nampak jauh) dan rabun warna, yang menyokong republikan dan berkesudahan dengan orang kulit hitam jadi presiden tetapi bukannya orang berkulit putih. Soalannya, apakah republikan akan memilih semula kulit putih sebagai calon presiden setelah golongan minoriti sedar bahawa apabila golongan majoriti rabun warna dan “short-sighted”, golongan minoriti boleh jadi presiden!

      2. Kesukaran MCA untuk memujuk kaum Cina adalah sama seperti kesukaran yang dihadapi oleh wanita kulit hitam (apa ke namanya) untuk memujuk golongan yang sama warna untuk memberi undi pada republikan. Pada satu tahap beliau dikutuk, dihina dan dibenci oleh golongan berkulit hitam. Nasib yang sama menimpa MCA.
        ___________________________________________________________________________________________________________________________________________

        Pelakon tayangan filem ‘Clueless’, Stacey Dash. — Helen

  6. menarik… do’a orang yang teraniaya cepat makbul kerana tak ada hijab. walau orang kafir sekalipun kalau dianiayai, do’anya akan makbul. tapi do’a Pas dah 12 PRU belum makbul jugak. mungkinkah Pas bukan teraniaya dan mungkinkah Pas yang sedang menganiaya pihak yang menang PRU sebanyak 12 kali? atau mungkin Pas tidak bertawakkal dalam erti sebenar tawakkal, iaitu bismillah-berusaha-berdo’a-alhamdulillah.

    ps; do’a puak evangelis mungkin kena red tape sebab ada kuasa empat….

  7. “Acknowledging the good that you already have in your life is the foundation for all abundance.”
    ― Eckhart Tolle, A New Earth: Awakening to Your Life’s Purpose

    “Do not spoil what you have by desiring what you have not; remember that what you now have was once among the things you only hoped for.”
    ― Epicurus

    Minority dizalimi? You must be joking. Just check the list of the richest men in Malaysia to know the truth. Or just open your eyes to see around your neighbourhood or your working area.

    In my opinion, the rich who wants to be richer.. are just plain greedy.

    1. yes they are joking indeed. as I have mentioned in my previous comment, the minorities are not being honest. all those rich minority men and women owe their wealth to the patronage of the Government and the Malay elite.

      look at Genting, YTL, Berjaya, Astro, Maxis etc. without the patronage of the Government and the Malay elite, these companies would not exist. to think that they accuse the government of being cruel to them.

      my advice to those minority men and women that glorified the achievements of their people in business in Malaysia. your so called achievements are temporary. if the government and the Malay elite can bestow favor to those so called successful minority men and women, they can also take them away.

      in fact the government and the Malay elite are already fighting back. witness how listed companies are being taken private by government linked entities like EPF, PNB etc. as in the case of PNB taking majority control of SP Setia.

      1. It is precisely because the Malay elites are muscling in and because the GLCs are extending their reach that the Chinese elites have switched from MCA to DAP.

        The patronage system under Umno has little room left for expansion to accommodate the Chinese elites.

        Whereas a changed new government allows a fresh patronage system that will provide greener pastures.

        Furthermore the Umno lot have attained a business savvy of their own compared to the Malay Pakatan partners (our religion-addled Kelantan-T’ganu-Kedah PAS “friends”). Umno fellows today are no pushovers in the corporate world. The turban-jubah fellas are easier pickings.

        Hence can you see why the Chinese Big Business are currently throwing their money behind the DAP?

        That’s why DAP is growing from strength to strength at a pace they wouldn’t have been able to match pre-2008 when MCA was regarded as the tauke-friendly party able to deliver. Today the Chinese Big Business no longer see MCA as a useful tool in the “I help you, you help me” equation vis-a-vis the party’s access to government largesse.

        Post GE13 when MCA is out of government, what will be the fate of the party?

        1. I know the reason why Chinese Big Business is throwing money behind the DAP, but you really have to ask yourself, if once the DAP is in power, and having to choose between Chinese Big Business and the Malay elite, who do you think they are going to choose ?

          the Chinese, especially Chinese Big Business are very naive if they think the DAP will side with them.

          for what’s in store for Chinese Big Business, they should look at the DAP’s attitude towards Chinese education. so far, what’s the DAP’s contribution to Chinese education ? apart from shouting slogans and the typical patronizing attitude, what else is there to show ?

          if anything, those Chinese Big Businesses that will benefit from the DAP’s patronage are those run by Christians and Anglophiles. for most SMEs, most of which are run by traditional Chinese, they are not going to get anything, not even leftovers.
          ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

          I’ve not seen any commitment to Chinese education from the likes of LGE or HY. Padan muka DAPsters lah yang hotak mereka di kepala lulut. — Helen

        2. Helen, I applaud your attempt to educate the semua tahu, but unfortunately the semua tahu will always be the semua tahu without lifting a finger aside from voicing frustration in a cyber blog like yours ensuring their own bread and butter is taken care for.

          It is a pity when everything is addressed with the political struggle as oppose to what should be humane enough to deal with. The fault lies not because we are so cock sure, but because we think we are so cock sure.

          The thinking process is massaged as and when it has fitted us beyond what is the reality and the truth. Nobody is at fault, but as usual we know it better than the rest as I have been there, done it and this is it. Take it or leave it. Malaysia Boleh in their artificial drive and what can i say rather than kowtow as the rest knows it better.

          Isn’t it a pity when you think you know better but lack and fail to grasp an ability to understand the predicament of fellow human beings minus religion, race of the origin. If this was not the case or cause, we won’t have blog’s like yours to exist to enhance the humanity between us.

  8. Helen,

    Majlis doa yang sama telah dianjurkan di stadium yang sama pada 2008. Cumanya pada masa itu kalau tak silap ianya (doa) dikepalai oleh Mursyidul Am Pas.

    Dan susulan dari doa berkenaan, Pakatan Rakyat mendapat kemenangan lebih dari sebelumnya dan sekaligus mendapat durian runtuh — dapat rampasan harta perang di Selangor.

    Tidakkah anda berasa pelik kenapa Mursyidul Am tidak lagi mengepalai doa 2012 iaitu doa yang sepatutnya dianggap lebih penting dari doa 2008?

    Apakah Pas terlalu yakin akan dapat menawan PutraJaya makanya doa tidak perlu lagi dikepalai oleh si ketua yang ‘berwibawa’, yakni memadai kalau dikendalikan oleh lain-lain ketua di peringkat lebih bawah?

    Atau dalam konteks politik, ada lain-lain sebab?

    1. The ABU people really, really hate Umno.

      Wonder how the haters (the Chinese Christians, Bangsar Indians) could fit in with the serban crowd if they were to be sitting in the padang stadium? Would they be able to extend their brotherly and sisterly sing-song lurrrrve to the people beside them?

      Even I find the loghat Kelate difficult despite my ex-boyfriend being Kelantanese.

      1. the Bangsar types, in the back of their minds, they despise the serban crowd. but because of political necessity, they work with the serban gang.

        1. Siapa pun boleh membacakan doa. Tetapi dalam konteks politik, imej perlu dijaga. Kalau kebetulan doa 2012 jadi sama macam doa 2008 (Putrajaya tidak dapat ditawan), Pas boleh kata ini:” kami tak dapat tawan PJ kerana yang baca doa adalah adik kepada Pok Nik…”. Sume ini dalam perkiraan belaka.

  9. ~Do’a Dari yang Teraniaya~

    Kamal terjatuh dari lereng bukit dan tersangkut di celah banir. Badannya luka-luka. Kakinya patah. Dia sendirian di tengah hutan dengan kondisi kritis. Senapannya hilang entah ke mana.

    Dia pasrah. Mungkin di sinilah kuburnya. Selang beberapa menit dia dihampiri oleh seekor harimau yang besar. Dia pasti akan menjadi hidangan binatang itu.

    Dia teringat kata ustadnya dulu tentang doa dari orang yang teraniaya cepat makbul. Dia pun berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya aku ini sedang teraniaya, selamatkanlah aku dari harimau ini.”

    Harimau berkata, “Sebenarnya aku yang teraniaya karena diburu oleh orang ini sejak pagi. Aku bersyukur karena dapat rezeki tanpa harus berburu. Amin!”

    (c)catatanseni.blogspot.com

  10. Kalau UMNO tu zalim, kita semua akan hidup mcm dlm negara komunis, takde agama, takde budaya. Cina pun tak kaya raya mcm skg ni. SJKC pun takde lama dah. Dan PR takkan menang 5 negeri. PAS ni sebenarnya dah panik sbb ahli dia sendiri dah mula pertikaikan dasar parti. Tukang angguk aja yg perasan. Dan akhirnya Nik Aziz memurtadkan UMNO.

Comments are closed.