Posted in Evangelis, Gunting Dalam Lipatan

Tak nampak ada muka Melayu pun

Hannah Yeoh dilantik Ketua Wanita dalam barisan exco DAP Selangor yang terbaru.
.

Jawatankuasa Wanita DAP Selangor

.
Pengerusi: Hannah Yeoh
Timbalan Pengerusi: Lee Kee Hiong
Naib Pengerusi: Prema a/p Arasan
Naib Pengerusi: Kasthuriraani a/p Patto
Setiausaha: Chang She-Yun
Penolong Setiausaha: Evelyn Gan Teng Ping
Bendahari: Loh Jean Cheah
Penolong Bendahari: Dorothy Cheong Chye Wah
Setiausaha Organisasi: Lee Shim Moi
Setiausaha Publisiti: Kwi Ai Mei
Pengarah Pendidikan Politik: Buvaneswary a/p Balasubramaniam
AJK: Teo Nie Ching
Tiew Way Keng
Chia Siu
Law Suet Peng
Barisan Malaysian First yang tidak mengenal warna kulit
Lee Kin Hiong di perarakan Himpunan Hijau baru-baru ini

Semua Kristian

Timbalan Ketua Wanita DAP Selangor baru Lee Kin Hiong (gambar atas) merupakan seorang politikus yang rapat dengan puak Dinasti Lim.

Nampaknya Pegawai-pegawai Khas (yang sekarang dan yang lepas) kepada Hannah Yeoh – iaitu Edward Ling, Reuben David, Rajiv Rishyakaran, Timothy Ho, Edward Yap, Ken Chia – adalah orang Kristian belaka.

Adakah yang menganuti agama Kristian akan diberi kelebihan di bawah pemerintahan mutlak DAP-Pakatan kelak?

The Star melaporkan Rajiv Rishyakaran (Pegawai Khas Hannah Yeoh) pertama kali mengenali politikus evangelis DAP itu di Grace Church Shah Alam.

(Nota: Hannah Yeoh menjelajah ke rata-rata semua gereja, masjid dan surau di Selangor dan Subang Jaya. Sampai Gereja City Harvest Subang Jaya pun ada menjemputnya sebagai tetamu kehormat.)

Di atas pentas Subang Jaya City Harvest Church

Banyak terima kasih, Star

Hannah Yeoh sebenarnya amat terhutang budi kepada The Star yang telah bertungkus-lumus berkempen supaya namanya sering tampak di media. Contohnya, hari ini pun ada disebut Hannah Yeoh di dada akhbar itu di samping semalam pun ada.

Bukan sahaja Hannah diberi banyak ruang malah Pembantu Khas Hannah, iaitu Rajiv – yang dilantik menjadi kausilor Majlis Perbandaran Subang Jaya beberapa penggal – juga banyak diberitakan oleh The Star.

The Star mempromosi kumpulan ‘personality cult

Akhbar The Star tidak pernah mempertikaikan amalan kronisme yang ketara apabila beberapa orang Pembantu Khas Hannah Yeoh seperti Edward Ling dan Ken Chia selain Rajiv boleh dilantik menjadi kaunsilor MPSJ.

Sebaliknya rencana-rencana yang disiarkan oleh The Star adalah berbentuk positif / puji-pujian semata-mata dan tidak pula berunsur kritis atau mencabar terhadap para evangelis kesayangan suratkhabar tersebut.

The Star memaparkan sejumlah 126 rencana yang mewawancara/memetik Pembantu Khas Hannah Yeoh, Rajiv Rishyakaran (juga kaunsilor MPSJ), termasuk ada sebuah rencana hari ini (lihat screenshot, bawah).

Sejak bila seorang kaunsilor DAP – dia bukan Menteri, bukan Ahli Parlimen, bukan Adun, bukan ketua parti, dan berbanding kaunsilor-kaunsilor yang lain – mahu diberikan tumpuan yang sebegini berat oleh The Star?

Nampak macam ada agenda Kristian di Star

Orangramai wajar bertanya sama ada akhbar The Star mempunyai agenda Kristian.

Orangramai, terutamanya kaum Melayu, harus berwaspada memandangkan tekad akhbar tersebut dalam mempromosi puak evangelis DAP.

Pihak-pihak penguatkuasa agama Islam bukannya tidak mengetahui bahawa wujud gerakan untuk memurtadkan orang Melayu-Muslim – baca ‘Makin ramai Melayu murtad, kata sebuah stesen TV Kristian’.

Soalnya, adakah kecenderongan The Star dalam mempromosi citra Kristian akan memberi kesan ke atas keterbukaan orang Melayu terhadap evangelis yang Occupy Masjid?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

19 thoughts on “Tak nampak ada muka Melayu pun

  1. Question, please. Re: “Barisan Malaysian First yang tidak mengenal warna kulit” photo; 2nd row 2nd from right – is that a wanita or a pretend wanita akin to DAP pretending to be a party for bangsa malaysians?

  2. Did you notice some interesting facts:

    1. The whole committe was “appointed” and not elected. Kind of ironic for a party named Democratic Action Party and one that fully supports BERSIH’s demands on electoral reforms.

    2. The banner behind has only BM and Chinese wordings…wonder why Tamil was not included. So much for non-racial priniciples and equal treatment for all.

    3. The Indian macais in the group :
    – Prema – assitant to Teresa
    – Kasthuri rani – ex-leader Patoo’s daughter
    – Buvenes – wife of Ganabatirau the DAP ADUN

    Thought DAP is against cronyism and neopotism….

    1. Democratic la… cronysm & nepotism not DAP’s fault. It’s ex-DPM fault ma…. he started… DAP follow only, now whose fault? LKS also follow him, LGE same… take all siblings anak menantu in. some more no need vote, self appoint to become CM. haaa… this is what we called demo-kasi, kawe ambik; demo tok kasi pung kawe ambik. :)

      1. Gelagat Anwar ada poster olok-olok hari ini memaparkan kabinet bayangan Pakatan, sini.

        Selain Anugerah Tuhan berada di puncak kabilah, Ibu Suci PKR dilantik Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri beserta Puterinya diberikan portfolio Menteri Wilayah Persekutuan. Waaah, ini jemaah menteri sekeluarga lah.

        Dan kesian pada Mat Sabu — hanya diletakkan sebagai seorang Timbalan Menteri.

        Suaram punya Cynthia Gabriel – kononnya Senator – dinaikkan jadi Menteri Luar Negeri (!) ha-ha-ha.

        1. timbalan menteri dalam negeri tu paling tak tahan… mahpus bean. SRP saja boley ka jadi TM. kah kah kah.

          mat sabu pun sama gak:

          “Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar. Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi… kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja. Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu,”

          – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali

          1. I.D.A.,

            Dalam persekitaran di mana warna kulit hitam metalik masih dipandang rendah, kelulusan setinggi PHD (bukan Pizza Home Delivery) juga tidak menjanjikan yang dia akan diterima menjawat jawatan tertinggi selayaknya berdasarkan kelayakan yang dimiliki terutama dari golongan yang tidak ‘buta warna’.

        2. Helen, Haha kalau betullah itu kabinet bayangan mereka, malaysia akan habis. Yang menarik perhatian :

          1. Husam MITI? – rekod – perdagangan antarabangsa kelantan dipertaruhkan
          2. Elizabeth Wong Pelancongan – sesuai pasal dia popular (for all the wrong reasons tho). Sesuai per’hutan’an. She’s all for green.
          3. Mahfuz – no komen
          4. Gobind Sumber Manusia – racial Cliche sangat post ni
          5. Tony Pua Kewangan – Rekod syarikat sendiri dipertaruhkan
          dan banyak lagi.
          Hahaha kelakar. Semua ada rekod yang sangat-sangat cemerlang.

  3. Helen,

    Sudah tentu bukan calang-calang individu yang akan mendapat jemputan bertalu-talu dari pihak masjid, gereja, tokong, kuil, surau dan majlis-majlis agama.

    Individu yang songsang, terpesong dan senget kefahamannya sudah tentu tidak akan diterima sebagai penganut yang hebat dan perlu dicontohi.

    Namun, dalam kalangan masyarakat yang jumud akan muncul individu yang lemah mengaku hebat; rasis mengaku “Malaysia First’; senget mengaku “level”; dan terpesong mengaku lurus tetapi mereka tidak ditolak sebaliknya dijunjung!

    Justeru kalau tidak mahu sedara-mara, sahabat handai dan bangsa anda di bohongi hidup-hidup oleh insan lemah, rasis, senget dan terpesong maka nasihatkan mereka agar tidak membutakan mata dan hati sebaliknya sentiasa celik dan sedar bahawasanya dari semasa ke semasa akan muncul pihak oportunis untuk ambil kesempatan.

  4. parti A mengaku bahawa mereka adalah terbuka untuk semua olang tetapi keahlianya hanya khusus untuk klu-klax-klan

    parti B mengaku paling majmuk tetapi jawatan tinggi dalam parti sumenya dikhususkan untuk para kroni yang berjiwa talibanis.

    kalau A bergabung dengan B untuk memimpin dunia, apa yang geng-geng bukan talibanis dan klu-klax-klan boleh dapat dari mereka ini.

    apakah dunia boleh tahan dengan gabungan sebegini:

    kombinasi klu-klax-klan-talibanis teokratis kronisma nepotisma otokratis kombo?

  5. see how DAP work , they elect by themself !!! even in their Party there is no election or democracy … why these DAP menyalak macam anjing asking for local council and create disharmony among rakyat … Democracy is under Lim Dynasty only!!!

  6. jangan kena tipu dengan konstantinople, konstantinople telah gabungkan ajaran kristian dengan agama majusi (menyembah matahari).. Sunday or Son day..sepatutnya orang kristian sembahyang hari sabtu kenapa pula hari Ahad, mesti ada konspirasi.. buatlah kajian jangan dengar cakap Uncle Samiri(Dajjal).

Comments are closed.