Posted in SUCKER

Sebabnya mesti Hadi Awang yang jadi calon PM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang didakwa pernah memfatwakan bahawasanya orang bukan Islam tidak boleh dibenarkan untuk memerintah sebuah negara Islam.

Sebab itulah cadangan Dr Mahathir supaya Karpal dicalonkan untuk jadi perdana menteri akan ditolak mentah-mentah oleh parti Islam itu.

Kalau dicalonkan Kit Siang atau Guan Eng pula … boleh baca sini.

Abdul Hadi Awang telah berkata (itu kalau audio yang dimuatnaik ke YouTube di bawah adalah sahih):

“Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja dia boleh jadi rakyat tapi dia boleh jadi pemerintah, boleh jadi kerajaan, boleh jadi pemimpin. Tapi hak orang yang bukan Islam dalam negeri Islam dia diizinkan untuk menjadi rakyat tapi dia tak boleh jadi pemerintah.”

Betulkah?

Buang undang-undang kafir, ganti dengan hudud

Masih ingat lagi pada Amanat Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu?

Hadi telah berkata:

“Kita menentang [Umno] ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.”

Untuk mengelak daripada menjawab persoalan hudud, parti-parti anggota Pakatan berdolak-dalih dengan mengatakan ia tidak terkandung dalam manifesto bersama.

Zaid sudah tidak ada

Kerangka dasar bersama dibentuk oleh sekumpulan politikus Pakatan termasuk ahli-ahli think-tank yang diketuai Zaid Ibrahim.

Apa nasib Zaid sekarang?

Beliau menyertai PKR pada 14 Jun 2009 dan meninggalkan parti tersebut pada 21 Nov 2010. Zaid hanya mampu bertahan dalam PKR-Pakatan selama 1 tahun 5 bulan.

http://www.malaysiakini.com/news/120220

(Sebagai perbandingan contoh, bayangkan sekiranya Founding Fathers yang merangka Perlembagaan Amerika Syarikat disingkirkan dalam cara yang sama Zaid telah dilayan oleh Pakatan.)

Buku Jingga ialah hasil daripada tokok-tambah pada kerangka dasar bersama.

Dengannya penggubal kerangka dasar bersama sendiri pun begitu mudah terpinggir maka tidak hairanlah Najib Razak berkata, “Buku Jingga is not worth the paper it is written on.”

Laporan The Malaysian Digest

DAP, PAS hantar wakil junior belaka

Zaid bertanggungjawab atas pembentukan kerangka dasar bersama selaku orang paling senior dalam jawatankuasa penyelenggaraan kerjasama antara parti.

Wakil DAP dalam jawatankuasa tersebut ialah Anthony Loke Ketua Pemuda DAP (Dapsy) dan wakil PAS, Salahuddin Ayub yang pada masa itu Ketua Dewan Pemuda PAS.

Kerangka dasar bersama dilancarkan pada lewat bulan Disember 2009 serentak dengan logo Pakatan (bawah).

Adakah anda nampak ketiga-tiga parti yang kononnya bersepakat itu menggunakan logo bunga raya mereka sepertimana logo dacing menjadi jenama BN?

(Zaid Ibrahim menggemari warna jingga dan tema imajan berpegangan tangan)

PAS tunjang Pakatan

Dalam ucaptamanya yang menggulung dasar-dasar parti, Hadi Awang berkata di muktamar ke-58 PAS:

“Dalam hal ini [menegakkan kerajaan yang diredhai Allah], Pas sangat komited untuk memacu perubahan ke arah mendapat keredhaan ALLAH SWT, menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya, dengan keanjalan sistem Islam yang sesuai di sepanjang zaman dan tempat dengan merujuk kepada al-Quran, Sunnah, Ijma‟ dan Qiyas berdasarkan aqidah ahlus-Sunnah wal-jamaah; serta berpandukan kepada fiqhus-siyasah dalam tindakannya.

“Inilah yang menjadi teras perjuangan PAS, setelah kita melihat Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional gagal untuk mendaulatkan Islam dan telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat keseluruhannya sehingga berulat dengan rasuah ribuan juta ringgit …”

Bagi PAS, Umno yang menjadi parti teras BN gagal untuk mendaulatkan Islam. Sementara itu, parti PAS yang menjadi tunjang Pakatan pula “berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan yang sebenarnya mengikut acuan Allah Pencipta manusia dan seluruh alam” (sumber: Sinar Harian).

Kaedah hudna PAS

Adakah Islam yang beracuankan PAS, Islam PAS yang mentakfir dan hudud PAS yang tidak berbelas kasihan adalah merupakan kenderaan yang paling sesuai membawa “perubahan” negara ke arah masa depan yang lebih cerah?

Sebagai langkah pertama, renungilah sama ada parti-parti Pakatan bersikap jujur sesama sendiri.

Kenapa Guan Eng membentangkan undang-undang anti lompat parti di Pulau Pinang? Adakah kerana dia tidak mempercayai Adun-Adun PKR dan PAS?

Selama ini Anwar Ibrahim lah yang diuar-uarkan sebagai calon PM yang dipersetujui semua tetapi sekarang PAS nampaknya mengingkari kata sepakat yang dicapai pada awalnya.

Apa lagi janji-janji Pakatan yang bakal tidak dipegang?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Sebabnya mesti Hadi Awang yang jadi calon PM

  1. PAS dah jadi maharaja lawak flip-flop mega. sekejab Hudud, sekejab ikut buku jingga, sekejab negara Islam, sekejab negara kebajikan… mai dekat nak mengundi tukar kaler lagi. sesumpah ka? hadi mmg fenomena, dia yg mula mengkafirkan sesama Islam demi politik. takada yg pelik bagi pas. semuanya halal demi mencapai matlamat politik. jika cina undi pas, pas-ti last-last kena dajal.

  2. Di kalangan pemimpin Pakatan, tiada seorang pun yang layak jadi PM Malaysia. Jadi kenapa hendak heboh-heboh? Kalau ikut ilmu tenung nasib, Anwar Ibrahim memang tidak akan jadi Perdana Menteri Malaysia, sampai bila-bila pun. Lim Guan Eng lagi ler tidak layak sebab dia sombong, bongkak, tidak waras dan kurang cerdik.

    Jadi kenapa penyokong Pakatan perlu kepoh mana pemimpin mereka hendak dilantik jadi PM. Fate sudah menentukan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan jadi PM. Kalau karma dah kata takkan jadi PM, takkan jadi ler. Oleh itu Anwar patut pencen saja dan tumpukan sisah hidupnya untuk bertaubat ke atas segala dosa dia terhadap bangsa, negara dan agama.

  3. DAP wants an Ali Baba state, where Ali Baba @ Anwar will be the nominal PM while DAP and their cronies plunder the country and strip it bare of its assets.

    PAS wants a Taliban state where they establish a dictatorship by the Ulama where the words and utterances of the aging and senile Ulamas like Nik Aziz will be the word of Allah.

    PKR meanwhile doesn’t care about the kind of the state they want Malaysia to be. All they want is to make Anwar the PM. Anwar will be the Mobile Malaysian PM where he and his huge entourage will travel the world giving syiok sendiri speeches about himself while his cronies plunder the country.

    Pakatan accuses BN of being corrupt but the few years have shown that BN is willing to allow even its leaders to be hauled to courts or even jailed for offenses. But have we seen even a single Pakatan leader that the party admitted of being wrong or committing any offenses. Even when caught red-handed they refuse to admit (like the DAP ADUN caught speeding). PAS will not submit to human laws or even Quran as interpreted by non PAS people.

    .

    1. #Pakatoons admit fault? Pigs will fly and dance the tango first.

      Let’s not forget the DAP man who was involved in a hit and attempted run. DUI as the story goes…

    2. calvin,

      words of Allah…, from *** nick… a definite no no, word of devil yes la… he said, “…kita akan terima bantuan dari syaitan…” perghhh, meaning he is willing to go to bomoh and the like and get the unholy spirits assistance. alamak, ularmak!!! but anyway, the ‘taksubans’ will still vote for him. they’ll vote syaitan if pas put as contestant, just like their unholy spirit nick.

  4. Helen,

    Kalau seorang Mullah duduk berbincang dengan dua orang yang bukan Mullah iaitu seorang Kapitalis bertopengkan sosialis dan seorang Politikus yang dilahirkan semula, dan kalau isu yang dibincangkan adalah pembahagian jawatan, maka Mukmin akan berpuas hati kalau Mullah dipilih jadi ketua walaupun sekadar proksi saja.

  5. Jengkelnya mukmin ialah tidak mahu mengiktiraf peranan/produk bukan mukmin hinggakan perlembagaan penjajah diperli seolah -olah tidak punyai sedikit kebaikan.

    Semua itu adalah hipokrit belaka. Hipokrit dalam erti kata mukmin hanya tidak akan iktiraf kalau dia sendiri tidak mendapat faedah daripadanya. Kalau dia dapat faedah, tidak pula dia akan berkata apa-apa.

    Kini, ketika semua pihak berpotensi mendapat kuasa menerusi perlembagaan yang diproduksikan oleh kafir penjajah, pihak yang selama ini menghina perlembagaan yang ada seolah-olah lupa bahawa mereka sepatutnya memilih seorang “khalifah” dan bukannya bakal PM.

Comments are closed.