Posted in DAPster

Nah! Ini dia blogger-blogger yang dimaksudkan Dr Chua

Baru-baru ini Dr Chua Soi Lek melenting bahawa blogger-blogger pro-Umno tidak mempunyai etika dalam melapor serta mereka bukan sahaja tidak membantu MCA malah mahu menghancurkan partinya.

Di bawah ialah senarai Top 100 blogger-blogger pro-kerajaan (sumber: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=51513).

Agaknya blog manakah di antara mereka yang mengandungi tulisan anti-MCA seperti didakwa Dr Chua? Sanggupkah beliau mengenalpasti blogger-blogger yang terbabit demi untuk menjernihkan suasana keruh?

Bagi si DAPster yang menuduh saya seorang balaci BN, sila ambil perhatian bahawa nama saya tidak ada dalam senarai blogger pro-kerajaan (lihat di kaki halaman).

helenang.wordpress.com - Information from Alexa Internet 2013-01-02 10-05-17

Ranking blog-blog mesra kerajaan telah disediakan oleh Suara Generasi Baru mengikut ukuran Alexa. Mengikut Alexa, blog saya berada di tangga 3,750 pada hari ini.

Jikalau betul saya seorang blogger pro-kerajaan, maka blog saya akan sepatutnya terletak pada No.66 dalam Top 100 blog pro-kerajaan, iaitu beberapa takuk di bawah Rockybru (No.63) yang Alexa-nya 3,546.

Selain Alexa, satu lagi pengukur kedudukan blog-blog Malaysia ialah (screenshot bawah) ranking Top Blogs bagi kami yang memakai program WordPress.

Hari ini blog saya berada teratas di WordPress bagi Top Blogs yang menggunakan bahasa pengantar Melayu. Sebagai rujukan silang, blog ternama Gelagat Anwar ada di tempat No.5.

Perhatikan bahawa Gelagat Anwar menduduki tangga ke-70 dalam senarai Top Blogs pro-kerajaan.

Dari segi populariti trafik Internet, jumlah bilangan pembaca blog saya boleh diletakkan lebih kurang pada ranking No.66 – berbanding rakan WordPress Gelagat Anwar No.70 – seperti yang disebut tadi.

Jadi DAPster-DAPster haraplah maklum bahawa meskipun blog saya cukup layak untuk dimasukkan ranking Top 100, namun helenang.wordpress.com tidak ada dalam senarai mereka-mereka yang tercatat sebagai kumpulan blogger pro-kerajaan.

WordPress.com 2013-01-02 10-01-21

Bos Unit Media Baru (UMB Umno) Tun Faisal ada juga mengkomen hari ini tentang ranking anak-anak buahnya.

Nyata sekali saya tiada apa kena-mengena dengan Umno mahupun MCA kerana co-ordinator mereka pun tidak kenal serta memang tak pernah berjumpa dengan saya.

Ada di kalangan Si DAPster yang bertekad menyebar dakyah bahawa saya diupah untuk mengkritik Tokong-Tokong mereka.

Fitnah ini berlarutan sehingga ke takat rencana saya sukar untuk diterbitkan di portal berita gara-gara tohmahan mereka yang tak habis-habis itu di ruangan komen pembaca. (Perangai hina ini masih berterusan di sesetengah blog penyokong tegar Tokong kerana sikap tuanpunya blog yang menggalakkan perbuatan serang peribadi sedemikian.)

Kalau tidak memfitnah, nama mereka bukan DAPster dah.

Mereka sampai boleh berkata seorang VVIP ada terlibat dalam kes pembunuhan. Apa jenis manusia geng DAPster ini yang tergamak menuduh orang membunuh tanpa bukti?

Namun kabilah Yeopie – yang kononnya takutkan Tuhan – sering begitu ghairah mengkafirkan sesiapa yang berani mengkritik idola Jerusubang mereka.

Pelik sekali ialah akhbar milik MCA tidak pernah mengecam perangai si DAPster tetapi sebaliknya menjemput mereka untuk menyertai rancangan-rancangan yang dianjurkan The Star.

Dan Chua Soi Lek pula mengutuk blogger-blogger pro-Umno sebagai tidak berakhlak.

Top100progovtblogs

Author:

I have no Faceook or Twitter.

25 thoughts on “Nah! Ini dia blogger-blogger yang dimaksudkan Dr Chua

  1. …………while his own paper The Star is busy cuddling with The DAP and backstabbing the BN. well, cuddling is not an appropriate word. the relationship between The Star and The DAP can be summed up in 2 words. khalwat and zina.

    maybe The Star should do a list of their staff that had, have made fun of BN politicians. and also The Star should also do a list of their staff that had, have done super duper “promotion” work for The DAP’s politicians. let’s see who’s at the top of the list.

    Chua Soi Lek. the name, reads more like what spoiled ape. chest thumping in the wrong direction. pooh pooh. no wonder even the Khalifah of Pinang shouted “shame on you”. pooh pooh. you indeed have no shame. while we and like minded people are doing all we can to help you and your party, you say that pro UMNO bloggers are not helping you and are being unethical.

    I have a question. what more help are you expecting from pro UMNO bloggers ?

    dah bantu pun kena tuduh kata tak beretika. kau tak kenal batas ke CSL ?

    orang kau sendiri yang sabotaj, kau pula kata blogger-blogger pro UMNO tak membantu, tak beretika.

    ingat apa PM Datuk Seri Najib kata : fix our house first.

    now CSL, have you fix your house ?

    jangan kata orang lain tak bantu.

    if you expect help from others, you must help yourself first. and you are not helping yourself at all by letting your paper and people backstabbing BN. you understand ?

    have a nice day.

  2. DAPster menuduh Helen sebagai pro BN hanya kerana beberapa blog lain yang pro BN meletakkan blog beliau sebagai links/fav di blog masing-masing. Itulah namanya tuduhan yang mengkhinzir buta.

    Kepada CSL, kalau dah tak pandai menari jangan salahkan lantai jongkang-jongkit. Jadi selepas ini beliau boleh belajar menari tarian Gangnam-style Ubah ikut cara DAP.

    1. They have said that it is “unnatural” for any right-minded Chinese not to support DAP-LGE.

      1. chinese = DAPSTER’s By their own mouth, but still screaming DAP is multiracial…….wakaka………

  3. Just ask Chua Soi Lek to go to Batu Pahat, check into that hotel room, stand in front of the mirror and and say the word ethical

    I rest my case !!!!

  4. CSL ni banggang pun ada.. The Star dah jadi NESPAPER DAP dah.. still tak nampak.. maybe ada org MCA sabotage CSL

  5. CSL sengaja nak cari pasal dengan blogger UMNO…Nanti bila blogger umno betul2 buat hal baru tahu..Hanya seorang yang tulis tapi takkan semua dicop dan dilebel tidak beretika….

    1. Sebab empayar media parti dia tu dok atas menara gading 17-tingkat di Damansara, kawasan high class.

      Dan CSL nampaknya terbawa-bawa sikap The Star yang boleh sebut hidangan masakan babi tu satu Ramadan Delight.

      Pun pengarang-pengarangnya macam tak pernah pijak kaki masuk rumah Melayu. Sebab tu lah tak sorang pun dema yang hok kenal huruf kalimah Allah yang ditatu pada tubuh penyanyi Erykah Badu itu.

  6. aku slalu tweet helen kpd CSL. dia tak baca kut. kalau baca dia sure helen masuk list skali…

  7. One thing I know, the MCA Leadership are elites that are out of touch wih the mainstream. Hence when commenting beyond chinese centric affairs, they languish, similarly to the DAP.

  8. I don’t know why he so concerned with those pro UMNO blogs, should be doing more about the Chinese dwindling support for his own party.

  9. There is a need to support CSL. He and Mca iare the only access to the 35% chinese votes. Umno with the present people at the helm is not capable of garnering any Chinese votes.

  10. Kak Helen… I have a lot of respects for u and ur articles… MCA must wake-up from their dreamworld and work towards winning Chinese hearts… this will benefit Chinese community as a whole… u don’t want gangsters to rule the country…

Comments are closed.