Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Penerimaan Cina terhadap hudud sudah berlipat ganda

Mahu tak mahu, Presiden Obama pun terpaksa bekerjasama dengan wakil-wakil parti Republikan kerana masakan kerajaan Amerika Syarikat akan dapat bergerak kecuali dengan adanya permuafakatan (usaha bipartisan) kedua-dua pihak.

Mahu tak mahu mayat Karpal akan dilangkah juga dengan adanya kerjasama DAP-PAS untuk mencapai impian bersama menduduki Putrajaya. Percaturan mereka termasuk ketetapan untuk tidak membangkitkan isu hudud yang diletakkan sebagai ‘belakang kira’ buat sementara waktu.

Dalam sebuah analisa menyingkap keberlangsungan muktamar PAS yang ke-58, media paling pro-Kristian negara kita – The Malaysian Insider – terdorong untuk menyimpulkan bahawa parti Islam tersebut sudah “matang dan bergerak ke tengah”.

Baca seterusnya di http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/bolstered-by-allies-matured-pas-moves-to-the-middle/

PAS matang, Umno tahu gertak sahaja

Ayat pertama perenggan pertama rencana TMI (screenshot atas) menyebut, “PAS has begun to shed its hard-line image …”

Ya tak ya juga lah. Bahkan TMI telah melapor:

“DHPP members, including its chief Hu Pang Chaw and delegate K Deepakaran, who spoke were met with thunderous applause every time they showed their proficiency in Islamic terms and concepts.”

Seterusnya rencana TMI itu membandingkan kematangan PAS dengan taktik kolot Umno:

“This is in stark contrast to the exclusively Malay party Umno — holding its own general assembly in two weeks’ time at the Putra World Trade Centre (PWTC) — which is seen as using racial and religious sentiments to scare voters from voting for the opposition.”

Itulah! Kan kelmarin pun saya dah kata Umno perlu menepis pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Mullah PAS, evangelis DAP bersekongkol

Syabas kepada parti Islam PAS boleh berjaya melenturkan tunangnya parti Kristian DAP itu.

Alangkah malangnya perkahwinan Umno dan MCA sudah mencecah 60 tahun tetapi parti Melayu tersebut masih belum lagi berjaya mentarbiyah pasangan Cinanya yang degil itu.

Tidak seperti Hu Pang Chaw (ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan K. Deepakaran (wakil DHPP ke muktamar), orang MCA tiada kemahiran berpidato dengan bersulamkan istilah dan konsep Islam.

Lantaran itu, pastilah orang MCA tidak akan diberi sambutan mesra oleh para penonton Melayu apabila mereka menyampaikan ucapan. Berlainan dewan yang gemuruh tatkala Pang Chaw and Deepakaran berucap di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kota Bharu.

Perdana Menteri Islam Hadi Awang

Sebuah kaji selidik berkenaan hudud yang dijalankan oleh Universiti Malaya dua bulan lepas menunjukkan naiknya sokongan masyarakat Cina terhadap undang-undang jenayah Islam tersebut.

Tahap sokongan orang Cina bagi hudud meningkat kepada nisbah satu daripada setiap empat orang (1 out of 4).

Daripada responden-responden Cina yang ditinjau Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya dalam bulan Oktober, tinggal satu peratus sahaja yang menentang pelaksanaan hukum hudud berbanding sejumlah 51 peratus dalam kaji selidik sebelumnya pada Disember 2011.

Hanya orang Cina yang tua bangka membantah hudud. Cina generasi muda sudah dipujuk DAP untuk menerima hudud. Tidur sebantal PAS bersama DAP nyata membuahkan hasil.

‘Hadi: I’m ready to be PM(TMI, 18 Nov)

Teo Nie Ching melawat Masjid Al-Taqwa

<<<

Tahniah DAP!!

>>>

2 x 5 pelampau agama

Mullah PAS dan evangelis DAP adalah dua kali lima (baca juga posting semalam).

Sebab itulah mereka boleh mewujudkan persefahaman. Kedua-dua menunggang kuda agama.

Taliban Kristian DAP berjaya mencuci otak remaja Cina bukan sahaja atas faktor personality cult tetapi juga kerana cara mereka berpropaganda politik agama adalah amat berkesan.

Walaupun jumlah penganut Kristian dikatakan kecil – hanya 9.1 peratus – namun terlampau B-E-S-A-R-RR cita-cita mereka.

Kata sahaja Kristian hanya 9 peratus tetapi dari segi saiz cukup berisi

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Penerimaan Cina terhadap hudud sudah berlipat ganda

  1. Kak Helen, rasanya ayat tu kena betulkan sikit “berlipat ganda” lebih sesuai, bukan ‘melipat ganda’

  2. just wait until a Chinese person is convicted under Syariah then we’ll see how the Chinese community react.
    of course now the Chinese, especially younger Chinese say Syariah is okay, because they have yet to feel the full force of Syariah. wait until it is applied. now they have all been brainwashed they will believe anything and everything.

    1. Kak Helen,

      Kalau sistem saman ala AES (idea UMNO) terus mendapat tentangan, tak tahulah macam mana umum akan menerima sistem baru penguatkuasaan yang ideanya datang dari Pakatan Rakyat?

      Kalau AES menyaksikan PR relahati upah lawyer bagi membela pihak yang dapat surat saman dari AES, apakah nanti akan ada pihak yang akan upah lawyer kalau sistem perundangan baru muncul bawah kelolaan PR?

      Apa kesudahannya?

    1. Thanks for the link. Just read.

      Interesting point raised:

      “Just imagine if there was no Karpal, no one in Pakatan would be voicing out against PAS.”

    2. Christianity is just make believe just like other religions. Just like Santa Claus.That is why everyone including DAP and Chinese can angguk kepala to PAS.It wont hurt anyone just like agreeing that the cow is holy. Or that Santa lives in the north pole. Religions is more for children so they can have their innocence as long as possible. Or for those dying to sooth their last moments in this world.

      Doesnt hurt me. Cow is holy so what that is your belief. I still eat cow come Adha hehehe.

      You want women with kepala bungkus? You are welcome to them.
      The world is moving towards agnostic as more and more realise there is no use trying to change another mind. Jesus will come back again. Of course, when the cow jumps over the moon.

      Chistianity and Islam both come from the same source. Luckily we Malays never take religion seriously. If not how could Noah, Najib relative not the prophet build a casino in Genting for the Chinese and whip the Malays under syariah laws.

      You want a big contract create a big masjid. No one dare complain about billion ringgit mosque hehe.

      The Chinese from Semenanjung become billionaires destroying Sabah rainforests never questions the spirit of the forest. All they want is money dude. They got henchman like Yusof Basiron doing the marketing for them.

      Lets all enjoy tolerating these fools. It is all one up manship now. You want whodude? We will give you whodude. Money is good – Chinese IOI proverb.
      Rainforests can go, orang utan can die but palm oil is God – TH Plantations.

      Hey there is an app in Iphone where you can create religion as you go along. Though I doubt PAS religion of no sex, no money, no Lady Gaga will attract many…muahaha

  3. kesian karpal, kesian anwar… nampak gayanya Pas dan puak evangelis dapster telah berpimpin tangan dan sama-sama melangkah mayat karpal. hadi pun tak teringin pulak nak jadi ‘servant’ atau serban PM. hehehe… dalam politik semua boleh jadi… hari ini sokong besok dajalkan.

  4. “Mahu tak mahu, Presiden Obama pun terpaksa bekerjasama dengan wakil-wakil parti Republikan kerana masakan kerajaan Amerika Syarikat akan dapat bergerak kecuali dengan adanya permuafakatan (usaha bipartisan) kedua-dua pihak.”

    Komen:

    Tapi Pas telah siang-siang menolak kerjasama dengan Umno meskipun dalah hal agama kerana Pas cukup yakin (?) Dap akan memberikan sokongan pada Pas waima dalam hal keagamaan.

    Dan kalau ditakdirkan Pas berada di PutraJaya dan kalau kebetulan Pas perlukan sokongan dari Umno untuk mencukupkan kuota 2/3, apakah Umno akan menerimanya setelah mengambil kira bahawa Pas telah berkerat rotan dan berpatah arang dalam semua hal yang membabitkan Umno?

    Atau Pas akan gunakan keengganan Umno untuk memberikan kerjasama itu nanti sebagai ruang untuk terus menyalahkan Umno tetapi tidak akan sama sekali menyalahkan diri sendiri?

  5. Hudud tidak tertakluk pd org Islam sahaja…..org bkn Islam pun tidak terlepas dikenakan hudud……harus paham..sekiranya org bkn Islam telah melakukan kesalahan mencuri ianya patut dikenakan hudud potong tangan bergantung pd besar atau kecil …. org bkn Islam masih ingat hudud hanya dikenakan pd org Islam sahaja mereka boleh rujuk dgn ulama

  6. Kak Helen,

    Gambar YB Teo Nie Ching yang bertudung sambil mengangkat tangan seolah-olah mengucapkan “A’kum bang Aji…” adalah contoh di mana apabila seorang bukan mukmin ‘berlakon’ jadi lebih mukmin dari mukmin, dia akan mudah diterima sebagai pemimpin berbanding kalau dia menonjolkan dirinya yang sebenar.

    Jika dibandingkan dengan Obama, kejayaan Obama juga adalah hasil dari kaedah yang sama tetapi Obama tidak sekadar berlakon tetapi benar-benar menjiwai budaya dan anutan golongan kristian kulit putih sebagai satu amalan hidup. Justeru, kalau TNC ikut cara Obama, TNC mungkin bakal jadi PM wanita pertama mendahului Nurul Izah!

    Kalau itulah halnya, apakah hasrat si bapa untuk jadi pensyarah akan jadi kenyataan susulan pihak media mempromosikan Pas sebagai bakal PM dari PR dan bukannya de fakto. Dan apakah kenyataan itu bakal dituruti oleh si anak De Fakto kerana kalau TNC mengasimilasikan diri dalam kalangan Mullah maka dia akan otomatik lebih layak berbanding Nurul Izah?

  7. Apa mau hairan, skg Nik Aziz dah MURTADkan UMNO. Nampak strategi PAS dan DAPster Evengelis sama je. Agama dijadikan pertaruhan.

  8. If the survey is so true… pls get Husam Musa, Ustaz Azizan and Dr Dzul to retract their statements that hudud will not be imposed due to PR consensus and Buku Jingga… Am waiting!

      1. Helen,

        Bagi Muslim sejati, dia tidak akan mempertikaikan hukum Allah. Namun Muslim juga percaya tidak ada paksaan kepada mana-mana individu bukan Muslim untuk ikut agama Muslim.

        Makanya di sini akan timbul kekeliruan pada bukan Muslim, yakni di satu sudut (sudut anutan agama) mereka diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama lain selain agama yang dianuti oleh Muslim.

        Di satu sudut lain (sudut hukum-hakam) mereka digesa oleh Pakatan 3P (Pas/PKR/Dap) supaya jangan buat perkara yang Muslim tak boleh buat.

        Dan kalau kalau mereka buat apa yang Muslim tak boleh buat, berdepanlah dengan tindakan sama yang dikenakan pada Muslim. Kalau anda bagaimana, Helen?

      2. “tinggal satu peratus sahaja yang menentang pelaksanaan hukum hudud berbanding sejumlah 51 peratus ”

        i think the above statement were interpreted wrongly. the correct one should be as stated “hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.”

        and i am not sure why they use the term “boleh dilaksanakan” and not something more precise like “setuju/sokong hudud dilaksanakan”. i think helen are from the group that believe hudud bolih dilaksanakan tetepi tidak setuju hudud dilaksanakan.

        .

  9. this who-doed thing is only for a show, wayang only. Did you notice that as the GE is nearer, the more this Pis ‘ular dlm semak’ singing & rhyming the who-doed rap. They know that the Malay support is dwindling day by day coz their inability to defend the honour of Malay & Islam. Last time they say only want negara kebajikan & hudud is only 0.001 of Islam. It’s like the lagu raya lah, as Syawal approaching, more & more lagu raya are play to death on radio..

Comments are closed.